Selama 22 tahun Tun M memerintah, bukan sedikit yang mempertahankan dasar yang beliau laksanakan. Tidak kiralah samada ianya baik mahupun tidak. Tidak di nafikan, beliau merupakan arkitek pembangunan terhebat negara sehingga negara menikmati apa yang pada satu ketika dahulu orang anggap hanyalah angan-angan Mat Jenin. Sikap kerasnya terhadap blok negara barat juga mendapat sanjungan bukan hanya di dalam negara, malah mampu menarik komuniti luar negara. Dari sebuah negara yang tidak di kenali, beliau membawa Malaysia menjadi terkenal bagi sebuah negara kecil di Asia Tenggara. Persoalannya, selepas beliau meletak jawatan, adakah jasa-jasa beliau ini menjadi tiket over shadow bagi setiap Perdana Menteri selepas beliau?
.jpg)
Kini di zaman Dato Seri Najib, juga nama yang beliau cadangkan sebagai seorang bayangan beliau setelah beliau meletakkan Tun Abdullah sebagai seorang failure. Tidak di nafikan setiap Perdana Menteri mempunyai aspirasi masing-masing terhadap pemerintahan negara. Seawal 2009, serangan pertama di lakukan dan paling terkini serangan 3 peluru, Isu GST, Altantuya dan kelemahan UMNO. Tun sendiri seorang pakar ekonomi yang di akui dunia. Malah sewaktu pemerintahan Tun pada 1992, beliau sendiri mangakui kata-kata Menteri Kewangan pada masa itu, Dato Seri Anwar bahawa GST harus di laksanakan secepat mungkin. Tetapi kini beliau mendakwa kerajaan tidak sepatutnya melaksanakan GST sedangkan beliau tahu GST mampu menjana pendapatan yang lebih efisyen kepada negara. Jadi di mana relevannya kata-kata Tun pada 1992 dan membuat pusingan 'U' kini?
Isu Altantuya, kes ini sepatutnya sudah lama di tutup kerana si perlaku sudahpun di hukum. Malah jika tidak salah penulis, Tun sendiri mengakui perjalanan kes ini telus dan menjaga imej negara. Jadi kenapa Tun seolah-olah menunding jari kepada Dato Seri Mohd Najib seolah-olah semua ini di rancang oleh beliau? Penulis mengikuti perjalan kes ini dan penulis nampak dan tahu Dato Seri Mohd Najib bukan hanya sekali tetapi 3 kali bersumpah di atas mimbar masjid mengatakan beliau dan isteri tidak pernah terlibat secara langsung malah tidak langsung dalam kes ini. Malah ayah kepada Altantuya sendiri pernah menafikan penglibatan Najib dalam kes high profile ini. Adakah Mahkamah lebih hebat dan mu

Malaysia menjadi sebuah negara mengikut acuan beliau sendiri. Kegagalan yang terpaksa hampir semua jentera menanggungnya selagi dia masih benyawa. Persoalannya, apa yang Tun mahu dari Dato Seri Mohd Najib? Adakah Tun mahu dana dari Kerajaan sekarang untuk membangunkan sesuatu?

.jpg)
One Hugh mistake will make people's forgot all the good deeds that you have done. Selama 22 tahun Tun memerintah, bukan sedikit sokongan yang Tun terima. Satu-satunya penentang kuat beliau pada masa itu ialah Tunku Abdul Rahman. Itupun tidak lama. Jadi pada pimikiran penulis, biar Perdana Menteri menguruskan negara mengikut acuan beliau sendiri. Bukan senantiasa menjadi Over shadow bagi setiap keputusan kabinet negara. Jika Tun sedar tindakan Tun sekarang akan menyebabkan 7 persoalan ini muncul. Apa lagi yang Tun mahu? Apa rasionalnya tindakan Tun? Adakah niat terselindung di sebalik desakan Tun? Adakah kerana Proton? Adakah kerana Jambatan Bengkok? Adakah kerana Mukhriz? Adakah kerana Tun mahu kembali ke Putrajaya? Hanya Tun sahaja boleh menjawab persoalan ini. Untuk warga UMNO, Tun bukanlah Dewata di dalam UMNO. Jasanya sentiasa kita kenang. Tetapi taat dan setia kita kepada kerajaan yang memerintah kini.
JSJM
One Hugh mistake will make people's forgot all the good deeds that you have done.
ReplyDelete