Sunday, 24 May 2015

MELAYU DAN ROHINGYA-TIADA BEZANYA!!

Apakah perasaan anda jika anda terpaksa meminum air kencing sendiri untuk hidup? Sanggupkah anda membunuh kenalan anda demi makanan? Mampukah anda berterusan berada di tengah lautan dengan tiada hala tuju jelas? Percayalah, ini yang di hadapi oleh kira-kira 7,000 pelarian etnik Rohingya dan pelarian Bangladesh kini. Dengan bayaran sebanyak RM 5,000 ke RM 7,000 seorang, mereka sanggup menggadaikan nyawa bertarung di tengah lautan tanpa hala tuju dan nasib yang benar-benar pasti.

Kita amat bertuah kerana tinggal di bumi Malaysia yang sentiasa di berkati ini. Kita tidak di timpa sebarang musibah besar seperti gempa bumi, gunung berapi malah impak tsunami pada tahun 2004 tidak seteruk apa yang di alami oleh Acheh mahupun Jepun. Jadi atas sebab inilah beribu-ribu orang dari negara ke tiga sanggup menggadaikan nyawa mereka demi mahu mengaut kekayaan yang ada pada kita hari ini.

Penulis bukan menggalakkan kehadiran pelarian etnik Rohingya dan pelarian Bangladesh menghujani negara kita. Apa yang penulis lihat kini, contohnya di Pulau Pinang, kaum Melayu amnya semakin lama semakin di ancam kewujudannya tanpa sedar. Lihat sekeliling kita. Ekonomi kini hampir sepenuhnya di kuasai oleh kaum Cina. Pemilikan tanah samada tanah lot milik kerajaan mahupun warisan kini kebanyakannnya di miliki oleh mereka. Pulau Pinang contohnya, teramat sedikit pemilikan tanah milik Melayu yang masih kekal. Apa yang tinggal pada bangsa Melayu hanyalah penguasaan Politik dimana ini pun sedang cuba di gagalkan oleh mereka sejak 1955. Akademik? Bahasa Melayu yang sepatutnya di kuasai oleh anak Melayu sendiri pun boleh gagal dalam peperiksaan besar.

Bayangkan jika Malaysia di serang dari Negara luar. Pada siapakah kita patut meminta tolong? Thailand? Negara ini sememangnya tidak pernah terlibat secara langsung dalam sebarang peperangan secara konvensional. Sikap berkecuali mereka membawa negara ini tidak pernah di jajah oleh sebarang kuasa asing. Filifina? Mata mereka tidak pernah lari dari memandang Sabah. Manakan mungkin sebuah negara yang mempunyai pengkalan tentera milik Amerika akan membantu kita andai berlaku konflik kaum dan persenjataan. Brunei? Sebuah negara yang tidak mempunyai asas ketenteraan yang kuat. Indonesia? Sebuah negara yang sentiasa memandang Malaysia sebagai hak milik mereka sejak sekian lama. Singapura? Negara yang tiada pendirian dan pemerintah mereka sentiasa bekerjasama dengan DAP untuk menjarah Malaysia dan tunduk di bawah kekuasaan mereka. Jadi apa yang tinggal? Tiada. Kita berdiri di atas kaki kita sendiri dalam menempuh sebarang ancaman samada dari dalam mahupun luar.

Sesuatu yang menyedihkan apabila Kaum Melayu kini semakin layu. Kita seumpama Etnik Rohingya pada sekitar penghujung 1990an sewaktu konflik ini mula-mula tercetus. Yang membezakan Bangsa Melayu dengan Rohingya hanyalah mereka tidak pernah menguasai pentadbiran kerajaan dan politik. Bicara kali ini cuba membawa dimensi jelas tentang permasalahan Melayu. Kita sudah jauh ketinggalan samada dari aspek ekonomi mahupun sosio politik. Wajarkah kita terus terpecah demi nafsu politik sedangkan "musuh-musuh" kita kini sedang memerhati kehancuran BANGSA MELAYU akibat saling berebutkan kuasa dan salin tikam menikam antara satu sama lain. Sifat taat kepada pemimpin kini jelas semakin hanyut hanya kerana dakyah palsu berkaitan 1MDB, GST, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya. Kita lebih akur mendengar kata-kata orang yang memusuhi Melayu pada 13hb Mei 1969 dari cuba membawa kembali kekuatan Melayu. Malah kini ramai yang lebih akur mendengar dakyah orang yang pernah berkhidmat selama 22 tahun dan kini hanyalah seorang ahli UMNO daripada melihat dengan mata hati tindakan kerajaan dalam memperkasakan semula Melayu. Berubahlah ANAK MELAYU. Jangan biarkan kubur kita nanti di pijak dan di kencing anak cucu kita akibat dari apa yg kita lakukan hari ini.....

Saturday, 23 May 2015

KRISIS ROHINGYA-DIMANAKAH PUNCANYA

Rohingya, satu etnik yang kini menjadi sebutan dunia. Etnik yang mendiami kawasan Rakhne di sempadan Bangladesh ini dikenali sebagai Benggali oleh warga tempatan Myanmar dan majoriti etnik ini beragama Islam. Ramai yang tertanya-tanya, kenapa nasib mereka begitu malang di tanah kelahiran mereka sendiri dan kerajaan Junta Myanmar dan memilih untuk keluar dari Rakhne dan bertarung nasib di tengah laut merantau keluat dari Rakhne?

Boleh dikatakan semua ini berpunca dari seorang sami Budha yang bernama Ashin Wirathu dan dasar tidak peduli kerajaan Myanmar terhadap nasib etnik minoriti yang mendiami Myanmar. Persoalan paling besar, siapakah Ashin Wirathu? Dilahirkan pada 1968 dan hanya bersekolah sehingga berumur 14 tahun, beliau memilih untuk menjadi sami Budha di tempat kelahirannya. Bertitik tolak daripada kebencian terhadap jirannya yang beragama Islam, beliau menyebarkan ajaran kebencian terhadap agama lain selain Budha. Penglibatan ekstimisnya bermula pada tahun 2001 sewaktu beliau menubuhkan gerakan anti Islam yang di beri nama kelompok 969. Menerusi kumpulan inilah pembunuhan Muslim besar-besaran berlaku dengan menyaksikan 121 orang maut angkara penghapusan etnik yang mula dilakukannya. Akibat dari tindakannya, pada tahun 2003, beliau di hukum penjara 25 tahun atas hukuman mencetuskan huru hara di Myanmar.

Akan tetapi pada 2010, beliau dibebaskan oleh junta di saat dunia meraikan pembebasan ikon demokrasi Myanmar, Aun San Su Kyi (Ashin merupakan pengikut Aun San sejak sekian lama) bersama tahanan politik yang lain. Memandangkan peraturan Kerajaan Myanmar yang lebih terbuka kepada dunia luar, Ashin dilihat semakin aktif dalam menyemai kebencian terhadap penganut Islam menerusi pelbagai medium antaranya menerusi Media Sosial. Ashin pernah di kesan menyampaikan amanat kepada pengikutnya di laman media sosial Facebook dan Youtube dan menerusi pemerhatian penulis, sehingga artikel ini di tulis, beliau berjaya mengumpul seramau 37,500 pengikut.

Pada tahun 2012, inilah ketika pertumpahan besar-besaran antara Etnik Rohingya dan pengikut agama Budha di Rakhne. Pada waktu berkenaan, Ashin dengan lantang menyeru warga Budha membunuh dan menghapuskan Entik Rohingya beragama Islam dari bumi Myanmar kerana kononnya bumi Myanmar hanya untuk warga Budha dan penganut Islam langsung tidak di perlukan di mana tanah Myanmar. Dalam siri ceramah yang di lakukan, Ashin Wirathu menyebarkan ajaran kebencian dalam setiap ceramahnya. Dia selalu menyasar komuniti Islam patut di halau keluar dan pembersihan etnik perlu dilakukan agar Budha sentiasa merestui bumi Myanmar. Menariknya, beliau mendakwa orang Islamlah yang memulakan permasalahan ini dengan mengambil contoh mudah pengganas Islam di Afghanistan. Dengan ugutan sebegini Ashin mampu menarik sokongan ramai pengikut Budha dan warga mudanya dalam memerangi warga Rohingya

Ashin juga mendesak kerajaan mengharamkan penghijrahan agama dari Budha ke Islam samada menerusi perkahwinan mahupun penghijrahan biasa. Menariknya, boleh dikatakan tiada langsung tindakan keras dari Kerajaan Myanmar meskipun mereka sedar pengaruh Ashin telah melakukan pembunuhan etnik dengan sewenang wenangnya. Jika di tanya kepada warga Rohingya, siapakah yang di geruni mereka di Rakhne, jawapan mereka sama, Pengikut Budha pimpinan Ashin Wirathu. Dilindungi oleh mereka yang berkuasa di Myanmar, tidak mustahil pembantaian etnik ini akan kekal berterusan selagi tiada tindakan tegas dalam melindungi Etnik Rohingya dari terus di tindas.

JSJM

APABILA KADUK NAIK JUNJUNG

Sejak akhir-akhir ini kecoh memperkatakan tentang tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mempertikaikan 1MDB dan kepimpinan Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Sewaktu pembentangan Perdana Menteri berkenaan Rancangan Malaysia ke 11 baru-baru ini, tindakan individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan satu rakaman video yang di percayai di rakam di sebuah majlis ILMU di sini jelas merupakan satu tindakan biadab dan tidak bertanggungjawab.

Seperti sesuatu yang tidak kena apabila sudah dua kali tindakan sabotaj ini dilakukan. Kali pertama, sewaktu di ambang Pilihanraya Kecil Permatang Pauh di mana isu 1MDB dan Tabung Haji di mainkan sehingga mendorong Tabung Haji terpaksa menjual aset yang di beli di Tun Razak Exchange (TRX). Kali ini sebuah video yang dirakam secara curi seperti siap di edit. Jelas seolah-olah mempunyai maksud tersirat di saat kepimpinan Dato Seri Mohd Najib di serang samada dari dalam mahupun luar UMNO. Semua ini seolah-olah menjadi pendorong bagi kem Tun Dr Mahathir untuk berterusan menyerang Dato Seri Mohd Najib.

Satu ketika dahulu, sewaktu Tun M memilih Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin di letakkan di Kementerian Pertanian, lokasi dimana pada zaman pemerintahan Tun Kementerian ini adalah Kementerian "pelupus" karier politik seseorang. Tetapi apa yang di lakukan Tan Sri cukup luar biasa apabila mampu menaikkan imej pertanian di Malaysia. Semua ini mendorong Dato Seri Mohd Najib melantik beliau selaku Timbalannya dan secara tiba-tiba karier politik beliau kembali meningkat. Tetapi kini, mungkin atas desakan dari Tun dan tertarik dengan jawatan Perdana Menteri, beliau agak berani menghentam kepimpinan Perdana Menteri.

Jelas di sini Dato Seri Mohd Najib bukan sahaja berhadapan dengan asakan Pembangkang, tetapi juga berhadapan dengan golongan konvensional gerakan Tun M. Hanya sokongan dari rakyat sahaja yang masih menebal kepada beliau di saat Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, beberapa menteri kabinet beliau malah Timbalan beliau sendiri bertindak seolah-olah menentang beliau. Bagi penulis ianya seolah-olah kaduk naik junjung dan bagaikan gunting di dalam lipatan....

JSJM

UGUTAN BASI DARI PAS

Dato Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menimbulkan suasana kecoh di dalam Pakatan Rakyat apabila sekali lagi mengumumkan bahawa PAS bersedia untuk mengkaji dan seterusnya keluar dari Pakatan Rakyat. Ini bukan kali pertama Presiden PAS mengumumkan perkara yang sama.

Di percayai tindakan Dato Seri Abdul Hadi ini berkait rapat dengan pengumuman Pakatan Rakyat khasnya DAP yang mengumumkan kabinet bayangannya yang boleh dikatakan tiada langsung wakil PAS dalam kabinet ini. Ditambah lagi PAS jelas bersendirian dalam memperjuangkan hudud tanpa ada sebarang sokongan dari rakan Pakatan Rakyat. Jelas PAS kini berseorangan dalam segala hal termasuk agenda mereka dalam pembentukan sebuah Negara Islam yang dicita-citakan sejak sekian lama.

Bagi penulis, ini bukan kali pertama Dato Seri Abdul Hadi mengumumkan hal sebegini. Bermula dari isu perlantikan Menteri Besar Selangor, isu hudud dan seterusnya isu kabinet bayangan, PAS seolah-olah menjadi "anak manja" di dalam Pakatan Rakyat. Apabila muncul sesuatu isu, senjata yang di gunakan adalah ugutan sehinggakan setiap ugutan dari PAS mengundang gelak ketawa dari PKR dan DAP. Jelas, Abdul Hadi dalam keadaan terdesak untuk kekal relevan di dalam Pakatan Rakyat di tambah beliau juga kini dalam keadaan tersepit menahan asakan dari PASMA yang didokong oleh DAP serta kekurangan sokongan dari Ahli PAS sendiri. Semua ini jelas menarik untuk terus di ikuti. Adakah PAS mempunyai kekuatan untuk kembali berjuang bersendirian? Adakah Abdul Hadi akan menggunakan trick popularnya iaitu U-Turn dan seterusnya merelakan dirinya berterusan di panggil munafik?

Wednesday, 20 May 2015

KUASA DAP DI PULAU PINANG

Pulau Pinang, sebuah negeri yang menyaksikan begitu banyak sejarah di catat sepanjang kewujudannya. Dari salah sebuah daerah yang terdapat di Negeri Kedah, ianya berkembang setelah British memanipulasikan Kesultanan Melayu Kedah dengan memajakkan daerah ini untuk di jadikan salah sebuah pusat pentadbiran British di Asia Tenggara. Pulau Pinang terus berkembang dari sebuah daerah pendaratan ikan kepada salah sebuah negeri yang mempunyai kepelbagaian industri berat antara terbesar di Asia. Ini menjadikan Negeri ini menjadi tumpuan kepada anak rantau mahupun pelabur asing untuk melabur kenegeri yang cukup padat ini.

Pulau Pinang juga melahirkan beberapa orang tokoh terkemuka di tanah air antaranya Tan Sri P.Ramlee, Haji Ahmad Badawi, seorang ahli agama terkemuka di nusantara dan ayahanda kepada Tun Abdullah, Perdana Menteri Malaysia ke 5, Ketua Pembangkang Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim malah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Dr Nazrin Muhibbuddin Shah juga lahir di Pulau Pinang. Terlalu banyak rentetan sejarah keMelayuan tercatat di sana tetapi kini Pulau Pinang sudah di hak milik oleh Bangsa Cina menerusi Democratic Action Party (DAP) menerusi "Emperornya" Lim Kit Siang dan "Putera Mahkotanya" Lim Guan Eng. Suatu bangsa yang satu ketika dahulu menjadi pecacai bagi British bekerja di lombong-lombong milik British tetapi kini menjadi tuan besar di Tanah Tanjung ini. Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan, jika mampu mereka juga mahu menuntut jawatan Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang dari Tun Abdul Rahman Abas untuk di serahkan kepada Lim Kit Siang.

Pelbagai tindakan samada masuk akal mahupun tidak telah di lakukan sebermula tindakan mereka mempertikaikan hak ketuanan Melayu, tindakan R. S. N Rayer memaki hamun Melayu, mengenakan cukai yang tidak masuk akal seperti cukai katil, menaikkan tarif air pengambil alihan tanah-tanah Melayu di sana dan terkini menukarkan semua jalan raya dengan nama pemimpin DAP. Semua ini jika di renung seolah-olah tindakan terancang DAP bagi menghakmilikkan Pulau Pinag secara total, sama yang di lakukan Lee Kuan Yew sewaktu mengambil Singapura dari Malaysia. Tidak keterlaluan di katakan, dunia kini bimbang tentang nasib pelarian Rohingya, tetapi kita di Malaysia sepatutnya kini risau akan nasib Orang Melayu Islam di Pulau Pinang. Menerusi dasar rasisme DAP pimpinan Lim Guan Eng, pengusiran orang Melayu dari tanah yang mereka warisi sejak sekian lama (termasuk peruburan Islam pun di bongkar demi projek perumahan dan kilang) boleh di katakan tiada lagi penempatan Melayu di kawasan Pulau dan Pusat Bandar. Yang ada kini penempatan Melayu di rumah-rumah flat dan penempatan yang di kategorikan haram oleh DAP.

Nasib Melayu di Pulau Pinang terutama di kawasan Pulau tidak lebih dan sama dengan nasib Melayu di Singapura. Cuma sisa-sisa Melayu sahaja yang masih tinggal dan itu pun tiada jaminan adakah Pulau Pinang mampu kembali di diami oleh Orang Melayu. Strategi DAP menaikkan harga hartanah termasuk pengambil alihan tanah milik Melayu dan menempatkan Bangsa Cina yang di wajibkan menyokong DAP di sana semuanya demi memastikan legasi undi kekal milik DAP selamanya. Dua kisah menarik ini patut di jadikan pengajaran dan patut di beri perhatian. Di saat DAP dengan bangganya menukarkan nama salah satu jalan di Pulau Pinang kepada Jalan Chian Heng Kai, nama yang asing dalam arus politik semasa, di satu lokasi lain pula, perkampungan Melayu sekali lagi di ceroboh dan di robohkan. Ini belum lagi jika kita menilai 3 batang jalan yang di namakan Karpal Singh dan Pulau Jerjak di tukar nama kepada Pulau Mazu. Jadi apa lagi yang tinggal untuk Melayu di Pulau Pinang melainkan Permatang Pauh?

Penulis bukan mahu membibitkan rasa perkauman menerusi tulisan penulis kali ini. Apa yang penulis ingin tekankan, betapa tamaknya DAP bila menguasai sesuatu Negeri sehingga tergamak menjadikan kaum lain menjadi mangsa demi kerakusan mereka. Maaf penulis mengatakan, tiada apa lagi yang boleh di banggakan oleh Melayu Pulau Pinang. Nasib mereka seolah-olah sama seperti Rohingya, pemilikan di rampas dan sedikit demi sedikit mereka di usir tanpa sedar dari Pulau Pinang. Cuma belum ada pembunuhan genoside sahaja yang berlaku. Jika tidak, semuanya sama seperti apa yang di alami oleh Rohingya.



JSJM

LAGI CUBAAN FITNAH TERHADAP NAJIB

Semalam, timbul satu lagi dakwaan terhadap urusniaga yang melibatkan 1MDB di mana timbul persoalan pelaburan melibatkan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang di katakan melabur sebanyak RM 1.4 Billion pada 31hb Mac yang lepas. Pelaburan ini di buat pada 4 buah anak syarikat yang melibatkan pelaburan strategik di empat buah anak syarikat milik 1MDB iaitu Bandar Malaysia Sdn Bhd (BMSB), 1MDB Energy Limited, 1MDB Global Investment dan Jimah Energy Ventures Sdn Bhd (JEV).

Menurut Dato Seri Mohd Najib yang juga Menteri Kewangan menjelaskan pelaburan ini merupakan satu pelaburan yang di lakukan untuk jangka masa panjang dimana pulangan daripada pelaburan ini akan di nikmati oleh pencarum KWAP dalam bentuk dividen yang lebih tinggi. Apa yang menariknya di sini, pelaburan menerusi 1MDB di buat bukan daripada "rolling money" pencarum tetapi lebih kepada pegangan ekuiti pelaburan menerusi bon pinjaman dan lain-lain lagi. Isu ini di timbulkan oleh Rafizi Ramli sewaktu persidangan Parlimen yang lepas.

Bagi penulis, ini merupakan satu lagi cubaan bagi merosakkan imej 1MDB menerusi syarikat-syarikat yang melabur kedalam syarikat milik kerajaan seperti 1MDB. Sudah begitu lama semenjak 1MDB di tubuhkan pada tahun 2009, pelbagai tohmahan dan serangan samada dari pembangkang mahupun dari kalangan orang UMNO itu sendiri. Mereka tidak faham apa itu 1MDB dan sukalah penulis menulis sekali lagi bahawa 1MDB MERUPAKAN PELABURAN UNTUK JANGKA MASA PANJANG dan bukan bertujuan meraih keuntungan poket dan keuntungan segera. Tiada satu pun dalam dunia ini apabila pagi ini melabur petangnya mendapat hasil. Simpanan seperti ASB mahupun ASN juga bukan boleh kita lihat hasilnya dalam masa sebulan. Sekurang-kurangnya setahun baru kita akan nampak hasilnya menerusi dividen. Begitu juga dengan 1MDB.

Di harap selepas ini tiadalah individu yang kononnya bijak sangat dalam urusan 1MDB seperti Khairy Jamaluddin menhentam 1MDB tanpa unsur periksa seperti isu Tabung Haji yang lepas. Belajarlah untuk hormat dan taat kepada ketua sebelum sibuk mencari nama memperjuangkan sesuatu yang di bangkitkan oleh pembangkang berbanding isu mempertahankan dasar Perdana Menteri.



JSJM

Tuesday, 19 May 2015

TUN M-KETUA "DE FACTO" PAKATAN RAKYAT?

Hampir 17 juta rakyat Malaysia kini tertanya-tanya, apa tujuan Tun Dr Mahathir kini semakin giat menghentam kepimpinan Yang Amat Berhormat, PERDANA MENTERI MALAYSIA, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Ramai yang tidak memahami kenaa seorang yang di panggil Negarawan Ulung, namanya di geruni di dunia, menjadi perhatian Israel untuk di bunuh, tetapi dalam arena politik negara sendiri beliau lebih rela menghentam Perdana Menterinya sendiri.

Sewaktu permulaan pertanyaan Tun, ianya berkisar kepada ingin tahu dan menyerlahkan sikap prihatinnya terhadap situasi semasa di Malaysia. Isu-isu seperti GST dan 1MDB paling mula di tanyakan sehingga mendorong Perdana Menteri muncul dalam program Bual Bicara di TV3 untuk menjawab secara umum kepada semua persoalan yang di timbulkan oleh Tun. Akan tetapi, penulis sudah menjangka, persoalan ini akan terus di panaskan oleh manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab untuk memanaskan suasana. Di tambah pula dengan cara Tun semakin galak menghentam Dato Seri Najib, semua ini seolah-olah Tun mempunyai agenda tersembunyi.

Penulis masih ingat sewaktu Dato Seri Anwar Ibrahim di jatuhkan hukuman penjara, terdapat segelintir penyokong Parti Keadilan Rakyat menyeru Tun M menjadi ketua baru mereka. Pada mulanya penulis enggan mengambil kisah tentang perkara ini kerana penulis beranggapan ini adalah tindakan manusia yang terdesak demi kuasa. Tetapi apa yang berlaku kini telah menyerlahkan seruan ini semakin menjadi kenyataan. Jika di lihat beberapa perkara yang telah berlaku, Tun M senada dengan orang-orang yang bernama Rafizi Ramli, Tony Phua, Wan Azizah, Nurul Izzah, Tian Chua dan beberapa manusia yang sibuk menyebarkan dakyah mengatakan apa yang Tun sebarkan kini. Semua ini jelas senada, tiada lagi kutukan Mahafiraun atau Mahazalim, semua mereka seolah-olah bersetuju. Lebih menarik, kini tiada seorang pun pemimpin Pakatan Rakyat mengeluarkan sebarang kenyataan, seolah-olah membiarkan Tun berterusan menghentam Dato Seri Najib dan memberi sokongan secara diam.

Paling menarik kini, lidah-lidah Pembangkang seperti Malaysian Insider dan akhbar pro pembangkang, Sinar Harian, menumpukan sepenuh perhatian pada setiap kenyataan yang di keluarkan oleh Tun. Malah mereka semakin giat menyebarkan berita yang sudah di tambah untuk menyedapkan cerita bagi menyokong tindakan Tun, Ditambah dengan tindakan lembik dan bacul Pergerakan Pemuda UMNO yang sehingga artikel ini di tulis, hampir tiada langsung kenyataan balas bagi menidakkan apa yang di katakan oleh Tun. Mereka hanyut dalam program "syok sendiri" seperti Aktiviti menawan Gunung Nuang (penulis dan menawan Gunung Tahan hampir 3 kali pun tidak kecoh) yang jelas tiada faedah dalam mempertahankan Perdana Menteri. Jadi dalam perkara ini, Perdana Menteri semakin keseorangan apabila Barisan Pemuda yang di harap mempertahankan beliau di saat di serang lebih mengutamakan Gunung berbanding ketua mereka.

Isu 1MDB dan Tabung Haji juga seolah-olah memang menunggu masa untuk di letupkan di saat begitu hampir dengan hari pengundian di Permatang Pauh. Satu lagi hasil "produk" Khairy Jamaluddin dalam "mempertahankan" Perdana Menteri. Jika di lihat pada mana-mana akhbar pro Kerajaan, selain sukan, prihal parti dan urus tadbir negara langsung tiada kenyataan rasmi di keluarkan melainkan Akhbar Sinar Harian. Apakah Pemuda kini mengiyakan segala apa yang di dakwa Tun kini? Tindakan 5 sekawan sewaktu menghasut Pemuda Umno Johor di Rompin juga sehingga hari ini tiada tindakan susulan. Jadi jelaslah bagi penulis, Barisan Exco Pemuda UMNO kini bukan lagi setia dan patuh kepada Presiden UMNO melainkan mengangkat Tun sebagai ketua mereka kini. Apabila Wan Azizah mengangkat sumpah selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh hari ini, langsung tidak menyebut kabinet bayangan dan dakwaan beliau menjadi Ketua Pembangkang kini juga tidak di ulas. Jadi seolah-olah kini semakin jelas, Tun Dr Mahathir yang pernah di julang sebagai hero pembangunan negara sudah hilang dan di gantikan dengan Tun Dr Mahathir, ketua De Facto Pembangkang.

JSJM

PERLETAKKAN JAWATAN - CERITA SEBENAR

Isu hangat yang di perkatakan sejak akhir-akhir ini adalah berkaitan dakwaan perletakkan jawatan Dato Seri Pandikar Amin Mulia selaku Speaker Dewan Rakyat di Parlimen. Dakwaan ini muncul sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamed mengadakan sesi dialog bersama penyokongnya di Ipoh 2 hari lalu. Isu ini terus di perkatakan oleh hampir semua pemain media samada media elektronik, massa mahupun media alternatif. Isu ini seolah-olah semakin hangat dengan pelbagai dakwaan malah setelah Pandikar mengeluarkan surat kenyataan media menafikan dakwaan Tun, isu ini terus di mainkan malah media pro pembangkang seperti Malaysian Insider juga memainkan isu ini. Apa sebenarnya yang berlaku?

Dalam hal ini, Speaker Dewan Rakyat telah mengakui bahawa beliau ada berjumpa dengan Tun M dan meluahkan rasa tidak puashati beliau kepada PENTADBIRAN DI PARLIMEN dan telah mengakui ada memberi surat perletakan jawatannya kepada Dato Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia tetapi Perdana Menteri tidak membacanya tetapi sebaliknya berjanji akan menyelesaikan permasalahan ini dan Tuan Speaker Pandikar sehingga hari ini masih meneruskan tugasnya sebagai Speaker Dewan Rakyat. Menurut Pandikar, beliau berasa beegitu kesal dengan pendedahan rahsia perbincangan antara beliau dan Tun M yang pada hematnya tidak sepatutnya didedahkan kepada awam. Menurut beliau lagi, Tun M tidak berhak mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Speaker Dewan Rakyat di Parlimen kerana perkara tersebut adalah urusan beliau dan beliau akan mengumumkan sendiri jika beliau bersedia dan surat perletakkan jawatan beliau di terima oleh Perdana Menteri.

Pandikar Amin juga mengakui bahawa Tun M begitu ghairah hendak menyingkirkan Dato Seri Mohd Najib dan mendesak beliau segera dan meneruskan hasrat beliu untuk meletakkan jawatan. Menurut beliau, beliau jelas tidak bersetuju dengan desakan Tun M kerana berasakan permasalahan beliau spt mana yg telah dimaklumkan di atas adalah disebabkan oleh ISU PENTADBIRAN PARLIMEN dan bukannya ISU PENTADBIRAN KERAJAAN. Disini agak jelas pengakuan Speaker Dewan Rakyat di Parlimen bahawa permasalahan di pentadbiran parlimen agak berat dan sangat tidak menyebelahi tanggungjawab dan tugas beliau sebagai Speaker dan mungkin ada unsur suaranya sebagai Yang Di Pertua Dewan Rakyat TIDAK DIHORMATI OLEH PENTADBIRAN PARLIMEN. Dalam hal ini, Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak mempunyai sebarang kuasa dan bukan menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen dan Pentadbirannya. Disinilah dimana Tun M memanipulasikan prihal perletakkan jawatan Pandikar dan seterusnya mencipta polemik yg berpanjangan kini.

Jika di renungkan sejenak, individu yang mempunyai kuasa untuk menguruskan hal ehwal di Parlimen adalah mereka yang berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri dan individu berkenaan adalah Dato Seri Shahidan Kassim, bukan Dato Seri Mohd Najib. Di sini kita dapat melihat permasalan sebenar yang berlaku dan ada kemungkinan juga terdapat individu tertentu mahu membawa usul undi tidak percaya di Parlimen dan Yang Di Pertua menolak sebarang usaha kotor ini dan seterusnya di manipulasikan oleh Tun M dengan mendakwa Pandikar ingin meletakkan jawatan. Semoga artikel tidak seberapa ini dapat menolak sebarang dakyah yang sedang di sebarkan oleh pengikut tegar Tun M dan Malaysian Insider dengan mendakwa Dato Seri Najib memaksa Dato Seri Pandikar Amin menarik balik surat perletakkan jawatan beliau.

JSJM

HARGA BARANGAN TERKAWAL

Sempena perayaan Gawai di Sarawak dan Pesta Kaamatan di Sabah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini telah menetapkan harga syiling bagi barangan keperluan pengguna pada 2 perayaan ini. Ini bertujuan mengelakkan PENIAGA TAMAK dari menaikkan harga barangan keperluan ini sesuka hati. Sebanyak 13 jenis barang telah di senaraikan untuk keperluan ini. Jadi jika anda terlihat mana-mana barang kawalan ini di naikkan sesuka hati tanpa mengikut harga kawalan yang di umumkan, anda boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-886-800 atau 1Malaysia One Call Center 03-80008000 atau mana-mana pejabat KPDNKK yang terdekat.

Senarai Barangan adalah seperti berikut :

1. Ayam Hidup 1 kilogram
Harga Borong - RM 6.00
Harga Runcit  - RM 6.50

2. Ayam Standard 1 kilogram
Harga Borong - RM 7.60
Harga Runcit  - RM 8.50

3. Ayam Super 1 kilogram
Harga Borong - RM 8.50
Harga Runcit  - RM 9.50

4. Kepak Ayam 1 kilogram
Harga Borong - RM 10.00
Harga Runcit  - RM 11.00

5. Telur Ayam Gred A sebiji
Harga Borong - RM 0.33
Harga Runcit  - RM 0.35

6. Telur Ayam Gred B sebiji
Harga Borong - RM 0.32
Harga Runcit  - RM 0.34

7. Telur Ayam Gred C sebiji
Harga Borong - RM 0.31
Harga Runcit  - RM 0.33

8. Ayam Tua hidup 1 kilogram
Harga Borong - RM 7.10
Harga Runcit  - RM 7.90

9. Kobis bulat import 1 kilogram
Harga Borong - RM 2.50
Harga Runcit  - RM 3.50

10. Bawang Merah kecil 1 kilogram
Harga Borong - RM 5.00
Harga Runcit  - RM 6.00

11. Bawang Putih 1 kilogram
Harga Borong - RM 4.50
Harga Runcit  - RM 5.50

12. Daging Babi hidup 1 kilogram
Harga Borong - RM 9.80
Harga Runcit  - Harga ladang

13. Daging Babi (perut) 1 kilogram
Harga Borong - RM 18.00
Harga Runcit  - RM 20.00

Jadilah pengguna bijak. Gayu guru gerai nyamai....

p/s Tuak dan langkau tidak termasuk dalam barangan kawalan ek....hihihihi






JSJM

AURA TUN SEMAKIN HILANG

Penulis sebenarnya tidak lagi mahu menyentuh isu berkaitan Tun Dr Mahathir Mohamed dan Dato Seri Mohd Najib berkaitan urus tadbir negara. Pelbagai dakwaan dan tuduhan di lakukan oleh Tun M terhadap kepimpinan Dato Seri Mohd Najib walaupun setiap dakwaan sentiasa di jawab dengan berhemah dari Perdana Menteri. Terkini paling hangat dakwaan Tun Dr Mahathir terhadap Speaker Parlimen, Dato Seri Pandikar Amin Mulia dengan mengatakan Speaker telah bertemu beliau secara sulit untuk meletak jawatan. Hanya mengambil masa kira-kira 4 jam, Dato Seri Pandikar mengeluarkan kenyataan menafikan kenyataan Tun M di Ipoh dan ini menimbulkan kemarahan Tun, seolah-olah ada orang berani melawan dakwaan beliau.

Apa yang menarik pemerhatian penulis, Isu tun berkenaan mengheret Tun Dr Siti Hasmah sekali dalam konflik ini. Jika kita perhatikan sewaktu usaha Tun menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, tiada langsung suara Tun Dr Siti Hasmah menuntut Tun Abdullah meletak jawatan. Malah Tun secara berseorangan menyerang Tun Abdullah sehingga akhirnya Tun Abdullah meletak jawatan. Tetapi menerusi kenyataan Tun Dr Siti Hasmah yang berbunyi "Demi agama, Bangsa dan Negara, untuk Negara yang lebih baik, letaklah jawatan Najib" seolah-olah Tun Dr Mahathir kini seperti hilang aura.

Dalam siri ceramah beliau, kebanyakan yang hadir adalah dari kalangan orang yang kecewa dalam politik serta menggunakan medium media suara pembangkang dalam mendesak Dato Seri Najib meletak jawatan. Kebanyakan media massa kini seolah-olah menangkis setiap serangan Tun terhadap kepimpinan Dato Seri Mohd Najib. Tidak seperti sewaktu siri serangan terhadap Tun Abdullah dahulu, kebanyakan pengamal media kini lebih bijak menilai yang mana baik dan yang mana buruk.

Tiada apa yang mampu penulis katakan melainkan, berhentilah menyerang satu sama lain. Ketua kini di pegang oleh Dato Seri Mohd Najib dan taat kita harus kepada pemimpin bukan mendengar desas desus mereka yang di luar dari kabinet.




JSJM

ANCAMAN TERBARU

Kerajaan Filifina semalam sekali lagi mengulangi ikrar untuk terus menuntut hak pemilikan Negeri Sabah dari Kerajaan Negeri Malaysia walaupun kebelakangan ini berita penuntutan ini agak senyap seketika. Menurut Presiden Filifina, Benigno Aquino II menerusi wawancara akhbar dengan Philippine Star, Raussa Robles, mereka masih melakukan kajian terperinci berhubung tuntutan berkenaan sebelum mengambil tindakan lebih lanjut. Menurut beliau, adalah mustahil bagi kerajaan Filifina untuk menamatkan tuntutan ini kerana perkara berkenaan sentiasa mengundang perasaan kurang senang bagi rakyat Filifina.

Menurut Aquino lagi, Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima telah menjalankan kajian tentang perkara itu dan berpendapat tuntutan Sabah adalah antara isu paling besar dalam penentuan hak dan maruah negara ini. "Isu tuntutan Sabah ini juga sangat luas kerana melibatkan sejarah. Pada akhirnya, adakah orang yang tinggal disana akan ditanya sama ada mereka mahu kekal bersama Malaysia? Sepatutnya ada pungutan suara di adakana terlebih dulu bagi menentukan hak rakyat Negeri Sabah,” katanya.

Filipina mengekalkan tuntutan wilayah di timur Sabah yang sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara dengan menyatakan penjanjian yang ditandatangani pada tahun 1878 antara Sultan Sulu dan Borneo Utara adalah pajakan semata-mata. Manakalan bagi Kerajaan Malaysia menafsirkan perjanjian 1878 sebagai satu penyerahkan dan merasakan rakyat di Sabah telah menentukan nasib mereka dengan menyertai Tanah Melayu pada tahun 1963.

Bagi pemerhatian penulis, apa yang di ungkapkan oleh Aquino merupakan satu ancaman terhadap kedaulatan negara. Selepas Sultan Jamalul Kiram III
melakukan ancaman terbuka terhadap Sabah pada Mac 2 tahun lalu dengan bantuan MILF dan Nur Misuari, kenyataan terkini dari Aquino ini memungkinkan satu lagi tindakan agresif dari mana-mana pejuang pemisah yang ada di Filifina.

JSJM

Monday, 18 May 2015

SENARAI BARANGAN BERKAITAN GST


Berikut merupakan beberapa senarai barangan yang di kenakan dan TIDAK di kenakan GST untuk rujukan Sekadar beberapa barangan). Sebarang keraguan boleh membuat aduan terus kepada pihak-pihak yang berkenaan daripada terus menerus menunding jari kepada Dato Seri Ahmad Maslan mahupun kerajaan. Jadi orang bijak bukan golongan orang-orang yang meroyan. Yang menaikkan harga barangan pemborong dan peniaga. Bukan kerajaan ye...Harap maklum.














JSJM

15 TIP BERBELANJA DENGAN BIJAK

Disaat kita menghadapi corak kehidupan yang semakin mencabar, kewangan kita juga harus kita uruskan dengan bijak. Jika sebelum ini kita tidak kisah berbelanja, tetapi apabila negara menju ke arah negara maju, kita seharusnya bijak dalm menguruskan kewangan kita. Berikut adalah 15 tip berbelanja dan menguruskan perbelanjaan kita dengan bijak. Mungkin ini dapat membantu pembaca yang budiman dalam menguruskan perbelanjaan.

1. Pembelian online
Mungkin kedengaran agak janggal. Tetapi kini kita dapat melihat kepelbagaian barangan samada keperluan harian mahupun dapur juga di jual menerusi online. Menerusi pembelian yang bijak, kita dapat menjimatkan perbelanjaan minyak, tol masa dal tol untuk kesesuatu tempat semata-mata ingin membeli barang keperluan. Kadang-kadang kita dapat melihat ada barang yang di jual lebih murah berbanding harga semasa.

2. Pembelian Borong
Pembelian dalam kualiti yang banyak dapat merendahkan kos pembelian. Perkara ini di mudahkan dengan kemunculan pasaraya-pasaraya besar di sekililing kita. Barang yang tarikh luputnya masih panjang di galakkan di beli dalam kuantiti borong contohnya seperti, susu, minyak masak, beras, sabun dan lain-lain lagi

3. Utamakan Promosi
Karnival jualan murah akhir tahun yang di perkenalkan mungkin membantu kita membeli barangan yang lebih murah dan berkualiti. Kadangkala, promosi sebegini menawrkan baucar pembelian dan ini boleh membantu kita dalam urusan membeli belah.

4. Memilih barangan buatan tempatan
Jika kita lihat, banyak hasil barangan tempatan kini berada di pasaran. Kebiasaan di label sebagai hasil Industri kecil dan sederhana (IKS) barangan hasil buatan tempatan jauh lebih murah berbanding barangan import. Ini sedikit sebanyak dapat membantu IKS negara berkembang dan merancakkan pertumbuhan ekonomi.

5. Mengutamakan pasar tani dan pasar malam
Bukan semua barangan hasil pasar tani mahupun pasar malam tidak berkualiti. Malah hasil dari pasar tani jauh lebih segar berbanding barangan di pasaraya malah harganya juga jauh lebih rendah. Pembelian sebegini mampu menjimatkan kerana hasil yang segar dan kebiasaannya di jual dalam kuantiti yang banyak.

6. Pembelian tunai
Pembelian sebegini baik kerana ini mampu mengelakkan kita dari menanggung hutang yang berpanjangan menerusi kad kredit. Disamping itu ia mampu mendidik kita berbelanja mengikut kemampuan.

7. Penggunaan Debit kad dan kad prabayar
Jika takut membawa jumlah wang yang banyak dalam satu-satu masa, kebanyakan bank-bank tempatan kini menawarkan khidmat debit kad pada setiap kad ATM. Pembelian secara ini boleh di lakukan di hampir semua pasaraya dimana ianya mengambil alih pembelian secara tunai sebelum ini. Di samping itu pembelian secara kad prabayar juga boleh dilakukan. Konsep yang hampir sama dengan kad debit tetapi sistem ini pengguna harus membayar sejumlah amaun dan perbelanjaan juga tertakluk kepada jumlah yang anda bayar. Ini juga mampu mengawal diri anda dari terus berbelanja sesuka hati dan kadang kala ianya menawarkan diskaun kepada pembeli. Ini jelas membantu kita dalam penjimatan.

8. Penjimatan keahlian
Kebanyakan pasaraya kini menawarkan kad keahlian kepada pembeli. Menerusi kad keahlian, pasaraya berkenaan menawarkan diskaun malah ada yang menawarkan rebet kepada pemegang kad. Bukankah ini boleh membantu kita berjimat?

9. Memilih barangan stok akhir
Kebiasaan, barangan sebegini di jual pada harga yang jauh lebih murah. Jangan risau kerana stok sebegini masih selamat di makan. Usah kita memilih barangan yang ada tarikh luput. Ikan, ayam, sotong, udang dan daging contohnya, kebanyakan pasaraya menyimpan stok ini di tempat sejuk beku. Apabila sampai pada tarikh penghantaran baru, stok sebegini akan di jual jauh lebih rendah malah stok ini masih selamat dimakan apabila kita siap memasakkannya.

10. Kurangkan penggunaan utiliti
Kita kena mengkaji semula penggunaan utiliti kita. Perlukah di ruang yang tiada orang dan tidak di perlukan, lampu di buka? Penggunaan barangan elekterik berkuasa tinggi juga sebolehnya di kurangkan kerana ini jelas memberi kesan besar kepada bil-bil yang akan sampai kerumah kita nanti.

11. Beli barangan terpakai
Barangan terpakai sememangnya jauh lebih murah. Barangan seperti perkakas elekterik, perabot, hiasan dalaman mahupun buku-buku boleh di dapati dengan harga jauh lebih murah. Malah kini pakaian juga di jual di kedai-kedai bundle. Benar risiko kerosakan mungkin berlaku. Tetapi pembelian sebegini mampu menjimatkan poket kita dari mengejar barangan baru dan berjenama tetapi kadangkala hasilnya mengecewakan.

12. Makan di rumah
Bukan mengelakkan atau menegah makan di kedai-kedai makan mahupun restoran, tetapi di galakkan makan di rumah kerana jika kita membeli segala barang basah, kita boleh mempelbagaikan lauk pauk kita malah mungkin mampu di panaskan untuk keesokan hari. Kos makanan di luar untuk sekali makan satu keluarga mungkin mencecah RM 30 tetapi dengan makan di rumah kosnya mungkin sekitar RM 10. Membawa bekalan makanan juga mampu di lakukan bagi menjimatkan belanja sewaktu kita bekerja.

13. Catat pembelanjaan
Melucukan, sesuatu yang penting tapi amat jarang di lakukan. Kita dapat menkaji perbezaaan harga dan perbelanjaan bulanan kita menerusi cara ini. Ini di jadikan pedoman pada bulan-bulan yang mendatang dalam mengasuh kita berbelanja dengan lebih efisyen.

14. Rancang perjalanan
Makan angin atau bersiar-siar bersama keluarga itu menarik. Tetapi kita harus merancang sebarang perjalanan kita terlebih dahulu supaya tiada kos berganda akan menimppa kita kelak. Di saat harga minyak sedang tinggi kini, perancangan sebegini begitu penting dalam mengurangkan kos petrol kita.

15. Beriadah di tempat awam
Tidak perlu kita berjalan terlalu jauh sehingga ke luar negara atau kelab-kelab esklusif. Negara kita mempunyai begitu banyak tempat berkelah seperti air terjun mahupun jaringan pantai yang cantik. Paling utama, kesemua tempat ini adalah percuma (sekadar bayar parkir kenderaan sebanyak RM 4 dan yuran masuk RM 2). Di samping dapat merehatkan minda dan fizikal, ini juga dapat merapatkan semula hubungan kekeluargaan setelah penat bekerja. Yang penting ianya MENJIMATKAN.

 Cubalah tip-tip ini dari kita berterusan merungut kos barangan serta cukai GST yang di kenakan. Mungkin ini mampu menjimatkan kita dan mungkin akan menjadikan poket kita kembali tebal semula. Paling utama, lebihan perbelanjaan kita mungkin boleh kita kembali menabung untuk kegunaan kita di waktu sesak nanti... Selamat mencuba

JSJM

Saturday, 16 May 2015

APAKAH ITU GST?

Sejak 1hb April 2015, Kerajaan memperkenal satu sistem pengcukaian yang baru yang lebih telus dan cekap berbanding cukai perkhidmatan yang di kenakan sebelum ini. Malangnya, sehingga hari ini masih ada yang tidak jelas apa itu Cukai barangan dan perkhidmatan atau Good and Service Tax (GST), walaupun berjuta ringgit di peruntukkan semata-mata bagi menerangkan apa itu GST kepada rakyat.Perkara ini di burukkan lagi dengan reaksi Pembangkang apabila saban hari sejak sebelum perlaksaan GST lagi mereka mencanang hanya keburukan seperti langsung tiada kebaikan GST ini. Setiap hari tugas mereka hanya menaburkan fitnah bagi memburukkan sistem penrcukaian berkenaan. Di pihak kerajaan pula, penerangan berbentuk terlalu teknikal akan lebih membuatkan rakyat tidak memahami kebaikannya. Semua ini tidak membantu penyampaian isu GST ini mampu sampai kepada rakyat. Apabila situasi ini timbul, di tambah pula termakan dengan hasutan dan dakyah songsang, maka akan lahirlah masyarakat yang keliru dan haru biru. Inilah yang disukai oleh pembangkang. Maka pihak-pihak yang berkenaan perlu bekerja keras membetulkan semula persepsi negatif yang tersebar. 

Menerusi penulisan yang tidak seberapa ini, sukalah penulis menghuraikan serba ringkas, apakah itu GST dan hal-hal berkaitan dengan GST dari pemahaman penulis. Semoga ini sedikit sebanyak membantu pembaca mengenali apa itu GST dari terus menerus menghentam.

Apakah itu GST?

GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax) yang di amalkan hampir 170 buah negara di seluruh dunia. Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Cukai ini bukanlah tambahan cukai yang dikenakan oleh kerajaan seperti sebelum ini tetapi MENGGANTIKAN SISTEM PERCUKAIAN lama. Sistem percukaian Sales and Service Tax (SST) ini di amalkan sejak sekian lama dan pada pemerhatian penulis sistem ini jelas agak lama dan tidak lagi sesuai di adakan pada saat Malaysia kini menuju kearah negara maju.

Kenapa kerajaan melaksanakan GST, Apa sistem cukai SST tidak bagus?

Pada sebelum ini kita telah membayar dua cukai serentak dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax –SST) bagi setiap barangan dan perkhidmatan yang kita beli iaitu Cukai Jualan kita di kenakan cukai sebanyak 10% dan Cukai Perkhidmatan pula 6% menjadikan setiap barangan yang kita beli dikenakan cukai 16%. Cukai-cukai ini kadangkala tidak disedari oleh kita kerana tiada dalam bil atau resit pembelian kita. Kedua-dua cukai ini akan dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan cukai GST berkuatkuasa pada 1 April 2015. Selepas tarikh itu kita hanya dikenakan cukai GST 6% sahaja. Adakah 16% lebih murah berbanding 6% yang di kenakan kini?

Untuk apa GST diperkenalkan?

GST diperkenalkan bagi memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian negara supaya ianya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. Kerajaan bukan buta dan tidak tahu menilai apa yang terbaik untuk rakyatnya. Menerusi kajian hampir 10 tahun yang di jalankan oleh kerajaan sebelum ini, kerajaan mendapati Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mempunyai banyak kelemahan yang dapat di tampung oleh sistem percukaian GST iaitu;

- Bagi mengelak cukai terselindung yang menjadi kos kepada harga akhir yang sebenarnya melampau akibat pengambilan untung berlebihan oleh para pemborong, peruncit dan peniaga.

- Bagi mengelak cukai bertindih yang sebenarnya membebankan para pengguna yang dikenakan cukai sebanyak dua kali manakala bagi GST ianya di kenakan hanya sekali iaitu sebanyak 6%.

- Bagi mengelak caj perkhidmatan yang disembunyikan yang mana ia tidak diisytiharkan oleh para peniaga atau penjual barangan di dalam resit dan bil-bil kita bagi meningkatkan margin keuntungan mereka.

- Bagi mengelak perbuatan segelintir golongan pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga yang cuba mengelak dari membayar cukai dengan tidak isytihar sumber, aliran dan jumlah pendapatan mereka.


- Bagi mengelak perbuatan khianat ekonomi yang dilakukan oleh segelintir golongan peruncit dan peniaga yang sengaja menyorok barangan, mengurangkan sukatan, memonopoli barang dan memanipulasi harga.

Jadi jelas di sini, sistem percukaian baru GST ini mampu memperbaiki kelemahan yang ada. Harus di ingat, sesuatu yang baik tidak semestinya mudah di terima oleh masyarakat kerana bagi segelintir masyarakat, mereka lebih gemar mendengar perkara yang buruk dari yang baik. Nama Dato Seri Ahmad Maslan sentiasa di kenang sebagai salah seorang Menteri yang di panggil bodoh dan dungu. Sebenarnya persepsi ini di wujudkan pembangkang bagi mencari seorang yang boleh di jadikan kambing hitam dalam menjadikan individu berkenaan sebagai lialibiliti pada setiap perkara yang di wujudkan oleh kerajaan. Benar, kadang kala beliau ada memberi kenyataan yang agak skeptikal tetapi setiap dasar bukan beliau yang tetapkan. Tugas sebagai menteri adalah menyampaikan manakala dasar dan groud work di lakukan oleh orang bawahan beliau. Untuk berlaku adil, keadaan huru hara kini sebenarnya di wujudkan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab bagi memburukkan apa yang sedang di usahakan oleh kerajaan.

Pesanan penulis adalah mudah, kaji dahulu kebaikan GST bukan menerima bulat-bulat tohmahan yang di lemparkan oleh pembangkang dan ejen-ejennya samada dari pengikut pembangkang sendiri mahupun pro kerajaan yang malas mahu mengkaji tetapi berlagak seperti pembela masyarakat. Untuk artikel seterusnya penulis akan memberikan beberpa senarai harga yang di kenakan GST dan masih ada barangan yang langsung tidak di kenakan GST untuk perkongsian

JSJM