My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 16 December 2017

    Perompak Pukul Warga Emas



    Sepasang warga emas cedera akibat dipukul seorang perompak menggunakan suatu objek dalam kejadian pecah masuk rumah di Jalan Manggis Off Jalan Mendu di sini kelmarin. 

    Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, dalam kejadian pukul 12.55 te­ngah hari itu, rumah pasangan suami isteri yang berusia 66 dan 72 tahun itu dipecah masuk oleh seorang lelaki dipercayai rakyat tempatan.

    Menurutnya, suspek kemudiannya men­cederakan kedua-dua mangsa dan menggeledah rumah mereka untuk mencari barangan berharga namun tidak sempat apabila kejadian itu di­sedari jiran berdekatan. 

    “Suspek hanya sempat melarikan sebuah kenderaan utiliti sukan jenis Honda CR-V milik pasangan itu tetapi kenderaan itu ditemui tersadai di Jalan Serian-Bau dengan kesan kemalangan dipercayai terbabas,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Perompak Pukul Warga Emas Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top