My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 17 October 2017

    Tugasan Pertama Mahathir Di Bawah Lim Kit Siang, Gagal


    Bukan satu rahsia lagi bahawa hari ini, bekas Perdana Menteri dan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir sudah menjadi orang suruhan Lim Kit Siang dalam menjalankan propaganda pembangkang. Tugasnya khas untuk memecah belahkan perpaduan kaum Melayu yang dianggap DAP terlalu sukar digugat sejak penubuhan parti berkenaan pada tahun 1966.

    Justeru, tidak hairanlah apabila himpunan Sayangi Malaysia Anti Kleptokrasi diadakan khusus untuk meletakkan segala bebanan dan tuduhan keatas kerajaan yang diterajui oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Tugas Mahathir mudah, adakah himpunan dengan menyasarkan kehadiran kaum Melayu dan hasut pemikiran para peserta dengan pelbagai dakyah dan penipuan.

    Namun, apa yang disaksikan pada Sabtu lalu menampakkan kegagalan Mahathir secara keseluruhannya. Tugasan pertama yang diberikan kepada Mahathir oleh Lim Kit Siang bagi memecah belahkan perpaduan kaum Melayu dengan mengadakan himpunan seumpama ini, gagal dilaksanakan dengan baik oleh Mahathir.

    Malah, Lim Kit Siang, Mahathir dan para pemimpin Pakatan Harapan terpaksa menanggung malu yang besar apabila himpunan yang bermula pada jam 4 petang sehingga 12 tengah malam ini, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan. Malah, sasaran yang diletakkan oleh DAP dan para pemimpin pakatan harapan yang lain juga langsung tidak tercapai.

    Mungkin pada awalnya, Lim Kit Siang merasakan bahawa kredibiliti Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, mampu untuk menarik para peserta berhimpun di Padang Timur seperti mana yang dia lakukan terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Himpunan BERSIH 1 pada 2007.

    Tetapi, jangkaan Kit Siang jauh meleset kerana Mahathir tbukanlah seorang yang mampu untuk menarik peserta untuk berhimpun seperti mana yang dilakukan oleh Anwar. Mungkin Kit Siang terlupa bahawa masih ramai yang marah dengan apa yang dilakukan oleh Mahathir semasa dia masih menjadi Perdana Menteri.

    Kit Siang juga terlupa bahawa sudah banyak pendedahan yang dibuat terhadap pelbagai skandal yang dilakukan oleh Mahathir semasa berkuasa. Akibatnya, Kit Siang mahupun Mahathir jelas menampakkan wajah kecewa seperti mana beberapa keping gambar yang telah tular semasa himpunan berkenaan berlangsung.

    Harus diingat, zaman Mahathir sudah berlalu malah Mahathir sendiri yang mengecam hebat para peserta prhimpunan semasa dia masih berkuasa. Secara amnya, usaha dan tugasan pertama Mahathir setelah di perhambakan oleh Lim Kit Siang, jelas gagal sama sekali, fakta yang tidak mungkin dapat ditepis oleh Mahathir mahupun Lim Kit Siang sendiri.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tugasan Pertama Mahathir Di Bawah Lim Kit Siang, Gagal Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top