My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 23 January 2018

    Baru Dicalonkan Jadi Perdana Menteri, Sudah Belagak Menjadi Tuhan




    Ramai dari kita masih lagi terimbau zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri. Pelbagai rencah asam garam politik disajikan olehnya dan barisan kabinet yang dilantik olehnya dan paling diingati adalah bagaimana dia melenyapkan sebarang penentangan terhadap pentadbirannya menerusi Akta Dalam Negeri (ISA).

    Setelah lebih 15 tahun berlalu, saat dia meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri, Mahathir kembali tampil dalam arena politik setelah namanya dicalonkan sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan sekiranya gabungan pakatan pembangkang berkenaan berjaya membentuk kerajaan.

    Sejak itu, pelbagai perkara dan janji di buat oleh Mahathir sekiranya dia berjaya membawa pakatan pembangkang berkenaan membentuk kerajaan. Namun, paling mencuri tumpuan adalah, dia secara tiba-tiba mahu mengambil alih kerja tuhan pula dengan melabelkan para jemaah haji yang ditaja oleh 1MDB sebagai haji yang tidak sah.

    Siapa Mahathir untuk mempersoalkan halal haram jemaah yang menunaikan haji menerusi tajaan 1MDB? Adakah Mahathir begitu pasti bahawa dana yang disalurkan oleh 1MDB menerusi SRC International dan Yayasan 1MDB itu datangnya dari sumber yang haram?

    Apa yang perlu Mahathir faham bahawa, dana yang disalurkan oleh 1MDB itu adalah dana yang dijamin tidak mengandungi unsur haram dan riba. Umum sedia maklum bahawa 1MDB memperolehi dana hasil daripada pelaburan yang dilakukan oleh syarikat berkenaan menerusi pelbagai projek janakuasa mahupun hartanah.

    Sebahagian untung yang diperolehi oleh syarikat berkenaan disalurkan kepada Yayasan 1MDB untuk diagih-agihkan kepada kerja-kerja kemasyarakatan seperti menaja jemaah haji, pembangunan sekolah uzur luar bandar dan macam-macam lagi. Adakah ini yang Mahathir dakwa sebagai unsur haram yang menghalalakannya melabelkan para jemaah haji yang ditaja 1MDB itu sebagai haji yang tidak sah?

    Bukan satu perkara yang mengejutkan apabila Mahathir tergamak mempermainkan pelbagai isu terutamanya melibatkan agama. Sudah terlalu kerap Mahathir memperlekehkan hukum hakam agama seperti sunnah menyimpan janggut, hukum hudud dan qisas dan macam-macam lagi hanya semata-mata untuk meraih sokongan politik.

    Mungkin, Mahathir merasakan, sebaik sahaja dia di calonkan sebagai Perdana Menteri untuk kesekian kalinya, dia merasakan, seggala kuasa berada di dalam genggamannya sehinggakan tergamak baginya mengambil alih kerja tuhan dalam menentukan halal haram sesuatu ibadah.

    Bayangkan orang seperti ini diberi peluang untuk mentadbir negara sekali lagi. Dengan sokongan DAP dibelakangnya, sudah tentu kedudukan Islam dan Melayu itu sendiri akan tergugat dengan sendirinya kerana Perdana Menteri pada ketika itu, langsung tidak kisah Islam dan maruah Melayu itu dipijak dan diperkotak katikkan oleh sekutunya. Nauzzubillah....
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Baru Dicalonkan Jadi Perdana Menteri, Sudah Belagak Menjadi Tuhan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top