My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 24 November 2017

    Kelindan Lori Maut Dalam Kemalangan Di Bintulu


    Seorang maut serta dua cedera dalam kemalangan yang melibatkan dua lori di KM43 Jalan Selangau-Tatau awal pagi ini. 

    Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, mangsa yang maut ialah kelindan lori Andrew Mapang Juni, 19, yang turut putus kaki kiri manakala kedua-dua pemandu lori berumur 46, dan 33, hanya cedera ringan.

    "Kemalangan melibatkan dua lori dari arah yang sama, sebuah lori dipakirkan di tepi jalan kerana tayar pancit telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lori membawa muatan besi yang membawa mangsa serta dipandu lelaki berusia 33 tahun itu," katanya dalam kenyataan hari ini. 

    Menurutnya, mangsa maut di lokasi kejadian dan kaki kirinya tersepit di tempat duduknya. "Mayat kelindan sudah diserahkan kepada polis," katanya sambil menambah bomba menerima panggilan pada 4.59 pagi dengan jentera sampai ke lokasi pukul 6.05 pagi dan operasi selesai 6.19 pagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kelindan Lori Maut Dalam Kemalangan Di Bintulu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top