My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 23 October 2017

    68 Individu Ditangkap Terlibat Judi Haram Di Sarawak



    Polis Sarawak berjaya memberkas 68 individu selepas disyaki terlibat dalam aktiviti judi haram menerusi 49 serbuan sepanjang minggu lalu. 

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, serbuan tersebut melibatkan 47 buah premis menjual loteri haram dan dua pusat judi siber bermula 16 Oktober hingga semalam. 

    "Secara keseluruhannya, polis menahan 61 individu dan merampas wang tunai sebanyak RM12,9832 dalam 47 serbuan judi haram di Kuching, Padawan serta Sibu.

    "Manakala tujuh individu lagi ditahan membabitkan aktiviti judi siber dan dipercayai membekalkan perkhidmatan perisian semula kepada penjudi siber," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Dev menambah, kesemua individu yang ditahan berusia antara 16 hingga 67 tahun.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 68 Individu Ditangkap Terlibat Judi Haram Di Sarawak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top