My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 22 October 2017

    Bukan Semua Cina Itu Bersifat Perkauman



    Kebelakangan ini, seperti sudah wujud satu stigma apabila ada pihak yang cuba mengaitkan pelbagai isu perkauman dengan kaum Cina. Semuanya gara-gara sikap berpuak-puak dalam politik yang diterapkan oleh DAP hanya untuk menimbulkan ketegangan antara kaum di negara ini.

    Bagi mereka yang berfikiran dangkal, apa yang cuba diterapkan oleh DAP ini terus dianggap sebagai provokasi kaum. Lebih menyedihkan apabila seperti sudah tertanam di dalam diri terutamanya bagi kaum Melayu, semua kaum Cina di negara ini bersikap kiasu dan hanya mementingkan kuasa sehingga ada diantara kaum Melayu merasakan, semua kaum Cina itu tidak betul.

    Benarkah apa yang segelintir pihak ini fikirkan? Sudah hilangkah sikap toleransi antara kaum di negara ini yang kita warisi sejak sekian lama? Adakah kesemua kaum Cina itu bersikap kiasu dan hanya mementingkan diri sendiri?

    Mari kita singkap sejenak sejarah penghijrahan kaum Cina ke Malaysia. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa terdapat 3 peringkat utama penghijrahan kaum Cina ke Tanah Melayu dari Tanah Besar China. Menariknya, ketiga-tiga peringkat ini mempunyai fasa dan tujuan yang berlainan yang amat jarang sekali didedahkan oleh mana-mana penulisan sebelum ini.

    Fasa pertama penghijrahan kaum Cina bermula apabila satu kumpulan kaum ini memilih untuk keluar dari negara mereka untuk mencari kawasan yang lebih baik untuk diduduki. Ianya berlaku sekitar 1700 sehingga pertengah 1800 di mana mereka langsung tidak berniat untuk menakluk sesebuah kawasan yang mereka duduki. Mereka cuma mahu mencari rezeki yang lebih baik dari tempat asal mereka.

    Fasa kedua pula adalah penghijrahan yang dibawa oleh penjajah Inggeris yang pada ketika itu memerlukan pekerja bagi menguruskan lombong-lombong bijih dan emas di negara ini. Kelompok ini juga tidak pernah terfikir untuk menakluki tempat yang mereka diami. Cuma kelompok ini membawa fahaman kongsi di mana ianya lebih kepada penyatuan kaum Cina yang berada jauh dari Tanah Besar.

    Fasa ketiga pula adalah mereka yang bersifat ekstrim di mana majoriti mereka keluar dari Tanah Besar China setelah berjaya menghalau penjajahan Jepun. Di dalam kelompok ini juga terdiri daripada mereka yang sudah menyerapi idealogi komunisme dan di jiwa mereka, mereka mahu mencari satu kawasan baru untuk di takuki.

    Jika kita imbau sejenak, sewaktu kita masih kecil, bukan satu perkara yang menghairankan apabila kedai-kedai kopi Melayu turut disinggahi oleh kaum Cina dan begitu juga sebaliknya. Kerukunan hidup antara kaum Melayu, Cina dan India satu ketika dahulu memang tidak dapat dinafikan dan komuniti kaum Cina ini adalah hasil daripada keturunan mereka yang berhijrah pada fasa 1 dan 2.

    Bagi memudahkkan kita melihat cara pemikiran waris kumpulan fasa 1 dan 2 ini, keperibadian mereka lebih kepada bersifat berkawan dengan semua bangsa di negara ini seperti yang diamalkan oleh kelompok Baba dan Nyonya di Melaka. Dalam politik pulamereka telah berjaya menubuhkan MCA, Gerakan dan juga SUPP di Sarawak.

    Bagi kelompok ketiga pula, selain daripada pembawaan idealogi penaklukkan dan berfahaman politik yang agak radikal, mereka juga lebih berminat untuk menjadi pemilik kepada sesebuah kawasan yang mereka diami. Lihat sahaja Singapura di mananegara berkenaan tertubuh hasil daripada pemerasan yang dilakukan oleh bekas Presiden mereka, Lee Kuan Yew terhadap Tunku Abdul Rahman.

    Di Malaysia pula, gerakan kelompok ketiga ini didukung oleh DAP yang sememangnya mengidamkan untuk menawan Malaysia menerusi apa jua jalan yang mereka ada. Malah, pergerakan mereka juga lebih "berkiblatkan" Singapura dengan Taiwan merupakan negara contoh yang mereka mahu terapkan di negara ini.

    Modus operandi kelompok ini mudah. Cuba timbulkan ketegangan antara kaum selain memporak perandakan susun atur kaum majoriti di Malaysia. Lebih hebat lagi, mereka juga sudah meninggalkan ajaran asal agama mereka. Sebaliknya, kelompok ini kini lebih senang menganut agama Kristian dan ada sumber mendakwa, pergerakan mereka sentiasa ditaja oleh Israel. Sejauh mana kebenarannya, tidak pula dapat dipastikan.

    Justeru, setelah membaca serba ringkas asal usul penghijrahan kaum Cina ini ke Malaysia, apa yang diharapkan agar stigma yang mendakwa kesemua kaum Cina itu bersifat perkauman dan kiasu, harap dapat di kikis. Kita masih mempunyai sahabat dari kaum Cina terutamanya mereka yang berfahaman politik sederhana seperti MCA, Gerakan, SUPP dan Parti Cinta Malaysia.

    Mereka lebih berminat untuk menjalinkan persahabatan dengan semua kaum terutamanya kaum Melayu yang merupakan penduduk majoriti di negara ini. Usah disebabkan propaganda jahat DAP ini menghancurkan terus kerukunan hidup kita di Malaysia sehingga wujud syak wasangka antara kita.

    Malaysia seumpama sepinggan rojak di mana segala jenis sayur dan makanan, di campur sekali dan rasanya cukup enak. Seandainya kita memilih untuk meletakkan cuka atau racun di dalamnya, usah katakan rojak berkenaan tidak lagi enak, malah amat membahaya untuk kita jamah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bukan Semua Cina Itu Bersifat Perkauman Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top