My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 26 September 2016

    Saya Buat Begini Kerana Dia Rogol Adik Saya



    Dalam peradaban manusia moden hari ini, antara jenayah yang paling di benci adalah jenayah rogol. Semua ini disebabkan oleh paparan berunsur seksual yang begitu berleluasa di mana-mana medium media hari ini, samada menerusi media sosial mahupun paparan kaca televisyen.

    Jenayah ini sebenarnya sudah menjadi satu perkara yang akan berlaku setiap hari tanpa mengira tempat dan masa. Sebagai contoh, India mencatatkan kes rogol tertinggi dalam dunia sehingga perangkaan menunjukkan, setiap jam, pasti ada satu kes rogol berlaku di India.

    Agak menyedihkan, sistem perundangan India dilihat begitu lembab mengadili kes-kes seumpama ini yang kebanyakannya berlaku di kawasan pendalaman dan penduduk yang berkasta rendah. Hal ini telah membangkitkan kemarahan ramai pihak sehingga ada diantaranya mengambil tindakan sendiri bagi mengadili si perogol ini dengan undang-undang ciptaan sendiri.

    Inilah yang berlaku terhadap seorang abang yang sanggup memenggal kepala perogol adik kandungnya sendiri. Semasa kejadian, adiknya dilaporkan telah dirogol di semak belakang rumah mereka oleh jiran mereka sendiri. Sebaik sahaja si abang pulang dari kerja, dia melihat adiknya dalam keadaan menangis tersedu-sedu berseorangan di biliknya.

    Hairan dengan keadaan ini, si abang mendesak adik perempuannya untuk menceritakan, apa yang sebenarnya berlaku. Mengetahui adik perempuannya dirogol oleh suspek yang amat dikenali oleh abangnya, dia bertindak mencari sendiri si perogol dan akhirnya menemui suspek sedang beristirehat di rumahnya.

    Sebaik menemui si perogol, berlaku pertengkaran mulut dan seterusnya berlanjutan kepada pergaduhan. Si abang yang bersenjatakan parang akhirnya berjaya menumbangkan perogol adiknya. Akibat gagal mengawal kemarahan, si abang bertindak memenggal kepala si perogol.

    Menariknya, si abang tidak pula melarikan diri setelah memenggal kepala perogol ini. Dia sebaliknya membawa kepala si perogol ini ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan polis berhubung jenayah yang telah dilakukan oleh si perogol dan dirinya sendiri.

    Ketika ditanya oleh pegawai penyiasat, siapa yang merogol adiknya, dengan selambanya dia memberitahu, "dialah yang telah merogol adik saya dan saya membawa kepala si perogol ini agar pihak polis dapat mengecam perogol adik saya ini."

    Menariknya, tanpa sedikit pun menunjukkan wajah kesal, dia memberitahu, apa yang dia lakukan hanya kerana dia merogol adiknya dan dia sendiri amat yakin, pihak polis akan lambat mengambil tindakan terhadap jenayah yang dilakukan oleh si perogol ini. Sehingga kini, tidak diketahui nasib si abang yang bertindak setelah maruah adiknya diragut oleh si perogol ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Saya Buat Begini Kerana Dia Rogol Adik Saya Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top