My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 22 April 2017

    Jangan Terlalu Kejarkan Trip Sehingga Abai Keselamatan Orang Lain




    Bagi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD), antara kesalahan yang kerap di titik beratkan adalah kenderaan pengangkutan perdagangan seperti lori membawa muatan yang berlebihan sehingga boleh mengundang kepada kecelakaan kepada pengguna jalan raya yang lain.

    Mereka seolah-olah tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya yang lain sehingga ada diantara pemandu kenderaan pengangkutan perdagangan bertindak membawa muatan melebihi had dibenarkan.

    Baru-baru ini, dalam satu operasi yang dijalankan oleh SPAD bersama beberapa agensi penguat kuasa, sebanyak 14 lori di sekitar Bandar Tun Razak, Batu 9 Cheras dan Hulu Langat dikesan membawa muatan melebihi 130 peratus.

    Malah, ketika satu tinjauan yang dilakukan di sekitar ibu negara, kenderaan perdagangan terbabit bukan sahaja membawa muatan lebih malah menggunakan jalan bandar pada waktu kemuncak selain memotong kenderaan lain.

    Hal ini pantas mendapat perhatian Ketua Jabatan Penguat Kuasa SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad. Beliau berkata, dalam operasi baru-baru ini, sebanyak 16 lori diperiksa dan 10 daripadanya membawa muatan melebihi had dibenarkan manakala empat lagi membawa muatan melebihi paras ketinggian panel sisi.

    Dua lagi lori didapati gagal mengemukakan salinan permit perkhidmatan dan lesen pengendali serta tiada permit kenderaan, lesen pengendali. Kesemua mereka direkodkan di bawah kesalahan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

    Oleh yang demikian, kepada pengusaha kenderaan pengangkutan perdagangan, pihak SPAD menasihatkan supaya mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan selain usah terlalu tamak mengejar trip sehingga mengabaikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Usah menambahkan lagi statistik kemalangan jalan raya di negara ini hanya kerana mengutamakan sifat tamak.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jangan Terlalu Kejarkan Trip Sehingga Abai Keselamatan Orang Lain Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top