My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 23 October 2017

    Tahniah Malaysian Tigers!



    PERJUANGAN skuad Malaysian Tigers sepanjang Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 wajar diberi pujian tinggi meskipun masih gagal menamatkan kemarau untuk menjulang kejuaraan selepas tewas tipis kepada pasukan keenam terbaik dunia, India 1-2 pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Maulana Bhashani di Dhaka, Bangladesh malam tadi. 

    Bagaimanapun, kejayaan pasukan hoki kebangsaan muncul sebagai naib juara buat kali pertama, merupakan sejarah baharu bahkan pencapaian terhebat negara pada kejohanan tersebut sejak meraih tempat ketiga pada edisi 2007 di Chennai, India.

    Malaysian Tigers yang menduduki ranking ke-12 dunia mara ke peringkat Super 4 iaitu separuh akhir format liga sepusingan sebagai juara Kumpulan B. Skuad bimbingan Stephen Van Huizen itu melangkah ke pentas final sebagai dua pasukan terbaik Super 4 selepas mengalahkan Pakistan 3-2 sebelum tewas 2-6 kepada India dan terikat 1-1 dengan Korea Selatan.

    Malaysia Tigers turut mendapat pengiktirafan apabila Faizal Saari dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan dan penjaring terbanyak dengan keseluruhan tujuh gol.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tahniah Malaysian Tigers! Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top