My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 20 October 2016

    Tiong Lai Sifatkan Melaka Gateway Sebagai Pemangkin Ekonomi



    "Perlabuhan ini akan mempunyai banyak fungsi termasuk menjalankan aktiviti pembungkusan serta kegiatan lain berkaitan pelabuhan pengkalan kargountuk semua kapal di sepanjang Selat Melaka." Itulah keyakinan yang ditunjukkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sewaktu menyempurnakan perletakkan batu asas pembinaan Pelabuhan Melaka Gateway di Pulau Melaka, semalam.

    Hadir sama adalah ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan Duta Besar China ke Malaysia, Dr huang Huikang. Beliau menyifatkan, pelabuhan Melaka Gateway akan memainkan peranan penting dalam memenuhi aktiviti ekonomi Asia Tenggara bagi tempooh 5 tahun yang akan datang yang dianggarkan bernilai RM 500 bilion. 

    Beliau berkata, pelabuhan itu berada di barisan hadapan usaha negara memanfaatkan limpahan aktiviti ekonomi di rantau Asia Tenggara. Beliau juga menegaskan bahawa pembinaan pelabuhan ini tidak akan menjejaskan aktiviti di Pelabuhan Klang kerana setiap pelabuhan mempunyai fungsinya yang tersendiri.

    Ujar beliau lagi, Pelabuhan Klang tidak mempunyai perkhidmatan baik pulih dan penyelenggaraan kapal. Sebaliknya, pelabuhan berkenaan lebih menumpukan kepada aktuviti pengangkutan dan pengurusan kargo.

    Sebagai rekod, pelabuhan Melaka Gateway merupakan komponen penting Kawasan Perindustrian Maritim, ialah pelabuhan laut dalam yang direka untuk berfungsi sebagai terminal kargo cecair dan sebagainya. Kos keseluruhan pembinaan pelabuhan Melaka Gateway ini menelan belanja RM 8 bilion yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2019.

    Dengan pembangunan pelabuhan ini, ujar beliau lagi, ianya dapat mengimbau sejarah kegemilangan Kerajaan Melaka dahulu dimana Melaka dijadikan hub perdagangan Timur dan Barat serta mampu untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada tenaga tempatan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiong Lai Sifatkan Melaka Gateway Sebagai Pemangkin Ekonomi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top