My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 25 September 2016

    Peguam Ditipu RM604,000 Untuk Mendapatkan Gelaran ‘Datuk’



    Angkara gelojoh mendapat gelaran ‘Datuk,’ seorang peguam di sini kerugian RM604,000 selepas ditipu sekumpulan sindiket kononnya ada ‘kabel’ kerabat raja di negara ini. 

    Kesanggupan berbelanja untuk meletakkan diri dalam kelas tertentu bukan sahaja merugikan mangsa, malah isu jual beli gelaran ‘Datuk’ yang diperkatakan ‘rahsia terbuka’ itu tidak dinafikan mencemari gelaran individu yang benar-benar layak dianugerah darjah kebesaran.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan bahawa mangsa seorang peguam dari bandar Sibu. Acryl Sani, juga bekas Pesuruhjaya Sarawak Polis mengesahkan peguam berusia 63 tahun berkenaan telah membuat laporan polis.

    “Bertindak daripada maklumat, polis berjaya menahan lapan suspek berumur antara 30 dan 40 tahun di Kuala Lumpur Kelantan, Selangor dan Perak dalam tempoh sejak seminggu ini,” katanya.

    Beliau percaya polis menumpaskan kumpulan sindiket terbabit dan kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. “Kami berharap dapat mendakwa dalang berkenaan di mahkamah kelak. Oleh itu orang ramai harus berhati-hati didatangi sesiapa atau individu menawarkan sesuatu gelaran darjat kebesaran melibatkan transaksi wang. Periksa dahulu kesahihan orang atau agensi mereka wakili.” kata Arcyl.

    Katanya, peguam itu memberitahu bahawa dia dimaklumkan mengenai anugerah sebagai penerima Darjah Panglima Jasa Negara oleh Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 4 Jun lepas. Beliau berkata laporan polis berhubung kes itu telah diterima pada 7 September lalu dan polis bertindak segera melakukan siasatan.

    “Peguam itu mendakwa beliau telah didatangi seorang wanita berusia 36 tahun di sini dan memperkenal dirinya sebagai pembantu kepada Raja Permaisuri Agong di Istana Negara pada 11 Nov” katanya.

    Beliau berkata, peguam dan wanita itu bertemu beberapa kali sehingga diminta menderma RM604,000 kepada yayasan dinaungi permaisuri sebagai syarat mendapatkan gelaran itu. Beliau berkata peguam itu kemudian bersetuju untuk mendepositkan wang ke dalam akaun bank peribadi suspek dalam dua transaksi.

    Bagaimanapun, katanya, peguam itu hanya menyedari bahawa dia ditipu pada 31 Ogos lalu apabila mendapati dia tidak perlu membuat sebarang pembayaran mendapatkan gelaran ‘Datuk’ itu.

    Acryl berkata polis turut merampas beberapa barangan milik suspek, termasuk MPV, wang tunai sebanyak RM1,139, barang kemas dan tiga telefon bimbit. Lapan suspek terbabit telah ditahan reman kelmarin sehingga Isnin depan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Peguam Ditipu RM604,000 Untuk Mendapatkan Gelaran ‘Datuk’ Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top