My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 23 October 2016

    Malaysia Negara "Muflis" Pertama Bentangkan Bajet


    Sebelum pembentangan bajet 2017, ramai dikalangan penyokong dan pemimpin pembangkang terutamanya Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir melihat, pembentangan bajet kali ini langsung tidak berguna dan mendatangkan faedah. 

    Ini kerana, mereka mendakwa, Malaysia sudah menghampiri muflis dan bajet kali ini tidak lebih dari sekadar menggula-gulakan rakyat. Kata mereka lagi, kerajaan sudah tidak ada duit lagi untuk dibelanjakan. Malah, Mahathir sendiri mendakwa, kakitangan awam akan bekerja tanpa gaji mulai tahun hadapan.

    Isu dakwaan yang mengatakan Malaysia semakin muflis ini bukan baru pertama kali mereka kemukakan. Sejak dari beberapa tahun yang lalu, mereka sentiasa melaungkan Malaysia akan muflis. Bayangkan, sudah beberapa kali mereka mengemukakan tarikh yang menunjukkan Malaysia akan muflis.

    Terbaru, pembangkang dan Mahathir dan pentaksubnya mendakwa, Malaysia akan muflis sebaik sahaja memasuki bulan September yang lalu. Namun, sehingga hari ini, ekonomi Malaysia kekal mengukuh dan sekaligus menidakkan dakwaan bodoh seumpama ini.

    Menariknya, pada jam 4.15 petang, 21 Oktober lalu, kerajaan menerusi Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sekali lagi berdiri di Dewan Rakyat untuk membentangkan Bajet 2017 yang disifatkan oleh ramai pihak sebagai bajet rakyat. Pelbagai inisiatif dikemukan oleh Perdana Menteri yang menampakkan kerajaan masih mampu untuk berbelanja bagi mensejahterakan rakyat.

    Jika bersandarkan kepada dakwaan Mahathir dan penyokong serta kepimpinan pembangkang yang mendakwa kerajaan tidak lagi mempunyai duit lagi, manakan mungkin kerajaan masih mampu untuk berbelanja dan membentangkan belanjawannya sendiri?

    Lebih menarik, bajet kali ini juga mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam, bonus dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang melibatkan berbilion-bilion ringgit. Adakah ini pentanda kerajaan sudah semakin hampir muflis?

    Lebih melucukan, ada dikalangan rakyat Malaysia rela diperbodohkan oleh pembangkang dan Mahathir dengan dakwaan-dakwaan palsu dan tidak berasas seperti ini. Bagi pentaksub Mahathir, apa sahaja yang didakwa Mahathir adalah betul, seumpama Mahathir itu seperti seorang wali yang teramat-amat maksum.

    Bagi pentaksub pembangkang pula, apa sahaja yang didakawa pemimpin pembangkang adalah paling tepat seolah-olah kesemua pemimpin haprak ini seorang yang "diturunkan" tuhan untuk menyelematkan negara. Inilah mentaliti puak-puak yang mengagungkan pembangkang sehingga apa yang dibuat oleh kerajaan sengaja dibutakan walhal ianya jelas satu kebaikan kepada semua.

    Jadi tidak salahlah untuk mengatakan bahawa Malaysia menerusi Datuk Seri Mohd Najib adalah negara pertama di dunia yang berani membentangkan bajet sedangkan kononnya dakwaan pembangkang dan Mahathir, Malaysia sudah semakin hampir muflis. Tidak tahulah samada mahu mentertawakan dakwaan bodoh ini atau mereka sememangnya terlalu bodoh!
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Malaysia Negara "Muflis" Pertama Bentangkan Bajet Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top