My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 24 October 2017

    Polis Tahan Lapan lelaki Vietnam Cabul Kanak-Kanak Perempuan



    Polis memberkas lapan lelaki warga Vietnam selepas disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di sebuah rumah di Jalan Matang di sini semalam. 

    Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, kesemua suspek ditahan pada pukul 5 pagi tadi selepas ibu mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpa kanak-kanak tersebut.

    "Kejadian terbongkar selepas kanak-kanak itu mengadu sakit di bahagian kemaluannya kira-kira pukul 12.05 tengah malam tadi. Ibu kanak-kanak terbabit kemudian memeriksa kemaluan anaknya dan mendapati ada kesan lendir berwarna putih pada kemaluan mangsa," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

    Mengulas lanjut, Aidil memberitahu, kesemua suspek berusia 19 hingga 47 tahun itu kini ditahan dan polis akan memohon reman di mahkamah esok bagi siasatan lanjut.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Polis Tahan Lapan lelaki Vietnam Cabul Kanak-Kanak Perempuan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top