My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 14 December 2017

    DAP Bertepuk Sorak Lihat Kaum Melayu Hilang Hormat Pada Sultannya



    Jika diimbas sejenak, ketamadunan Melayu berkisar kepada Istana. Seperti isi dengan kuku, hubungan antara kaum Melayu dengan para Sultan memang tidak dapat di pisahkan. Malah, boleh dianggap, segala titik kuasa dan perpaduan kaum Melayu lebih berpusat dari Istana seebelum amalan baik seperti ini meresapi setiap jiwa anak Melayu di Tanah Melayu yang kita kenali Malaysia hari ini.

    Justeru, tidak hairanlah sekiranya semangat dan jati diri kaum Melayu itu sendiri cukup sensitif apabila memperkatakan tentang istana. Lebih hebat lagi, jiwa anak Melayu mudah tersirap darahnya sekiranya istana dan Sultan dihina atau diperlekehkan oleh orang-orang kebanyakan walau sebesar mana jasanya di negara ini.

    Rentetan penderhakaan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan ahli DAP dari kaum Melayu, Datuk Zaid Ibrahim terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah Al Haj, ramai jiwa anak Melayu yang masih berpegang teguh kepada institusi istana, terluka dan bangkit menyuarakan kemarahan mereka kepada dua individu berkenaan.

    Melihat kepada keadaan semasa, ianya seolah-olah memang sengaja diadakan untuk menguji sejauh mana jiwa kaum Melayu masih berpegang teguh kepada menyokong institusi Raja-Raja Melayu. Justetu, tidak hairanlah jika ada pendapat menyatakan, Mahathir dan Zaid Ibrahim ini adalah alat DAP untuk menguji kekuatan dan kesetian kaum Melayu kepada rajanya.

    Harus DAP akui bahawa, walaupun negara sedang menuju negara maju menjelang tahun 2020, kaum Melayu masih kuat berpegang kepada kesetiaan di bawah panji-panji Duli-Duli Yang Maha Mulia, Raja-Raja Melayu. Walaupun hari ini terdapat beberapa gerakan untuk mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara Republik, namun ianya bukan semudah yang disangka.

    Di kalangan kaum Melayu juga hari ini dilihat seperti sudah berpecah belah dalam banyak isu. Malah, dalam kes penghinaan yang dibuat oleh Mahathir dan Zaid Ibrahim ini, masih ada dikalangan kaum Melayu menyebelahi penghinaan ini. Mereka sudah hilang rasa cinta pada adat dan budaya turun temurun kaum Melayu sehingga sanggup bertuankan DAP yang diketahui, mahu mengahpuskan Ketuanan Melayu di tanahairnya sendiri.

    Benarlah seperti kata-kata warga emas yang begitu sedih melihat penghinaan yang dilakukan oleh bangsa sendiri terhadap Baginda Tuanku Raja-Raja Melayu. DAP pastinya sedang bertepuk sorak bergembira melihat kaum Melayu sudah hilang jati diri dan kesetiaannya kepada Raja yang diwarisi sejak turun temurun.

    Apa yang pasti, DAP sekarang sudah berani mencabar 5 asas Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan dan Kesusilaan. Kesemuanya sudah di cabar secara terbuka oleh DAP dan Pakatan Harapan. Masihkah kita mahu sekadar memerhati tanpa melakukan apa-apa?

    *Artikel ini diterbitkan pada 14 Disember 2017
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: DAP Bertepuk Sorak Lihat Kaum Melayu Hilang Hormat Pada Sultannya Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top