My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 25 May 2017

    Strategi Licik DAP Memperkudakan Parti Melayu



    Sudah banyak pendedahan dilakukan untuk menyerlahkan siapa DAP sebenarnya. Sejak dari awal penubuhannya pada 1966, antara impian DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang sehingga kini adalah untuk memastikan Malaysia ini akan menjadi hak milik mutlak mereka tanpa mengira apa jua cara yang akan diambil.

    Pelbagai cara dilakukan oleh DAP samada menerusi hasutan, pembantaian kaum, fitnah dan sebagainya. Semuanya telah dilakukan oleh DAP namun ajaibnya, mereka akan sentiasa tampil dengan strategi dan idea baru bagi memastikan undi majoriti kaum Melayu akan terpecah disamping memastikan undi kaum Cina solid menjadi milik mereka.

    Dalam satu pendedahan yang dibuat oleh Andy Mickey Choong Tek Choy dalam tesis Sarjananya, Lim Kit Siang mengakui, antara strategi yang diguna pakai olehnya adalah memperkudakan kesemua parti-parti Melayu yang bergabung dengannya untuk membolehkan DAP mendapat kuasa yang cukup mereka idamkan.

    Berikut merupakan sebahagian pendedahan yang dibuat oleh Lim Kit Siang kepada Andy pada 20 Mac 2006 yang bertajuk, “Democratic Action Party of Malaysia and the Politics of Opposition Coalition Building”.

    "Strategi DAP dalam kumpulan pembangkang ini adalah bagi menyokong parti muda (baru) dan berharap kerjasama pembangkang yang berpanjangan boleh dikekalkan. PKR boleh menjadi matang dan memimpin pasukan pembangkang tetapi tidak pada pilihan raya umum yang terdekat, tetapi yang akan datang. 
    Oleh itu, DAP sanggup melanjutkan tahap kerjasama dari pelbagai pakatan yang tidak mempunyai masa depan dengan parti-parti politik dan DAP akan mengambil langkah seterusnya untuk menjadikan kerjasama kepada pakatan pembangkang berstruktur untuk persaingan pilihan raya umum yang terdekat. 
    Dengan berbuat demikian, DAP melihat bahawa cara ini akan dapat memenuhi komitmen jangka panjang kepada masyarakat Malaysia dan pada masa yang sama memeriksa perkembangan PAS dengan menyokong pembangunan PKR yang dianggap DAP tidak mempunyai jentera dan sumber politik yang baik berbanding sebuah parti yang di kukuh dalam politik. 
    Tambahan pula, DAP pada perspektif realiti politik, akan cuba untuk mempergunakan PKR dan Anwar sebagai kuasa pengimbang kepada PAS untuk memecahkan politik kaum Melayu.  
    Lim Kit Siang melihat, dengan menyokong pertumbuhan dan pembangunan PKR serta memberi sokongan penuh kepada penyokong Anwar, DAP dapat memeriksa dengan lebih rapat sebarang perkembangan dan pengaruh PAS di kem pembangkang menerusi apa yang dipanggil sebagai gabungan berstruktur."

    Jika dilihat dari pengakuan jujur Lim Kit Siang ini, kita dapat menggambarkan betapa liciknya helah dan strategi DAP untuk mengucar-kacirkan perpaduan dan undi kaum Melayu. Satu ketika dahulu, DAP pernah berkawan rapat dengan PAS di dalam Pakatan Rakyat tetapi pada masa yang sama, mahu melihat PAS tidak terlalu kuat dan berpecah belah.

    DAP sememangnya mahu melihat PAS membantu memperkasakan PKR yang dilihatnya sebagai boneka yang harus dijaga dengan rapi dan pada masa yang sama, kekuatan PAS dan kaum Melayu yang menganggotai parti berkenaan akan melemah dan seterusnya berpecah belah seperti mana tertubuhnya parti hamba abdi DAP, Parti Amanah Negara.

    Hari ini, kita mungkin boleh nampak bagaimana helah Lim Kit Siang dan DAP dalam politik perpecahan ini. Bukan satu perkara yang menghairankan apabila DAP akan menggunakan strategi yang sama untuk memastikan PKR berpecah belah dan seterusnya membantu menaikkan imej PAN dalam arus politik semasa.

    Timbul persoalan, bagaimana pula nasib PPBM? Mudah untuk disimpulkan bahawa, PPBM adalah parti baru yang dianggotai oleh mereka-mereka yang kecewa. Hari ini kita dapat melihat bagaimana PPBM sudah menghampiri kehancuran. Bagi PKR pula, mereka terpaksa menjual nama Anwar hanya untuk memastikan kehancuran dalaman PKR dapat diselematkan. Liciknya DAP!
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Strategi Licik DAP Memperkudakan Parti Melayu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top