My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 28 April 2016

    MCA Akan Bantu Semua Calon SUPP Pada PRN Sarawak 2016



    Semua pemimpin tertinggi MCA digesa untuk membantu calon-calon Barisan Nasional (BN), khususnya calon SUPP sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 yang akan berlansung pada 7 Mei depan di Sarawak.

    Menurut Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, bukan hanya presiden, malah timbalan presiden, semua naib presiden, setiausaha agung serta pemimpin pusat diarah turun ke Sarawak untuk membantu calon atas dasar rakan di dalam komponen BN.

    “Saya juga telah mengarahkan bahagian dan pasukan petugas MCA untuk turun padang dan berkempen bersama SUPP dan komponen BN lain. Bukan setakat membantu tetapi kita juga boleh belajar menggunakan peluang ini bagi mempertingkatkan kempen dari semasa ke semasa.

    “Inilah peluang terbaik MCA untuk membantu SUPP kerana kempen ini bukan sahaja untuk PRN Sarawak tetapi ia akan berterusan sehingga menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Kita yakin pada masa akan datang, SUPP boleh membantu MCA ketika menghadapi PRU kelak,” katanya.

    Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak pada kali ini, SUPP akan bertanding di 13 kerusi DUN dimana kesemuanya adalah kerusi dari kaum Cina di Sarawak. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SUPP sebelum ini, mereka yakin dapat menumbangkan DAP di beberapa kawasan yang mereka jangkakan akan diambil alih oleh parti mereka pada pilihan raya kali ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MCA Akan Bantu Semua Calon SUPP Pada PRN Sarawak 2016 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top