My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 26 July 2016

    Digigit Beruang Ketika Berburu



    Seorang wanita cedera di bahagian kaki selepas mendakwa diserang seekor beruang madu ketika memburu di dalam hutan di Batu Lintang, Sri Aman pada Sabtu lepas. Menurut sumber, mangsa pergi ke kawasan berkenaan yang terletak kira-kira dua kilometer dari kampungnya bersama tiga lagi individu untuk memburu. 

    CEDERA: Mangsa tiba di HUS sekitar jam 10 malam kelmarin untuk menerima rawatan lanjut.Dalam insiden sekitar jam 11 pagi itu, wanita berusia 63 tahun itu bersendirian bersama seekor anjing selepas kumpulan tersebut berpecah. “Tiba-tiba muncul seekor beruang madu yang dianggarkan seberat 30 kilogram yang mengakibatkan mangsa terkejut lalu rebah dan haiwan tersebut terus menyerang kaki mangsa.


    “Walaupun kakinya digigit, mangsa terus melawan dengan menetak binatang buas itu sebanyak dua kali menggunakan parang menyebabkan beruang itu melarikan diri,” katanya.

    Rakan mangsa yang terdengar jeritan mangsa bergegas mencari mangsa untuk memberi bantuan. Mangsa yang difahamkan turut cedera di bahagian tangan akibat serangan itu, dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak bagi rawatan susulan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Digigit Beruang Ketika Berburu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top