My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 28 March 2017

    Tidak Ada Yang Terkecuali Dalam Aspek Keselamatan


    Dalam era yang serba mencabar hari ini, antara perkara utama yang sering dititik beratkan oleh kerajaan adalah aspek keselamatan pengguna pengangkutan awam. Bertitik tolk dari sini, kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) bagi menyelenggara dan memastikan keselamatan pengguna sentiasa dioptimumkan.

    Untuk tiga bulan pertama tahun ini, SPAD dengan kerjasaman pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan beberapa agensi berkaitan, sering mengadakan operasi di beberapa buah terminal bas dan teksi yang dikenal pasti bagi memastikan tahap kepatuhan pengendali terhadap undang-undang sentiasa dipatuhi.

    Ianya tidak terhad di terminal-terminal bas dan teksi semata-mata. Pihak SPAD dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan, turut sama menjalankan operasi terhadap bas-bas sekolah yang beroperasi. Ia bagi meastikan pihak pengendali operasi bas-bas sekolah ini mempunyai kelayakan yang sepatutnya sebelum menjalankan operasi.

    Mengambil kira saranan dariTimbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon yang mahu pihad SPAD mengambil tindakan terhadap pengusaha bas sekolah yang tidak berdaftar dan tidak mengikut piawaian ditetapkan pihak berkuasa, pihak SPAD akan memastikan operasi lebih kerap terhadap pengusaha bas-bas sekolah ini.

    Ini kerana, selain daripada memastikan para pengendali bas-bas sekolah ini mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, aspek keselamatan kanak-kanak yang di bawa juga harus diutamakan. Pastinya, pihak SPAD atau mana-mana pihak sekalipun enggan melihat sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sekiranya terlepas pandang terhadap aspek keselamatan dan kepatuhan undang-undang.

    Oleh yang demikian, SPAD akan sentiasa mempertingkatkan kerjasama dengan semua agensi berkaitan dan paling utama, komitmen bagi memastikan keselamatan dan kepatuhan undang-undang oleh mana-mana pengenadali pengangkutan awam akan sentiasa dipantau. Ini memastikan kejadian-kejadian yang tidak diingini akan dapat dikurangkan dan mengurangkan sebarang kemungkinan kejadian buruk berlaku.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tidak Ada Yang Terkecuali Dalam Aspek Keselamatan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top