My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 13 February 2018

    Pakatan Harapan Mahu Jadikan PRU14 Paling Kotor



    Pakatan pembangkang sekarang sedang mendakwa PRU14 nanti adalah yang paling kotor dalam sejarah. Setiap kali pilihan raya umum, cakap ianya kotor tetapi DAP tetap juga menang banyak. Kotor apanya kalau begitu? Semasa PRU12 pada tahun 2008, Malaysiakini dan pembangkang tuduh pilihanraya tidak bersih dan adil kira kira empat hari lagi sebelum hari mengundi. 

    Tidak bersih dan adil apanya? Bila menang di Pulau Pinang dan Selangor, pembangkang iktiraf pula keputusan tersebut. Kalau menang ianya bersih, kalau kalah ianya tidak bersih. Itulah pemahaman adil dan bersih bagi mereka.

    Pada 18 Mac 2012, dalam Sinar Harian, Guan Eng kata PRU13 adalah yang paling kotor. Namun dalam duduk jaja kotor itu, Guan Eng dan DAP menang banyak kerusi lagi Pulau Pinang. Kini menjelang PRU14, propaganda yang sama diulang buat kali ketiganya. Tuduh lagi PRU14 kotor dan tidak bersih.

    Dakwaan kali ini dibuat oleh Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang menyatakan ia bakal jadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah negara. Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua pernah kata PRU13 adalah yang paling kotor. Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang pun kata benda sama.

    Kedua dua mereka menang di parlimen. Kotor apa kalau begitu? Ini hanya strategi jahat pembangkang untuk raih simpati sahaja. Untuk ajak rakyat turun undi mereka kononnya merekalah yang bersih dan adil.

    Sebenarnya yang bermain taktik kotor ini adalah pembangkang sendiri. Guna cerita palsu kononnya Bangla boleh mengundi. Kononnya ada pesawat besar tiba di KLIA untuk bawa Bangla mengundi. Ternyata hari ini, tuduhan itu hanyalah cerita karut sahaja. Tuduhan itu tidak dibuktikan secara sah.

    Kemudian buat cerita "Blackout" pula, tipu gambar kononnya pegawai SPR kira undi dalam gelap. Bila disemak ternyata gambar tipu. Sampai ke hari ini cerita "Bangla dan Blackout" ini jadi cerita palsu terbesar pembangkang dalam PRU yang lepas. Pilihan raya pada tahun 1990 pun DAP kata pilihan raya paling tidak bersih dalam sejarah termasuk menulis buku kononnya PRU masa itu kotor. 

    Buku berkenan bertajuk "Pilihan Raya Paling Kotor Dalam Sejarah Malaysia" diterbitkan pada 1991 ditulis oleh diktator DAP, Kit Siang. DAP akan tetap dakwa plilihan raya kotor walaupun mereka menang sudah dua kali di Pulau Pinang dan anak Kit Siang, Lim Guan Eng sudah dilantik jadi Ketua Menteri.

    DAP suka tuduh dan buat cerita bahawa proses pilihan raya di Malaysia kotor dan penuh penipuan. Bagi mereka proses undi yang sempurna hanyalah ketika pemilihan CEC DAP yang didakwa oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai tidak sah kerana ada penyelewengan dalam penggunaan aplikasi Microsoft Excel yang mengendalikan pemilihan.

    Kit Siang pada 2001 ketika Mahathir jadi Perdana Menteri, beliau kritik Mahathir cuba mempermain-mainkan rakyat dalam keputusan untuk membuat pilihan raya mengejut pada masa itu. "Jika Mahathir serius untuk mengadakan satu pilihan raya umum mengejut, beliau perlu berhenti berdolak-dalih dengan perkataan pilihan raya mengejut tetapi perlu lakukan dua perkara.

    "Pertama, beliau takkan membubarkan Parlimen sehingga mandat hingga sampai tahun kelima mandat pilihan raya lepas iaitu November 2003, dan yang kedua, pilihan raya umum mestilah bebas, adil dan bersih.

    "Nampaknya, ada kemungkinan pilihan raya umum ke-11 nanti akan menjadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah negara," kata Kit Siang dalam laman webnya pada 2001.

    DAP akan kata pilihan raya umum di negara ini bersih kalau mereka menang sahaja. Kalau kalah, akan dikatanya pemilihan itu kotor. Ini sebenarnya taktik kotor DAP yang rakyat perlu ketahui. Sudah lebih 40 tahun, setiap kali pilihan raya DAP guna modal yang sama iaitu negara akan bankrap dan pilihan raya umum akan jadi yang terkotor.

    Pakatan pembangkang yang didalangi DAP sebenarnya yang sentiasa jadikan pilihan raya umum di negara ini kotor untuk kepentingan mereka. Kerajaan BN bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak buang masa layan buat cerita palsu sebegitu. BN jalankan kerja untuk rakyat dan masa depan negara kemudian biar pengundi tentukan mengikut proses demokrasi.

    Berbeza dengan pembangkang yang suka buat cerita palsu, hasut orang dan fitnah orang, kemudian harapkan rakyat undi mereka. Ada pihak menyatakan, jika selepas 50 tahun, adakah DAP akan punya modal lain untuk propaganda mereka atau masih lagi sama selagi Guan Eng dan Kit Siang masih bernyawa.

    Mereka buat cerita bukan-bukan, tapi di belakang salah guna kuasa dan rasuah cuba ambil duit rakyat untuk poket mereka sendiri. Pakatan Harapan ini sebenarnya yang kotor. Malulah sama dengan Fathia Latiff, semalam ketika ditemubual Melodi, Fathia mengakui dirinya kotor dan memohon maaf pada semua. Pakatan Harapan bila hendak mohon maaf?

    Banyak kekotoran yang disuntik dalam kepala rakyat. Ada yang jadi keliru dan fanatik macam Fathia. Sudah sudahlah buat kerja kotor wahai pembangkang.

    Beruang Biru
    Isnin
    12 Februari 2018
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pakatan Harapan Mahu Jadikan PRU14 Paling Kotor Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top