My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 1 June 2016

    Drive Thru : McDonald's Sentiasa Mengutamakan Keselesaan Pelanggan




    Tidak dinafikan, persaingan antara pembekal makanan segera di Malaysia sememangnya sengit. Tidak kira apa jenama sekalipun, masing-masing mahu menunjukkan jenama mereka adalah lebih hebat berbanding pesaing mereka yang lain. Hal ini tidak terkecuali dengan rangkaian restoran McDonald's Malaysia.

    Tidak dinafikan, rangkaian restoran makanan segera yang lain menawarkan pelbagai pekhidmatan bagi menarik perhatian pelanggannya. Namun di McDonald's, terdapat sesuatu yang menarik dan ianya kekal sehingga hari ini.

    Umum mengetahui bahawa adalah cukup mudah untuk membeli makanan di McDonald's. Samada anda mahu menikmati hidangan di dalam restoran ataupun anda memilih untuk membawa balik. Justeru itu, McDonald's menyediakan laluan pandu lalu atau Drive Thru kepada mereka yang mengutamakan ketepatan masa.

    Laluan ini boleh didapati di hampir semua rangkaian restoran McDonald's di Malaysia dimana pelanggan hanya perlu membuat pesanan dari dalam kereta tanpa perlu keluar dari kenderaan masing-masing. Pembayaran dan pengambilan makanan yang dipesan turut melalui laluan yang telah disediakan oleh McDonald's.

    Dalam hal ini, McDonald's sentiasa komited untuk meneruskan kemudahan seperti ini di semua rangkaian restoran milik mereka. Ini menjadikan, McDonald's sebagai salah sebuah penyedia makanan segera paling mudah untuk didapati. Selain itu, khidmat penghantaran ke premis juga turut di sediakan oleh rangkaian restoran McDonald's yang terpilih.

    Inilah kelebihan yang amat sukar ditandingi oleh para pesaing McDonald's. Kelebihan inilah yang meletakkan McDonald's sentiasa dekat di hati rakyat Malaysia selain daripada rasa makanan yang enak di sediakan oleh krew dan rangkaian restoran McDonald's Malaysia.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Drive Thru : McDonald's Sentiasa Mengutamakan Keselesaan Pelanggan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top