My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 30 April 2016

    Terima Kasih MCA Atas Bantuan Berterusan –SUPP



    Kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini menyaksikan ramai pemimpin utama dari Barisan Nasional pusat turun membantu kesemua jentera parti komponen BN yang bertanding pada kali ini. Baik PBB, Teras, SPDP mahupun SUPP, mereka jelas gembira dengan bantuan berterusan yang disalurkan oleh jentera BN pusat bagi melicinkan lagi setiap kempen-kempen mereka.

    Dalam hal ini, tidak terkecuali SUPP dimana mereka dijangka bakl bertanding di 13 DUN di Sarawak yang kesemuanya mewakili penduduk yang majoritinya dari kaum Cina. Sehingga hari ini, kempen mereka jelas dibantu oleh hampir kesemua jentera BN pusat dan paling utama, sokongan dan batuan dari MCA cukup penting dalam melicinkan setiap kempen mereka. 


    Seorang wakil dari parti SUPP memberitahu, mereka cukup berterima kasih dengan segala bantuan dan sokongan yang disalurkan oleh MCA. Jelas mereka, janji yang dilafazkan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalannya, Datuk Seri Wee Ka Siong nyata ditunaikan untuk membantu semua jentera SUPP berkempen termasuk menyampaikan informasi penting bagi menangkis dakyah pembangkang.

    Kerjasama seperti ini jelas menujukkan semangat setiakawan yang ada pada dua parti yang mewakili kaum Cina ini dan sekaligus menampakkan hubungan erat yang terjalin antara SUPP yang menjadi parti komponen BN di Sarawak dan MCA yng merupakan big three dalam Gagasan Barisan Nasional di negara ini.


    Nyata, peranan yang dimainkan oleh MCA terhadap kempen yang dilakukan oleh SUPP ini cukup menyeluruh, sesuai dengan hasrat Perdana Mentteri yang mahu melihat perpaduan dan kesepakatan yang lebih erat wujud dalam Barisan Nasional dengan mengenepikan masalah individu demi memastikan Barisan Nasional kekal menjadi parti pemerintah di negara ini.

    Pastinya kerjasama baik seumpama ini banyak membantun jentera BN apatah lagi SUPP, bagi menangkis pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh seteru utama SUPP, iaitu DAP. Sama seperti Semenanjung, DAP disini dilihat cukup giat menghasut kaum Cina untuk membenci kerajaan.

    Justeru menjadi tugas SUPP dan MCA untuk menerangkan semua dasar-dasar kerajaan yang dimanipulasikan oleh DAP dalam memastikan SUPP dapat merampas seberapa banyak kerusi yang dimiliki DAP sebelum ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Terima Kasih MCA Atas Bantuan Berterusan –SUPP Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top