My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 24 May 2016

    Ahli PKR Akan Tinggalkan Parti Selagi Azmin Berkuasa?



    Kemelut politik yang melanda pakatan pembangkang di Selangor sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar, bukan lagi satu rahsia. Dengan menjulang ego masing-masing, baik Datuk Seri Azmin Ali mahupun Parti Amanah Negara (PAN), semuanya masih gagal menyelesaikan kemelut yang melanda antara mereka.

    Kedua-dua belah pihak hari ini langsung tidak memperdulikan penduduk di Sungai Besar apabila bertindak mengikut kehendak mereka sahaja tanpa memperdulikan apa perasaan penduduk. Bagi mereka, kuasa yang direbut harus berada didalam genggaman mereka tanpa memperdulikan nasib penyokong mereka di Sungai Besar.

    Menerusi beberapa sumber pembangkang di Parlimen Sungai Besar mendapati, mereka jelas kecewa dengan apa yang berlaku. Bagi mereka, Azmin tidak seharusnya bertindak mengikut kehendak beliau sahaja tanpa memperdulikan semangat setiakawan yang terjalin antara PKR dan PAN sejak penubuhan Pakatan Harapan, September tahun lalu.

    Malah, ada diantara ahli PKR di Sungai Besar sedang menimbangkan untuk keluar dari parti berkenaan berikutan kemelut yang dicipta oleh Azmin ini. Tegas mereka, apa yang dilakukan oleh Azmin ini memalukan PKR dan mereka cukup pasti, andai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada, pastinya beliau juga turut menentang apa yang dilakukan oleh Azmin sekarang.

    Ujar mereka, Azmin jelas kehilangan fokus dalam usaha menentang Barisan Nasional apabila hari ini beliau lebih cenderong untuk bersama-sama Tun Dr Mahathir, musuh utama keluarga Anwar dalam membawa PKR keluar dari bayang-bayang Anwar.

    Andai ini dilakukan oleh Azmin, kumpulan ahli setia PKR ini tidak teragak-agak untuk keluar parti dan sekaligus membentuk pakatan baharu dengan PAN bagi memastikan kedudukan Azmin selaku Menteri Besar Selangor dapat dijatuhkan dan sekaligus membawa semula imej sebenar PKR kedalam hati rakyat negeri Selangor.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ahli PKR Akan Tinggalkan Parti Selagi Azmin Berkuasa? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top