Tuesday, 31 March 2015

MENCARI KERETA IDAMAN- SEGMEN PROTON

Jika anda mencari kereta idaman anda yang bersesuaian dengan bajet anda, mungkin ini dapat membantu anda dalam menilai kesesuaian bajet anda. Segmen kereta pagi ini mampu untuk anda mengenali dan memahami produk Proton yang ada di pasaran sekarang.

PROTON SAGA

Sebuah kereta yang paling menjimatkan bulanan anda. Dengan pembayaran bermula dari RM 386 sebulan, kereta ini juga adalah kesinambungan model terdahulu yang pernah di keluarkan oleh Proton. Di lengkapi dengan 2 bag udara untuk semua varian, kereta ini juga menjanjikan penjimatan penggunaan petrol (bergantung kepada penggunaan). Di datangkan dengan 3 varian, 6 pilihan warna juga boleh di pilih. Warna yang di tawarkan adalah Tranqility Black, Genetic Silver, Solid White, Fire Red, Blue Rock dan Elegance Brown. Tentang pinjaman, bergantung kepada kelayakan, pinjaman penuh juga boleh di sediakan. Harga atas jalan adalah :

Saga SV 1.3 Manual     -     RM 35,485.30
Saga SV 1.3 CVT         -     RM 37,485.30
Saga Exec 1.3 Manual  -     RM 42,488.00
Saga Exec 1.3 CVT      -     RM 45,048.00
Saga SE 1.6 CVT         -     RM 49,742.35

PROTON PERSONA

Di ciptakan dengan prestasi tetapi masih mengekalkan penggunaan minyak yang agak ekonomi, Proton Persona menjanjikan pemanduan yang lain dalam kelasnya. Di reka supaya pemanduan lebih efisyen dan stabil di atas jalanraya, Persona juga di datangkan dengan 2 bag udara serta di lengkapi dengan ABS dan EBD untuk lebih keselamatan sewaktu memandu. Walaupun di reka untuk pemanduan ekonomi, daya pecutan juga tidak mengecewakan. Di datangkan dengan 2 varian dan 6 pilihan warna (Tranquility Black, Solid White, Bronze Garnet, Genetic Silver, Chiffon Green dan Antlantic Blue), untuk 1.6cc, model ini jelas tidak membebankan dari segi bulanan. Hanya bermula dari RM 485 sebulan untuk 9 tahun berikut merupakan senarai harga untuk model ini :

Persona SV 1.6 Manual     -     RM 45,518.65
Persona SV 1.6 Auto         -     RM 48,518.65
Persona Exec 1.6 Manual  -     RM 50,505.15
Persona Exec 1.6 Auto      -     RM 53,505.15

PROTON IRIZ

Sebuah Model keluaran terbaru Proton, Model ini adalah generasi pertama di dalam segmen B-Hatchback yang dilengkapi dengan Vehicle Dynamic Control (VDC) dan pelbagai assessori canggih. Dibangunkan sepenuhnya oleh Proton Tanjung Malim, model ini di iktiraf sebagai model value for money oleh New Straits Times dan mendapat 5 bintang Australia New Car Assessment Program (ANCAP). Di datangkan dengan 7 pilihan warna, Tranquility Black, Solid White, Antlantic Blue, Fire Red, Citrus Green, Genetic Silver dan Silver Moon Dust serta bulanan dari RM 458 untuk 9 tahun, model ini jelas menjanjikan kelainan di dalam pemanduan kereta kompak dan paling utama penggunaan minyak adalah di tahap minima. Senarai harga adalah seperti berikut :

Iriz Standard 1.3 Manual     -     RM 42,900.15
Iriz Standard 1.3 CVT         -     RM 45,900.15
Iriz Executive 1.3 Manual   -     RM 46,900.15
Iriz Executive 1.3 CVT       -     RM 49,900.15
Iriz Executive 1.6 Manual   -     RM 53,900.15
Iriz Executive 1.6 CVT       -     RM 56,900.15
Iriz Premium 1.6 Manual    -     RM 59,900.15
Iriz Premium 1.6 CVT        -     RM 62,900.15

PROTON EXORA

Mencari MPV yang boleh memuatkan ahli keluarga yang agak ramai pada harga yang berpatutan? Mungkin anda boleh mempertimbangkan Proton Exora. Di datangkan dengan 4 varian dan bulanan serendah RM 607 untuk 9 tahun, kereta ini pasti mampu memenuhi permintaan untuk keluarga yang agak besar serta tidak membebankan dari bayaran bulanan. Exora kini di datangkan dengan 4 bag udara serta di lengkapi dengan sistem ABS, EBD, BEBD dan juga electronic stability control (ESC) untuk pemanduan yang lebih selamat. Anda boleh memilih 7 pilihan warna yang memenuhi impian anda. Solid White, Luxury Blue, Elegant Brown, Cocoa Gray, Genetic Silver, Indiana Gray dan Tranquility Black. Senarai harga adalah seperti berikut :

Exora 1.6 Standard Manual CPS           -     RM 56,888.00
Exora 1.6 Standard Auto CPS               -     RM 59,888.00
Exora 1.6 Executive CVT CFE             -     RM 66,888.00
Exora 1.6 Premium CVT CFE              -     RM 75,888.00
Exora 1.6 Super premium CVT CFE    -     RM 81,888.00

PROTON PREVE

Model ini bolehlah di kategorikan sebagai model global pertama Proton. Di datangkan dengan 3 varian, Preve merupakan kereta pertama yang di lengkapi dengan assessori yang canggih tanpa meninggalkan ciri-ciri keselamatan. Preve juga adalah printis kepada generasi kereta berkuasa bagi memenuhi permintaan golongan executive muda dalam mementingkan imej dan kelasakan. Juga di selaraskan dengan 5 bintang ANCAP, model ini menjanjikan pemanduan yang lain dari model Proton yang biasa anda pandu. Di datangkan dengan 5 pilihan warna, Tanquility Black, Solid White, Fire Red, Elegant Brown dan Soft Lilac serta bulanan dari RM 628 untuk 9 tahun, anda pasti menyukai ciri-ciri kereta ini. Senarai harga adalah seperti berikut :

Preve 1.6 Executive Manual     -     RM 59,005.15
Preve 1.6 Executive CVT         -     RM 62,005.15
Preve 1.6 Premium CVT CFE  -     RM 72,923.15

PROTON SUPRIMA "S"

Ini adalah model bagi high performing car yang di tawarkan oleh Proton kepada peminat kereta yang berkuasa tinggi. Model keluaran 2013 ini merupakan kereta pertama yang di lengkapi ciri-ciri keselamatan paling tinggi yang pernah di tawarkan oleh Proton. Dengan daya pecutan 0-100 dalam 9.6 saat, kereta ini mendapat pengiktirafan dari New Straits Times sebagai kereta hatchback berkuasa menandingi Ford Focus. Dengan bayaran bulanan dari RM 735 sebulan untuk 9 tahun, para executive muda yang mementingkan imej dengan jenama kereta tempatan, inilah model yang anda cari. Menawarkan 5 pilihan warna iaitu Antlantic Blue, Fire Red, Genetic Silver, Tranquility Black dan Solid White, anda boleh memilih antara 2 varian yang di tawarkan. Senarai harga adalah seperti berikut :

Suprima "S" 1.6 Standard CFE     :     RM 69,948.50
Suprima "S" 1.6 Premium CFE    :     RM 80,001.50

PROTON INSPIRA

Sebuah model yang menampilkan ciri elegan si pemakai. Inspira di ispirasikan dari model Mitsubishi Lancer dimana Proton masih mengekalkan enjin original MIVEC Mitsubishi dengan assessori dalaman juga masih mengekalkan barangan Mitsubishi. Dengan handling Lotus, ciri-ciri pemanduan mantap dapat di rasai serta masih mengekalkan ciri-ciri keselamatan terbaik dalam kelasnya. Di tawarkan dengan 3 varian dan 4 pilihan warna iaitu Indiana Gray, Tranquility Black, Solid White dan Genetic Silver, bayaran bulanan dari RM 831 untuk 9 tahun, anda pasti merasai pengalaman pemanduan Mitsubishi dengan talaan Lotus. Senarai harga adalah seperti berikut :

Inspira 1.8 Executive Manual     :     RM 79,040.30
Inspira 2.0 Executive CVT         :     RM 85,827.30
Inspira 2.0 Premium CVT          :     RM 92,925.30

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, Anda boleh menghubungi Rizan Zaman di talian :
016-266 1224 (Whatsapp / Telegram)
013-502 1122
tunjebat32@gmail.com

Apa yang perlu anda sediakan adalah salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu, 3 bulan penyata gaji dan penyata EPF atau penyata bank. Manakala bagi peniaga atau meniaga sendiri, anda hanya perlu menyediakan salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu, lesen perniagaan dan 6 bulan terakhir penyata bank.

Jika ada yang tertanya-tanya adakah GST akan menyebabkan harga kereta meningkat, sejujurnya harga kereta sebenarnya adalah sama. Tiada sebarang peningkatan mendadak selepas GST di kuat kuasakan. Beilah barangan buatan Malaysia. Proton kini bukan seperti Proton yang dahulu.

JSJM

Sunday, 29 March 2015

GALERIA SRI PERDANA

Siapa tidak kenal Perdana Menteri Malaysia yang ke 4, Tun Dr Mahathir Mohamed. Beliau yang di kenali sebagai seorang pemimpin yang bersuara lantang di seluruh dunia dan terkenal sebagai ikon pemodenan negara. Atas usaha Arkib Negara, maka wujudnya Galeria Sri Perdana sebagai mengenang jasa-jasa
Tun M sebagai negarawan ulung negara.

Galeria Sri Perdana yang terletak di Jalan Damansara Off Lebuhraya Mahameru ini memaparkan kira-kira 70% peninggalan Tun M sepanjang Tun tinggal di sana dari tahun1983 hingga 1999. Pelbagai koleksi peribadi Tun di pamerkan seperti bilik hasil kraf, ruang penerimaan tetamu samada ada di dalam negara mahupun luar negara, ruang bilik bacaan dan bilik peribadi Tun, koleksi hadiah dari pelbagai negara dan juga pameran kereta yang di sumbangkan oleh pelbagai pihak.

Bagi penulis, aapa yang di pamerkan masih belum mencakupi keseluruhan usaha dan jasa Tun sepanjang 21 tahun memerintah Malaysia. Jasanya yang mengubah landskap Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian cukup besar. Sekurang-kurangnya usaha pihak Arkib bagi memelihara khazanah yang di tinggalkan Tun untuk tatapan rakyat bagi mengenang jasa Tun amat di hargai. Cuma yang agak di kesali, prasarana sekeliling Galeria ini tidak di selenggara dengan seppatutnya. Tiada tempat persinggahan untuk makan dan minum, keadaan ruang hadapan yang agak usang serta ada bahagian yang terbiar jelas merosakkan imej Galeria berkenaan.

JSJM

KARNIVAL BAZAR DALAM TAMAN

Memorial Tun Abdul Razak di Taman Tasik Perdana menganjurkan Karnival Bazar Dalam Taman di perkaragan Memorial. Pelbagai aktiviti menarik di adakan sempena karnival ini yang berlangsung hari ini bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang.

Pelbagai gerai jualan juga dibuka untuk para pengunjung antaranya gerai makanan, koleksi setem, urutan refleksologi, gerai tanaman dan buku. kepada warga kota yang berhampiran, anda di jemput menghadiri Karnival ini kerana ianya di adakan buat julung-julung kalinya oleh Perbadanan Memorial ini.

JSJM

GENERASI BANDUAN

Siri himpunan haram yang di anjurkan oleh juak-juak Pakatan Rakyat kini telah berjaya menghasilkan beberapa Yang Berhormat Banduan. Bagi mereka adalah satu penghormatan andai di tangkap polis samada di lokapkan mahupun di penjarakan.

Di mulakan dengan Anwar Ibrahim, kini semakin ramai YB banduan lahir dari PKR dan DAP. Dengan riak wajah langsung tidak bersalah, mereka dengan bangga mempamerkan wajah mereka samada di media sosial mahupun di khalayak. Jelas naluri kemelayuan yang malu apabila membuat onar dan salah kian di lupakan di dalam Pakatan. Maka di sini lahirlah Yang Berhormat Banduan dan adalah amat malang bagi sesebuah kawasan yang memilih mereka pada PRU yang lepas berwakilkan Yang Berhormat Banduan ini.....

JSJM

Saturday, 28 March 2015

PAN BORNEO-MERCU TANDA BARU TANAH BORNEO

Jika sebelum ini, jika di sebut Sabah dan Sarawak, apa yang juak-juak pembangkang jaja adalah kemunduran. Mereka membayangkan warga Borneo masih minum dalam cawan buluh, bercawat dan masih tinggal di atas pokok, seumpama warga Papua dan puak asli Amazon. Walau di beri penerangan dan di tunjukkan apa yang ada di Borneo, mentaliti puak pembangkang dan sesetengah warga Semenanjung jelas sukar di ubah.

Inisiatif kerajaan meneruskan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang di bina dari Sematan, Sarawak sehingga Kudat, Sabah dan Tuaran, Sabah sehingga Tawau, Sabah jelas menunjukkan komitmen tinggi kerajaan di bawah pemerintahan Barisan Nasional bagi memajukan lagi infrastruktur yang ada di Tanah Borneo. Mengambil contoh perjalanan dari Kuching ke Miri, Sarawak mengambil masa sehingga 15 jam, dengan terbinanya lebuh raya ini perjalanan dapat di singkatkan sehingga 40%.

Apa yang pasti semua kegiatan ekonomi jelas dapat di tingkatkan  dan secara automatiknya taraf ekonomi penduduk peribumi di sana juga dapat di tingkatkan. Lebuh raya yang menghubungkan setiap bandar besar ini juga dapat menangkis sebarang dakyah yang mengatakan Kerajaan membelakangkan Borneo selepas terdapat dakwaan mengatakan Kerajaan hanya tahu menarah hasil bumi Borneo untuk memajukan Tanah Besar Semenanjung. Lebih menarik lagi Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Haji Satem mengumumkan tiada tol di kenakan kepada pengguna lebuh raya ini di Sarawak. Sekalung tahniah di ucapkan kepada warga Borneo dan Kerajaan atas pembinaan ini. Semoga pembinaan ini dapat merapatkan lagi hubungan antara Sabah, Sarawak dan juga kerajaan pusat

JSJM

TINDAKAN BIADAB KUMPULAN #KITALAWAN EDISI KAHWIN

Himpunan di Kompleks Sogo hari ini menyaksikan kehadiran kira-kira 200 orang yang masih tegar mahu merosakkan majlis resepsi anak Perdan Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak. Mereka mula berhimpun sekitar Kompleks Sogo sekitar jam 3 petang taddi dengan membawa sepanduk NAJIB TURUN, NAJIB PEMBUNUH, GST MEMBEBANKAN dan macam-macam lagi.

Sekitar jam 4 petang, kelompok ini mula berhimpun di hadapan Kompleks Sogo dengan melaung-laungkan Najib Turun, Rosmah Turun dan pelbagai bahasa kesat dan penuh retorik. Tindakan mereka ini jelas mengganggu pengunjung yang berkunjung di Kompleks berkenaan malah menimbulkan kesesakan jalanraya yang teruk di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman.

Kira-kira jam 5 petang tadi kelompok sengal ini bergerak menuju ke KLCC bertujuan mengganggu kelancaran majlis resepsi perkahwinan anakanda Dato Seri Najib. Nampaknya, kelompok ini benar-benar kebal undang-undang sehingga tidak mempedulikan amaran Ketua Polis Negara agar tidak melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang. Semoga tindakan keras dan proaktif dari pihak polis dapat membendung dan menghukum manusia-manusia yang tidak bersyukur sebegini.


JSJM

CINTA EKSPRES DI SOGO

Seperti ramai sedia maklum Kompleks Membeli Belah Sogo kini seolah-olah menjadi pusat wajib berhimpun bagi penyokong Pakatan Rakyat yang gemarkan kekecohan dan huru hara. Walaupun sudah di beri amaran oleh Ketua Polis Negara tentang tindakan yang bakal di ambil, masih terdapat segelintir kumpulan yang kononnya tegar berhimpun di hadapan Kompleks Sogo.

Apa yang penulis mahu tuliskan di sini bukanlah tentang himpunan sengal ini. Ada sesuatu yang terselindung jauh lebih menarik berlaku tanpa seorang pun sedar. Kisah cinta tiga segi antara Janda Meletops Nurul Izzah Anwar, kaki pembelit no 1, Rafizi Ramli dan tukang provokasi Tian Chua. Nurul Izzah seperti kita sedia maklum, janda bergetah anak Anwar yang sentiasa di pandang kononnya sebagai Puteri Reformasi. Rafizi pula duda yang orientasi seksnya tidak jelas manakala Tian Chua seolah-olah seorang desperado meraih perhatian Anwar. Di mana ada Nurul Izzah di situlah adanya Tian Chua.

Selepas himpunan #kita lawan baru-baru ini, seolah-olah kini Rafizi sedang berusaha meraih perhatian Nurul Izzah sehingga sanggup mengeluarkan surat terbuka untuk menyeru penyokongnya berhimpun bagi meraih perhatian Nurul Izzah. Manakala Tian Chua seperti biasa dengan suara provokasi tidak berhenti. Terkini Rafizi telah di tahan pihak polis atas kesalahan menghasut. Himpunan hari ini juga tidak menampakkan kehadiran Nurul Izzah. Jadi bolehlah di katakan Kompleks Membeli Belah Sogo kini seolah-olah saksi bisu kebangkitan kisah romeo Rafizi dan Nurul Izzah. Cuma kali ini cinta mereka terbahagi 3. Rafizi - Nurul Izzah - Tian Chua.

JSJM

APA ITU GST

Untuk lebih memahami apa itu GST, renungkan penerangan ringkas tentang GST ini.

1. GST ialah satu sistem percukaian yang lebih efisien untuk formula kutipan dan pembayaran cukai dengan lebih tersusun dan lebih cekap.

2. 80% negara di dunia telah menggunakan sistem ini sejak 20 tahun lepas.

3. GST bukanlah satu formula pencukaian yang baru dan formula cukai ini tidak akan menyebabkan kenaikan harga barangan.

Sistem formula GST tidak pernah menjanjikan jika system ini digunakan maka harga barangan akan dapat direndahkan .

Sistem GST ini tidak disukai peniaga runcit kerana mereka kini tidak lagi dapat menipu hasil jualan mereka yang perlu dicukai.

Rakyat kini membayar terus kepada kerajaan cukai barangan yang mereka beli dan peniaga tidak lagi boleh menipu untuk kurangkan hasil jualan dalam borang perisytiharan hasil jualan.

4. Rakyat harus tahu punca punca kenaikan harga barangan adalah akibat daripada ;

A. Tekanan harga pasaran
 
B. Tindakan peniaga runcit dan pemborong menetapkan harga mengikut kepentingan mereka.

5. Sistem GST harus dibenarkan beroperasi utk melihat sejauh mana pro dan kontranya kepada kesan harga barangan dan manipulasi para peniaga keatas pengguna.

6. Sistem GST mendatangkan kebaikan kepada pihak kerajaan dalam urusan kutipan cukai dan kekukuhan dalam melindungi kawalan harga pasaran barangan daripada dikawal peniaga.


JSJM

Friday, 27 March 2015

TIADA ISTILAH PENAT UNTUK BERDEMO

Bertempat di Dataran Merdeka sebentar tadi, para penyokong Pakatan Raakyat memulakan aksi demo mereka. Akan tetapi kali ini puak-puak penyokong sengal ini menuntut Ketua Polis Negara meletak jawatan berikutan penahanan Rafizi Ramli atas kesalahan menghasut.

Himpunan yang di hadiri kira-kira 50 orang ini berhimpun di Dataran Merdeka serta di hadiri oleh Sasterawan Negara, A. Samad Said. Seperti biasa, bagi penyokong ini, undang-undang negara tidak akan menjadi halangan bagi mereka bagi mendengar ucapan retorik dari siapa pun asal ucapan ini menentang kerajaan.


JSJM

KEEBIADABAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT

Penulis di khabarkan terdapat segelintir penyokong Pakatan Rakyat ingin mengadakan demo di hadapan Kompleks membeli belah Sogo pada Sabtu ini dan kemudian berarak sekali lagi ke KLCC bagi mengganggu kelancaran Majlis Resepsi perkahwinan Anakanda Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak.

Perarakan ini kononnya menuntut Perdana Menteri meletak jawatan dan mereka akan berusaha mengganggu resepsi ini. Kebetulan petisyen rayuan dari keluarga Dato Seri Anwar Ibrahim di tolak, maka mereka sedaya yang mampu untuk mengganggu urusan personal Perdana Menteri kita.

Adalah sesuatu yang paling di kesalkan apabila terdapat tindakan sebegini. Jelas tiada langsung kesedaran sivik dan amat biadab. Bayangkan jika majlis ini anak kalian, apakah yang akan kalian lakukan. Hanya taksub kepada seorang BANDUAN sehingga tergamak mencemarkan maruah sendiri sehingga boleh menggelapkan masa hadapan peserta ini. Jelas ini merupakan satu tindakan biadab dari Penyokong Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim sendiri.


JSJM

RAYUAN ANWAR DI TOLAK

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah menerusi Lembaga Pengampunan Di Raja, hari ini secara rasmi menolak petisyen rayuan daripada keluarga Dato Seri Anwar Ibrahim berhubung hukuman penjara 5 tahun yang di hadapi beliau atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Dalam satu kenyataan, Dato Seri Anwar Ibrahim akan hilang kelayakannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam 14 hari berkuatkuasa dari keputusan Yang Di Pertuan Agung. Oleh yang demikian, Yang Di Pertua Dewan akan menghantar petisyen kekosongan kerusi berkenaan kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bagi mengadakan Pilihanraya kecil Parlimen berkenaan dalam masa 60 hari selepas Anwar di lucutkan sebagai Ahli Perlimen.

 Penulis menyifatkan penolakan ini sebagai adil kerana jika di lihat dari tindakan yang di lakukan oleh Anwar serta kuncu-kuncunya, mereka jelas tidak menghormati undang-undang negara termasuk Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu. Di samping itu, tindakan penyokongnya yang sentiasa mencetuskan provokasi serta menimbulkan rasa kurang senang masyarakat terhadap demo jalan mereka juga wajar di masukkan di dalam pertimbangan. penulis mengucapkan Say O Nara pada Anwar dan masa depan politiknya.

JSJM
KAGUM sebentar sebaik terpandang gambar sportscar mewah ini yang dikatakan adalah hadiah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar daripada Putera Charles.
Bukan calang-calang hadiah nampaknya. Ini kerana mengikut pasaran semasa, anggaran harga kereta berkenaan dicatatkan bernilai antara RM1.2 – RM1.4 juta bersamaan dengan (USD) $ 350,000 – $ 400,000.
BMW i8 ini mengambil masa lebih kurang 4.4 saat untuk memecut dari 0-100 km/h dan kelajuan maksimum 256km/h. Rasanya kalau kereta ni lalu sebelah kita di highway pun tak perasan sebab laju sangat.
Menurut Malaysian Digest, laman Facebook Brotherhood JOHOR telah berkongsi gambar kereta berkenaan yang bernombor pendaftaran GV64 FKW.
Difahamkan, kereta itu dihadiahkan bersempena dengan Kemahkotaan Sultan Ibrahim tempoh hari.
Bagaimanapun, foto berkenaan telahpun dipadam tidak berapa lama kemudian. Jika berita ini benar, pemberian berharga itu membuktikan hubungan rapat antara pemerintah Johor dengan kerabat diRaja Britain
JSJM

Thursday, 26 March 2015

PENGAMBILAN PELAJAR BARU

Pengambilan pelajar ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) telah dibuka.

Tarikh tutup permohonan pada 6 April 2015. Layari www.upu.moe.gov.my. Dapatkan no pin di BSN terdekat. Pin berharga RM15.60.

Terbuka kpd lepasan SPM / SPMV dan lepasan SKM

Kelayakan :
1. Warganegara Malaysia
2. Sihat tubuh badan
3. Tiada rekod jenayah
4. Berumur 18 - 30 tahun
5. Bujang
6. Tidak rabun warna*(kursus tertentu shj)

Kelayakan khusus :
1. Program Sijil Kemahiran
- Tamat Tingkatan 5
- Minima dalam SPM/ SPM(V)

Tidak perlu membuat sebarang pinjaman.
Ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS).

Kemudahan :
1. Asrama
2. Makan & minum
3. Bahan pembelajaran
4. Elaun RM100 - RM300 mengikut tahap pembelajaran.
��semua di atas adalah PERCUMA, ditanggung/ dibiayai oleh KBS.

Mohon dikongsi dan viralkan. Agar peluang ini dapat direbut oleh para belia kita. Kenapa perlu bayar sehingga puluhan ribu. Program ini dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan. Tahukah anda KBS membelanjakan puluhan ribu setahun bagi setiap orang pelajar.Jadi mari rebut peluang ini....Jom pilih IKBN!!! www.kbs.gov.my ������������

FITNAH MALAYSIAN INSIDER TERHADAP INSTITUSI BERAJA NEGARA

Berikutan semalam terdapat berita yang tersebar mengenai penolakan Majlis Raja-Raja berkenaan hukum hudud, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu telah mengeluarkan kenyataan rasmi menolak penyebaran berita yang di dakwa di sebarkan oleh Malaysian Insider.

Jelas tindakan ini mendapat kemurkaan dan amat dikesalkan. Tindakan yang menyerupai fitnah ini begitu keterlaluan apabila memfitnah Institusi Beraja Negara. Berikut merupakan Kenyataan Akhbar dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Kenyataan akhbar rasmi

KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA BERKENAAN DENGAN LAPORAN PORTAL MALAYSIAN INSIDER BAHAWA MAJLIS RAJA-RAJA MENOLAK PINDAAN PERLEMBAGAAN BAGI PELAKSANAAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (II) KELANTAAN 1993 (Pindaan 2015)

Adalah dengan ini dimaklumkan rasa dukacita dan kemurkaan yang amat sangat pihak Majlis Raja-raja Melayu berhubung penyiaran satu artikel di sebuah portal yang mencemar ketinggian darjat dan martabat ke Bawah Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-raja Melayu.

2. Artikel yang membawa maksud Majlis Raja-raja menolak pindaan Perlembagaan mengenai pelaksanaan hudud itu merupakan suatu provokasi fitnah yang sangat jahat sekali ke atas institusi Kesultanan Melayu.

3. Majlis Raja-raja Melayu menafikan sekeras-kerasnya artikel berkenaan dan tidak pernah membincangkan mengenai pindaan Perlembagaan berkenaan pelaksanaan hudud sebagaimana yang ditulis.

4. Berikut merupakan intipati mesyuarat ke 237 pada 11-12 Mac 2015.

(i)  Sembah taklimat terkini pertahanan Negara oleh YM. Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Panglima Tentera Darat) dan mengenai keselamatan oleh YDH. Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar (Ketua Polis Negara).

(ii) Perkara-perkara mengenai Agama Islam.

(iii) Pelantikan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya.

(iv) Pelantikan semula seorang Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

(v) Pelantikan ahli Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran.

Sebarang usaha yang cuba mengheret dan mencemar nama baik Majlis Raja-raja merupakan suatu usaha terancang menghakis kedaulatan Sistem Demokrasi dan Raja Berperlembagaan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia,
Majlis Raja-Raja,
KUALA LUMPUR

25 Mac 2015

Wednesday, 25 March 2015

MALAYSIA INSIDER-PORTAL BERITA PICISAN

Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan hari ini mengutuk sekeras-kerasnya portal berita Malaysia Insider diatas laporan yang tidak tepat tentang kerajaan.

Menurut beliau, tindakan sebegini jelas tidak beretika dan boleh mengelirukan masyarakat tentang sebarang tindakan dan usaha kerajaan memakmurkan Negara. Hal ini jelas dapat di lihat apabila mereka jelas mempertikaikan usaha kerajaan dan sedaya upaya menutup sebarang kesilapan dan langkah sumbang pembangkang.

PERMAINAN DAP MAKIN LICIK

Semalam, DAP menerusi Ketua Menteri Pulan Pinang, Lim Guan Eng secara rasminya mengumumkan DAP hilang kepercayaan kepada Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang atas beberapa faktor yang boleh di anggap remeh dan tidak masuk akal.

Menerusi beberapa portal berita memetik, Lim Guan Eng secara sinis mengatakan Dato Seri Abdul Hadi membelakangkan persetujuan bersama di dalam Pakatan Rakyat untuk menggugurkan hukum hudud dilaksanakan di mana-mana negeri yang di bawah Pakatan Rakyat. Disamping itu beliau juga menempelak Menteri Besar Kelantan Dato Ahmad Yakob dengan mengatakan memandai-mandai dalam meneruskan pembentangan rang undang-undang ini.

Jika kita masih ingat, Lim Guan Eng bersama "belaan PASMAnya" berdiri menyatakan sokongan terhadap hukum hudud. Sampai mendapat liputan TV3. Tetapi semalam beliau mengubah nada. Seolah-olah beliau jelas tidak senang dengan keadaan sekarang di dalam PAS sehingga mendedahkan rancangan licik beliau bersama Mat Sabu bagi menggulingkan Dato Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar PAS nanti.

Bagi penulis, ini jelas menunjukkan PAS tidak lagi relevan pada mata DAP mahupun PKR. Kedua-dua belah parti ini hanya mahu menjadikan PAS keldai tunggangan mereka dan langsung tidak menyokong sebarang usaha PAS dalam meneruskan agenda mereka ke peringkat lebih tinggi. Terlalu jijik dan liciknya Lim Guan eng sehingga ada yang bersetuju untuk bersekongkol dengan mereka.

Tuesday, 24 March 2015

HUDUD-KENAPA DAP DAN PKR MEMPERTIKAIKANNYA

Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan tahniah dan syukur Alhamdullillah atas kejayaan Negeri Kelantan dalam melukuskan rang undang-undang berkaitan hukum hudud. Malah penulis mengucapkan tahniah kepada kedua-dua buah parti politik yang menguasai Dewan Undangan Negeri Kelantan kerana sepakat menyokong rang undang-undang ini dilaksanakan.

Cuma apa yang melucukan, kenapa DAP, MCA dan GERAKAN seolah-olah sepakat menentang sebarang usaha PAS dan UMNO dalam membawa isu ini ke Parlimen. Sebenarnya mereka sedar bahawa hukum ini tidak melibatkan mereka langsung. Tapi dalam isu ini DAP menerusi Lim Guan Eng seolah-olah mahu menjadi jaguh menerajui penentangan ini. Kenapa DAP berterusan mahu undang-undang ini tidak dilaksanakan sedangkan pemimpin berbangsa cina yang lain seperti Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Dato Huan Cheng Guan langsung tidak melatah?

Jawapan pada persoalan ini amat mudah. PAS adalah salah sebuah parti berkonsepkan Islam kedua terbesar di Malaysia. Malah PAS juga merupakan antara kompenen terpenting dalam Pakatan Rakyat. Misi mereka hanya satu. Menjatuhkan BARISAN NASIONAL dengan apa cara sekalipun. Tapi malangnya visi mereka berbeza. PAS berkeras mahu melaksanakan hudud sedangkan DAP mahu menjadikan Malaysia sebuah Republik dan mahu kembali bergabung dengan PAP di Singapura. Bagaimana mungkin DAP mahu membenarkan hudud dilaksanakan sedangkan mereka mengidamkan Putrajaya dan mahu lebih sekular?

Dalam satu kenyataan satu ketika dahulu, bekas pengerusi DAP, Karpal Singh pernah menyatakan over my dead body jika PAS mahu melaksanakan hudud. Disini kita dapat mengetahui apa pendirian DAP dalam isu ini. DAP sebenarnya amat takut kehilangan undi Kaum Melayu menerusi PAS jika PAS memilih untuk mesra UMNO dalam membentangkan rang undang-undang hudud di Parlimen. Kesepakatan kaum Melayu nanti akan menyebabkan mereka kehilangan banyak undi yang mana PKR tidak akan mampu menampungnya. Satu-satunya jalan DAP menyelamatkan keadaan ialah memperkasakan PASMA, menyokong penuh PKR dengan meliberalisasikannya dan menarik semula sokongan MCA dan GERAKAN supaya bersatu di bawah panji DAP. Andai ini gagal, DAP akan kekal menjadi parti rasis seperti mana DAP di bawah Lim Kit Siang.

Umum tahu DAP juga seolah-olah mencabar undang-undang. Bukan seorang Yang Berhormatnya di rakam sedang berjudi. Malah ada diantaranya pemilik rumah-rumah urut, kedai judi malah ada yang melindungi kongsi gelap yang kebanyakannya kaum Melayu dan India. Trend DAP mudah. Buat apa sahaja asal tiada penyatuan di kalangan rakyat Malaysia. Menerusi hudud, terdapat satu klausa dimana perlunya penyatuan mereka yang beragama ISLAM dimana yang bukan Islam tidak tertakluk pada undang-undang ini. Inilah yang paling di bimbangi DAP. Tambahan pula, ikon mereka Lee Kwan Yew baru sahaja meninggal dunia. Jadi idealogi mediang Lee hanya akan di dokong oleh Lim famili dan boleh dikatakan, idealogi autokratik ini amat bahaya untuk Malaysia di masa hadapan.

Monday, 23 March 2015

KEKUATAN TENTERA LAUT SEMAKIN CANGGIH

Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) dijangka akan menerima kapal perang pesisir pantai (LCS) yang pertama dari 6 buah yang di tempah selewat-lewatnya awal 2019. Kapal perang moden itu dibina sepenuhnya oleh syarikat tempatan, Boustead Heavy Industries Corperation Berhad (BHIC) di Lumut, Perak Darul Ridzuan.

Menurut Pengarah Divisyen Pertahanan dan Keselamatan BHIC, Anuar Murad, Kapal LCS pertama akan diapungkan sewal tahun 2018 sebelum menjalani ujian penerimaan di perlabuhan lautan selepas itu. Antara ciri-ciri kapal berkenaan adalah seperti berikut ;

Berat   :   3,000 tan
Enjin   :   Diesel
Panjang  :   111 meter
Kelajuan :   28 knot
Jarak perlayaran  :   9,300 kilometer
Muatan   :   138 anak kapal
Persenjataan  :   - Meriam Bofors 57 milimiter (1)
                                 - meriam 30 mm (2)
                                 - peluru berpandu pertahanan udara (16)
                                 - peluru berpandu anti permukaan (8)
                                 - 3 laras tiub torpedo (2)
                                 - boleh memuatkan sebuah helikopter tempur.

Penulis melihat ini suatu perkembangan yang baik bilamana aset pertahanan laut di pertingkatkan berikutan ancaman yang makin kompleks samada dari negara lain mahupun lanun. Sejajar dengan kehendak kerajaan dalam memastikan keselamatan negara terjamin, usaha BHIC ini di harap mampu memberikan impak dan pulangan yang baik dalam meneruskan aktiviti pertahanan negara.

MATINYA SEORANG PEJUANG RASIS ASIA

Tepat jam 3.18 pagi tadi, ikon Singapura, Lee Kwan Yew 91 tahun telah meninggal dunia di Singapura. Mediang dipercayai menghidap radang paru-paru dan kematiannya di umumkan oleh anak beliau sendiri, Lee Hsien Loong lewat pagi tadi. Kehilangannya telah menyebabkan Singapura berkabung selama seminggu bagi menghormati pemergiannya.

Nama Lee Kwan Yew bukanlah asing bagi rakyat Malaysia. Nama yang seringkali menjadi buah mulut rakyat Malaysia samada sebelum mahupun selepas kemerdekaan Negara. Apa yang menariknya, sepanjang mediang berada bersama Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, bukan sedikit ulahnya yang memeningkan Tunku. Sikap kuat melawan dan panas barannya kadangkala merunsingkan kabinet Malaya pada masa itu. Ramai tahu hubungan akrabnya dengan Lim Kit Siang malah mediang sendiri menganggap Lim sebagai protegenya dalam bidang politik.

Sehinggalah "pengkhianatan" Lee Kwan Yew terhadap Persekutuan Malaysia dengan menarik keluar Singapura dari Persekutuan ini seterusnya mendapat kemerdekaan percuma dari Malaysia. Betapa sedihnya Tunku akan kehilangan Singapura sehingga Tunku meminta Singapura memastikan kuasa pemerintahan di serahkan kepada orang Melayu sehingga akhirnya. Pada mulanya mediang bersetuju tetapi memungkirinya selepas sepenggal sahaja di serahkan kepada Melayu manakala selebihnya mediang membentuk dinastinya sendiri menerusi parti ikon kepada DAP iaitu People's Action Party (PAP). Temasik Holdings contoh mudah betapa kuatnya pengaruh Lee famili dalam mengawal selia ekonomi Singapura.

Sepanjang pemerintahan beliau termasuk menjadi Menteri Mentor, satu-satunya pemimpin Asia yang menjadi seteru utama datangnya dari Malaysia. Orang yang dimaksudkan ialah Tun Dr Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia ke 4. Pelbagai isu yang menjadi pertikaian mereka sehinggalah kemuncaknya dimana Lee Kwan Yew enggan bersalaman dengan Tun sewaktu mesyuarat Ketua Negara ASEAN di Singapura.

Tidak di nafikan mediang membawa dimensi baru dalam pemerintahan semi autokratiknya. Membawa Singapura muncul sebagai salah satu kuasa ekonomi di Asia dengan dasar ekonomi terbukanya. Jadi tidak hairanlah negara berkapasiti 5 juta penduduk ini menanggung hutang hampir 1 trillion dollar berbanding Malaysia yang penduduknya 30 juta hanya 536 Billion dollar. Satu lagi "kenangan terindah" beliau adalah mengiktiraf negara Israel sedangkan majoriti Pemimpin ASEAN menolak deklarasi ini. Jadi adalah tidak mustahil ibu pejabat CIA malah MOSSAD juga terdapat di Singapura manakala nasib orang Melayu Singapura seolah-olah melukut di tepi gantang. Hanya keegoan kemajuan Singapura sahaja menjadi kebanggaan tapi sifat kemelayuan telah lama pudar.

Apa pun, salam takziah untuk warga Singapura. Di saat warga Johor dan Malaysia bergembira dengan permahkotaan Sultan Johor, di seberang Tambak Johor, saat berkabung telah tiba. Selamat "berehat" Lee Kwan Yew.

PERMAHKOTAAN SULTAN JOHOR-IMPAK DAN ISTIADAT

Hari ini, Isnin 23hb Mac 2015, tepat jam 10.35 pagi, selesailah permahkotaan Paduka Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Baginda merupakan Sultan ke 5 dalam sejarah kesultanan Melayu Johor Moden dan ke 25 dalam sejarah Sultan Johor. Istiadat ini yang dimulakan tepat jam 9.30 pagi tadi merupakan yang pertama seumpamanya selepas 55 tahun

Upacara istiadat Permahkotaan ini di sempurnakan oleh Mufti Besar Johor dan permahkotaan ini juga menandakan adat istiadat beraja kekal subur di bumi Johor dan Malaysia amnya. Majlis ini juga turut di hadiri oleh Sultan Brunei, Sultan Terengganu, Sultan Pahang, Pemangku Sultan Kedah, Perdana Menteri Malaysia serta isteri dan anakanda-anakanda Sultan Ibrahim sendiri.

Detik yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat negeri Johor ini mempunyai significan yang tersendiri. Ini adalah kerana Istiadat ini mampu menarik perhatian dunia dan potensi pelaburan jangka panjang di Johor. Ini mampu menaikkan ekonomi serta menjadikan Johor terkenal di serata dunia. Detik ini juga mampu merapatkan semula seliruh rakyat negeri Johor tanpa mengira kaum mahupun Agama.

Bumi kelahiran Umno ini akan terus meraikan permahkotaan ini selama sebulan bermula hari ini. Sebaik sahaja permahkotaan ini di sempurnakan, 21 das tembakan meriam di lepaskan dan lintas hormat 7 buah helikopter membawa bendera negeri Johor. Seterusnya baginda berkenan untuk menyusuri jalan sepanjang 10.7 kilometer mengelilingi bandar Johor Bahru bagi meraikan hari bersejarah baginda bersama rakyat.

SEMOGA ALLAH MELANJUTKAN USIA TUANKU DAN TUANKU PERMAISURI DAN MERAHMATI BUMI JOHOR.

DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU

HASRAT BAGINDA SULTAN JOHOR SEMPENA PERTABALAN BAGINDA

Isnin, 23hb Mac 2015 akan berlangsung satu lagi sejarah unik bagi Malaysia. Bertempat di Istana Besar, Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Istiadat Pertabalan menaiki Tahta akan berlangsung. Pertabalan Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan ke 25 dalam sejarah Johor dan ke 5 dalam sejarah Johor moden adalah yang pertama selepas 55 tahun dengan kali terakhir di langsungkan semasa pertabalan Sultan Ismail pada tahun 1960.

Sultan Ibrahim Ismail di puterakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan baginda merupakan anak sulung dari 10 orang adik beradik. Baginda telah di lantik sebagai Tunku Mahkota pada 4 Julai 1981 dan pernah memangku Sultan Johor semasa Almarhum ayahanda baginda dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agong yang kelapan.

Baginda telah mengahwini Raja Zarith Sofiah, puteri kepada Sultan Idris Shah II, Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan pada tahun 1982. Pasangan Di Raja ini dikurniakan 6 orang cahayamata iaitu 5 orang putera dan seorang puteri.

Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Ibrahim menzahirkan keinginan baginda mahu melihat Johor di kenali di mata dunia, maju dan berkembang supaya mampu menarik pelabur asing datang ke negeri Johor. Keazaman baginda dibuktikan menerusi kprihatinan baginda terhadap Iskandar Malaysia, memantapkan infrastruktur Johor Bahru dan sekitar, memantau hasil kerja semua wakil rakyat yang mewakili setiap kawasan di Johor, memastikan kejujuran dan keikhlasan para wakil rakyat serta Menteri Besar dan baginda juga berhasrat mahu mewujudkan sebuah kolej yang menghimpunkan tenaga mahir dari kalangan anak jati Johor itu sendiri.

Baginda juga sentiasa dididik oleh Almarhum Ayahanda baginda tentang perlunya bekerja keras untuk mencapai sesuatu. Sentiasa menghormati orang tua dan baginda juga dilatih supaya sentiasa berkhidmat kepada rakyat. Itulah sebabnya ada dikalangan rakyat Negeri Johor menghantar surat kepada baginda bagi meminta tolong akan sesuatu perkara.

Dalam pada itu, Pihak Polis Di Raja Malaysia akan menempatkan kira-kira 1,200 orang anggota pelbagai pangkat bagi menjamin kelicinan Istiadat ini. Semoga Allah melimpahkan Rahmatnya keatas rakyat Negeri Johor dan Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar

Sunday, 22 March 2015

PENYOKONG PEMBANGKANG SEMAKIN GILA

Bermula semalam sehingga hari ini, terdapat sekumpulan penyokong pembangkang yang masih meneruskan himpunan #kita lawan yang telah di anjurkan awal bulan ini.

Kali ini kumpulan ini menggunakan cara lain bagi menzahirkan perasaan mereka bagi membebaskan Daro Seri Anwar yang telah di jatuhkan hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat. Kali ini mereka mengadakan mogok lapar. Adalah sesuatu yang semakin mengarut apabila sanggup berlapar demi seorang banduan.

SEJARAH RINGKAS KESULTANAN NEGERI JOHOR

Sempena Pertabalan Sultan Johor Darul Takzim, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar esok, penulis ingin melakarkan coretan serba ringkas tentang sejarah Pemerintahan Negeri Johor sebermula dari tahun 1511 sehingga kini.

Seperti kita sedia maklum, Sultan Ibrahim merupakan Sultan yang memerintah Negeri Johor dan jajahannya yang ke 25 sepanjang sejarah Johor dan yang ke 4 sepanjang sejarah negeri Johor Moden. Baginda menaiki tahta pada tahun 2010 setelah kemangkatan Ayahanda Baginda, Almarhum Sultan Iskandar. Berikut adalah senarai penuh Kesultanan Johor bermula dari 1511 sehingga kini.

Sultan-Sultan Johor dan Bilangan Sultan dan tempoh Pemerintahan
1. Sultan Mahmud Shah - 1511 - 1528
2. Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali) - 1528 - 1564
3. Sultan Muzaffar Shah II - 1564 - 1579
4. Sultan Abdul Jalil Shah I - 1579 - 1580
5. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (Raja Umar) - 1581 - 1597
6. Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Mansur) - 1597 - 1615
7. Sultan Abdullah Ma'ayat Shah (Raja Bongsu) - 1615 - 1623
8. Sultan Abdul Jalil Shah III (Raja Bujang) - 1623 - 1677
9. Sultan Ibrahim Shah - 1677 - 1685
10. Sultan Mahmud Shah II - 1685 - 1699
11. Sultan Abdul Jalil IV (Bendahara Abdul Jalil) - 1699 - 1720
12. Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil) - 1718 - 1722
13. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah - 1722 - 1760
14. Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah - 1760 - 1761
15. Sultan Ahmad Riayat Shah - 1761 - 1761
16. Sultan Mahmud Shah III - 1761 - 1812
17. Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah - 1812 - 1819
18. Sultan Hussain Shah (Tengku Long) - 1819 - 1835
19. Sultan Ali (Tengku Ali - Anak gahara terakhir) - 1835 - 1877
20. Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (Wangsa Temenggung - Keturunan bangsawan) - 1855 - 1862
21. Sultan Sir Abu Bakar - 1862 - 1895
22. Sultan Ibrahim - 1895 - 1959
23. Sultan Ismail - 1959 - 1981
24. Sultan Iskandar - 1981 - 2010
25. Sultan Ibrahim Ismail - 2010 - sekarang

Sesuatu yang menarik, Negeri Johor merupakan satu-satunya Negeri yang kekal tidak ditakluk Inggeris di zaman kolonial kerana Almarhum Paduka Sultan Sir Abu Bakar menjalinkan persahabatan dengan London (Queen Victoria) dimana Johor kekal bebas dan hanya memerima penasihat tidak rasmi dari British.

DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU

PROGRAM BAZAR DALAM TAMAN

Memorial Tun Abdul Razak akan menganjurkan Program Bazar Dalam Taman yang akan diadakan pada 29hb Mac 2015 (Ahad) bertempat di perkarangan Memorial Tun abdul Razak bermula dari 8 pagi hingga 6 petang.

Antara program yang dijangka di adakan ialah :
* Senam seni
* Jualan buki
* Pelbagai permainan tradisional
* Pameran Haiwan Exotik
* Gerai jualan produk jualan FAMA
* Pameran setem dan filateli
* Gerai pelukis
* Photocard Touch n Go
* Gerai jualan pelbagai minyak wangi
* Urutan refleksologi
* Gerai jualan benih pokok
* Gerai jualan barangan antik

Program yang julung-julung kali di adakan ini di harap mampu menarik pelancong serta pelawat samada dari dalam negara mahupun luar negara. Luang-luangkan masa untuk berkunjung ke program ini.

TUN RAZAK-IKON PEMBANGUNAN TERHEBAT

Penulis berkesempatan mengunjungi Memorial Tun Abdul Razak di Jalan Perdana Kuala Lumpur. Di kesempatan ini penulis dapat mengunjungi rumah kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia ke 2 yang juga di kenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia.

Di sinilah tempat Bapa Transformasi Negara iaitu Perdana Menteri Malaysia sekarang, Dato Seri Mohd Najib di besarkan bersama adik beradik beliau. Di kompleks yang diwartakan kepada pihak Arkib Negara ini juga mengekalkan susun atur yang terdapat di dalamnya termasuk bilik bacaan dan pejabat persendirian Almarhum Tun Abdul Razak, Bilik Gerakan Negara, Pejabat Perdana Menteri serta ruang tetamu dan keluarga beliau.