Thursday, 30 June 2016

Apa Reaksi Mahathir Berhubung Penahanan Guan Eng?



Sejak dari awal penentangan Tun Dr Mahathir lagi, beliau sentiasa mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib adalah seorang yang mengamalkan rasuah. Malah, beliau juga secara tebuka melabelkan kerajaan yang ada pada hari ini, mudah dibeli dengan wang Ringgit hasil daripada dakwaannya yang mengatakan, Datuk Seri Mohd Najib mengamalkan dasar "cash is King".

Pelbagai tohmahan dilemparkan kepada kerajaan dan ada diantaranya disifatkan cukup melampau. Malah, semua fan pages Facebook yang pro Tun M juga memainkan sentimen yang sama dan lebih teruk, para pentaksubnya juga memainkan sentimen yang sama terhadap kerajaan yang ada pada hari ini.

Namun, boleh dikatakan, Tun M dan kesemua pentaksubnya terpaksa menelan semula semua tohmahan mereka berikutan penahanan Lim Guan Eng, antara individu yang cukup dipuja mereka atas tuduhan penyalahgunaan kuasa yang dilakukannya terhadap dua kes yang melibatkan berjuta-juta Ringgit.

Jika sebelum ini, Tun M begitu giat menghentam kerajaan rasuah menerusi blognya, chedet.cc, namun sehingga kini, beliau masih belum mengulas apa-apa berhubung kes ini. Malah, kesemua fan pages pro Tun M termasuk laman sosial Facebook pentaksubnya, langsung tidak mengulas apa-apa penahanan Guan Eng ini.

Seperti cuba untuk tidak menyentuh hal ini, mereka berterusan memainkan pelbagai cerita lapok dan basi serta fitnah terhadap kerajaan. Mereka menganggap, penahanan Guan Eng ini seperti tiada makna apa-apa bagi mereka. Bagi mereka, Guan Eng baru ditahan, belum lagi disabitkan kesalahan.

Namun begitu, bagaimana pula dengan tohmahan yang mereka lemparkan terhadap kerajaan dan Datuk Seri Mohd Najib? Adakah beliau sudah atau pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan seperti yang mereka sebarkan? Adakah sudah sah, kesemua dakwaan yang mereka lemparkan itu adalah benar dan diakui oleh mana-mana mahkamah di dunia ini?

Sudah tentu jawapannya tidak kerana sehingga hari ini, Datuk Seri Mohd Najib tidak pernah dihadapkan ke mahkamah mahupun dijatuhi hukuman diatas segala dakwaan yang mereka dan Tun M lemparkan. Jadi dimana asasnya dakwaan mereka ini?

Apa yang pasti, Guan Eng sudahpun ditahan dan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hasil daripada siasatan selama 103 hari yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ini adalah kenyataan yang tidak mungkin dapat disanggah lagi.

SPRM pernah menjalankan siasatan terhadap Datuk Seri Mohd Najib bersama-sama PDRM, BNM dan Pejabat Peguam Negara. Namun tiada sebarang sabitan kesalahan dapat mengaitkan beliau dengan mana-mana salah laku. Ini yang membezakan antara Datuk Seri Mohd Najib dan Lim Guan Eng dan Tun M mahupun pentaksubnya harus akui hakikat ini.

Andai UMNO, Semuanya Salah...



Penahanan dan pendakwaan yang dilakukan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menampakkan tiada siapa yang kebal dari segi undang-undang, walaupun individu berkenaan merupakan seorang Ketua Menteri. Nyata sekali, keluhuran Undang-Undang di praktikkan dalam kes ini.

Menariknya, sebaik sahaja Lim Guan Eng ditahan, semua pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan terutamanya DAP mempertikaikan penahanan berkenaan. Bagi mereka, penahanan berkenaan bermotifkan politik dan tidak seharusnya berlaku.

Apa yang mereka lupa adalah, penahanan berkenaan hasil siatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dua kes penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Guan Eng sendiri. Apa yang dilakukan oleh SPRM adalah menyiasat semua laporan yang dibuat oleh orang ramai terhadap penyalahgunaan kuasa Guan Eng selaku Ketua Menteri.

Ini adalah prosidur biasa bagi mana-mana institusi berlandaskan undang-undang untuk menilai sendiri kesahihan laporan yang dibuat. Lagipun, Lim Guan Eng baru sahaja dihadapkan ke Mahakamah Tinggi Pulau Pinang hari ini dan masih belum lagi dijatuhi hukuman bersalah. Oleh yang demikian, kenapa kesemua pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan harus melatah?

Masih ingat dengan kes yang membabitkan Dr Mohd Khir Toyo satu ketika dahulu? Sewaktu beliau ditahan, kesemua penyokong pembangkang bersorak gembira dan ada diantaranya sudah menjatuhkan hukuman jauh lebih awal daripada keputusan Mahkamah. Malah ada diantaranya mengaitkan kesemua pemimpin UMNO sebagai pesalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Hari ini, apabila tiba giliran Guan Eng ditahan, mereka memberontak dan ada diantaranya mengaitkan UMNO dan BN dalam hal ini. Kegilaan apakah ini? Yang melakukan kesalahan adalah Guan Eng dan Phang Li Koon. Jadi kenapa membabitkan UMNO dan BN dalam hal ini? Paling utama, adakah sebentar tadi Guan Eng sudah didapati bersalah sehingga menyebabkan kesemua orang didalam Pakatan Harapan melatah?

Paling melucukan, walaupun imejnya sudah teruk tercalar, Guan Eng masih menebalkan muka mahu kekal menerajui Pulau Pinang. Andai pemimpin BN yang terlibat, baru sahaja kertas siasatan dibuka, sudah heboh sekampung mendesak pemimpin berkenaan bercuti atau meletakkan jawatan. Inilah double standard Pakatan Harapan terhadap situasi semasa.

Tumbangnya "Putera Kesayangan" DAP



Semalam, tepat jam 4.50 petang, suspek utama penyalah gunaan kuasa di Pulau Pinang akhirnya ditahan dan diiringi ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk proses pendakwaan yang berlangsung pagi ini. Orang yang dimaksudkan adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan "pasangannya", Phang Li Koon.

Selama 3 bulan, seluruh negara menantikan apa tindakan susulan yang bakal dilakukan oleh SPRM dalam kes berprofil tinggi ini. Manakan tidak, Lim Guan Eng dilihat bebas untuk kemana sahaja beliau mahu pergi sehingga kelihatan siasatan yang dilakukan oleh SPRM terhadap dirinya langsung tidak meninggalkan apa-apa kesan langsung kepadanya. 

Malah, ada ketikanya, beliau berani untuk mempelawa beberapa individu untuk "sesi minum kopi" dipejabatnya hanya untuk melenggahkan siasatan. Lebih menarik lagi, Guan Eng, pada satu ketika seolah-olah kebal dalam segenap segi sehingga menimbulkan kebimbangan ramai pihak berhubung ketelusan siasatan terhadap dirinya.

Untuk rekod, Guan Eng dituduh menyalahgunakan kuasa yang ada pada dirinya untuk mendapatkan sebuah rumah Banglo di Jalan Pinghorn Pulau Pinang dari pemilik asalnya, Phang Li Koon dengan harga dibawah pasaran semasa. Mengikut penilaian, value untuk rumah berkenaan dikatakan bernilai antara RM 6 juta sehingga RM 7 juta.

Namun Guan Eng dapat membeli rumah berkenaan pada harga RM 2.8 juta, lebih 50 peratus lebih murah dari harga mengikut kadar pasaran semasa. 

Lebih menarik lagi, penglibatan Phang Li Koon bukan setakat urusan jual beli rumah itu semata-mata. Dia juga dikatakan terlibat dalam urusan pembinaan sebuah unit kondominium beserta pusat perubatan mewah diatas tanah di Taman Manggis yang sepatutnya didirikan rumah mampu milik untuk penduduk Pulau Pinang.
Kesan daripada penyalahgunaan kuasa ini, kebanyakan rakyat Pulau Pinang bangkit mempersoalkan kredibiliti Guan Eng dalam mentadbir Pulau Pinang sehinggalah mendorong beberapa individu dan badan-badan NGO membuat laporan polis dan SPRM, menuntut pihak-pihak berkenaan menyiasat apa yang dilakukan oleh Guan Eng terhadap dua kes berkenaan.

Maka hasilnya, Guan Eng akhirnya ditahan di pejabatnya di tingkat 28 Komtar sebaik sahaja dia mempengerusikan mesyuarat Exco Negeri. Pagi ini, Guan Eng dan Phang Li Koon akan didakwa di Mahkamah atas kedua-dua kesalahan yang mereka lakukan.

Ini secara tidak langsung memberikan isyarat mengerikan kepada DAP bahawa tepat jam 4.50 petang semalam, "Putera Kesayangan" DAP ini akhirnya dapat juga ditumbangkan menerusi undang-undang. Tiada siapa yang kebal dalam undang-undang termasuk dia yang dipanggil "Tokong Besar Penang" oleh lawan politiknya.

Pasar Raya Kim Hock Terbakar

PADAM: Anggota bomba sedang berusaha memadam api di lokasi kejadian.

Pemilik sebuah pasar raya Kim Hock dua tingkat di pusat komersil Sibu Jaya menanggung kerugian besar selepas cawangan keduanya terbakar petang semalam. Kebakaran tersebut yang dipercayai bermula di bahagian tingkat atas berlaku sekitar jam 2.30 petang. 

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan kecemasan pada jam 2.37 petang mengerah seramai tiga pasukan anggota penyelamat dari Balai Bomba Sentral, Balai Bomba Sungai Merah dan Balai Kanowit dengan kekuatan seramai 43 anggota.

Asap tebal kelihatan menjulang ke udara dan api telah memunsahkan bahagian tingkat atas pasar raya tersebut apabila pasukan bomba pertama tiba di lokasi kejadian pada jam 3 petang. Seorang juruwang pasar raya dikenali sebagai Beronica, 22, memberitahu bahawa dia sedang melayan pelanggan di kaunter apabila terdengar alat sistem penggera berbunyi.

“Tidak lama kemudian beberapa pekerja lain meluru masuk dan naik ke tingkat atas membawa alat pemadam api,” ujarnya.

Menurutnya, dia diarah menjaga kaunter seketika sebelum diminta keluar apabila api semakin marak. Beberapa pekerja lain turut mengeluarkan barang-barang runcit ke tempat selamat namun kebanyakan barangan berada di tingkat atas tidak dapat diselamatkan.

Difahamkan, syarikat pasar raya terbabit pernah mengalami musibah sama apabila cawangan pertamanya terbakar lebih 10 tahun lalu. Syarikat pasar raya berkenaan mempunyai tiga cawangan dan kesemuanya terletak di Sibu Jaya. Cawangan baharu pasar raya Kim Hock ketiga beroperasi sebelum perayaan Hari Gawai Dayak lepas di blok komersil Sibu Jaya.

Api berjaya dikawal pada jam 3.29 petang dan kebakaran mencecah 70 peratus. Punca kebakaran belum dapat dikenal pasti dan kebakaran tercetus semasa pasar raya tersebut sedang beroperasi. Difahamkan, nilai kerugian dipercayai mencecah angka jutaan ringgit, namun ia masih dalam siasatan.

Bomba mengesahkan tiada kecederaan dan kehilangan nyawa dilapor dalam kebakaran tersebut. Pemilik pasar raya tersebut merupakan seorang ahli perniagaan yang bekerja keras dengan memulakan perniagaan lebih 20 tahun lalu sebagai seorang penjaja runcit di parkir kereta rumah kos rendah sehingga berjaya menjadi seorang pemilik tiga cawangan pasar raya.

Sayangi Diri Sendiri, Elak Masalah Dalam Kehidupan



Anggota masyarakat perlu menghargai dan menyayangi diri masing-masing bagi mengelak pelbagai masalah dalam kehidupan, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid. 

Menurutnya, individu yang menjadi gelandangan mungkin tidak menyedari nilai dirinya kepada masyarakat kerana kurang kesedaran terhadap penjagaan diri, khususnya dari segi mental dan emosi. 

“Ramai gelandangan memilih untuk menjalani kehidupan sebegitu kerana masalah diri atau keluarga dan ada pula yang mempunyai masalah mental.

“Saya berharap semua pihak memberi kerjasama dalam menangani isu ini bukan sahaja untuk membantu golongan gelandangan menempuh hidup selesa dan lebih bermakna, tetapi juga bagi mengelak mereka daripada menyakiti orang lain akibat tertekan dengan masalah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program bersahur bersama bekas gelandangan di Desa Bina Diri dekat sini awal pagi semalam. Jainab juga berkata masalah gelandangan di Sabah, khususnya melibatkan warganegara, adalah terkawal dan tidak seserius yang disangkakan.

Bagaimanapun, beliau berharap ramai pihak tampil membantu kerajaan menangani masalah itu daripada bertambah teruk dengan memberi sokongan moral dan kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menyayangi diri sendiri.

“Kementerian saya juga sedang membuat kertas kerja dan cadangan mengenai bagaimana untuk menangani golongan yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan kanak-kanak jalanan dan akan menyerahkannya kepada Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pengurusan untuk mengkaji cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah),” katanya.

Terdahulu, Pergerakan Pemuda UMNO Kota Kinabalu, yang dipimpin ketuanya Mohd Bahrin Abd Karim, bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri mengagihkan makanan kepada gelandangan di sekitar Kota Kinabalu.

Mohd Bahrin berkata program yang pertama kali dianjurkan pergerakan itu akan menjadi program berterusan, khususnya pada setiap bulan Ramadan, agar gelandangan dapat dikenal pasti dan seterusnya dirujuk kepada badan berkaitan agar usaha kebajikan dapat diberikan.

“Pada masa akan datang, kami mengalu-alukan lebih ramai pihak turut serta bersama kami dalam program ini supaya kita dapat membantu dan menangani masalah gelandangan di Kota Kinabalu dengan serta merta kalau boleh,” katanya.

Mayor Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, yang turut serta dalam program itu, berkata DBKK sentiasa bersedia membantu golongan gelandangan ini agar mereka memahami bantuan yang diberikan atas dasar kasih sayang. “Kita mesti faham keadaan mereka. Mereka juga insan dan kebanyakan mereka jadi begitu kerana masalah sosiologi.

“Kita mesti beri mereka kasih sayang kerana kita hormat kepada mereka. Mungkin cara ini boleh menarik mereka kepada keinsafan dan mereka boleh kembali kepada masyarakat,” katanya.

Menurut Yeo, terdapat lebih kurang 30 gelandangan di sekitar Kota Kinabalu, selain 16 orang yang ditempatkan di Desa Bina Diri di mana mereka diberi pelbagai kursus agar boleh hidup berdikari kelak.

Sementara itu, Jainal Nasip Undog, 68, yang ditemui di Lintasan Deasoka di sini memilih untuk menjadi gelandangan sejak beberapa minggu lalu kerana tidak mempunyai keluarga yang mempedulikannya lagi. Beliau mengakui mempunyai rumah di Tuaran, tetapi tidak senang tinggal bersendirian dan sanggup tinggal di jalanan kerana terdapat gelandangan sepertinya.

“Isteri saya sudah meninggal. Saya juga tidak lagi pernah berjumpa dengan anak-anak saya lebih kurang 10 tahun,” kata Jainal yang mempunyai empat anak yang masing-masing telah berumah tangga.

Bagi Abu Sari Boriot, 59, yang berasal dari Balung, Tawau, menjadikan Asia City di sini sebagai tempat tinggalnya sejak kira-kira sebulan lepas kerana kemiskinan. “Keluarga saya di Kalabakan. Tidak banyak kerja yang boleh dibuat di kawasan terpencil. Jadi, saya datang sini untuk cari kerja,” katanya. Beliau juga menghidap penyakit Parkinson sejak setahun lepas dan mendapat ubat dan rawatan daripada Hospital Queen ELizabeth di sini.

Noh Pilih Kekal Dasar Sebelum Ini


Teruskan dasar sedia ada yang diluluskan menteri sebelum ini selain memberi tumpuan kepada usaha mengatasi masalah kemiskinan bandar dan isu perumahan rakyat. Itu misi ditetapkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang baharu Tan Sri Noh Omar. 

Noh berkata, beliau melihat banyak perkara dan dasar baru yang diperkenalkan mantan menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini mampu untuk mengatasi dua isu itu. Beliau berkata, kementeriannya juga akan memastikan rakyat yang menetap dibandar dapat hidup selesa dengan tumpuan utama diberikan untuk mengatasi masalah kemiskinan di bandar.

“Kami akan mencari jalan untuk meringankan beban mereka (miskin bandar) menerusi dasar dan langkah yang sudah diputuskan sebelum ini.

“Bagi isu perumahan rakyat pula, saya melihat penubuhan Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Negara (3PAN) adalah langkah tepat untuk menyelenggara isu dihadapi Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis nota serah tugas antara beliau dan Datuk Abdul Rahman Dahlan di sini, semalam.

Katanya, sebaik akta mengenainya dibentangkan kelak, ia akan memudahkan Kerajaan Persekutuan menguruskan isu perumahan terbiar selain memberi pembelaan terhadap isu-isu penyelenggaraan di PPR seluruh negara.

Noh berkata, selama ini, kerajaan negeri bersikap lepas tangan dalam menangani pelbagai isu yang timbul di PPR termasuk masalah penyelenggaraan lif dan taman permainan dan rekreasi. Menurutnya, beliau yakin dengan dasar yang sudah diperkenalkan itu selain percaya ia akan dapat memberi pembelaan kepada golongan miskin bandar dan masalah perumahan yang sering menjadi isu utama rakyat.

“Saya difahamkan, sebanyak 15 projek PPR akan dibangunkan tahun ini dan berharap ia mampu mengatasi masalah perumahan dihadapi rakyat,” katanya. Terdahulu, pada majlis sama, Abdul Rahman turut diraikan dalam satu majlis perpisahan dikenali ‘Paluan Berundur’ yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Pada majlis itu, Abdul Rahman menerima kawalan hormat daripada anggota bomba dan penyelamat sebelum beredar meninggalkan bangunan kementerian.

Guan Eng, Li Koon Ditahan SPRM


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn, Jelutong di sini yang dibeli pada harga lebih rendah daripada harga pasaran. 

Guan Eng ditahan sejurus dia selesai mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco kerajaan negeri di pejabatnya di tingkat 28, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pada pukul 5.45 petang. Sekitar pukul 2.30 petang, ke­lihatan sepasukan anggota dan pegawai SPRM berada di pekarangan Komtar. 

SPRM dalam satu ke­nyataan akhbar berkata, tangkapan tersebut dilakukan setelah mendapat arahan dari Pejabat Peguam Negara untuk menuduh Guan Eng dan seorang lagi ahli perniagaan, Phang Li Koon di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang hari ini.

Didik Tangkis Buli Siber


Secara purata, penggunaan Internet dalam kalangan pelajar sekolah di semua negeri di Malaysia melebihi 90 peratus. Daripada jumlah itu, satu daripada empat pelajar pernah mengalami buli siber. Bagaimanapun kajian pada 2015 mendapati, kebanyakan pelajar mampu mengenali perbuatan buli dan sedar ia boleh dilaporkan kepada pihak berkuasa. 

Berhadapan tekanan rakan sebaya secara dalam talian, majoriti kanak-kanak di Malaysia dilihat mampu menggunakan kaedah menyekat atau menukar status kepada ‘privacy’. Pada masa sama, mereka juga mengetahui saluran betul untuk membuat aduan sekiranya berhadapan dengan buli siber, antaranya kepada guru dan pihak berkuasa relevan.

Bagaimanapun, masih ramai yang mengambil tindakan berdiam diri dan hanya berharap kegiatan buli siber berhenti, berbanding menceritakan masalah mereka kepada orang dewasa. Maklumat terbabit berdasarkan laporan kajian Digi CyberSAFE yang dijalankan di seluruh negara pada 2015 oleh syarikat telekomunikasi, Digi Telecommunications Sdn Bhd dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ia turut mendedahkan pelajar di negara ini lebih sedar mengenai sikap sosial yang boleh diterima ketika melayari Internet dan lebih terbuka mengikut peraturan ditetapkan oleh ibu bapa mereka. Secara keseluruhan, kira-kira 67 peratus pelajar mengakui mampu menangani dan mengawal masalah buli siber tanpa bantuan orang dewasa.

Peratusan tinggi itu boleh dikaitkan dengan usaha konsisten dilakukan bagi meningkatkan kesedaran keselamatan Internet dalam kalangan pelajar sekolah di negara ini, termasuk program Digi CyberSAFE.

Sempena kempen ‘Hari Hentikan Buli Siber 2016’, Digi turut bersama-sama berganding bahu dengan syarikat telekomunikasi antarabangsa, Telenor Group, yang beroperasi di 13 negara, untuk memperkukuhkan matlamat meningkatkan kesedaran mengenai masalah itu.

Buli siber merujuk kepada komunikasi secara elektronik yang dilakukan dengan tujuan untuk membuli. Statistik kajian menunjukkan kira-kira 37 peratus pelajar sekolah di Malaysia pernah mengalami atau terbabit dengan perbuatan buli siber. Sehubungan itu, ia menunjukkan pendidikan menangkis buli siber amat diperlukan untuk menghalang kadar buli yang semakin meningkat.

Antara langkah diambil ialah Hari Hentikan Buli Siber 2016 dengan sebaran mesej #SCD2016 yang dilancarkan oleh Yayasan Cybersmile. Tahun lalu saja, gerakan kempen itu berjaya sampai kepada 45 juta pengguna Internet dan pada tahun ini, Telenor berharap jumlah itu akan meningkat.

Pengurus Pengaturcara Kelestarian Digi, Philip Ling berkata, Digi dan Telenor gigih mempertingkatkan keselamatan Internet dan digital untuk semua, dengan penekanan kepada golongan kanak-kanak dan remaja.

"Program ini turut menjalinkan kerjasama dengan Tabung Kanak-Kanak PBB (Unicef) secara aktif menggerakkan inisiatif pembinaan kapasiti bagi remaja dan kanak-kanak serta kerjasama dengan talian aduan Childline Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Dalam usaha melindungi kanak-kanak daripada jenayah buli siber, Telenor Group memberikan panduan kepada ibu bapa untuk melindungi keselamatan anak mereka daripada menjadi mangsa. 

Melalui panduan itu, ibu bapa ditekankan mendidik anak-anak penggunaan Internet yang betul iaitu antaranya untuk belajar dan mencari maklumat, berhubung dengan orang lain, hiburan dan peluang mendapatkan pekerjaan serta pendapatan.

Ibu bapa juga disaran meletakkan garis panduan kepada anak ketika melayari Internet supaya mereka bijak dan selamat daripada dibuli. Ini kerana ibu bapa tidak mampu memantau setiap gerak geri anak ketika menggunakan Internet.

Antara panduan yang boleh diberikan ibu bapa:

• Nasihatkan anak tidak sesekali berkongsi atau mendedahkan kata laluan akaun kepada orang lain.
• Ibu bapa perlu meletakkan sekatan pada alat komunikasi milik anak seperti tablet, telefon pintar, komputer dan laptop, sesuai dengan usia anak masing-masing.
• Ibu bapa juga perlu tahu soalan yang harus ditanya kepada anak berkaitan penggunaan Internet yang selamat supaya anak mereka tidak terjebak dengan masalah buli siber.

Panduan penuh berkaitan keselamatan melayari Internet dalam kalangan pelajar sekolah selain mengelak mereka menjadi mangsa jenayah buli boleh dibaca di http://www.telenor.com/wp-content/uploads/2015/11/SAFE-BOOK-INTL-TG_safe....

Lapangan Terbang Istanbul Dibom, 41 Maut



Tiga pengeboman berani mati dan serangan senjata api di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Istanbul membunuh sekurang-kurangnya 41 orang, 13 daripada mereka warga asing dan mencederakan 239 yang lain. 

Pihak berkuasa Turki berkata, kumpulan penyerang itu mula melepaskan tembakan rambang di pintu masuk terminal antarabangsa lapangan terbang itu sebelum meletupkan diri mereka sekitar pukul 10 malam (waktu tempatan) kelmarin.

Serangan kali ini adalah yang paling dahsyat berbanding tiga keganasan lain yang menggegarkan bandar raya terbesar Turki itu tahun ini. Dua serangan sebelumnya didakwa dilakukan kumpulan militan Islamic State (IS) dan satu lagi oleh puak Kurdis. Serangan kali ini menyebabkan semua penerbangan di lapangan terbang itu dibatalkan seketika.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan meminta masyarakat antarabangsa melancarkan perang bersama untuk menentang keganasan selepas Barat termasuk Amerika Syarikat mengutuk serangan kejam itu.

Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim berkata, tiga pengebom berani mati itu tiba dengan menaiki sebuah teksi dan melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah penumpang menggunakan beberapa laras raifal automatik sebelum meletupkan diri mereka. Rakaman sistem televisyen litar tertutup yang tersebar di media sosial merakam dua daripada tiga letupan itu.

Satu klip video menunjukkan bebola api besar terbentuk di pintu masuk terminal, manakala orang ramai bertempiaran menyelamatkan diri. Satu rakaman lain menunjukkan penyerang yang berpakaian serba hitam berlari di dalam bangunan itu sebelum rebah ditembak polis dan meletupkan dirinya. 

Serangan kelmarin menyusul selepas pengeboman berani mati IS di lapangan terbang Brussels dan sebuah stesen metro pada Mac lepas yang meragut 32 nyawa. Beratus-ratus anggota polis dan bomba termasuk unit forensik berada di lokasi kejadian.

“Seseorang datang dan menembak kami. Saudara perempuan saya lari menyelamatkan diri,” kata seorang penumpang, Otfah Mohamed Abdullah.

“Saya sedang menunggu penerbangan ke Tokyo apabila orang ramai mula melarikan diri dan saya mengikuti mereka. Saya mendengar bunyi tembakan dan semua orang panik,” ujar seorang pelancong Jepun pula, Yumi Koyi.

Dalam perkembangan berkaitan, suasana hiruk-pikuk berlaku di hospital paling dekat dengan lapangan terbang itu apabila saudara-mara datang untuk mendapatkan berita tentang keadaan mangsa. Yildirim melawat hospital berkenaan dan mengucapkan takziah kepada para mangsa

Klinsmann Terbaik Untuk England



Bekas tonggak pertahanan England, Jamie Carragher berharap Persatuan Bola Sepak (FA) England dapat melantik pen­gendali Amerika Syarikat (AS), Jurgen Klinsmann untuk menggantikan tempat Roy Hodgson yang meletak jawatan selepas skuad The Three Lions tersingkir awal pada kejohanan Euro 2016. 

England gagal menepati ramalan apabila tewas 1-2 ke pada pasukan kerdil, Iceland pada pu­singan kalah mati, sekali gus membawa pasukan ranking ke-34 dunia itu untuk membuat perhitungan dengan skuad tuan rumah, Perancis bagi peringkat suku akhir, Ahad ini.

“Secara peribadi, saya mahu mereka (FA) memilih pengendali tempatan yang terbaik untuk mengetuai bola sepak antarabangsa kami, namun kini, kami tidak boleh merungut sekiranya me­reka membuat keputusan untuk kembali me­lantik jurulatih asing mengendalikan pasukan kita.

“Jika itu yang mereka rancang, saya secara sukarela mencadangkan supaya mereka mel­antik (Jurgen) Klinsmann kerana beliau mempunyai rekod baik selain berjaya membawa Jerman ke Piala Dunia dan Amerika Syarikat ke separuh akhir Copa America Centenario dia juga me­mahami bola sepak kita,” katanya.

Dalam perkembangan sama, bekas bintang Liverpool itu turut tidak bersetuju sekiranya penyerang legenda England, Alan Shearer dilantik sebagai pengurus baharu untuk menggantikan Hodgson. 

“Semangat patriotik yang ditampilkan oleh (Alan) Shearer sangat menarik perhatian tetapi untuk menjadi pengurus yang baik anda perlu lebih daripada itu. Selain itu, dia juga pernah gagal membantu Newcastle United yang tersingkir dari Liga Perdana England (EPL) pada tahun 2009,” tambahnya.

Kempen Suburkan Dakwah


Genre nasyid tempatan pernah dimeriahkan dengan gabungan kumpulan nasyid menerusi beberapa lagu antaranya Ya Nabi Salamun Alaika yang menampilkan Hijjaz, Raihan, Yassin dan Brothers. Trend itu kini diteruskan kembali kumpulan UNIC yang dianggotai Bazli Hazwan Che Osman dan Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin apabila menghasilkan single berjudul Kita Da’i. 

Lagu ciptaan Bazli dan lirik Ahmad Fedtri Yahya ini mengimbau kembali kenangan mereka yang pernah bernaung di bawah syarikat rakaman Hijjaz Record suatu ketika dulu apabila menampilkan Hazamin Inteam, Hafiz Hamidun, Suhaimi Saad dan Razin Mestica. Fakhrul berkata, lagu ini dihasilkan sempena menyambut ketibaan Ramadan serta meraikan Aidilfitri.

“Asalnya lagu ini sudah dirakam kami berdua. Namun selepas memikirkan lirik tulisan Fedtri ini besar maknanya, kami perlu mencari rakan duet yang sesuai. Apatah lagi lagu ini dihasilkan sempena ketibaan Ramadan dan Aidilfitri. Akhirnya kami menghubungi rakan dan mereka bersetuju.

“Secara tak langsung, ia mengimbas nostalgia kami ketika berada di bawah satu bumbung,” katanya. Bazli berkata, ketika bernaung di bawah Hijjaz Records mereka pernah bergabung merakamkan lagu berjudul Kerana Cinta daripada album Nur Syawal.

“Kami sebenarnya ajak Munif untuk turut serta tetapi dia tidak dapat turut serta kerana jadualnya padat. Rakaman lagu ini dibuat sebulan sebelum Ramadan. Sebaik habis rakaman suara, kami terus membuat rakaman video muzik pula. Ia sudah pun dimuat naik dalam YouTube dan kini ditonton lebih 30,000 peminat,” katanya.

Menurut Fakhrul, Kita Da’i adalah kempen yang mengajak masyarakat menyuburkan dakwah sesama ummah. “Kita Da’i bermaksud semua orang adalah individu yang berhak menyebarkan kebaikan. Dakwah boleh disebarkan menerusi pelbagai medium dan di mana-mana saja asalkan kita nak melakukannya. Kesedaran ini perlu ada pada setiap orang,” katanya.

Menariknya lagu yang dijual menerusi medium terkini iaitu Spotify, I-tunes, KKbox dan Deezer ini turut ditampilkan dalam tujuh versi. “Versi antaranya ada mood ceria dan sepi. Kami buat begini sebagai tarikan untuk pendengar kerana percaya setiap orang ada cita rasa sendiri,” kata Bazli. 

Menurutnya lagi, dalam era situasi pasaran yang semakin mencabar, UNIC sentiasa mencari idea baru dan segar untuk terus mengekalkan nama mereka di persada seni tanah air.

SICSB Bakal Bina Hotel



Sepang International Circuit Sdn Bhd (SICSB), pengendali Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan mula membangunkan hotel pertamanya pada suku pertama 2017, sekali gus menjadi projek perintis dalam pelan induk 10 tahun pembangunan SIC dalam sektor hartanah. 

SIC yang mempunyai 286 hektar bank tanah ketika ini berhasrat untuk membangunkan pelbagai projek hartanah termasuk hotel, villa dan apartmen servis, hab hiburan bersepadu, kemudahan kejuruteraan permotoran serta pusat keselamatan dan pemanduan termaju.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, ketika ini, pihaknya dalam proses perbincangan dengan perunding hartanah bagi membangunkan projek hotel berkenaan yang dijangka mempunyai antara 150 dan 200 buah bilik apabila ia siap dibina dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Beliau berkata, perbincangan semasa itu juga membabitkan rundingan dengan syarikat yang akan menjadi operator hotel berkenaan yang dijangka bertaraf empat bintang.

“Saya tidak sabar untuk menantikan pembangunan hotel ini memandangkan ia menjadi perintis dalam projek pembangunan hartanah di SIC yang mana ia juga akan menjadi permulaan untuk menjadikan lokasi ini bukan saja sebagai tempat orang ramai untuk menyaksikan perlumbaan sukan permotoran, tetapi lebih kepada destinasi percutian.

“Malah, secara tidak langsung projek hartanah pertama ini juga akan membantu SIC untuk tidak bergantung kepada perolehan acara sukan permotoran saja yang kini mendominasi sebanyak 80 peratus kepada prestasi kewangan syarikat,” katanya kepada media di sini.

Sebelum ini dilaporkan SIC bakal membangunkan sebahagian tanah berkeluasan 156 hektar di sekitar SIC dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM2.6 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Langkah itu sejajar dengan hasrat syarikat untuk memacu pendapatannya yang pada masa ini sebanyak 89 peratus disumbangkan oleh penganjuran beberapa acara sukan permotoran dunia seperti Formula 1, Moto GP dan tempahan SIC manakala, baki 11 peratus lagi oleh acara keraian serta hiburan.

SICSB menganggarkan GDV bagi beberapa komponen hartanah iaitu hab hiburan bersepadu (RM520 juta), kemudahan kejuruteraan permotoran (RM350 juta), hotel/villa/apartmen servis (RM118 juta) serta pusat keselamatan dan pemanduan termaju (RM150 juta).

Razlan berkata, apabila projek hartanah itu dapat disiapkan sepenuhnya pada masa depan, ia membantu merealisasikan impiannya untuk menjadikan SIC sebagai sebuah destinasi singgahan harian orang ramai dan bukan disebabkan sesuatu acara saja. Katanya, kawasan sekitar Sepang kini giat membangun dengan pelbagai kemudahan pengangkutan dan prasarana lain turut membantu meningkatkan daya tarikan orang ramai ke SIC pada masa depan.

Akhirnya, Keegoan Mahathir Mulai Kendur



Sebaik sahaja Tun Dr Mahathir memilih untuk keluar daripada UMNO, pelbagai andaian beliau lakukan terhadap masa depan UMNO dan Barisan Nasional. Beliau pernah meramalkan BN Sarawak akan mengalami penyusutan kerusi yang teruk pada Pilihan Raya Negeri Sarawak. Malah, beliau menjangkakan, BN akan tewas di dua kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Lebih menarik lagi, beliau menjangkakan, BN akan tewas teruk pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti. Semuanya atas alasan, skandal 1MDB, isu derma RM 2.6bilion, GST, pembunuhan model sambilan Monggolia, Altantuya Shariibuu dan lain-lain lagi. Namun, kesemua jangkaan beliau, selain daripada PRU ke 14, nyata jauh meleset. Malah BN memperolehi kemenangan besar di ketiga-tiga pilihan raya berkenaan.

Namun, apa yang berlaku semalam cukup mengejutkan. Beliau secara tiba-tiba melakukan U-Turn yang cukup mengejutkan apabila beliau mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan mengetuai BN untuk mencapai kemenangan besar pada PRU ke 14 kelak. Malah beliau turut meramalkan, BN akan menawan semula Selangor jika pilihan raya umum diadakan sekarang.

"Buat masa ini, pihak pembangkang berada dalam keadaan kucar-kacir. Mereka tidak bersedia. Mereka tidak mempunyai jentera seperti BN. BN mempunyai jentera kerajaan," katanya kepada pemberita di Putrajaya semalam.

"Saya rasa mungkin beliau (Najib) akan menang jika mengadakan pilihan raya sekarang," kata bekas Perdana Menteri itu.

Ujar beliau, BN telah membentuk satu perikatan yang berterusan dan kukuh selama lebih 50 tahun, manakala pihak pembangkang pula disifatkan beliau sebagai 'himpunan yang longgar'. Malah ada di kalangan mereka yang tidak mempunyai dana kewangan untuk menjalankan jenteranya.

Inilah yang tidak difahami tentang pendirian beliau. Sebelum ini beliau begitu hebat mengasak BN dan amat teringin untuk melihat BN dimalukan pada PRK ke 14 kelak. Namun, secara tiba-tiba beliau menukar pendiriannya yang melihat adalah sesuatu yang mustahil untuk mengalahkan BN yang diterajui oleh Datuk Seri Mohd Najib.

Adakah beliau kini benar-benar nyanyuk sehingga acapkali menukar fikirannya? Andai kenyataan ini dibaca, dimanakah pendirian sebenar beliau? Bagaimana pula dengan para pengikutnya yang kini dilihat sebagai blok pembangkang kedua selepas Pakatan Harapan? Mungkinkah beliau sudah terlalu nyanyuk untuk berbicara tentang politik tanah air?

Mahathir, Individu Yang Bertanggungjawab Melucutkan Kuasa Raja-Raja



Mungkin ada yang terlupa, selain daripada bertanggungjawab membangunkan negara dengan beberapa projek mega yang dikurniakan kepada kroninya, Tun Dr Mahathir juga adalah Perdana Menteri yang bertanggungjawab melucutkan kuasa Raja-Raja Melayu.

Sehingga kini beliau tidak pernah menafikan tindakan beliau sewaktu masih berkuasa. Namun hakikat sebenar sukar untuk di sembunyikan. Menerusi beberapa tindakan beliaulah, kekebalan Raja-Raja Melayu terlucut begitu sahaja. Berikut merupakan fakta-fakta menarik, apa yang telah dilakukan oleh Tun M bagi menghilangkan kuaa Raja-Raja Melayu di Malaysia sepanjang beliau berkuasa.

■ Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui Kempen Deklarasi Rakyat mahukan ‘campur tangan diraja’ bagi melucutkan jawatan DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6. Slogan ‘Selamatkan Malaysia’ menjadi tema Tun bagi menarik sokongan rakyat.

■ Tetapi hakikatnya, Tun M MUDAH lupa akan peristiwa tahun 1983 dan tahun 1993 di mana beliau pernah melucutkan kuasa Raja-Raja Melayu.

■ Tun Mahathir atas nama Kerajaan Malaysia mula merangka rancangan pindaan ke atas kuasa Raja-Raja Melayu secara rahsia ke kabinet dan kemudian ke Parlimen, tanpa terlebih dahulu mendapatkan perkenan Majlis Raja-Raja. Beliau berjaya meminda beberapa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan seperti pindaan sebahagian besar RUU 38(4), 66(1), (5), dan 150 (1).

■ Sedangkan Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan: “Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja2 boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja2.

■ Sebelum krisis perlembagaan 1983, segala Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Parlimen dipersembahkan untuk mendapat perkenan daripada Yang DiPertuan Agong. Jika Yang DiPertuan Agong tidak memberi perkenan maka undang-undang tersebut tidak sah.

■ Dalam pindaan ini, Tun M menyatakan bahawa satu Rang Undang-Undang yang tidak diperkenan oleh Yang DiPertuan Agong dalam tempoh 15 hari setelah dipersembahkan akan terus menjadi undang-undang. (“If for any reason whatsoever a bill is not assented by the king within 15 days of its presentation the bill shall become law”.)

■ Menurut artikel 159 perlembagaan Malaysia, undang-undang yang digubal untuk mengubah sesetengah perkara dalam perlembagaan tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu walaupun mendapat majoriti 2/3 di Perlimen termasuklah: Perkara 38(4): Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja.

■ Krisis perlembagaan berlaku apabila pindaan telah menyentuh perkara 66 dan perkara 150 yang berkait dengan kedudukan Yang DiPertuan Agong iaitu;

1. Kuasa pengisytiharan darurat

2. Perkara mengenai perkenan oleh Yang DiPertuan Agong dan Yang di-Pertuan Negeri ke atas undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi Perlembagaan Persekutuan serta Dewan Undangan Negeri bagi Pelembagaan Negeri.

■ Tun M inginkan kuasa ke atas 2 perkara tersebut diberikan kepada Perdana Menteri kerana beliau mula meragui kredebiliti Raja-Raja akibat masalah-masalah dalaman yang dihadapi oleh keturunan Sultan.

■ Pada 15 Disember 1983, akibat dari desakan rakyat dan tekanan politik negara, Majlis Raja-Raja dengan persetujuan Timbalan Yang DiPertuan Agong bersetuju agar Tun M membawa semula cadangan tersebut ke Parlimen supaya dimasukan ke dalam Rang Undang-Undang. Tempoh yang dipersetujui oleh baginda memberi perkenan pada Rang Undang-Undang di tambah 30 hari campur 30 hari dan bukanlah 15 hari yang dibentangkan oleh Tun Dr Mahathir.

■ Pada 10 Disember 1992 Pindaan Perlembagaan membabitkan kedudukan Raja-Raja dibuat kali ke-2 bagi menghapus kekebalan Raja-Raja yang ditakrifkan sebagai "berada di atas undang-undang" atau "is above the law"; iaitu Raja-Raja tidak boleh diheret ke Mahkamah walau apapun kesalahan yang dilakukan.

■ Pindaan diusul ekoran daripada tindakan Almarhum Sultan Johor mencederakan seorang guru sekolah Maktab Sultan Abu Bakar bernama Douglas Gomez pada 30 November 1992.

■ Pada 18 Januari 1993 Tun Dr Mahathir ketika pembentangan usul pindaan dapati telah memungkiri ikrar perbentangan.

■ Tun menyatakan; "Kelulusan ( pindaan Perlembagaan 1993) adalah terhad kepada perkara-perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan Raja-Raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan". 

■ "Di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja atau Sultan. Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat".

■ Realitinya, pindaan Perlembagaan tahun 1993, membawa maksud:

1. Raja boleh didakwa dimahkamah apabila melakukan kesalahan jenayah atau sivil.

2. Raja hanya tidak boleh didakwa atas apa-apa yang bersabit daripada menjalankan tugas rasminya. 

■ Berkuat kuasa dari 20 Januari 1984. Fasal (4) digantikan oleh Akta A584, seksyen 2, Fasal yang ASAL berbunyi: “Fasal (4) : Yang DiPertuan Agong hendaklah menyatakan perkenannya terhadap sesuatu Rang Undang-Undang dengan menyebabkan Rang Undang-Undang itu dicapkan dengan Mohor Besar, dan selepas memperkenankan Rang Undang-Undang itu, Yang DiPertuan Agong hendaklah menyebabkan Rang Undang-Undang itu disiarkan sebagai undang-undang.”

■ Manakala Akta Perlembagaan (Pindaan) 1984 (Akta A584) telah meminda peruntukkan untuk memgehadkan kuasa Yang DiPertuan Agong untuk tidak berkenan akan suatu Rang Undang-Undang. Yang DiPertuan Agong hanya diberikan kuasa untuk menangguh penguatkuasaaan Rang Undang-Undang selama 30 hari sahaja sementara Parlimen mempertimbangkannya semula. Fasal 66(5): Peruntukan asal berbunyi, “Rang Undang-Undang akan dikuatkuasakan apabila mendapat tandatangan Yang DiPertuan Agong.”

■ Selepas pindaan diluluskan, Yang DiPertuan Agong tidak lagi mempunyai kuasa mutlak ke atas kuasa eksekutif di Dewan Parlimen

Adakah ini masih belum mencukupi untuk meyakinkan mereka bahawa dibawah kuasa yang diperolehi Tun M lah kuasa Raja-Raja Melayu telah dihadkan?


Wednesday, 29 June 2016

Isu Kafir Harbi, DAP Cuba Wujudkan Kebencian Terhadap Institusi Agama



Agak menghairankan apabila melihat reaksi DAP yang bersungguh-sungguh menghentam Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman. Semuanya disebabkan kenyataan media beliau di Utusan Online yang meminta umat Islam di negara ini berhati-hati dengan golongan kafir harbi yang beriya-ia mahu menghancurkan kesepakatan umat Islam di negara ini.

Lihat sahaja bagaimana reaksi yang ditampilkan oleh kesemua pemimpin DAP hari ini. Lebih menarik, ada dikalangan mereka yang jelas beragama Islam, turut sama melatah dan bersama-sama pemimpin DAP menghentam Mufti Pahang. Malah ada diantaranya melanggar batas sehingga berani mendesak Paduka Sultan Pahang mengeluarkan kenyataan rasmi Istana menolak kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Pahang ini.

Persoalannya, atas sebab apa mereka melakukan perkara demikian? Jika dilihat dari segi politik, DAP bimbang, umat Islam akan menolak kehadiran parti ini pada Pilihan Raya Umum yang akan datang. DAP bimbang, sekiranya ada diantara umat Islam akan memainkan sentimen agama bagi mewajarkan tindakan mereka menolak semua calon-calon DAP.

Namun hakikat sebenarnya, DAP berhajat untuk membawa pengikutnya yang terdiri daripada umat Islam supaya bangkit untuk menidakkan apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana institusi agama Islam termasuk Mufti itu sendiri.

Tidak sukar untuk mentafsirkan maksud sebenar DAP yang mana selama hari ini, mereka memperjuangkan hak kesamarataan antara kaum. Malah, DAP dan PKR sendiri acapkali masuk campur dalam urusan agama Islam termasuk mengadakan halangan untuk menggunakan pembesar suara di surau mahupun di masjid di negeri yang dikuasai mereka seperti Pulau Pinang.

Hal yang sama turut didokong oleh PAN. Parti serpihan PAS yang dilihat lebih liberal ini sebenarnya sama seperti DAP yang mana memperjuangkan apa yang digariskan oleh DAP dalam rancangan mereka menguasai Malaysia. Oleh yang demikian, sebarang kenyataan yang boleh merugikan DAP, pastinya akan ditentang habis-habisan oleh DAP tanpa mengira siapa sekalipun.

Di Malaysia hari ini, negara ini didiami oleh pelbagai kaum dan agama. Kafir Harbi jika dinilai dari sudut Islam membawa maksud mereka yang memburu dan membunuh umat Islam dimana sahaja mereka berada. Malah, kafir harbi juga membawa maksud mereka yang bergerak secara senyap untuk menghancurkan kesepakatan dan perpaduan umat Islam.

Dalam konteks ini, jika DAP benar-benar menghormati hak umat Islam, kenapa perlu melatah sehingga sanggup menghentam Mufti Pahang? Beliau hanya menghuraikan pandangan peribadinya berhubung ancaman yang diterima oleh umat Islam, bukan menghuraikan dari sudut politik semata-mata.

Apa yang disesalkan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataannya mendakwa, corak dan pemikiran yag dizahirkan oleh Mufti Pahang inilah penyebab wujudnya kumpulan pengganas seperti IS. Persoalannya, adakah itu yang dimaksudkan oleh Mufti Pahang? IS wujud di negara Islam itu sendiri dimana agenda pemecah perpaduan ummah gagal ditangani dengan berkesan oleh pemimpinnya.

Adakah kita mahu melihat, umat Islam di negara ini berpecah belah hanya disebabkan fahaman sempit politik dimana pemimpin yang jelas mahu memecahkan perpaduan umat Islam bersorak girang disebalik perpecahan ini?

Tiada Jiwa Dan Darah UMNO Dalam Diri Muhyiddin





Satu ketika dahulu, Tan Sri Muhyiddin Yasin diiktiraf sebagai seorang yang Ultras Melayu. Malah beliau pernah dilabel sebagai pejuang Melayu tulen apabila banyak bertindak membela nasib kaum Melayu yang hebat diserang oleh DAP.

Pernah satu ketika, beliau menyifatkan diri beliau sebagai pejuang UMNO tulen. Beliau juga menyifatkan setiap denyut nadi dan darah dagingnya adalah UMNO dan tidak akan sesekali mengkhianati parti demi kemahuan dirinya sahaja. Pernah beliau menyatakan bahawa, beliau akan taat kepada kepimpinan UMNO dan hanya parti ini sahaja yang ada dalam diri beliau.

Namun, semua itu sudah tinggal sejarah. Sejak memilih untuk bersekongkol dengan pengkhianat nombor satu UMNO, Tun Dr Mahathir, beliau seolah-olah lupa apa yang beliau lafazkan satu ketika dahulu. Malah, ayat-ayat berkenaan pernah dilafazkan di hadapan puluhan ribu ahli UMNO yang melihat, beliau adalah regu terbaik yang pernah dilahirkan didalam UMNO.

Tindakan beliau yang akhirnya menongkah arus dan melawan kepimpinan UMNO hari ini telah menerima padahnya apabila beliau akhirnya dipecat bersama-sama rakan sekutunya, Datuk Seri Mukhriz daripada UMNO. Kini tinggallah kenangan ayat-ayat yang pernah beliau lafazkan sebelum ini bersama-sama dengan pengkhianatannya.

Menariknya, sebaik sahaja dipecat, langsung tiada sebarang perancangan diumumkan oleh beliau untuk merayu terhadap keputusan berkenaan. Beliau lebih berminat untuk membicarakan masa depannya samada ingin kekal bebas, menyertai PAN atau menubuhkan parti baru. Mana dia ayat yang kononnya setiap denyut nadi dan darah dagingnya adalah untuk UMNO?

Beliau lebih berminat untuk terus melancarkan serangan berlandaskan fakta fitnah berbanding memperjuangkan karier dan masa depan penduduk di Parlimen Pagoh. Inilah yang cukup disesali oleh ramai pihak dimana ketika ramai pihak menjangkakan beliau akan merayu terhadap hukuman yang diterimanya, beliau memilih jalan yang berlainan daripada prinsip yang pernah beliau ucapkan.

Kebanyakan pemerhati politik melihat, keengganan Muhyiddin untuk merayu terhadap hukumannya adalah kerana beliau mengharapkan Datuk Seri Mohd Najib dijatuhkan. Pada ketika itu, beliau akan memohon semula untuk menyertai UMNO. Oleh yang demikian, desas desus yang mengatakan beliau akan menyertai PAN, berkemungkinan tidak akan menjadi kenyataan.

Namun begitu, selagi beliau masih kekal bersama-sama Tun M yang jelas mahu menjahanamkan kepimpinan UMNO hari ini, nama dan usaha beliau untuk menyertai atau membuat rayuan terhadap penyingkirannya, tidak akan mungkin berlaku dan beliau akan kekal begitu sehinggalah Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.

Pengguna Jalan Raya Digesa Patuhi Peraturan, Utamakan Keselamatan

UTAMAKAN KESELAMATAN: Herdiansah (kanan), Parum (tiga kiri) dan Roland (kiri) menunjukkan tanda bagus ketika menyempurnakan pelancaran kempen keselamatan jalan raya.

Pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal perlu mengutamakan keselamatan jalan raya agar mampu mengelak daripada kemalangan yang tidak diingini. Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Sabah, Herdiansah Abdul Karim, berkata golongan belia yang berumur antara 16 sehingga 25 tahun adalah mereka yang paling berisiko untuk berhadapan dengan kemalangan itu. 

“Di seluruh negara sebanyak 60 peratus kemalangan motosikal adalah melibatkan golongan itu dan saya percaya di Sabah turut menyumbang kepada jumlah itu memandangkan motosikal adalah sejenis pengangkutan yang mudah serta menjimatkan.

“Usaha masih dilakukan untuk menurunkan jumlah peratusan kemalangan itu dan semasa perayaan Hari Raya ini, saya nasihatkan belia yang menunggang motosikal perlu sentiasa berhati-hati,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen keselamatan jalan raya bersama pelancaran Bike Shop kelmarin.

Beliau berkata, semua pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan sedia ada dan tidak sesuka hati memotong kenderaan. Katanya, rancang perjalanan dengan betul agar tidak terkandas dalam kesesakan jalan ketika waktu pulang kampung nanti.

Sementara itu, Ketua Trafik Daerah Kota Kinabalu Deputi Superintendan Parum Niot berkata, pengguna jalan raya perlu ambil langkah keselamatan. “Penunggang motosikal perlu memakai pakaian yang terang ketika waktu malam dan tunggang secara berhati-hati serta topi keledar perlu diikat dengan sebaik-baiknya.

“Mereka yang ingin balik kampung, pastikan rumah anda dikunci dan memberitahu jiran anda mengenai keinginan anda untuk balik kampung. Saya juga menyeru agar mereka yang ingin balik kampung agar memaklumkan perkara itu kepada balai polis berdekatan dengan mengisi borang berkaitan agar pantauan berkala dapat dilakukan,” katanya.

Pengarah Urusan Bike Shop Roland Oi berkata, pelancaran program yang diadakan adalah dianjur bersama dengan JKJR dan pihak polis. Katanya, program yang diadakan itu adalah penting dan bersesuaian dengan kempen keselamatan jalan raya.

“Kami menjual motosikal dari berkuasa kecil sehingga motosikal berkuasa tinggi dan pelbagai aksesori boleh didapati di kedai ini,” katanya.

Lelaki Ditahan Curi Coklat, Ajinomoto Di Pasar Raya



Seorang lelaki warga asing ditahan selepas dikesan cuba mencuri masing-masing sepeket coklat dan penambah perisa makanan di dalam sebuah pasar raya di Merdeka Mall, Miri kelmarin. Tidak cukup dengan itu, dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, suspek yang berusia 41 tahun turut bertindak agresif dengan menyerang dua pekerja pasar raya tersebut dengan sebilah gunting. 

Menurut sumber, sebelum itu, warga Indonesia terbabit yang berkelakuan mencurigakan telah ditahan pekerja pasar raya tersebut selepas keluar tanpa membuat sebarang pembayaran.

“Apabila diperiksa, suspek didapati cuba mencuri sepeket coklat dan penambah perisa makanan jenama Ajinomoto.

“Suspek kemudian dibawa ke dalam pejabat am pasar raya tersebut untuk pemeriksaan lanjut. Namun, suspek tiba-tiba naik angin lalu mengambil sebilah gunting yang diletakkan di atas meja lalu menyerang dua pekerja terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Muhyiddin Digesa Buat Rayuan



Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta mengemukakan rayuan kepada Lembaga Disiplin berhubung keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang memecatnya daripada parti. 

Ahli MT UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, jika Muhyiddin sebagai pemimpin yang pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO mengambil langkah itu, beliau akan lebih dihormati rakyat.

“Nasihat saya pada Tan Sri (Muhyiddin), elok merayu masuk balik UMNO dan habiskan sejarah politik dalam UMNO, sebab dia sendiri kata UMNO adalah darah dagingnya. Ini adalah proses, jika ahli biasa pun boleh merayu, apatah lagi beliau (Muhyiddin) sebagai pemimpin politik senior. Lebih baik dia merayu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis berbuka puasa Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pahang, di sini, kelmarin. Pada majlis itu, Mohd Puad yang juga Pengarah Ketua Pengarah JASA turut menyampaikan sumbangan kepada 36 anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).

Mengulas tindakan Muhyiddin yang sedang mempertimbangkan wadah perjuangan politik baru, Mohd Puad berkata, beliau melihat Ahli Parlimen Pagoh itu teragak-agak sama ada untuk menyertai parti pembangkang atau menubuhkan parti baharu.

Pelanggan Pub Tonton Euro 2016 Dibom


Lapan daripada kira-kira 20 pelanggan yang leka menonton perlawanan bola sepak Euro 2016 di pusat hiburan Movida di IOI Boulevard di sini cedera dengan seorang daripadanya parah selepas premis itu diserang dengan bom tangan dalam kejadian awal pagi semalam.

Semasa kejadian pada pukul 2.15 pagi pusat hiburan yang terletak di tingkat bawah bangunan tujuh tingkat itu dalam proses ditutup. Hanya tinggal kira-kira 20 pelanggan masih leka menonton perlawanan bola sepak antara Itali dan Sepanyol di depan premis ketika kejadian berlaku.

Sepuluh pekerjanya pula ketika itu berada di dalam atau di belakang premis bagi mengemas pusat hiburan tersebut. Akibat letupan itu, sebahagian depan premis rosak dengan cerminnya pecah bertaburan.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, serangan itu berlaku apabila suspek dari arah jalan melemparkan sebutir bom tangan yang terus meletup dan mencederakan lapan daripada 20 pelanggan pusat hiburan itu.

“Mereka yang cedera membabitkan empat pelanggan lelaki dan empat pelanggan wanita. Semua mangsa merupakan rakyat tempatan kecuali seorang wanita warga China,” kata beliau semasa ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.