My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 26 September 2016

    Sudahkah Anda Mendaftar Sebagai Pemilih?

    SPR Pilihanraya Malaysia Election

    Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga bulan lalu, seramai 1.81 juta kaum Melayu masih belum mendaftarkan diri sebagai pengundi. Jumlah ini dilihat cukup besar jika dibandingkan dengan jumlah mereka yang belum mendaftarkan diri sebagai pengundi untuk kaum Cina dan India.

    Agak menghairankan, kenapa kaum Melayu begitu malas atau takut untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi. Jika ditanya kepada mereka tentang iklim politik tanahair, mereka seumpama jaguh apabila menceritakan segala kepincangan politik samada di pihak kerajaan mahupun pembangkang.

    Namun ketika ditanya, sudahkah dia mendaftarkan diri sebagai pemilih, mereka ini hanya memberitahu, untuk apa daftar. Undi macamana sekalipun, keputusan tetap sudah diketahui. Lagipun, jika mendaftar sekalipun, hanya sekali boleh mengundi. Apalah sangat dengan 1 undi, tidak membawa perubahan pun.

    Sebenarnya, walaupun satu undi, ianya cukup memberi makna besar kepada rakyat Malaysia. Jika tidak, takkanlah pemimpin kerajaan mahupun pembangkang melaungkan, setiap undi anda cukup berharga buat kami.

    Ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa pihak SPR telah menetapkan 30 September ini sebagai peluang terakhir kepada mana-mana pihak yang masih belum mendaftar mengundi untuk menjadi pengundi berdaftar bagi Pilihan Raya Umum ke 14 nanti. Ini bermakna, kurang daripada 5 hari lagi tarikh ini akan ditutup dan semua pemilih akan di saring bagi kegunaan SPR pada PRU 14 kelak.

    Bukan susah mana untuk mendaftar. Anda hanya perlu ke pejabat pos berhampiran dengan membawa kad pengenalan. Sistem di sana akan menentukan, lokasi mana anda akan membuang undi bergantung kepada alamat di kad pengenalan masing-masing. Paling utama, tiada sebarang bayaran dikenakan. Jika barang free pun masih malas, usah berangan untuk bercerita tentang politik.

    Walaupun kita hanya dibenarkan untuk membuang satu undi, percayalah, jika 1.81 juta orang yang sudah layak untuk memilih, namun malas untuk mengundi, usah bising dan memekak andai orang yang anda tidak sokong terpilih untuk menjadi ketua anda untuk 5 tahun yang akan datang.

    Untuk menyemak daftar pemilih atau ada persoalan berbangkit tentang SPR, sila layari laman web SPR di http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/DaftarjBM.aspx 
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sudahkah Anda Mendaftar Sebagai Pemilih? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top