My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 23 May 2017

    Anwar Adalah Senjata Terakhir PKR Untuk Kukuhkan Parti




    Sejak tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat, hanya ada satu nama sahaja yang akan sentiasa disebut dan dipuja iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagi penyokongnya, Anwar adalah segala-galanya dan lambang perjuangan Reformasi yang diciptanya pada tahun 1998.

    Betapa agungnya Anwar sehinggakan isteri dan anak-anaknya sendiri melabelkan Anwar sebagai anugerah terhebat yang dikurniakan kepada Malaysia. Menurut mereka, amat sukar mencari seorang lagi Anwar Ibrahim di Malaysia jika melihat kepada perjuangannya di dalam arus politik negara.

    Namun begitu, mungkin ada yang tidak menyedari bahawa PKR sebenarnya hanya bergantung kepada Anwar semata-mata untuk meneruskan perjuangan mereka. Cara PKR ini sebenarnya cukup mirip dengan PPBM yang terlalu bergantung kepada Tun Dr Mahathir selaku pengerusi parti ini.

    Sejak setahun ini, PKR memang menghadapi pelbagai masalah samada dicipta oleh ahlinya sendiri atau wujud hasil ketamakan kuasa di kalangan pemimpinnya. Lihat sahaja betapa kosistennya Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyerang pentadbiran Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

    Tidak cukup dengan itu, PKR juga berhadapan dengan dua kem di mana di satu pihak dikuasai oleh Datin Seri Wan Azizah dan satu pihak lagi dikuasai oleh Azmin sendiri. Lebih memburukkan keadaan, PAS juga bertindak memutuskan tahaluf siyasi mereka dengan PKR berikutan beberapa tindakan pemimpin PKR sendiri yang jelas tidak menghormati kepimpinan PAS.

    Akibatnya, kedudukan Azmin dalam kerajaan negeri Selangor menjadi sedikit goyah. Malah, PKR sendiri turut bimbang akan kemungkinan kehilangan lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak. Manakan tidak, kebanyakan kerusi yang dimenangi oleh PKR kebanyakannya disumbangkan oleh ahli-ahli PAS sendiri.

    Tidak cukup dengan itu, Ketua Wanita PKR merangkap Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pula bertindak meletakkan jawatannya berkuat kuasa serta merta. Itu belum lagi pendedahan bagaimana seorang ketua Angkatan Muda Keadilan, Datuk Adam Rosly kini berhadapan dengan pendakwan penggubahan wang haram.

    Semua ini sedikit sebanyak melemaskan PKR kerana mereka sendiri kian buntu bagaimana mahu menyelesaikan begitu banyak kemelut yang melanda. Justeru, sebagai jalan terakhir, mereka sekali lagi terpaksa mengaitkan seorang banduan Sungai Buloh hanya untuk menyelamatkan PKR.

    Mungkin pada perkiraan kepimpinan PKR, hanya Anwar sahaja mampu meredakan ketegangan yang timbul. Malah, menerusi Anwar, kepimpinan PKR berharap, para penyokong mereka akan kekal setia di bawah panji PKR dan tidak akan berubah hati. Inilah tujuan utama kenapa nama Anwar disebut sebagai calon Perdana Menteri ketujuh.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Anwar Adalah Senjata Terakhir PKR Untuk Kukuhkan Parti Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top