My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 22 July 2017

    Ekspresi Felda : Peluang Dekati Warga Peneroka



    Secara amnya, apabila kita membicarakan tentang Felda, antara perkara pertama yang akan terlintas di fikiran adalah kelompok rumah peneroka yang dikelilingi oleh ladang-ladang getah dan kelapa sawit. Disamping itu, kita akan membayangkan tentang usaha anak-anak tempatan meneroka tanah-tanah baru untuk dijadikan ladang.

    Hakikat sebenarnya, banyak lagi hal ehwal Felda yang masih kita belum fahami dengan benar-benar tepat. Atas perkara inilah, Felda akhirnya mengadakan Karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia yang bertempat di Dataran Putrajaya bermula 21 hingga 23 Julai.

    Karnival selama 3 hari ini akan memberi peluang buat warga bukan Felda mengenali dengan lebih rapat apa itu Felda disamping mengetengahkan pelbagai hasil dan produk yang dihasilkan Felda. Jika kita merasakan, Felda hanya mampu mengeluarkan getah asli dan kelapa-kelapa sawit, menerusi karnival ini kita akan menyaksikan banyak lagi produk-produk Felda yang kita tidak ketahui.

    Dengan disertai oleh kira-kira 54 Gugusan Felda yang terdapat diseluruh negara, orang ramai berpeluang untuk membeli atau melihat sendiri pelbagai produk yang dihasilkan oleh Felda. Disamping itu, terdapat banyak aktiviti sampingan yang boleh disertai oleh semua pihak termasuklah perlawanan bolasepak antara pasukan utama Felda United menentang selebiriti tanahair.

    Bagi yang meminati makanan ala food truck, di karnival ini juga menyediakan kira-kira lebih 30 pengusaha makanan berasaskan food truck di mana kesemuanya dijual oleh anak-anak jati Felda itu sendiri. Untuk melihat sendiri kemeriahan karnival ini, orang ramai dijemput hadir beramai-ramai di Dataran Putrajaya bermula jam 7 pagi hingga 10 malam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ekspresi Felda : Peluang Dekati Warga Peneroka Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top