My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 3 December 2016

    Bosan Dengan Jean?


    Skirt mungkin sudah menjadi pakaian ‘wajib’ ada dalam almari sesorang gadis. Sama ada bercorak, skirt mini, berbentuk A atau potongan pensel. Kalau anda menggelarkan diri sebagai pencinta fesyen, pasti tidak ketinggalan dengan trend terkini. 

    Jangan ketinggalan fesyen semasa. Antara yang hit kini adalah jenis skirt berlisu dengan pelbagai corak, warna dalam padanan gaya. Biarlah anda ada 1,001 jenis skirt sekalipun tapi tidak lengkap kalau tak memiliki yang ini. Rugi!

    Kembalikan gaya lama

    Jika dulu, skirt berlisu atau skirt jenis berkedut lurus ini hanya dipakai pada zaman 80-an hingga 90-an namun kini, ia trend fesyen sempena musim bunga dan musim luruh 2016. Mungkin di Eropah mereka perlu menunggu musim sesuai untuk memakainya tapi untuk kita di sini, anda boleh gayakannya sepanjang tahun.

    Bagai waktu berputar, pelbagaikan penampilan dengan skirt ini dan ia tetap akan relevan dalam berfesyen mengikut peredaran zaman. Sesuai digayakan sama ada keluar melepak atau acara formal, ia juga penyelesaian untuk anda bertubuh sedikit berisi di bahagian punggung dan kaki. Cukup dengan satu atau dua skirt ini, anda sudah boleh cuba lebih 10 gaya berbeza.

    Kenapa perlu ada? 

    Santai dengan sandal - Kalau kaki penat menyarung kasut bertutup atau kasut tumit tinggi, tiru gaya selamba dengan padankan ia bersama sandal. Nampak lebih santai.

    Stailo dengan sweatshirt - Gabungan skirt berlisu warna polos bersama sweatshirt memang buatkan ramai pandang dua kali. Nampak manis dan tidak perlu banyak usaha untuk serlahkan aura pada pemakai.

    • Ranggi dengan tali pinggang - Mahu nampak lebih manis? Cuba padankan skirt ini bercorak bunga. Selitkan tali pinggang untuk kelihatan lebih elegan, klassy dan ranggi pada masa sama.

    • Moden dan seksi - Jika anda selesa dengan skirt belah tepi, kombinasi ini akan menampakkan anda lebih seksi dan moden. Padankan dengan sniker untuk jadi lebih remaja.

    Elegan dengan but - Yang mana memiliki but melebihi paras buku lali, pasti sudah bosan menggayakan dengan seluar jean. Inilah masanya untuk pelbagaikan stail dengan but anda.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bosan Dengan Jean? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top