My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 14 February 2018

    Lim Guan Eng Tidak Akan Mampu Jawab Apa-Apa Melainkan Putar Belit




    Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilihat semakin tersepit diasak oleh pelbagai pihak berhubung banyak perkara. Paling mencuri tumpuan adalah, skandal projek pembinaan terowong dasar laut yang telah menelan belanja lebih RM 300 juta namun hasilnya, sehingga hari ini tidak kelihatan.

    Sudah terlalu banyak persoalan diajukan kepadanya dan sudah terlalu banyak tuntutan untuknya menjelaskan jumlah sebenar wang yang telah dibayar selain daripada persoalan, siapakah yang menguruskan projek ini sebenarnya. Namun sehingga hari ini, Lim Guan Eng tidak dapat menjawab dengan tepat kepada semua persoalan berkenaan.

    Lim Guan Eng dilihat lebih gemar memutar belitkan keadaan dan paling teruk sekali, dia akan menyalahkan pihak lain dengan apa yang berlaku. Malah, dia juga langsung gagal untuk menjawab semua persoalan yang diajukan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Ser Ir Dr Wee Ka Siong sehinggakan wujud perang mulut antara mereka.

    Dalam hal ini, kesemua persoalan yang diajukan oleh Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang nampaknya lebih menyeluruh dan tepat pada isinya. Namun, Lim Guan Eng cuba mengelak sehingga pada satu tahap, dia menggelarkan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong sebagai bodoh dan tidak tahu apa-apa.

    Mungkin Lim Guan Eng boleh menggelarkan sesiapa yang tidak sehaluan dengannya dengan pelbagai gelaran yang jelik. Namun dia tidak dapat lari dari sebarang siasatan yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dirinya.

    Wang yang telah dibelanjakan oleh Guan Eng untuk membina terowong dasar laut "hantu" berkenaan bukanlah duit dari kantung DAP sendiri. Sebaliknya, wang yang dibelanjakan itu adalah wang rakyat yang dikutip menerusi sistem percukaian yang secara amnya, menekan rakyat dengan nilai yang tidak munasabah.

    Untuk kesemua ini, bolehlah kita anggap yang Lim Guan Eng tidak akan menjawab apa-apa persoalan mengenai terowong berkenaan. Dia hanya akan memutar belitkan soalan untuk diolah menjadi jawapan yang dia sendiri fikirkan logik namun tidak bagi mereka yang mengetahui sepenuhnya perjalanan pembinaan terowong dasar laut "hantunya".
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lim Guan Eng Tidak Akan Mampu Jawab Apa-Apa Melainkan Putar Belit Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top