My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 27 October 2016

    Hebatnya BERSIH Seperti Ada Kekebalan Undang-Undang





    Pastinya ramai yang ternanti-nati "headline" akhbar tempatan yang memaparkan Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah ditahan atas tuduhan mengancam keselamatan negara. Namun, penantian berkenaan kekal menjadi satu penantian yang tidak berpenghujung. Maria dan kuncu-kuncunya masih kekal bebas menghasut orang ramai menyertai himpunan yang telah dirancang olehnya.

    Apa yang diungkapkan olehnya bulan lalu dimana dia merancang untuk mengadakan perhimpunan BERSIH 5 di Dataran Merdeka 19 November nanti, jika dilihat menerusi perspektif perundangan negara, nyata ianya merupakan ancaman buat sistem demokrasi negara.

    Selain daripada menjunjung tuntutannya yang mahu negara ini ditadbir oleh mereka yang langsung tiada korupsi dan 14 tuntutan IFC yang dibawa oleh Datuk S. Ambiga, himpunan ini juga bertujuan untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat atas dakwaan diselubungi dengan korupsi dan tidak lagi boleh dipercayai.

    Oleh yang demikian, Maria juga telah melancarkan siri konvoinya di serata Malaysia dengan satu tujuan, untuk mengajak rakyat Malaysia bangkit menentang kerajaan. Hal ini amat tidak disenangi oleh mereka yang masih menyanjung hak demokrasi yang termaktub dalam undang-undang seperti Gerakan Baju Merah dan Sayap Pemuda UMNO.

    Bukankah ini saatu pengkhianatan besar terhadap negara? Bukankah ini boleh disama tarafkan dengan tindakan segelintir individu yang melancarkan perang terhadap Yang DiPertuan Agong selaku ketua utama Malaysia?

    Mungkin benar BERSIH bertujuan untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang ada hari ini. Namun, jika itu tujuan utama BERSIH, ianya samalah ertinya dengan melancarkan provokasi terhadap Yang DiPertuan Agong kerana Kebawah Duli Baginda yang telah memberi keizinan atas hak eksklusif baginda kepada Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan.

    Jika di negara-negara lain, tindakan BERSIH ini sudah awal-awal lagi dibenteras termasuk mendakwa ketuanya atas tuduhan pengkhianat negara. Namun di negara ini, Maria, Ambiga dan beberapa pemimpin utama BERSIH masih bebas bergerak tanpa sekalipun ditahan selepas mengeluarkan ancaman terhadap sistem demokrasi negara.

    Jika ini berlaku, bukan satu perkara mustahil andai ada pihak lain juga turut berminat melakukan perkara yang sama seperti apa yang dilakukan oleh Maria dan BERSIH. Bukan mahu menyebelahi Gerakan Baju Merah atau mana-mana gerakan yang lain. Cuma, apa yang dibimbangkan, gerakan ini benar-benar menghasut rakyat untuk bangkit menggulingkan kerajaan seperti mana yang berlaku di Turki dan Thailand.

    BERSIH bukanlah sebersih yang didakwa oleh mereka. Justeru, satu tindakan agresif harus dilakukan bagi membendung idealogi kotor dan jijik ini menular kepemikiran rakyat. Usah memalitkan sejarah baru negara dimana kepimpinan sedia ada hari ini ditumbangkan oleh Kudeta Rakyat hasil daripada hasutan dan provokasi kumpulan NGO sebiadab BERSIH ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hebatnya BERSIH Seperti Ada Kekebalan Undang-Undang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top