Wednesday, 29 January 2014

Memancing simpati

29hb januari 2014
2230
Final episode

Perseteruan dalaman yg semua orang fikir terjadi antara PAS dan PKR pada pandangan saya tidak lebih dari retorik. Dua parti melayu terbesar di Malaysia ini telah cuba mengaburi semua org mempercayai tipu helah ini.Lihat sahaja komen Lin Guan Eng dalam isu ini.Amat bersahaja serta seolah-olah tiada apa yang berlaku.Ulasan Azmin Ali juga seolah-olah tindakan Iskandar Abdul Rahman mengkritik hebat perlantikan Anwar sebagai calon umpama kisah dongeng.
Sesuatu yang agak pelik,DAP sebagai parti paling dominan pembangkang seolah-olah menjauhkan diri dalam permainan Anwar ini.Membiarkan dua parti Melayu pembangkang terbesar di Malaysia "bertelagah" bukanlah 1 yang mengejutkan.Seperti yg saya selalu tekankan, DAP hanya mahukan Malaysia menjadi Republik.Perebutan kuasa dalaman seperti ini bagi DAP bukan permainan mereka.Lagipun Kajang bukanlah bandar pusat menjana pendapatan seperti Puchong, Subang Jaya mahupun bandar-bandar besar lain.
BN sebenarnya telah secara perlahan-lahan masuk keperangkap ciptaan Anwar.Kajang tidak lebih hanya sekadar medan ujian Anwar dlm menarik popularitinya di luar dari P44 Permatang Pauh.Andai BN meletakkan calon hebat mereka di kawasan ini dan Anwar menang maka secara tidak langsung popularitinya meningkat selepas dia diaibkan di Narita tempoh hari.
Dua bulan sebelum ini Anwar bertindak menukar alamat di kad pengenalannya di kawasan Kajang.Ini bermakna semua ini telah di rancang 8 bulan dahulu.Kes Azmin-Khalid hanya penyebab untuknya dalam laluannya ke Shah Alam.Lee Chin Cheh hanyalah dijadikan kambing hitam Anwar.Banyak duit di tabur untuk plan ini berjaya.Menarik BN dalam permainan ini hanyalah part of the game dalam menaikkan populariti Anwar."Konflik" PAS Selangor dengan PKR hanyalah picisan.Mudahnya PKR & DAP sebenarnya menganggap PAS tidak lebih dari parti tempelan dalam melaksanakan impian mereka dalam berkuasa.PAS seperti barang antik.nak dibuang sayang diguna mudah rosak.Jadi mereka membiarkan PAS bergerak sendiri dalam meraih sokongan Melayu asalkan segala undi milik PR.Jadi secara mudahnya apa sahaja suara PAS dalan hal ini tidak lebih seperti anjing menyalak bulan.Diberi tulang diam lah nanti...

JSJM

Persengketaan dalaman




Rabu
29hb Januari 2014
Episod 2

Salehuddin Ayub
Selepas pengumuman Tan Sri Abdul Khalid semalam kini timbul satu perseteruan dalaman di dalam Pakatan Rakyat Negeri Selangor.Semua ini bermula Bila PAS Selangor mula menyuarakan rasa hairan dan pelik di atas perletakkan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN.Sebagai parti dominan Islam di Selangor tindakan Lee serta Anwar amat mengejutkan PAS serta sedikit sebanyak menidakkan PAS dalam urusan negeri.
Iskandar Abdul Samad
Kehadiran Naib Presiden Pas Salehuddin Ayub di mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR di PJ semalam rupanya bukan membawa suara majoriti ahli PAS Selangor.Ini amat menghairankan kerana menurut kenyataan peribadi Salehuddin, dia menyokong penuh segala keputusan mesyuarat PR semalam.Agak melucukan dari raut wajah Tan Sri Khalid semalam juga menampakkan "sedikit kejutan" yang dialaminya.
Dewan Pemuda PAS
Pesuruhjaya PAS Selangor,Iskandar Abdul Samad jelas kurang senang dengan hasil mesyuarat ini.Menurut beliau tindakan Lee serta Kerajaan Negeri gagal memaklumkan kepada mereka tentang situasi yg dihadapi kini.Ini jelas menurut beliau menidakkan kehadiran PAS dalam urusan kerajaan negeri.Malah terdapat ura-ura mengatakan Dewan Pemuda Pas mahu memulaukan PRK berkenaan kerana tidak bersetuju perlantikan Anwar sebagai calon.Situasi ini jelas menghairankan kerana jika disusuri pekembangan ini apakah kehadiran Salehuddin Ayub dalam sidang akhbar semalam bukan mewakili PAS keseluruhannya? Dalam konflik ini yang langsung tidak meninggalkan bekas adalah DAP kerana sehingga hari ini tiada ulasan mahupun komen samada dari Karpal Singh, Lim Kit Siang mahupun Lim Guan Eng.Umpama mentertawakan perseteruan dalaman antara PAS & PKR.
Apa yang dapat saya rumuskan, polemik politik Selangor terutama Pakatan Rakyat jelas bercelaru.Kronisme serta Proksi di julang kelangit.Hakikatnya Anwar Ibrahim bukan lah seorang presiden mewakili PKR.dia hanya dilantik sebagai ketua Umum umpama namanya untouchable.Malah lebih melucukan Pakatan Rakyat itu sendiri bukanlah satu parti gabungan yang didaftarkan.jadi tidak menghairankan pakatan ini begitu rapuh pegangannya.Segala bentuk keputusan pucuk pimpinan gabungan haram ini tidak pernah sampai pada peringkat bawahan.benih semaian kebencian yang di tanam pada penyokong PR pada parti pemerintah sahaja menyelamatkan survival Anwar Ibrahim,Azmin Ali, Tan Sri Abdul Khalid,Datin Seri Wan Azizah, Rafizi, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Abdul Hadi Awang, Karpal Singh serta lain-lain lagi.  

JSJM

POLEMIK PAKATAN RAKYAT

Rabu
29hb Januari 2014

Umum sudah mengetahui calon tunggal bagi Pakatan Rakyat sudah pun di umumkan semalam. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid telah mengumumkan Dato Seri Anwar Ibrahim adalah calon bagi N25 Kajang dalam PRK "mengejut" ini bagi mewakili Pakatan Rakyat. Turut hadir dalam sidang akhbar semalam adalah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden Pas, Salehuddin Ayub serta Lim Kit Siang. Kini hanya dari pihak BN sahaja yang masih membisu siapakah yang akan di calonkan.
Adakah pencalonan Anwar ini suatu yg di luar jangkaan? Bagi saya tidak jika kita menyelusuri corat coret perjalan Anwar bermula dari 2008.Pernah timbul desas desus Anwar akan di lantik sebagai Menteri Besar Selangor tetapi hal ini di nafikan sendiri oleh Anwar. Pada masa berkenaan pada hemat saya cita-citanya mahu menjadi Perdana Menteri amat kuat.Jadi jawatan ini di serahkan kepada orang kepercayaan Dati Seri Wan Azizah iaitu Tan Sri Abdul Khalid.
Kini selepas memasuki 2 penggal Tan Sri Abdul Khalid berkuasa secara tiba-tiba cita-cita Anwar "di down gradekan" hanya untuk Menteri Besar.sesuatu yang melucukan serta menghairankan, selama hampir sekian lama Anwar menggunakan alamat Segambut Kuala Lumpur di kad pengenalannya.kira-kira 2 bulan sebelum perletakkan jawatan bekas ADUN N25 Kajang Lee Chin Cheh, alamat tertera pada kad pengenalannya kini di Kajang.adakah ini kebetulan atau memang telah di aturkan untuk membolehkan dia mengambil semula jawatan tertinggi di dalam kerajaan Selangor?
Menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, seseorang yang ingin menjadi ADUN dimana-mana kawasan negeri Selangor harus bermaustatin di negeri berkenaan sekurang-kurangnya 21 tahun dan ini bermakna tindakan Anwar menukar alamat pada kad pengenalannya adalah bertujuan untuk menjadi ADUN kawasan berkenaan.Kini timbul satu  persoalan. Adakah Anwar layak dilantik untuk menjadi Menteri Besar Selangor andai dia mampu memenangi PRK kali ini.Bagi saya dia boleh.
Menurut Artikel 51 (1) berdasarkan artikel 53 (2)(a) dan artikel 51 (2) tertakluk pada artikel 53 (4) dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor Baginda Sultan Selangor berhak melantik sesiapa pun dari Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sebagai Menteri Besar asalkan dia adalah Melayu, beragama Islam dan mendapat sokongan dari majoriti DUN. Paling utama Anwar harus mendapat keyakinan majoriti DUN untuk dilantik sebagai Menteri Besar bagi menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid. Di sini secara jujur saya tidak nampak Anwar mempunyai masalah kerana Selangor itu sendiri kini di wakili oleh Pakatan Rakyat yang di terajui oleh Pas (14 kerusi) DAP (14 kerusi) PKR (13 kerusi). Cuma apa yang agak di bimbangi bagaimana Anwar mahu mengimbangi kemahuan PAS dalam perubatan kerusi panas di SUK Selangor.

Bersambung....
JSJM

Tuesday, 28 January 2014

BN Sahut Cabaran




 28th Januari 2014
1720

Barisan Nasional hari ini secara sahnya akan bertanding di N25 Kajang. Ini seperti di laporkan media sebentar tadi.
Tan Sri Mahyuddin Yassin sebentar tadi menyatakan bahawa Barisan Nasional akan tetap bertanding di N25 Kajang bagi menghormati prinsip demkrasi berpalimen yang diamal kan selama ini.ini sedikit sebanyak menyahut statement Anwar tentang barisan nasional tidak perlu bertanding di kawasan berkenaan bagi menjimatkan sebarang kos pilihanraya kecil kawasan berkenaan.


Lucu.ini adalah prinsip demokrasi.Barisan nasional mempunyai hak untuk bertanding di kawasan mana yg difikirkan mereka mahu bertanding.Persoalan yg agak menarik utk diberi perhatian
"ANWAR IBRAHIM...ADAKAH ANDA TAKUT DITENTANG & TEWAS?


Sebenarnya yang mengaut untung dari situasi ini adalah Azmin Ali. ini kerana dia amat "sakit" selepas di singkirkan dari PKNS.Anwar Ibrahim takkan lebih dari batu loncatan saja untuk dia.jika Tan Sri Khalid masih menerajui Selangor maka Azmin akan kekal sebagai org bawahan Tan Sri sedangkan ini yang paling tidak disukai Anwar sebagai mentor serta moderator bagi Azmin & Rafizi.

Tiada lain yang sy harapkan dalam PRK N25 Kajang selain Barisan Nasional menerusi Umno memperjuangkan semula nasib 48% penduduk Melayu yang ada di di sana.Jangan ulangi kesilapan lepas dengan bermurah hati menderma RM 1Juta pada sebuah sekolah jenis kebangsaan cina yg hanya ada 15 org pelajar sahaja yg menuntut disana.Utamakan Melayu itu dahulu.

JSJM

Konflik Dalaman Selangor


Agak mengejutkan bila seorg Adun yg sedang memegang kuasa dalam sebuah kerajaan negeri melepaskan kuasanya hanya untuk memberi jalan mudah kepada seorang Lelaki yg mempunyai keingina kuasa yg tidak terbatas.
Lee Chin Cheh,adakah kamu dipaksa atau kamu di sogokkan dengan imbuhan supaya melepaskan jawatan kamu untuk Anwar Ibrahim (setakat kini dialah calon utama dalam N25 Kajang). Apakah nasib bagi pengundi N44 Permatang Pauh bila semua ini menjadi kenyataan?
Umum mengetahui Saudara Azmin Ali serta Rafizi adalah dari kem Anwar Ibrahim. Mereka di latih khas seperti 1 acuan dalam meneruskan kesinambungan anwar dalam arus politik semasa.Manakala Tan Sri Khalid adalah individu yg amat di senangi oleh Datin Seri Wan Azizah. malah menurut majoriti rakyat Selangor, mereka lebih menyenangi Tan Sri Khalid dalam menguruskan hal ehwal negeri selangor. Jadi amat menghairankan kenapa Pucuk pimpinan PKR menidakkan seorang yg berkebolehan dalam menguruskan sesebuah kerajaan negeri yg di perakui oleh Sultan Selangor itu sendiri.
Perletakkan jawatan oleh saudara Lee ini bagi saya seperti menghina demokrasi negara malah boleh saya anggapkan seperti menghina institusi Diraja Selangor kerana apa yg saya perhatikan, mereka kena mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat.jd ini sedikit sebanyak boleh di anggap satu penghinaan.
Kemelut ini sebenarnya berlarutan sewaktu Pakatan Rakyat memenangi Negeri Selangor pada PRU yang lepas.Anwar Ibrahim beriya mahukan Azmin sebagai menteri besar sedangkan pada PRU yg lepas DAP serta PAS boleh dikatakan mengusai Selangor.selepas campur tangan istana,anwar akhirnya akur atas permintaan ini. pada hemat masyarakat luar semua ini adalah hasil toleransi dalam parti tapi bagi saya anwar adalah individu yg paling banyak helah tersembunyi.dendam dia kepada Tan Sri Khalid tidak pernah surut.hasilnya selepas Tan Sri Khalid memecat Azmin selaku ahli lembaga pengarah PKNS serta memindahkan 2 org org kuatnya ke SU Selangor maka semua ini makin terserlah.Jika pada penggal pertama Tan Sri Khalid mungkin banyak akur pada penasihat ekonomi selangor ini maka di penggal ke dua Tan Sri Khalid mula menguruskan selangor umpama perniagaannya sendiri.sebagai Chairman pada sesebuah organisasi jika melihat pd ketidak mampuan seseorang menguruskan Syarikat pilihan yg ada hanya mengusir individu berkenaan dari Syarikat. Inilah yg di lakukan oleh Tan Sri Khalid.walau pun kadang2 tindakan beliau agak konservatif, kadang kala progresif, tp cara pemikiran beliau dalam menguruskan negeri agak menakjubkan.ini yang tidak disenangi Anwar di tambah pula dengan pemilihan pucuk pimpinan parti Keadilan Rakyat yang akan berlangsung penghujung tahun ini.
Sedikit latar belakang N25 Kajang di bawah pakatan rakyat.saya tidak perlu membaca akhbar harian mengenai kemelut peniaga melayu disana.pecahan 48% Melayu,41% Cina, 10% india serta 1% lain2 jelas menunjukkan bahawa melayu itu sendiri sedikit sebanyak telah hilang di telan arus semasa.kenapa saya berkata demikian.majoriti melayu mengusahakan perniagaan kecil--kecilan seperti warung,kedai makan serta pasar malam.jika semua ini dilarang (atas sebab mencacatkan permandangan) maka kaum bumiputera disana tidak lama lagi akan mengalami nasib yang sama seperti org2 melayu di pulau pinang.ini yang amat dibimbangi disana.

Pengenalan

Laman Blog hasil kesinambungan penulisan dari facebook
Medan perbincangan serta berkongsi ilmu tentang suasana di malaysia kini