My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 21 November 2017

    Betul Kami Orang Cina Tapi Kami Bukan Cina DAP



    Satu ketika dahulu, kita boleh saksikan bagaimana kaum Melayu, Cina dan India boleh duduk semeja sambil bergurau senda memperkatakan tentang kehidupan seharian mereka. Tidak wujud istilah perkauman mahupun syak wasangka antara ketiga-tiga kaum ini walaupun secara hakikatnya, corak kehidupan mereka jelas berbeza.

    Namun, memasuki era milenium hari ini, hasil daripada politik kebencian, sudah wujud jurang antara 3 kaum utama di negara ini. Hari ini, memang sukar untuk melihat ketiga-tiga kaum ini boleh duduk semeja bergurau senda seperti dahulu. Jika ada sekalipun, pemandangan ini boleh kita saksikan di luar bandar, itupun jarang-jarang sekali kita dapat melihatnya.

    Kesempatan menyelusuri corak kehidupan lama ini di salah sebuah pekan kecil di Perak baru-baru ini, terdengarlah satu luahan yang amat jarang kita dengari. Seorang peniaga Mee Hailam di pekan ini mengakui, dia seolah-olah kehilangan dua sahabat baiknya dari kaum Melayu yang sering kali singgah makan di kedainya.

    Dia yang berbangsa Cina yang hanya mahu dikenali sebagai Wong memberitahu, dahulu, kedainya seringkali dikunjungi oleh pelbagai kaum sehinggalah dia menjalinkan ikatan persahabatan dengan dua orang lelaki Melayu yang hanya mahu dikenali sebagai Zubir dan Hussien.

    Setiap hari, mereka akan bertemu, makan mee hailam hasil dari air tangannya dan bersembang tentang kehidupan masing-masing. Namun, semuanya kini sudah berubah apabila kehidupan masing-masing mula diselubungi dengan perasaan syak wasangka.

    Wong mengakui bahawa dia adalah pengundi dan ahli MCA sejak sekian lama dan sejauh pengetahuannya, Zubir dan Hussien mempunyai pandangan dan idealogi politik yang berlainan. Baginya, kerenggangan hubungan antara mereka disebabkan oleh cara politik kotor pembangkang terutamanya DAP yang kerap kali menyemai benih permusuhan antara kaum.

    Malah, Wong mengakui, ramai di kalangan kaum Melayu mula menjauhi kedainya disebabkan perasaan syak wasangka yang disemai oleh pembangkang terutamanya DAP. Wong masih ingat bagaimana sekumpulan jentera DAP mengedarkan risalah kononnya MCA adalah hamba abdi UMNO dan MCA telah meletakkan kaum Cina sebagai bangsa kelas kedua di Malaysia.

    Wong juga masih ingat bagaimana ejekan sekumpulan anak muda Melayu yang mendakwa MCA adalah ejen DAP walhal sejauh pengetahuannya, MCA bukanlah ejen DAP. Malah katanya, setiap kali tiba musim pilihan raya, dia juga turut berkempen untuk Barisan Nasional kerana dia mahu kerajaan sedia ada hari ini kekal memerintah.

    Justeru, dia tidak faham, apa faedah disebalik cara politik kotor yang diamalkan oleh pembangkang terutamanya DAP hari ini. Dia mengakui bahawa dirinya adalah kaum Cina yang berada di tengah-tengah kelompok kaum Melayu. Namun dia mengingatkan kepada semua bahawa tidak semua kaum Cina itu seburuk DAP.

    Masih ramai kaum Cina di negara ini yang masih kekal menghormati antara satu sama lain. Masih ramai yang mahu hidup aman damai di bawah pentadbiran hari ini dari terikut-ikut dengan rentak jahat DAP dan pembangkang.

    Sambil termenung, Wong berkata, "benar, saya adalah kaum Cina. Tapi saya bukan Cina DAP. Saya sayang kerajaan saya hari ini dan saya terlalu rindukan masa lalu yang mana saya boleh bergurau senda bersama Zubir dan Hussien tanpa ada sebarang syak wasangka. Saya rindu mahu memasak mee hailam untuk mereka".
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Betul Kami Orang Cina Tapi Kami Bukan Cina DAP Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top