My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 9 December 2016

    Tergantung Atas Pokok

    DITEMUI: Anggota penyelamat mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke hospital.

    Misteri kehilangan seorang pemuda dari Kampung Stungkor Lama di Lundu sejak keluar memeriksa bubu Selasa lepas terjawab semalam apabila dia dijumpai mati dalam keadaan tergantung di atas pokok. Ketua Polis Daerah Lundu DSP Wong Chee Keong berkata, mangsa Romy Lego, 25, ditemui sekitar jam 11.30 pagi semalam di kawasan hutan kira-kira dua kilometer dari kampung mangsa. 

    Menurutnya, mangsa ditemui tergantung di atas pokok iaitu lebih kurang enam meter dari aras tanah dan telah meninggal dunia. “Satu laporan diterima pada hari Rabu lepas daripada bapa mangsa menyatakan bahawa mangsa telah keluar dari rumah untuk pergi ke Sungai Stum, Lundu bagi memeriksa bubu pada hari sebelumnya iaitu sekitar jam 5 petang.

    “Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan sebaik sahaja laporan diterima yang turut disertai penduduk kampung dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Pagi tadi (semalam) mangsa telah dijumpai kira-kira dua kilometer dari Kampung Stungkor Lama, tergantung di atas pokok dan disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi semalam.

    Tambahnya juga, kes tersebut disiasat sebagai mati mengejut (SDR). “Mayat mangsa berjaya dibawa keluar dari tempat penemuan pada jam 2 petang dan kes disiasat sebagai SDR sementara menunggu keputusan bedah siasat,” jelasnya.

    Difahamkan, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Lundu untuk bedah siasat. Sementara itu, Ketua JBPM Zon Kuching Tiong Ling Hii dalam kenyataannya memberitahu seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lundu diketuai Zainudin Ngatdemon dikerahkan dalam operasi SAR tersebut.

    “Sebelum laporan polis dibuat, bapa mangsa bersama penduduk kampung telah berusaha mencari mangsa, namun menemui jalan buntu dan terus membuat laporan polis untuk mendapatkan bantuan. Operasi SAR pada hari Rabu dimulakan pada jam 4.30 petang dan ditangguhkan pada jam 7 malam disebabkan keadaan gelap serta hujan dan disambung semula pada hari ini (semalam),” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tergantung Atas Pokok Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top