My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 25 October 2016

    ICU HSA Terbakar : 6 Disahkan Maut



    Sekitar jam 9 pagi, Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru telah terbakar yang mengakibatkan keadaan panik di hospital utama Johor Bahru ini.

    Menurut Jabatan Bomba Dan Penyelamat, mereka menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9 pagi dan pasukannya telah tiba ke lokasi, kira-kira 10 minit kemudian. Dalam kenyataan yang sama, pihak bomba turut mengesahkan, enam mangsa ditemui mati dalam kebakaran berkenaan.

    Dalam satu kenyataan sebelum itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan lima mayat ditemui selepas terperangkap dalam kejadian kebakaran itu.

    Awal pagi ini, menerusi klip video dan gambar-gambar yang diperolehi mendapati, asap tebal kelihatan di wad di tingkat dua bahagian selatan ICU. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi manakala pesakit dibawa turun dan ditempatkan di tempat letak kenderaan. Asap hitam boleh dilihat berkepul di seluruh kawasan yang terjejas.

    Sehingga kini, jumlah kerugian dan punca kebakaran masih lagi disiasat. Namun menurut seorang saksi, dipercayai kebakaran berkenaan berpunca dari litar pintas yang berlaku di Unit Rawatan Rapi berkenaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ICU HSA Terbakar : 6 Disahkan Maut Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top