My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 1 September 2016

    Saya Cuma Mahu Mati, Tiada Yang Lain



    Bagi umat Islam, kehidupan merupakan satu persinggahan sementara sebelum seseorang itu diangkat dan dipindahkan kealam kekal iaitu Alam Barzah. Kebiasaannya, umur seseorang manusia hari ini diantara 70 hingga 80 tahun dimana amat jarang kita mendengar, seseorang itu berusia lebih daripada 100 tahun.

    Lain pula ceritanya bagi seorang lelaki yang mendakwa dirinya 'lelaki paling tua di dunia' sudah tidak mahukan apa-apa lagi selain daripada bersedia untuk mati. Menurut dokumen dari kerajaan Indonesia, Mbah Gotho dilahirkan pada 31 Disember 1870 dan kini sudah berusia 146 tahun.

    Menurut laporan media disana, ramai anak Mbah Gotho sudah meninggal dunia sebelum dirinya. Malah cucu-cunya juga sudah besar dan ada diantaranya sudahpun meninggal dunia. Justeru, dia menganggap hidupnya kini terlalu kosong dan tiada apa lagi yang dia harapkan kecuali mati.

    "Apa yang saya mahu cuma kematian. Cucu-cucu saya semuanya sudah besar malah ada diantaranya sudahpun meninggal dunia. Saya tidak mahu lagi menyusahkan sesiapa untuk menguruskan diri saya lagi" kata Mbah Gotho kepada sebuah media, Liputan 6 di Indonesia, baru-baru ini.

    Salah seorang cucu Mbah Gotho, Suryanto berkata, pihak keluarganya sudah membuat persiapan untuk kematian Mbah Gotho ketika usianya 122 tahun, namun umur Mbah Gotho masih panjang. Menariknya, batu nesan Mbah Gotho juga sudah siap ditempah pada 1992. Ini bermakna sudah 24 tahun batu nesan berkenaan sudah siap ditempah.

    Menurut Suryanto lagi, keradaan Mbah Gotho sememangnya agak lemah dimana dia hanya makan apabila disuap serta terpaksa dimandikan setiap hari. Kehidupan sehari-harian Mbah Ghoto pula lebih banyak tertumpu dengan mendengar radio dan tidak lagi menonton televisyen sejak dia berumur 130 tahun. Ini kerana, faktor penglihatannya yang tidak lagi jelas yang menghalangnya untuk melihat televisyen.

    Menurut kakitangan di Jabatan Rekod Indonesia, mereka masih belum dapat mengesahkan tarikh lahir dan umur sebenar Mbah Gotho. Ini sedikit sebanyak telah menghalang rekod dunia daripada mengiktiraf Mbah Ghoto sebagai manusia tertua di dunia. Namun, jika dilihat daripada kad pengenalan dirinya, tarikh lahir yang tercatat adalah 31 Disember 1870.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Saya Cuma Mahu Mati, Tiada Yang Lain Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top