Friday, 30 September 2016

"Apa Salah Saya Ibu?"



Bagi seorang ibu, dikurniakan anak merupakan antara hadiah terindah dalam hidup mereka. Kehadiran bayi comel ini menandakan kitaran hidup seseorang wanita itu sedah mencapai ketahap kemuncaknya dan anaknya ini akan sentiasa dibelai dengan puh kasih sayang. Datanglah berapa orang anak sekalipun, si ibu akan sentiasa memberikan kasih sayang seadilnya.

Kasih sayang ibu telah disebut di dalam Al Quran dalam beberapa surah. Malah, diriwayatkan oleh Nabi Muhammad S.A.W, kasihnya ibu membawa kesyurga. Malah, setiap anak dipasakkan dengan istilah, syurga seseorang itu di bawah telapak kaki ibunya. Sukar untuk kita mendengar, seseorang ibu itu sanggup membunuh anaknya sendiri hanya alasan tidak mampu membahagikan kasih sayang.

Namun bagi Ritu Ahuja, 27 tahun, di kurniakan dua orang anak merupakan satu bebanan baginya. Dia yang baru-baru ini dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh bayi perempuannya yang baru berusia 6 bulan hanya kerana mahu memberi tumpuan kepada anak lelakinya yang kononnya sentiasa ditimpa sakit yang berterusan.

Menurut fakta kes, dia dilaporkan telah melemaskan anaknya dengan membawa bayi yang sedang tidur itu sebelum dilemaskan di dalam sebuah kolam di kawasan terpencil. Katanya lagi, tindakan itu terpaksa dibuat berikutan bayinya sentiasa mahukan perhatian yang lebih sedangkan anak lelakinya sering sakit.

Dalam pengakuannya terhadap mahkamah, dia berkata, dia berdepan dengan kesukaran untuk membesarkan anak yang berusia dua tahun dengan seorang bayi yang berusia 6 bulan sekaligus kerana dia sendiri dari keluarga yang susah.

Dia yang sebelum ini membuat laporan palsu kononnya bayinya itu diculik oleh sekumpulan lelaki menaiki motosikal. Bagaimanapun, hasil siasatan pihak polis mendapati, Ritu sebenarnya berbohong berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan dia memandu keluar dari rumahnya dengan membawa anaknya di dalam bag.

Sejam kemudian, rakaman yang sama menunjukkan Ritu pulang tanpa bag berkenaan. Kes terhadapnya dikuatkan lagi dengan penemuan sisa mayat bayinya dan identiti bayi berkenaan disahkan sebagai Arohi setelah ujian DNA dilakukan.

Apa Yang Tidak Kena Di Timur Sabah?



Baru-baru ini, sekali lagi timur Sabah dikejutkan dengan insiden penculikan, kali ini melibatkan 5 orang warga tempatan. Kelima-lima tebusan ini adalah Tayudin Anjut, 45, Abd Rahim Summas, 62, Mohd Ridzuan Ismail, 32, Mohd Jumadil Rahim, 23, dan Fandy Bakran, 26. 

Kesemua mereka diculik dalam insiden di perairan Dent Heaven, Tambisan Lahad Datu pada 17 Julai 2016 semasa mengendalikan kapal tunda Serudong 3 dan tongkang Serudong 4. Ini merupakan kejadian penculikan ke 4 yang berlaku pada tahun ini melibatkan rakyat Malaysia. Persoalannya, apa sudah jadi di kawasat Timur Sabah ini?

Sebenarnya, kerajaan telahpun melaksanakan sistem kawalan yang dilihat antara paling ketat, pernah dilakukan bagi menjaga keselamatan disepanjang jajaran pantai sejauh 1,504 kilometer di timur Sabah. Segala kelengkapan perang samada darat mahupun laut telahpun digerakkan ke sekitar kawasan ini bagi memastikan tidak berulangnya insiden Lahad Datu pada tahun 2013.

Namun begitu, bukan semuanya mampu berjalan seperti yang dirancang. Jika hanya pihak kerajaan sahaja yang bersungguh-sungguh mahu memastikan keselamatan di timur Sabah kekal terpelihara tanpa bantuan dan sokongan penuh dari kalangan penduduk tempatan, insiden-insiden penculikan seperti ini, amat sukar ditangani.

Bukan mahu menuduh penduduk di timur Sabah yang menyumbang kepada insiden seumpama ini, namun, pasti ada segelintir mereka yang cuba mengambil kesempatan atas sedikit kelemahan barisan ESSCOM yang mengawal pantai timur Sabah.

Umum sedia maklum, kumpulan pengganas di Selatan Filipina dan Kepulauan Sulu merupakan antara kumpulan pengganas yang tidak takut mati. Mereka akan bertindak ala-ala kamikaze hanya untuk memastikan "perniagaan penculikan manusia" yang diusahakan mereka dapat diteruskan.

Dengan sedikit bantuan atau maklumat daripada mereka yang tidak bertanggungjawab, kumpulan pengganas ini akan mampu menceroboh ruang perairan negara dan sekaligus meneruskan aktiviti pengganas mereka. Bagi kumpulan pengganas yang sudah diiktiraf sebagai cawangan Daesh di Asia Tenggara, hidup atau mati bukan ukuran. Sebaliknya, hasrat mereka untuk melangsungkan kekuatan kumpulan pengganas mereka sentiasa di beri keutamaan.

Di pihak kerajaan, sebarang aktiviti seumpama ini sentiasa di pantau dengan rapi. Harus di ingat, sekuat dan sebijak mana pasukan keselamatan kita memantau pergerakan pengganas dan segelintir pembelot ini, mereka akan sentiasa memikirkan selangkah kehadapan bagi membolehkan aktiviti haram mereka dapat di teruskan.

Inilah yang menjadi cabaran utama pasukan keselamatan yang menjaga jajaran pantai timur Sabah dari terus diancam pengganas. Mudah untuk mereka yang tidak merasai pengalaman mengawal selia keselamatan di timur Sabah, menunding jari kepada kelemahan sistem kawalan kita di sana.

Namun, hakikat sebenarnya, walaupun kita meletakkan senjata kita yang paling canggih di sana, pengganas dan penjenayah tetap pengganas dan penjenayah. Mereka akan mencari apa sahaja kelemahan yang ada asalkan kegiatan mereka dapat terus di lakukan tanpa menghiraukan keselamatan nyawa mereka sendiri. Ini hakikat yang harus semua pihak faham.

Sejak Bila Mereka Tahu Dosa Pahala?




Memetik laporan daripada portal pro pembangkang, MalaysiaKini semalam, tinjauan pendapat rawak yang mereka lakukan terhadap kecenderungan rakyat Malaysia memilih Perdana Menteri adalah, calon berkenaan mestilah takutkan Tuhan berbanding segala-galanya.

Dua nama yang mereka tanya kepada responden iaitu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun hasilnya, responden hanya menjawab, mereka lebih berminat untuk melihat calon Perdana Menteri yang taat kepada agama dan mampu membimbing rakyat Malaysia kearah lebih makmur.

Persoalannya, apa rasional MalaysiaKini meletakkan nama Muhyiddin dan Anwar pada tinjauan pendapat ini? Benar, nama mereka dikaitkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia yang baru andai pakatan pembangkang dan PPBM berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Namun harus di ingat, nama-nama mereka hanya akan diputuskan di peringkat Persidangan Majlis Presiden Pakatan Harapan dimana, walaupun rakyat mengemukakan 1 nama, Pakatan Harapan tetap memilih Anwar selaku calon Perdana Menteri dan PPBM tetap dengan pendirian untuk meletakkan Muhyiddin selaku pilihan mereka.

Jika dilihat dari jawapan responden, mereka mahu pemimpin yang mentaati dan takutkan Tuhan. Menariknya, jika dilihat dari latar belakang Anwar dan Muhyiddin, kedua-dua mereka dipaliti dengan isu skandal seks yang sama sekali tidak mencerminkan kemahuan rakyat.

Anwar sendiri sudah dipaliti dengan dua kesalahan liwat dimana terbaru, beliau asih merengkok dalam Penjara Sungai Buloh akibat kesalahan seks yang dilakukannya. Muhyiddin pula seringkali dikaitkan dengan punca keruntuhan rumahtangga seorang peguam dengan menjalinkan hubungan sulit dengan isteri peguam berkenaan, Nika Gee.

Sehingga hari ini, beliau hanya menafikan hubungan terlarang berkenaan tanpa mengambil tindakan serius. Malah dari Akuan Bersumpah yang dikemukakan oleh bekas suami Nika Gee, jelas memaparkan nama Muhyiddin antara punca kenapa mereka bercerai. Menariknya, Muhyiddin langsung tidak berani untuk menyaman bekas suami Nika Gee ini bagi membersihkan namanya.

Di sini jelas menunjukkan, sejak bila calon pilihan Pakatan Harapan dan PPBM ini takutkan tuhan serta kenal dosa dan pahala? Mereka seringkali cuba mengaitkan Datuk Seri Mohd Najib sengan pelbagai isu dan rasuah, nemun tiada satu pun bukti jelas yang menyokong tuduhan mereka.

Malah, beliau dengan tengan sentiasa mudah ditemui di majlis-majlis agama. Adakah ini bukan menunjukkan beliau seorang yang takutkan Tuhan dan mentaati ajaran agama?

Berhentilah daripada mengaitkan isu agama dengan suasana politik hari ini. Politik hanyalah berkisarkan amalan demokrasi di mana rakyat mempunyai hak untuk menentukan siapa yang bakal mengetuai mereka untuk setiap penggal. Langkah MalaysiaKini yang cuba memanipulasikan agama dalam hal ehwal politik ini, cukup disesali dan tidak wajar dilakukan.

Ahli Keluarga Tebusan Rayu Dibenarkan Kutip Derma



Ahli keluarga tebusan kumpulan penculik di Selatan Filipina melibatkan lima kru kapal Serudong Shipping Sdn Bhd merayu supaya dibenarkan mengutip derma daripada seluruh rakyat Malaysia untuk membebaskan kesemua mangsa. 

Rayuan itu disuarakan para isteri dan ibu tebusan-tebusan terlibat yang mengakui semakin buntu mencari jalan untuk menyediakan wang tebusan kerana hanya diberikan tempoh lima hari oleh kumpulan penculik selepas panggilan terakhir diterima (26 September).

Kelima-lima tebusan yang dimaksudkan adalah Tayudin Anjut, 45, Abd Rahim Summas, 62, Mohd Ridzuan Ismail, 32, Mohd Jumadil Rahim, 23, dan Fandy Bakran, 26. Kesemua mereka diculik dalam insiden di perairan Dent Heaven, Tambisan Lahad Datu pada 17 Julai 2016 semasa mengendalikan kapal tunda Serudong 3 dan tongkang Serudong 4.

Hariyanti Hamsih, 31, (isteri Ridzuan) menggambarkan kehidupan mereka kini tidak menentu dan seakan-akan mereka sendiri sedang berhadapan maut semenjak menerima kiriman gambar mangsa yang diacukan senjata api oleh penculik.

“Isnin lepas (26 September), saya ada bercakap dengan suami dan dia memberitahu mereka diseksa dan dipukul malah terpaksa minum air parit dan hanya sesekali menjamah makanan. Tangan mereka diikat pada waktu malam dan tidur dalam keadaan basah setiap kali hujan,” katanya pada sidang media di rumah keluarganya di Tanjung Batu Otentik, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Gustiah Sultan, 46, (isteri Tayudin), Hasmiah Lahapi, 50, (ibu Fandy), Sutini Jamalu, 50, (isteri Abd Rahim) dan Siarah Lagenok, 49, (ibu Mohd Jumadil). Hariyanti turut mendedahkan bahawa suaminya ada memintanya mendapatkan bantuan daripada majikan untuk melepaskan kesemua mangsa yang menjadi tahanan penculik.

Penculik membenarkan mereka bercakap di telefon 10 sehingga 20 minit namun beliau akui takut menghubungi suami kerana belum mampu menyediakan jumlah wang dituntut. Gustiah pula berkata mengutip derma adalah harapan terakhir mereka kerana buntu mencari jalan lain untuk membolehkan suami dan rakan sekerja suaminya pulang dengan selamat.

“Kami merayu polis supaya memberikan kebenaran kerana kami tidak mempunyai wang untuk membayar tebusan sebanyak 100 juta Peso (RM8.5 juta) seperti yang dituntut penculik. Gustiah berkata mereka tidak mempunyai wang sebanyak yang dituntut kerana miskin dan hanya mampu memberitahu suaminya bersabar kerana kerajaan juga sedang berusaha.

“Tetapi, sampai bila kami mampu bersabar? Selama lebih dua bulan, satu berita pun (daripada pihak berkuasa) tidak ada kedengaran (perkembangan usaha menyelamatkan tebusan). “Suami kami menderita di sana dan meminta kami menolong mereka, sedangkan kami pun menderita di sini, apa yang mampu kami lakukan?” katanya.

Beliau merayu supaya kerajaan dan pemimpin juga bersimpati dengan nasib mereka yang sangat mengharapkan kesemua mangsa dapat pulang ke tanah air dengan selamat. Menurutnya mereka sangat risau memikirkan keselamatan mangsa tebusan dan amat berharap kerajaan mengambil tindakan segera untuk menyelamatkan kesemua mangsa.

“Tiada guna bertindak hanya selepas ‘sesuatu yang buruk sudah terjadi’ ke atas mereka, dan kami juga merayu kepada pemimpin-pemimpin tempatan supaya tampil membantu kami. “Sekurang-kurangnya, dengarlah suara kami dan sampaikanlah kepada pihak berkuasa, tolong kami, kami menderita, lawatlah kami kerana kami adalah pengundi kalian,” katanya.

Menyentuh hal berkaitan, Gustiah berkata mereka kini terpaksa bergantung pada wang gaji yang diberikan majikan suami namun masih belum mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan anak-anak mereka yang masih kecil dan bersekolah.

Judi Sabung Ayam Secara Online Tumpas



Satu sindiket judi sabung ayam secara online yang dipercayai kes pertama dikesan di negara ini tumpas apabila sepasukan anggota polis menyerbu sebuah premis di Pusat Ko­mersial RH di Jalan Lapangan Terbang di sini petang kelmarin. 

Serbuan itu dilakukan sepasukan anggota dan pegawai polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching yang diketuai Asisten Superintendan Ooi Jin Bing kira-kira pukul 3.25 petang.

Pengarah JKR Melaka Didakwa Rasuah



Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Me­laka, Datuk Khalid Omar (gambar kecil) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 16 pertuduhan menerima suapan dan pengubahan wang haram berjumlah RM1.28 juta. 

Bagaimanapun, Khalid, 56, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Tertuduh didakwa atas 13 pertuduhan me­nerima suapan berjumlah RM196,200 membabitkan nilai antara RM3,000 hingga RM41,200 daripada lima individu dan tiga buah syarikat sebagai upah kerana melakukan suatu perbuatan berhubung hal ehwal prinsipal dengan membantu mendapatkan kerja-kerja menyelenggara, meluruskan dan menurap semula jalan serta membina dan menyiapkan sebuah klinik kesihatan di sekitar Melaka Tengah.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Batu Berendam dan pejabat JKR Melaka, Jalan Taming Sari di sini antara Mac 2014 sehingga Ogos lalu. Daripada 13 pertuduhan itu, lapan pertuduhan dilakukan mengikut Sek­syen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pesawat penumpang Buatan Jepun Lakukan Pendaratan Sulung Di AS




Sebuah pesawat penum­pang keluaran Jepun berjaya me­nyempurnakan ujian penerbangan sulung ke Amerika Syarikat semalam. Pesawat Mitsubishi Regional Jet (MRJ) selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Daerah Grant di Washington selepas berlepas dari Anchorage, Alaska. 

Sebelum itu, jet penumpang domestik yang pertama di Jepun itu te­lah berlepas daripada Lapangan Terbang Nagoya pada Isnin lalu sebelum berhenti di lapangan terbang di utara Hokkaido selain singgah di Rusia dan Alaska untuk mengisi bahan api.

MRJ yang dibangunkan oleh syarikat Mitsubishi Heavy berkata, pihaknya perlu melakukan pelbagai ujian penerbangan di AS bagi mendapatkan sijil perakuan untuk memulakan penerbangan komersial antarabangsa pada tahun 2018. Menurut syarikat itu, kira-kira 2,500 jam penerbangan diperlukan untuk melakukan pendaftaran mendarat.

Pada bulan lalu, jet itu terpaksa patah balik selepas mengalami masalah penyaman udara. Terdahulu, syarikat berkenaan berkata, pihaknya terpaksa menangguhkan penghantaran pesawat itu kepada pertengahan tahun 2018 bagi menaik taraf sistem perisian dan perubahan reka bentuk.

MRJ yang menggunakan enjin berkembar membuka lembaran baharu dalam sektor penerbangan Jepun selepas kali terakhir syarikat itu membina sebuah pesawat penumpang, YS-11 turboprop pada tahun 1962. Projek pembinaan pesawat dihentikan kira-kira 10 tahun kemudian.

Selepas dihalang daripada menghasilkan pesawat selepas Perang Dunia Kedua, pengeluaran jet MRJ kini dikatakan merupakan saingan kepada pengeluar utama dunia pesawat serantau. Antaranya, Embraer SA iaitu buatan Brazil dan syarikat pembuat pesawat sama dari Kanada iaitu Bombardier Inc.

Syarikat Mitsubishi Heavy yang berjaya menghasilkan pesawat sepanjang kira-kira 35 meter selain mampu membawa 80 penumpang itu menerima lebih 400 tempahan sejak Oktober tahun lalu.

GP Malaysia Cukup Istimewa – Button



PASTINYA satu perlumbaan yang cukup istimewa buat pemandu Formula Satu (F1) pasukan McLaren, Jenson Button pada perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini. 

Apa tidaknya, pelumba kelahiran Bri­tain itu bakal mengharungi perlumbaan ke-300 dalam kariernya sejak melakukan kemunculan pertama pada tahun 2000 bersama pasukan Williams dan dia me­ngakui sudah tidak sabar untuk turun ber­aksi di Sepang.

Ujar Button, pencapaian tersebut membuktikan bahawa dia begitu komited dengan kariernya sebagai pelumba F1, meskipun pernah berdepan tempoh yang begitu sukar sepanjang kariernya. “Satu tempoh yang sangat panjang bagi saya, lebih-lebih lagi apabila saya bakal menyertai perlumbaan ke-300 di sini. Secara jujur, sukar untuk dipercayai apabila mampu melakukan pencapaian sebegini. 

“Satu kepuasan untuk saya sepanjang terlibat dalam dunia F1 walaupun saya pernah mengharungi saat-saat sukar serta kejatuhan. Apa yang paling penting adalah sentiasa fokus serta nikmati perlumbaan,” katanya pada sidang akhbar menjelang GP Malaysia di SIC semalam.

Mengulas mengenai perlumbaan Ahad ini, pelumba berusia 36 tahun itu me­ngakui bukan tugas mudah untuk setiap pelumba me­ngendalikan jentera di litar tersebut, lebih-lebih lagi perlu beraksi di atas permukaan litar yang baharu.

“Warna permukaan litar kelihatan lebih gelap dengan suhu yang tinggi di kawasan ini. Saya yakin permukaan litar akan menjadi sangat panas dan pastinya memberi kesan pada penggunaan tayar. 

“Mungkin ia litar yang berlainan berbanding sebelum ini, namun kita tunggu sehingga latihan bebas esok (hari ini). Memerhatikan sesi latihan GP2 dan GP3 juga mungkin boleh membantu kami,” ujarnya. Untuk rekod, Button pernah meme­nangi perlumbaan di Sepang ketika bersama pasukan Brawn GP pada 2009 yang me­nyaksikan dia menjulang kejuaraan dunia musim tersebut.

Westworld Papar Kisah Robot Bernyawa


Mengangkat taman tema futuristik Wild West sebagai subjek utama penceritaan, Westworld adalah siri baru HBO untuk penonton setianya. Menemui penonton Isnin ini, jam 9 pagi di saluran HBO, Westworld berdasarkan filem fiksyen sains berjudul sama yang ditayang­kan pada 1973. 

Siri bajet rendah ini mengetengahkan naratif yang cukup menarik iaitu manusia boleh mencipta dunia fantasi di taman tema kendalian robot. Robot canggih yang dicipta mampu berfikir dan menyerupai manusia tanpa menyedari dia adalah mesin.

Di taman tema itu, robot berkenaan terpaksa melalui penderaan dan layanan teruk akibat melayan kehendak pengunjung. Siri 10 episod ini dibintangi Anthony Hopkins, Ed Harris, Evan Rachel Wood dan James Marsden.

Pengarah dan penulis skrip Westworld, Jonathan Nolan menjelaskan siri berkenaan masih mengekalkan konsep filem asal dan ditambah beberapa persoalan untuk renungan penonton. “Kami mahu penonton fikir apa bakal berlaku sekiranya manusia diberi peluang merealisasikan fantasinya. 

“Adakah manusia akan menemui sesuatu yang tidak pernah disedarinya selama ini,” katanya. Pencipta Bersama Westworld, Lisa Joy berkata, produksi ingin meneroka bidang kepintaran tiruan dengan mengetengahkan robot ‘bernyawa’. Kami mengkaji maksud menjadi manusia menerusi kaca mata setiap robot,” katanya.

Joy turut menjelaskan babak kejadian rogol yang membabitkan satu robot wanita dan seorang pengunjung lelaki bukan main-main. “Westworld memaparkan sifat semula jadi manusia iaitu kebaikan dan keburukkan. Ini termasuk keganasan dan serangan seksual,” katanya.

Sementara itu, portal Variety mengulas siri awal Westworld mengetengahkan banyak babak ganas dan pembunuhan. Menurut Variety, 15 minit pertama siri itu memaparkan seorang wanita diheret untuk diseksa diikuti babak pembunuhan beramai-ramai.

Antara watak utama dalam Westworld ialah Dr Robert Ford yang memegang jawatan sebagai pengasas dan ketua pengaturcara taman tema berkenaan. Manakala Dolores Abernathy, lakonan Wood pula anak pengusaha pertanian yang cantik dan baik hati kemudian menyedari dirinya serta persekitarannya hanyalah rekaan manusia.

Kehadiran lelaki meng­gelarkan dirinya The Man In Black bertindak sebagai pembunuh bersiri dengan alasan ingin mencapai tahap kesukaran permainan itu. Ketua Pengawal Keselamatan, Stubbs pula diamanahkan untuk memantau interaksi di antara robot dan pengunjung, pada masa sama menjaga keselamatan taman tema berkenaan.

Siri ini semakin menarik dengan kehadiran Lawrence, lelaki tampan namun berbahaya kerana kebolehannya membuat rundingan kegiatan jenayah dalam Westworld. Sementara itu, episod pertama Westworld boleh disaksikan dengan percuma di 18 negara Asia termasuk Malaysia menerusi laman web HBO Asia iaitu www.hboasia.com. Siaran percuma itu akan bermula pada 14 hingga 28 Oktober ini. Selain itu, siri ini turut disiarkan di Astro On The Go.

Pacu Daya Saing Keutamaan Proton




Keputusan PROTON Holdings Bhd (PROTON) untuk membenarkan pegangan asing dijangka dapat memastikan jenama automotif Malaysia itu terus berkembang dan lebih kompetitif di pasaran. 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, kerjasama PROTON dengan pengeluar kereta asing adalah realiti semasa yang perlu diterima untuk memastikan jenama automotif itu berdaya saing ke peringkat antarabangsa.

“PROTON ketika ini hanya bergantung terhadap pasaran tempatan sahaja yang hanya mempunyai potensi jualan kenderaan sekitar 600,000 unit setahun berbanding China yang menjual 24.3 juta kereta. Malah saiz pasaran itu turut dikongsi dengan jenama lain.

“Industri kenderaan bermotor adalah sesuatu yang inovatif dan jika kita bekerjasama dengan syarikat atau negara besar, kualiti kereta kita akan menjadi kompetitif dengan bantuan jenama antarabangsa lain,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran SME Solution Expo 2016, di sini, semalam.

Menurutnya, bagaimanapun keputusan itu bergantung kepada PROTON yang kini dimiliki DRB-Hicom Bhd dan kerajaan tidak akan campur tangan dalam penjualan kepentingannya. Ong berkata, PROTON sebelum ini sudah berbincang dengan syarikat kereta dari China dan kini sedang berunding dengan pengeluar kereta dari Jerman.

“Saya berpendapat mereka mahu mendapatkan tawaran terbaik dan mereka bebas untuk membuat keputusan mereka sendiri,” katanya. Kelmarin DRB-Hicom berkata, ia sedang mengkaji cadangan mengenai penjualan pegangan PROTON daripada lima pembeli berpotensi dan merancang menyelesaikan jualan itu menjelang pertengahan tahun depan.

Lelaki Mexico Selamatkan 210 Haiwan Liar



EDUARDO SERIO, 35, rakyat Mexico. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang tinggal di Los Angeles, California, Amerika Syarikat. Kisah hidupnya berubah sekelip mata apabila membuat lawatan ke Monterrey, Mexico pada bulan Oktober tahun 2013. 

Semasa di Monterrey, Eduardo menerima panggilan daripada sepupunya yang juga seorang pakar haiwan serta berpengalaman lebih 25 tahun. Sepupunya melahirkan kekecewaan kepada Serio bahawa seekor anak jaguar hitam diberi nama Cielo akan diberi kepada seorang pemilik kedai haiwan peliharaan untuk kepentingan peribadi bagi meraih pendapatan.

Namun, Serio yang sentiasa percaya kesaksamaan dan perlindungan sewajarnya perlu diberi kepada semua makhluk. Sehubungan itu, dia mengambil cabaran menyelamatkan Cielo daripada menjadi mangsa eksploitasi manusia. Rentetan daripada peristiwa itu, tertubuhnya Yayasan Jaguar Hitam,
Harimau Putih yang diusahakan Serio sendiri.

Yayasan itu merupakan tempat perlindungan yang memelihara harimau liar dengan menyelamatkan mereka daripada zoo, sarkas, penternak haram dan termasuk daripada individu yang menerima mereka sebagai haiwan kesayangan.

“Saya mahu menyampaikan mesej kepada semua orang di seluruh dunia bahawa haiwan bukan harta benda. Anda tidak boleh mengatakan, ‘Saya mahu harimau itu, berapa harganya?’

“Mereka bukan kereta, rumah, atau pakaian juga perkara-perkara materialistik. Mereka juga makhluk hidup seperti anda, ibu, anak, isteri anda dan sebagainya. Malah, mereka tidak boleh diletakkan setara dengan wang, ketamakan atau kuasa,” ujar Serio, Pengasas Yayasan Jaguar Hitam, Harimau Putih. 

Apabila anak-anak kita membesar kelak, tidak akan ada lagi singa dan harimau atau haiwan yang berjalan jika kita tidak menyokong mereka, menjaga dan menyelamatkannya. Kini, dengan bantuan rakan-rakan setia dan jutaan peminat yang setia di seluruh dunia, yayasan ini telah menyelamatkan dan menjaga lebih 210 ekor haiwan liar termasuk jaguar, harimau bintang, singa, harimau, kucing liar dan kugar.

Kesemua haiwan berkenaan diselamatkan daripada kehidupan penyalahgunaan dalam pertunjukan sarkas, zoo dan penternak termasuklah orang-orang yang mempunyai lesen sah dan tidak sah. Yayasan ini juga telah menyelamatkan lebih daripada 20 ekor anjing yang kebanyakannya anjing jalanan.

Suara

Malah, Serio kini mempunyai projek bersama kerajaan Mexico untuk mengeluar dan memperkenalkan semula habitat spesies terancam burung dan melepaskan semula ke habitat semula jadi mereka. Meskipun yayasan berkenaan belum mengumumkan secara rasmi tetapi program itu cukup luar biasa dan sudah menunjukkan keputusan yang memberangsangkan.

Serio berharap dengan menjadi duta untuk haiwan ini, lebih ramai orang akan mendapat inspirasi untuk merawat haiwan peliharaan dengan kasih sayang dan belas kasihan serta menjadi suara yang mereka impikan. Visinya ialah mahu menggalakkan orang ramai menjadi suara untuk haiwan, kerana dia percaya hak-hak mereka diambil.

Haiwan-haiwan ini tidak boleh menyuarakannya kerana mereka hanyalah haiwan bukannya manusia. Kini, Serio telah menjalankan beberapa peringkat pemulihan untuk haiwan-haiwannya dan telah mendedikasikan lebih 1,214 hektar ladang miliknya yang bakal menjadi habitat terakhir mereka. 

Menurutnya, haiwan tidak boleh dikembalikan ke hutan kerana mereka tidak dilahirkan di dalam habitat semula jadi. Malah, habitat semula jadi mereka pula semakin berkurangan setiap hari akibat penebangan hutan.

Jelasnya lagi, dia tidak mahu ‘orang bodoh’ memburu dan membunuh mereka, kemudian menjual bahagian-bahagian tertentu haiwan berkenaan untuk tujuan perubatan dan kepentingan peribadi semata-mata.

Diserang

“Kami tidak akan membiak haiwan yang diselamatkan jika kita tidak mampu kembalikannya ke habitat semula jadi mereka. Hal ini kerana mereka lahir dan kini hidup dalam kurungan. Malah, kami telah mendapati bahawa lebih banyak haiwan yang tinggal bersama dalam satu kumpulan, mereka akan lebih bahagia walaupun berlainan spesies,” kongsinya.

Katanya, perkara berkenaan tidak akan berlaku sama sekali di hutan, justeru dapat melakukannya di pusat perlindungan haiwan sudah cukup bermakna baginya. Jika harimau bintang dan singa boleh hidup bahagia tinggal dalam satu kumpulan yang sama, maka tidak mustahil bagi manusia untuk melakukan perkara yang sama.

Menurut laporan Daily Mail Online, Serio hampir diserang oleh harimau bintang bernama Dharma yang ketika itu dia sedang leka bermain-main dengan beberapa ekor singa di zoo Yayasan Jaguar Hitam, Harimau Putih.

Bagaimanapun, dia diselamatkan oleh Aztlan, seekor harimau yang ketika itu duduk berdekatan dengannya, lantas menyambar Dharma dan mengalahkan haiwan tersebut dengan kaki dan badannya. Situasi berkenaan disedari oleh Serio.

Belum sempat mengelak daripada dicapai Dharma, kemudian dia memberi satu tamparan amaran kepada Dharma bagi memberitahu bahawa dirinya adalah penjaganya serta mengucapkan terima kasih kepada Aztlan kerana menolongnya.

“Perkara berkenaan adalah biasa dalam rutin harian dalam menjaga mereka, risikonya tetap ada tetapi saya percaya bahawa haiwan-haiwan di sini menyayangi saya sebagai tuan mereka,” kata Serio. 

Dalam pada itu, Serio mengatakan bahawa terdapat tiga faktor paling penting untuk kejayaan penubuhan yayasan yang diusahakan iaitu kecintaannya terhadap haiwan, iPhone dan Instagram miliknya.

Akaun Yayasan Black Jaguar White Tiger (@blackjaguarwhitetiger) dibuka kepada orang ramai sejak bulan Ogos 2014. Dalam tempoh masa kurang daripada 24 jam, yayasan itu menerima hampir 3,000 pengikut baharu. Sehingga kini, yayasan berkenaan memiliki lebih 5.7 juta orang pengikut dan ia adalah akaun kedua paling banyak ditonton di dunia di Instagram selepas Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA).

Pihaknya turut menggunakan Facebook, platform yang menyediakan siaran live streaming menunjukkan interaksi Serio secara langsung dengan haiwan. Selain itu, live streaming itu memberi peluang orang ramai mengetahui keseluruhan operasi harian yayasan itu.

Thursday, 29 September 2016

Kalaulah Langat 2 Beroperasi...



Sejak seminggu lalu, seluruh negeri Selangor menyatakan kemarahan mereka terhadap kerajaan negeri di atas masalah bekalan air yang mengganggu kehidupan sebahagian besar penduduk di kawasan bandar di Selangor. Dikatakan, semua ini berpunca daripada pencemaran yang berlaku di Loji Rawatan Air di Semenyih sehingga mengakibatkan ramai yang terputus bekalan air.

Lebih memburukkan keadaan, bantuan bekala air yang cuba dihulurkan oleh Syabas dan LUAS, gagal memenuhi kehendak penduduk yang terjejas. Bayangkan, mereka yang mendiami rumah flat dan apartment, terpaksa turun naik ke rumah masing-masing bagi mengangkut air.

Lebih menyedihkan, selaku kerajaan negeri, mereka seolah-olah melarikan diri tanpa turun membantu rakyat yang menderita akibat terputus bekalan air. Malah, sehingga kini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali seolah-olah membisu tentang hal ini sehingga membangkitkan perasaan marah rakyat Selangor terhadap cara Azmin menguruskan masalah ini.

Sebenarnya, perkara ini boleh dielakkan jika tidak kerana kebongkakkan kerajaan PKR Selangor menghentikan pembinaan Empangan Langat 2. Sepatutnya, peringkat awal penggunaan empangan ini boleh dinikmati pada suku keempat tahun ini. Namun, akibat pembehentian pembinaan ini, rakyat Selangor terpaksa menunggu sehingga 2018 sehingga 2020 sebelum dapat menikmati bekalan air tanpa masalah.

Lebih memburukkan keadaan, sejak menguasai kerajaan Selangor pada 2008, ini bukan kali pertama rakyat Selangor terpaksa berhadapan dengan malapetaka ketandusan bekalan air kerumah mereka. Tidak kurang dari 10 kali gangguan bekalan air ini telah menyebabkan rakyat Selangor terpaksa menanggung keegoan kerajaan negeri dalam urusan bekalan air.

Bagi kerajaan negeri Selangor pula, Azmin dan barisan Exco dan Ahli Dewan Undangan Negerinya lebih berminat untuk menjaja pelbagai fitnah melibatkan kerajaan seperti 1MDB dan sebagainya. Hakikatnya, apabila rakyat Selangor menderita ketiadaan air, tiada ruang walau sedikitpun buat kerajaan Selangor turun padang bagi membantu meringankan masalah yang ditanggung oleh penduduk.

Mereka lebih selesa mendiami bilik-bilik pejabat yang berhawa dingin dengan bekalan air tidak pernah putus dan membiarkan rakyat Selangor menguruskan kehidupan mereka sendiri tanpa perlu diberi perhatian oleh kerajaan PKR Selangor. Inikah lambang negeri berkebajikan buat Azmin dan barisan Exco dan ADUN-ADUN kerajaan negeri yang menguasai Selangor?

Dengan semua kain rentang telah digantung mempertikaikan tindakan Azmin menangani masalah ini, rakyat Selangor kini terpaksa berhadapan dengan hakikat bahawa gangguan bekalan air ini tidak akan terhenti di sini sahaja. Akan datang, gangguan yang sama akan terus berlaku jika kerajaan negeri Selangor terus bersikap acuh tidak acuh dengan masalah ini. Status Receiving traffic in past 48 hours. 9 active users right now. See details in real-time traffic reports. Send test traffic Website tracking This is the Universal Analytics tracking code for this property. To get all the benefits of Universal Analytics for this property, copy and paste this code into every web page that you want to track.

Polemik Siapa Menembak Jatuh MH17 Baru Sahaja Bermula



Pada 17 Julai 2014, disaat negara masih lagi meratapi kehilangan MH370 yang hilang secara misteri, negara dikejutkan dengan insiden MH17 yang ditembak jatug di timur Ukraine. Pesawat yang membawa 298 orang itu terbang dari Armsterdam, Belanda menuju ke Kuala Lumpur.

Sejak hari kejadian, pelbagai teori dikemukakan oleh badan penyiasat yang masing-masing menuduh puak pemisah Rusia yang berpengkalan di Donetsk Ukraine, bertanggungjawab menembak pesawat penumpang berkenaan dengan menggunakan peluru berpandu darat ke udara BUK buatan Rusia. Dalam kejadian di Torez, Donetsk Oblast, Ukraine itu, semua penumpang dan anak kapal maut.

Di peringkat hubungan antarabangsa, blok barat secara terang-terangan telah memboikot Rusia dari segenap aspek sehinggakan Presiden Rusia, Vladimir Putin seringkali bertindak kasar terhadap sebarang provokasi dari pro barat. Beliau berulang kali menegaskan, Rusia tidak terlibat dalam insiden ini. Sebaliknya, beliau menuduh, puak penentang Rusia di Ukraine yang bertanggungjawab.

Setelah dua tahun penyiasatan ini dilakukan, semalam, laporan penuh punca kemalangan berkenaan diumumkan kepada dunia. Menurut Pendakwaraya, penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine dengan menggunakan sebuah peluru berpandu darat ke udara BUK buatan Rusia yang dilancarkan dari perkampungan dikuasai pemberontak pro-Moscow.

Pengumuman itu disifatkan telah mencabar dakwaan Rusia bahawa pesawat milik Penerbangan Malaysia itu ditembak jatuh oleh tentera Ukraine seperti yang selalu ditegaskan oleh Putin.

Pasukan pendakwa raya yang dianggotai oleh Belanda, Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine berkata, sistem peluru berpandu BUK bergerak itu me­lancarkan sebuah peluru berpandu dari kampung Pervomaysk sebelum kembali ke Rusia.

Mereka memberitahu satu sidang akhbar di bandar Nieuwegein, tengah Belanda bahawa pihaknya telah mengenal pasti 100 orang yang ingin disoal siasat berkaitan tragedi itu tetapi masih belum dikategorikan sebagai suspek.

Siasatan awam oleh Lembaga Keselamatan Belanda turut merumuskan pada 2015 bahawa MH17 ditembak menggunakan peluru berpandu BUK yang dilancarkan dari timur Ukraine tetapi Moscow berulang kali menafikan pembabitan pemberontak pro-Rusia.

Di pihak Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib sentiasa menegaskan komitmen Malaysia untuk mengheret mereka yang bertanggungjawab ini kemuka pengadilan sebaik sahaja laporan lengkap ini diserahkan kepada Malaysia.

Namun begitu, adakah Moscow mahu memperakui laporan berkenaan? Sehingga kini, reaksi daripada Kremlin masih belum di perolehi, namun dijangka, Kremlin akan membidas laporan ini dan akan menyifatkannya sebagai satu laporan berat sebelah. Bagi pihak Kiev pula, mereka menyambut laporan ini dengan penuh kesyukuran dan setidak-tidaknya telah membersihkan nama Ukraine di persada antarabangsa.

Justeru, timbul persoalan, bagaimana pihak berkuasa yang menyiasat insiden ini mahu mengheret mereka yang bertanggungjawab kemuka pengadilan antarabangsa? Pastinya sanak saudara 298 orang mangsa ini menuntut pembelaan sewajarnya. Namun, apabila berhadapan dengan Moscow, kita dapat membayangkan bagaimana sukarnya untuk mendapatkan kerjasama Rusia bagi menyerahkan suspek yang terlibat.

Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa, usaha komuniti antarabangsa termasuk Malaysia dalam menangani kedegilan Moscow bagi menyelesaikan isu ini, sememangnya agak memeningkan. Mungkin komuniti antarabangsa akan mula melancarkan pemboikotan besar-besaran terhadap Rusia sehingga menyaksikan era pemecahan blok barat dan pro Rusia semasa era perang dingin, akan terbentuk semula.

Hanya masa yang menentukan samada Kremlin akhirnya akan tunduk kepada desakan antarabangsa ataupun tidak. Setidak-tidaknya, waris MH17 kini sudah boleh mengarahkan barisan peguam mereka untuk menyaman kerajaan Rusia yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat komersial Malaysia yang kononnya disangka pesawat yang membawa Presiden Rusia, Vladimir Putin pulang dari Brasilia menuju Moscow. Status Receiving traffic in past 48 hours. 8 active users right now. See details in real-time traffic reports. Send test traffic Website tracking This is the Universal Analytics tracking code for this property. To get all the benefits of Universal Analytics for this property, copy and paste this code into every web page that you want to track.

Sebulan Lari, Suspek Curi Dan Rogol Dicekup



Selepas sebulan dijejaki, seorang lelaki disyaki menculik dan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Sri Aman berjaya dicekup polis di Kidurong, Bintulu semalam. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Datuk Dev Kumar berkata, suspek berusia 23 tahun itu ditahan dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengaruh dadah ketika menunggang motosikal sekitar jam 3.45 petang.

Menurutnya, menyedari kehadiran polis, suspek terus melarikan diri dengan memasuki kawasan RPR Kidurong sebelum berjaya diberkas pasukan operasi yang diketuai Inspektor Nixon Malang. “Lokasi persembunyian suspek terbongkar dan pasukan operasi yang melakukan pemantauan berjaya menjejaki suspek yang ketika itu sedang menunggang motosikalnya.

“Bagaimanapun, suspek yang menyedari kehadiran polis kemudian meninggalkan motosikalnya dan berlari memasuki kawasan perumahan berdekatan, namun berjaya ditangkap. Suspek yang berada dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengaruh dadah itu kemudian dibawa ke balai polis dan akan diserahkan ke JSJ Sri Aman untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Difahamkan, kejadian dilaporkan berlaku oleh bapa mangsa yang berusia 53 tahun pada 29 Ogos lepas apabila mangsa tidak pulang ke rumah mereka di Kampung Abok Janang, Sri Aman sejak 27 Ogos.

“Ibu mangsa mulanya membenarkan suspek membawa mangsa yang kononnya hendak membeli makanan di pasar Sungai Tenggang, Pantu sekitar jam 4 petang 27 Ogos (Sabtu). Bagaimanapun, mangsa tidak dihantar pulang selepas itu dan menurut mangsa dia telah dibawa ke Engkilili dan dipaksa bermalam selama dua malam (27 dan 28 Ogos) di sebuah rumah kosong di mana kejadian (rogol) tersebut berlaku.

“Pada hari berikutnya (29 Ogos), suspek membawa mangsa menaiki motosikalnya ke rumah kawannya di sebuah rumah panjang di San Raba, Sri Aman untuk bermalam di situ,” kata Dev yang turut memberitahu keluarga mangsa juga mencari mangsa sejak hari pertama dilaporkan hilang. 

Tambahnya, suspek kemudian meninggalkan mangsa di rumah panjang tersebut menyebabkan rakannya terpaksa memaklumkan kepada pihak polis kerana mencurigai sesuatu selepas gagal menghubungi suspek. “Pada malam hari sama, mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan dan disahkan telah dirogol,” kata Dev. Status Receiving traffic in past 48 hours. 9 active users right now. See details in real-time traffic reports. Send test traffic Website tracking This is the Universal Analytics tracking code for this property. To get all the benefits of Universal Analytics for this property, copy and paste this code into every web page that you want to track.

Juragan Kapal Diculik Di Semporna



Sekumpulan enam penjenayah rentas sempa­dan yang lengkap bersenjata api jenis M16, M14 dan pistol menculik seorang juragan kapal warga tempatan di perairan Semporna dekat Pulau Gaya dalam kejadian malam kelmarin. 

Tidak cukup dengan itu, kumpulan sama terdiri daripada enam lelaki itu juga dipercayai menjadi dalang kepada kes rompakan laut melibatkan sebuah kapal nelayan jenis pukat jerut di perairan Tungku, Lahad Datu.

Kejadian culik itu dilakukan sekitar pukul 9.30 malam sebelum penjenayah yang sama merompak sebuah kapal nelayan kira-kira pukul 10 malam. Jarak antara kedua-dua lokasi kejadian kira-kira 9.3 kilometer.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata, mangsa yang diculik dikenali sebagai Ruslan @ Nasir Sarapin, 39 berasal dari Lahad Datu. Status Receiving traffic in past 48 hours. 6 active users right now. See details in real-time traffic reports. Send test traffic Website tracking This is the Universal Analytics tracking code for this property. To get all the benefits of Universal Analytics for this property, copy and paste this code into every web page that you want to track.

Wajah Sebenar Mizan Gemuk Diburu



Polis daerah ini mendedahkan wajah sebenar suspek yang diburu polis dikenali sebagai Mizan Gemuk kepada media, semalam. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Dr Abdul Aziz Awang Darus berkata, berlaku kesilapan teknikal menyebabkan kekeliruan gambar lelaki yang diedar kepada media Sabtu lalu. 

“Gambar terbaru yang dikeluarkan ini adalah wajah sebenar suspek atau Mizan Gemuk yang menjadi buruan sejak Khamis lalu untuk siaran media,” katanya, semalam.

Menurut beliau, Mizan Gemuk diburu kerana terbabit dalam kes samun di Kuang. Beliau berkata, pihaknya berharap kekeliruan berhubung gambar berkenaan selesai dengan tersiarnya gambar sebenar suspek yang diburu.

“Saya harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan spekulasi mengenainya ditamatkan dengan siaran semula gambar sebenar suspek,” katanya.

Mengulas mengenai Mizan Gemuk yang masih diburu, pihaknya yakin suspek dapat ditahan dalam masa terdekat. Status Receiving traffic in past 48 hours. 11 active users right now. See details in real-time traffic reports. Send test traffic Website tracking This is the Universal Analytics tracking code for this property. To get all the benefits of Universal Analytics for this property, copy and paste this code into every web page that you want to track.

Sejuta Wanita Miskin Di Britain Jadi Mangsa Dera




Seramai sejuta wanita miskin di Britain pernah menjadi mangsa keganasan dan penderaan yang menyebabkan mereka cenderung untuk membunuh diri, mengalami sakit mental dan menjadi gelandangan, demikian menurut satu laporan semalam. 

Laporan pertama seumpamanya itu diterbitkan oleh Agenda, sebuah perikatan terdiri daripada lebih 60 kumpulan yang membela golongan wanita. Menurut agensi tersebut, wanita miskin lebih cenderung berdepan dengan segala bentuk penderaan dan keganasan berbanding wanita lain.

“Kaitan antara keganasan dan kemiskinan dalam kehidupan wanita bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Apa yang benar-benar mengejutkan ialah betapa sukarnya kehidupan wanita yang menempuh kedua-dua pengalaman ini,” kata pengarah Agenda, Katharine Sacks-Jones.

Menurut laporan itu, sebanyak 14 peratus wanita miskin berdepan keganasan dan penganiayaan paling meluas seperti menjadi mangsa kawalan dan keganasan pasangan masing-masing atau berdepan keganasan fizikal dan seksual. Kadar itu ialah melebihi dua kali ganda daripada kadar wanita bukan miskin.

“Keganasan dan kemiskinan membawa penderitaan yang teruk terhadap kehidupan mangsa,” kata laporan sama. Lebih sepertiga wanita yang menjadi mangsa keganasan dan pende­raan cuba membunuh diri berban­ding cuma empat peratus wanita miskin yang tidak didera, manakala satu dalam setiap dua wanita terbabit mengalami sindrom kemurungan atau masalah mental yang lain.

Satu perlima daripada golongan itu juga hidup secara gelandangan. “Wanita miskin kekurangan sumber untuk mengelak keganasan dan penganiayaan,” kata Sack-Jones. “Pengalaman menjadi mangsa keganasan dan penderaan boleh menyebabkan wanita kekal dalam kepompong kemiskinan. Keganasan dan kemiskinan sukar untuk dipisahkan,” tambahnya. Status Receiving traffic in past 48 hours. 7 active users right now. See details in real-time traffic reports. Send test traffic Website tracking This is the Universal Analytics tracking code for this property. To get all the benefits of Universal Analytics for this property, copy and paste this code into every web page that you want to track.

Ong Kim Swee Terkena Lagi



‘Hilang’ selepas sehari berlatih. Itu yang berlaku dalam kem latihan pusat skuad Harimau Malaysia apabila tiga pemain Zaquan Adha Abd Radzak, Irfan Fazail dan Darren Lok pulang selepas mendapat arahan pihak pengurusan kelab Johor Darul Ta’zim II (JDT II) kelmarin. 

Keputusan untuk memanggil balik pemain itu mengejutkan pengendali Datuk Ong Kim Swee yang mahu mengadakan latihan lebih awal bersama 13 pemain tidak terikat dengan mana-mana pertandingan ketika ini.

Bagaimanapun beliau akur dengan arahan JDT II itu yang mahu tiga pemain berkenaan dilepaskan kerana mengikut peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) semua pemain yang dipanggil bagi tugasan skuad kebangsaan hanya wajib melaporkan diri empat hari sebelum perlawanan.

“Saya difahamkan mereka diarahkan pulang semalam (kelmarin). Pagi ini (semalam) saya menerima surat daripada JDT II yang memaklumkan mereka hanya akan dilepaskan mengikut peraturan FIFA iaitu empat hari sebelum perlawanan, jadi kita harus hormati permintaan itu. Saya harap pemain ini akan melaporkan diri semula (Isnin ini) sebelum menentang Singapura.

“Tujuan saya memanggil pemain lebih awal adalah bagi mendapatkan tempoh masa lebih baik dan pada masa sama, pemain itu pula tidak terbabit dalam perlawanan liga,” katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan semalam.

Mengikut perancangan Kim Swee, 13 pemain memulakan latihan kelmarin manakala bagi 13 lagi menyusul selepas selesai perlawanan Piala Malaysia dan Piala AFC bagi persiapan menghadapi aksi persahabatan antarabangsa dengan Singapura di Stadium Nasional negara itu pada 7 Oktober dan Afghanistan di Stadium Shah Alam (11 Oktober).

Ini bukan kali pertama pendekatan memanggil pemain lebih awal menyertai latihan pusat sebelum perlawanan dilakukan jika pemain berkenaan tidak terikat dengan tugasan bersama pasukan masing-masing.

Dengan pelbagai masalah menghimpit skuad kebangsaan termasuk persaraan tonggak utama, kecederaan pemain serta tempoh semakin singkat menjelang Piala AFF di Yangon, ia pasti memberi tekanan kepada Kim Swee ketika pencabar mereka di peringkat Kumpulan B nanti Myanmar dan Vietnam tenang dengan persiapan masing-masing.

“Sudah tentu program agak tergendala sedikit tapi saya tak boleh fikir perkara negatif, saya perlu fikir apa perancangan bagi menghadapi Piala AFF dalam masa dua bulan lagi. Vietnam setahu saya akan ke Korea Selatan pada 15 hingga 31 bulan depan, Myanmar kini berada di Eropah, persiapan mereka amat rapi. Apabila kita ke sana dengan persiapan tempoh singkat, saya harap kita mampu bersaing,” katanya.

Kim Swee turut mengumumkan untuk memanggil Mohamad Nasir Basharudin dari Perak bagi menyertai pasukan hari ini manakala penyerang Terengganu Norshahrul Idlan Talaha (Terengganu) menyusul esok. Status Receiving traffic in past 48 hours. 10 active users right now. See details in real-time traffic reports. Send test traffic Website tracking This is the Universal Analytics tracking code for this property. To get all the benefits of Universal Analytics for this property, copy and paste this code into every web page that you want to track.

Terkejut Dakwaan 'Anak Ikan'


Bekas finalis Akademi Fantasia 2015 (AF2015) Sharul menafikan dakwaan dia ‘dibela’ lelaki dan menjalin hubungan songsang. Sharul, 20, atau nama sebenarnya Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman berkata, dia terkejut dengan dakwaan tidak masuk akal itu dan adalah mustahil untuk dia melakukan perkara terkutuk itu. 

“Itu semua fitnah kerana saya masih lelaki sejati. Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan saya lelaki songsang,” katanya kepada pihak media, semalam.

Sharul berkata, buat masa sekarang dia belum berjumpa dengan wanita yang sesuai untuk dijadikan teman wanita hingga ada yang beranggapan dia lebih tertarik dengan kaum sejenis. Menurutnya, sebelum ini dia kerap ditanya beberapa pihak mengenai perkara itu hingga mengundang rasa kurang selesa.

“Mereka menyindir dengan mengatakan saya ‘anak ikan’ kepada seorang lelaki kerana sering dilihat bersama sehingga saya disoal adakah sudah bertukar selera kepada lelaki? Saya memang tertekan dengan tuduhan itu kerana ia sama sekali tidak benar dan tidak masuk akal. Sebagai orang Islam, saya tahu apa itu halal haram,” katanya.

Ditanya adakah dia mengenali lelaki yang dimaksudkan itu, Sharul berkata, dia pernah berjumpa dengan lelaki terbabit tetapi tidak pernah keluar bersama, malah jauh sekali menjalin hubungan intim.
“Saya mula mengenali lelaki itu ketika menghadiri konsert Sufie di Singapura tidak lama dulu. Ketika itu, saya tidak berseorangan kerana turut ditemani rakan AF2015 iaitu Syamel,”katanya. Sharul berkata, sejak itu mereka mula berkawan dan kerap berjumpa tetapi tidak pernah keluar berdua seperti yang didakwa pihak tidak bertanggungjawab itu.

“Mungkin disebabkan perkenalan yang terjalin membuatkan orang salah anggap,” katanya. Status Receiving traffic in past 48 hours. 6 active users right now. See details in real-time traffic reports. Send test traffic Website tracking This is the Universal Analytics tracking code for this property. To get all the benefits of Universal Analytics for this property, copy and paste this code into every web page that you want to track.

Petronas Teliti Syarat Tawaran



Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) akan meneliti syarat yang diberikan menerusi kelulusan bagi projek loji gas asli cecair (LNG) di utara British Columbia daripada kerajaan Kanada. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, beliau baru sahaja menerima laporan itu dan belum memeriksanya dengan teliti. 

“Pengumuman baru dibuat pagi ini. Kami memerlukan masa untuk melihat syarat-syaratnya dan kemudiannya akan menilai projek itu,” katanya kepada pemberita di luar acara Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Minyak dan Gas Malaysia (MOGSEC) 2016, di sini, semalam. 

PETRONAS dan rakan kongsinya menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa Kanada selama tiga tahun untuk membina terminal eksport Pacific NorthWest LNG bernilai AS$35 bilion di utara British Columbia. Rakan kongsinya bagi projek itu ialah Brunei National Petroleum Co, China Petroleum & Chemical Corp, Indian Oil Corp dan Japan Petroleum Exploration Co.

Ditanya sama ada akan ada lebih banyak pemberhentian pekerja dalam PETRONAS, beliau berkata, jika ada peluang bagi pengoptimuman, pihaknya akan mengkajinya. Sementara itu, MOGSEC 2016, bakal menjadi platform kepada pemain industri minyak dan gas (O&G) untuk mempamerkan teknologi dan peralatan terkini bagi memenuhi permintaan pasaran.

Presiden Majlis Perkhidmatan Minyak dan Gas Malaysia (MOGSC), Sharifah Zaida Nurlisha Syed Ibrahim berkata, terdapat 93 syarikat O&G tempatan menyertai MOGSEC 2016 dan ia dijangka menarik 10,000 pengunjung perdagangan.

Katanya, pameran itu bukan saja mampu meletakkan Malaysia sebagai hab serantau bagi industri minyak dan gas, tetapi juga sebagai hab inovasi bagi industri O&G. “Bermula dengan MOGSEC 2012, kami sudah melihat pemain industri tempatan mempunyai bakat dan kebolehan dalam mempromosi Malaysia sebagai hab O&G.

“Apa yang menarik mengenai MOGSEC 2016, program ini turut mempunyai platform padanan perniagaan, pusat inovasi, seminar dan Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) Matrade,” katanya di majlis pelancaran MOGSEC 2016 di sini, semalam. Status Receiving traffic in past 48 hours. 8 active users right now. See details in real-time traffic reports. Send test traffic Website tracking This is the Universal Analytics tracking code for this property. To get all the benefits of Universal Analytics for this property, copy and paste this code into every web page that you want to track.

'Laris' Di Media Sosial


Minat yang mendalam membuatkan anak muda ini gigih menghabiskan masa berjam-jam menghasilkan komik selepas pulang dari kerja. Menurut Mohd Ridzwan Ariffin, 21, walaupun tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang seni tapi kerana minat melukis sejak kecil menjadikan dia berani mengetengahkan hasil karya kepada pembaca di media sosial. 

Mempunyai lebih 70,000 pengikut di Instagram, komik strip ‘wanmars’ hasil kerja tangan Ridzwan yang baru dikeluarkan bermula Februari tahun ini sudah dimuat naik sekitar 100 komik. “Saya tidak menetapkan hari atau waktu tertentu untuk keluarkan komik namun setiap kali ada idea saya tidak akan tunggu dan lepas pulang kerja saya terus tumpukan perhatian untuk siapkannya,” katanya.

Ridzwan berkata, dia tidak menyangka bakal menerima bilangan pengikut dan pembaca seramai itu kerana pada mulanya komik empat panel yang dihasilkan hanya sekadar hobi. “Saya tak sangka komik saya hasilkan dapat perhatian dan menarik minat orang ramai. Saya berterima kasih dengan semua pembaca kerana komik bertambah baik selepas komen yang mereka berikan.

“Selepas mendapat bilangan pembaca yang ramai, ada juga yang ingin menerbitkan komik saya tapi mereka tunggu sehingga bilangan komik strip saya hasilkan ini mencecah 150,” katanya.

Katanya, penghasilan komik membabitkan gabungan dua teknik iaitu teknik konvensional dan digital kerana kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri. “Kini saya lebih banyak gunakan teknik digital kerana lebih cepat untuk menghasilkan satu komik empat panel tapi sebenarnya saya suka gunakan kedua-dua teknik.

“Kadangkala saya gabungkan dua teknik dalam satu karya kerana mahu pelbagaikan teknik selain mencuba untuk bereksperimen,” katanya. Katanya lagi, dia akan terus aktif dan giat menghasilkan komik yang lebih baik dan mungkin menjadikan penghasilan komik sebagai kerjaya sepenuh masa. Status Receiving traffic in past 48 hours. 2 active users right now. See details in real-time traffic reports. Send test traffic Website tracking This is the Universal Analytics tracking code for this property. To get all the benefits of Universal Analytics for this property, copy and paste this code into every web page that you want to track.