My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 21 August 2017

    Isu Memali, Siapa Yang Mula Menyebut Tentang Insiden Ini?



    Agak sedikit melucukan sebenarnya apabila melihat Tmbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub cuba menyalahkan PAS berhubung bangkitnya semula insiden berdarah di Kampung Memali yang berlaku kira-kira 32 tahun yang lalu.

    Dalam kenyataannya, dia mendakwa, PAS hanya menggunakan isu ini sewaktu menentang Barisan Nasional dan sekali lagi cuba membangkitkan isu ini bagi menjatuhkan kredebiliti Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Tun Dr Mahathir yang juga sekutu PAN di dalam Pakatan Harapan.

    Mungkin Salahuddin tidak faham akan duduk sebenar perkara ini. Isu Memali ini adalah salah satu isu yang mala segar yang diibaratkan seperti sebutir dinamit yang hanya tunggu untuk diletupkan sahaja. Dalam hal ini, isu Memali mula berbangkit semasa program Nothing to Hide 2 yang diadakan di Shah Alam, Ahad minggu lepas.

    Pada program itu, seorang Exco Armada, Tawfik Mohamed telah bertanyakan terus kepada Mahathir mengenai isu Memali. Belum pun sempat soalan berkenaan disampaikan, sebuah kerusi dan selipar di baling kearah Tawfik sehingga menimbulkan kekecohan yang sehingga kini diperkatakan oleh ramai pihak.

    Justeru, ingin ditanyakan kepada Salahuddin, dimana peranan PAS dalam isu ini? Bukankah tindakan tidak bertamadun berkenaan dilakukan oleh ahli PPBM sendiri hanya bertujuan untuk melindungi Mahathir dari menjawab sebarang soalan kontroversi? Sejak bila pula majlis berkenaan dihadiri oleh ahli PAS yang bertindak merosakkan program berkenaan?

    Salehuddin harus faham, isu Memali ini adalah isu yang cukup sensitif. PAS langsung tidak ada kena mengena dengan isu ini kerana yang membangkitkan semula isu ini adalah Exco Armada sendiri. Adakah Salahuddin cuba mengalih tumpuan kepada PAS dan cuba melindungi apa yang telah berlaku semasa program Nothing to Hide 2 berkenaan?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Isu Memali, Siapa Yang Mula Menyebut Tentang Insiden Ini? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top