My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 29 March 2017

    Allah Lebih Menyayanginya



    Anak angkat kedua penyanyi Azharina iaitu Rizqie Azharin Azhar disahkan meninggal dunia jam 10.30 pagi semalam di hospital, di sini. Azharina, 32, yang ditemui di sini hari ini reda dengan kehilangan anak keduanya selepas dimasukkan wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Putrajaya. 

    "Saya reda dengan pemergian Rizqie. Saya bersyukur kerana sempat menjaganya meski hanya 22 hari. Selama dia dirawat di wad ini sejak semalam, saya tak sanggup melihat keadaan Rizqie," katanya kepada media.

    Rizqie yang dimasukkan wad sejak Ahad lalu akibat demam panas dilapor kritikal selepas mengalami komplikasi buah pinggang, pendarahan otak, jangkitan paru-paru dan darah. Sejak semalam Rizqie dirawat menggunakan alat bantuan pernafasan.

    Jenazah Rizqie akan disembahyangkan di Masjid Batu 14 Puchong dan dikebumikan kawasan sama masjid itu selepas waktu Asar semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Allah Lebih Menyayanginya Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top