My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 25 November 2017

    Jangan Persendakan Kemuliaan Islam Dengan Nafsu Politik



    Kebelakangan ini, wujud kebimbangan bila melihat tindak tanduk pembangkang yang diketuai DAP sudah mula berani memainkan sentimen agama dan bangsa hanya untuk mengekalkan sokongan dari kaum Cina yang diterima mereka pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu.

    Satu persatu mereka perlekehkan bermula dari pesta arak Oktoberfest, menghina Ketuanan Melayu, menghina bangsa Melayu, meraikan pesta gay dan menyanggah apa jua titah Paduka Sultan-Sultan Melayu yang diketahui sebagai Ketua Agama Islam di setiap negeri di Malaysia.

    Apa yang menghairankan, masih terdapat segilintir kaum Melayu yang masih menumpahkan taat setia mereka kepada parti-parti pembangkang ini terutamanya DAP. Mereka rela melihat agama dan bangsa mereka diperlekeh sewenang-wenangnya hanya disebabkan hitamnya hati mereka membenci kerajaan yang ada pada hari ini.

    Lebih teruk lagi, Tun Dr Mahathir Mohamad yang satu ketika dahulu seorang Perdana Menteri, kini lebih rela memperhambakan dirinya kepada Lim Kit Siang demi kuasa. Cukup menyedihkan bagi seorang yang pernah berjuang membela bangsa dan agama, hari ini merelakan agama dan maruah bangsanya dipijak sesuka hati oleh pembangkang terutamanya DAP.

    Satu ketika dahulu, menjadi satu pantang besar buat kaum Melayu apabila maruah bangsa dan agamanya di permainkan sesuka hati terutamanya apabila menyentuh tentang politik. Namun, disebabkan kemaruk kuasa dan kebencian yang disemai oleh pembangkang, maruah dan jati diri Melayu serta kemuliaan Islam itu sendiri sudah dipersetankan.

    Sampai bila kita harus menerima permainan kotor pembangkang ini? Adakah sehingga kita terpaksa merempat di tanahair kita sendiri barulah mahu sedar bahawa segala yang selama ini kita miliki, telahpun di rampas dari tangan kita sendiri?

    Ada beberapa pihak menyatakan, itu adalah tugas kerajaan bagi membasmi penghinaan demi penghinaan yang di buat oleh mereka-mereka ini. Soalannya, adakah semuanya harus ditanggung oleh kerajaan sendiri sedangkan ada diantara umat Islam dan Melayu itu sendiri merelakan agama dan bangsa mereka diperlekehkan?

    Ini bukan lagi berkisar kepada politik semata-mata. Ini melibatkan maruah kaum Melayu yang sewenang-wenangnya dihina oleh kebanyakan pemimpin pembangkang. Dayuslah kita apabila hanya membiarkan semua ini berlaku di depan mata tanpa ada sebarang usaha untuk menghentikannya. Malah, hinanya mereka yang hanya membiarkan maruah agama dan bangsa di perkotak katikkan di saat mereka menumpahkan sokongan penuh kepada pembangkang.

    Nampaknya, kata-kata Datuk Laksamana Hang Tuah, lebih 500 tahun yang lalu yang menyatakan "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" bakal terkubur juga akhirnya ditangan para pengkhianat yang menyarungi "baju" Melayu dan "berkulitkan" Islam tapi hakikatnya, isi dalam penuh dengan kebusukan hati yang cukup menjengkelkan.

    Artikel ini diterbitkan pada 25 November 2017
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jangan Persendakan Kemuliaan Islam Dengan Nafsu Politik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top