My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 19 September 2017

    Kerajaan DAP Pulau Pinang Tidak Pernah Fikir Kebajikan Rakyat





    Ketika seseorang atau sesebuah parti mempunyai kuasa, antara perkara utama yang harus diberi perhatian adalah soal kebajikan rakyat yang memberi mandat untuk berkuasa. Hal ini bukan satu perkara yang boleh dipermainkan kerana rakyat sendiri yakin akan kemampuan sesebuah parti untuk mentadbir dengan baik dan membela nasib mereka.

    Namun, perkara sedemikian tidak pernah berlaku terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng. Mungkin, kita akan melihat Guan Eng hadir ke beberapa majlis dengan bergambar semasa memberikan sumbangan kerajaan negeri. Mungkin kita akan melihat imej Guan Eng begitu gusar sewaktu banjir melanda negeri berkenaan baru-baru ini.

    Namun hakikat sebenar yang harus diberi perhatian adalah, kebajikan rakyat Pulau Pinang sejak ditadbir oleh Guan Eng, cukup diabaikan. Hal ini didedahkan oleh MCA Pulau Pinang apabila dihubungi untuk mengulas kejadian banjir yang berlaku di Pulau Pinang.

    Beliau yang enggan namanya disiarkan memberitahu, sejak DAP mengambil alih kuasa di Pulau Pinang, apa yang mereka fikirkan adalah untuk menjarah hasil dan pendapatan negeri untuk kepentingan peribadi dan parti semata-mata.

    Umum mengetahui bahawa Pulau Pinang antara negeri yang termaju di Malaysia. Disebabkan kemajuan berkenaan, rizab kerajaan negeri berada pada tahap tertinggi pada tahun 2007 dan 2008 sebelum ianya merudum teruk sebaik DAP mengambil alih. Malah, sehingga hari ini, banyak kilang-kilang telah mengalihkan operasi mereka ke tempat lain dan ini menyumbang kepada kejatuhan rizab kerajaan negeri.

    Lebih memburukkan keadaan, hampir semua perkampungan yang telah wujud lebih 40 tahun juga telah dirobohkan tanpa sebarang pampasan yang setimpal. Semua ini dilakukan atas alasan pembangunan sehinggakan bukit bukau juga turut di tarah. Pada pendapat beliau, keadaan ini menyaksikan Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang cukup sensitif sekiranya berlaku hujan lebat berpanjangan.

    Dalam dua tahun kebelakangan ini sahaja, sudah lebih 10 kali banjir kilat melanda negeri ini akibat kegagalan mereka menyelenggara sistem perparitan. Malah, ada juga yang terpaksa dipindahkan akibat banjir ini. Lebih memburukkan keadaan, hampir tiada sumbangan bagi membantu mangsa banjir ini dilakukan oleh kerajaan negeri.

    Apa yang mereka tahu adalah membina unit-unit kondominium, deretan hotel-hotel dan lebih melucukan, impian Guan Eng untuk membina sebuah terowong dasar laut yang sehingga kini, bayangnya pun tidak kelihatan. Bukankah lebih baik sekiranya wang yang dilaburkan untuk membina terowong berkenaan di serahkan kepada rakyat yang amat memerlukan?

    Jika mahu disenaraikan, memang cukup banyak pengabaian kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap rakyatnya sejak 2008. Apa yang boleh diberitahu adalah, nasib rakyat Pulau Pinang secara amnya memang cukup terseksa disebabkan sikap pemimpin DAP sendiri yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi dan parti dari memikirkan soal kebajikan dan keperluan rakyat.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kerajaan DAP Pulau Pinang Tidak Pernah Fikir Kebajikan Rakyat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top