Saturday, 31 December 2016

Tolong Keluarkan Aku Dari Lubang Kubur Ini!


Pemisah antara kehidupan adalah kematian dan tiada seorangpun manusia dapat menidakkan kematian. Setelah sesuatu jasad disahkan meninggal dunia, bagi yang hidup, wajib menguruskan jenazah si mati dengan sempurna mengikut kepercayaan masing-masing.

Namun, trdapat beberpa kes terpencil, telah berlaku kesilapan dalam menilai kematian seseorang individu. Ada yang sudah dikebumikan namun terpaksa digali semula setelah terdengar esak tangis "simati" di dalam kubur. Setelah digali, sememangnya "simati" memang benar-benar hidup.

Lain pula halnya dengan satu keluarga di Bulukumba, Indonesia. Sebuah keluarga di sini bertindak menggali semula kubur bapa saudara mereka yang sudah meninggal dua hari sebelum itu hanya kerana di datangi mimpi yang sama berulang kali.

Menurut keluarga berkenaan, kesemua ahli keluarga mereka mengalami mimpi yang sama di mana bapa saudara mereka merintih merayu untuk dikeluarkan dari kubur. Menurut mimpi berkenaan, bapa saudaranya mengakui masih hidup dan dia perlu dikeluarkan dari kubur dengan kadar segera.

Bertindak dari mimpi ini, keluarga ini meminta pertolongan daripada penduduk kampung sekitar untuk menggali semula kubur bekas Ketua Kampung berkenaan. Setelah hampir sejam menggali, mereka berjaya membawa keluar jasad Ketua Kampung berkenaan.

Hasilnya, bekas Ketua Kampung berkenaan sememangnya sudah mati dan tubuhnya sudah mula mereput dan berulat.

Mengulas tentang perkara ini, beberapa orang pengikut bekas Ketua Kampung berkenaan memberitahu, si mati semasa hidupnya, memang mempunyai ilmunyayang tersendiri dan tidak mustahil dia mampu untuk memasuki mimpi seseorang.

Nasib Baik Jamal Dedahkan, Kalau Tidak...





Dua minggu terakhir sebelum tahun 2016 melabuhkan tiraainya, antara isu yang hangat diperkatakan adalah bagaimana Datuk Seri Jamal bertindak sendirian menyerbu beberapa buah kedai haram yang menjalankan kegiatan perjudian mesin di sekitar Sungai Besar dan Ampang. Apa yang menaarik, beliau begitu mudah membongkarkan kegiatan haram ini tanpa sebarang tindakan awal dari pihak berkuasa.

Memang agak menghairankan, bagaimana kedai-kedai mesin judi haram ini boleh tumbuh seperti cendawan selepas hujan dan seolah-olah langsung tidak disentuh oleh mana-mana pihak berkuasa. Taukeh-taukeh mesin judi haram ini seolah-olah kebal dan bijak menyembunyikan aktiviti gelap mereka dan langsung tidak tercabar dengan penguatkuasaan unang-undang.

Bukan tiada laporan yang dibuat oleh penduduk tempatan yang jelas kurang senang dengan kewujudan premis-premis yang menawarkan kegiatan judi haram ini. Samada dari pihak berkuasa tempatan mahupun pihak polis, tiada tindakan yang benar-benar konkrit dalam mengatasi masalah ini.

Seorang penduduk Kampung Baru Ampang yang enggan namanya disiarkan memberitahu, kewujudan pusat-pusat mesin judi haram ini memang cukup banyak disekitar Lembah Klang apatah lagi di kawasan Ampang. Menurutnya, dianggarkan kira-kira lebih 10 premis yang menjalankan kegiatan haram ini bergiat aktif di sekitar Ampang dan Pandan.

Menurutnya, apa yang membimbangkan adalah, ada dikalangan pengunjung masih dibawah umur dan ada diantaranya sanggup untuk ponteng sekolah hanya untuk berjudi di premis ini. Lebih memburukkan keadaan, ada diantara pengunjung terdiri dari orang dewasa yang adakalanya sanggup membiarkan keluarga mereka hidup dengan kekurangan bekalan asas makanan di rumah.

Apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Jamal tegasnya, sememangnya baik kerana belum pernah ada mana-mana individu mahupun pihak berkuasa mendedahkan kegiatan haram seumpama ini di sekitar Ampang mahupun Pandan. Walaupun pada dasarnya beliau bersetuju dengan pendapat pihak polis yang melihat tindakan Datuk Seri Jamal ini merbahaya, namun ini sahajalah jalan membongkar kegiatan haram mereka.

Sebenarnya, tahap keseriusan kewujudan pusat-pusat mesin judi haram ini membabitkan banyak daerah dan boleh dikatakan kewujudannya ada di seluruh negara. Sudah tiba masanya pihak berkuasa tempatan dan pihak polis menyerbu dan mengambil tindakan tegas kepada pengusaha-pengusaha perniagaan haram ini.

Seperti yang digariskan di dalam Al Quran, apa jua bentuk pertaruhan adalah haram di sisi agama Islam. Mencegahnya adalah kewajiban semua dan ditangan pihak berkuasalah terletaknya penguatkuasaan undang-undang supaya perkara seumpama ini tidak terus berlaku.

Penemuan Menggemparkan

TERBARING: Mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah di mulut.

Pengguna jalan raya dan orang ramai gempar melihat seorang lelaki yang ditemui mati dalam kenderaannya dengan berlumuran darah di mulutnya di Jalan Sebiew di sini semalam. 

Punca kematian mangsa yang dikenali Kudang Ligi, 49, dari Rumah Andrewson Aping, Sungai Sebatu, Suai Niah dekat sini itu belum dipastikan sehingga bedah siasat dilakukan. Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zailanni Amit semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. 

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa melanggar penghadang jalan lalu hilang kawalan terhadap kenderaannya sebelum berhenti di tepi jalan.

Katanya mangsa bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat keselamatan ditemui berlumuran dengan muntah darah berbuih pada mulutnya. “Hasil temu bual polis dengan abang iparnya, mangsa mempunyai masalah kesihatan jantung dan darah tinggi,” katanya di sini semalam. 

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat dan kenderaan mangsa ditunda oleh polis trafik. “Siasatan mendapati kes itu tiada unsur jenayah dan diklasifikasi sebagai kematian mengejut (SDR) namun siasatan masih diteruskan,” jelasnya.

Kes tersebut dimaklumkan sekitar jam 8.15 pagi kepada Koperal Johardi Johen daripada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu oleh Hospital Bintulu.

Kanak-Kanak Disyaki Diperalat Ibu Bapa



Sekumpulan kanak-kanak seawal usia setahun hingga 12 tahun sanggup berpanas dan bergadai nyawa disyaki dipergunakan ibu bapa mereka untuk mengemis di kawasan pusat bandar di simpang bulatan, Jalan Persisiran berdekatan Masjid Al-Kauthar di sini. 

Tinjauan mendapati kanak-kanak berkenaan tidak bersendirian, malah turut bersama-sama disyaki nenek mereka melakukan kegiatan itu di jalan berkenaan sebagai mata pencarian golongan itu sejak sekian lama.

Dalam tinjauan itu juga dipercayai ibu bapa kepada kanak-kanak ini berada di kawasan berhampiran seperti di Taman Persisiran dan tempat letak kereta di Masjid Al-Kauthar bagi memerhatikan anak-anak mereka dari jauh.

Senarionya, peminta sedekah cilik itu akan pergi dari satu kereta ke kereta lain dan menagih simpati menggunakan isyarat memerlukan duit untuk makan, jika tidak dilayan mereka akan mengetuk cermin kereta. Kanak-kanak itu turut dilihat berani bersandar di kereta yang sedang bergerak perlahan sekiranya permintaan mereka tidak dilayan selain mencalarkan kereta.

Kegiatan mereka itu bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri tetapi turut menjejaskan keselamatan pengguna lain termasuk penunggang motos ika l yang berkemungkinan tidak menyedari kehadiran peminta sedekah itu.

Bagi seorang pekerja swasta Asmara Husni, 32, kehadiran pengemis jalanan ini mengganggu fokus pemandu apabila peminta sedekah ini dilihat memaksa pemandu memberikan mereka duit. Norlaila Said, 36, pula berkata aktiviti itu berterusan sehingga kini disebabkan oleh sikap sesetengah individu yang memberikan wang sehingga ia diambil kesempatan oleh golongan ini.

Menurutnya, sekiranya mahu menyalurkan bantuan, berilah melalui saluran betul agar individu yang memerlukan benar-benar terbela. Sementara itu, Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Alijus Sipil ketika dihubungi berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap pengemis yang beroperasi di Jalan Persisiran itu termasuk menghantar mereka kembali ke tempat asal di negara atau daerah masing-masing.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Bahagian Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Tawau Asnah Kassim berkata 53 pengemis rata-rata terdiri daripada masyarakat Pala’u diselamatkan dalam operasi JPKA Tawau sejak Januari hingga November tahun ini.

“Kita akan melantik Pegawai Khas serta menukar modus operandi kerana apabila nampak kereta jabatan, mereka akan melarikan diri, kita juga akan menyerahkan mereka kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya.

Bapa Keji Dijel 80 Tahun, 110 Sebatan



Perbuatan keji seorang bapa yang tergamak merogol anak kandungnya sendiri yang terpisah selama lebih 15 tahun mendapat pembalasan setimpal apabila dijatuhi hukuman penjara selama 80 tahun dan 110 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam. 

Hakim Datin M. Kunasundari menjatuhkan hukuman ber­kenaan selepas tertuduh yang merupakan seorang gelanda­ngan berusia 38 tahun mengaku salah ke atas 11 pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melakukan seks oral terhadap anak perempuannya yang berusia 16 tahun di sebuah bilik sewa di Lorong Haji Taib 1 di sini.

Kunasundari dalam penghakimannya berkata, kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius dan keji serta tidak dapat dimaafkan. Mengikut pertuduhan, dia didakwa atas 11 pertuduhan rogol dan satu pertuduhan me­lakukan seks oral terhadap anak pe­rempuannya itu di sebuah premis di Lorong Haji Taib 1 antara 27 Ogos hingga 7 September lalu.

Bagi sembilan pertuduhan rogol yang dilakukan antara 27 Ogos hingga 5 September, tertuduh dikenakan hukuman 60 tahun penjara dan 90 sebatan. Bagi dua lagi pertuduhan rogol dan satu pertuduhan seks oral antara 28 Ogos hingga 7 September, tertuduh dijatuhi hukuman 20 tahun penjara dan 20 sebatan. Mahkamah memerintahkan kesemua hukuman penjara ber­kenaan berjalan secara berasingan.

Obama Usir 35 Diplomat Rusia





Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengusir 35 diplomat Rusia kelmarin kerana disyaki mengintip untuk Moscow. Obama juga mengenakan sekatan ke atas dua agensi perisikan Rusia yang didakwa terlibat menggodam komputer ahli-ahli politik AS menjelang pilihan raya Presiden November lalu. 

Langkah tegas itu yang diambil pada hari-hari terakhir pentadbiran Obama mencetuskan situasi paling tegang antara AS dan Rusia selepas Perang Dingin. Ia juga turut berisiko menjejaskan hubungan bakal presiden AS, Donald Trump dengan Kongres berhubung cara menangani Moscow pada masa hadapan.

Obama daripada Parti Demokrat menjanjikan kesan buruk selepas pegawai-pegawai perisikan AS menyalahkan Rusia kerana melakukan penggodaman untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya Presiden 2016. Mereka menuding jari kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin kerana secara peribadi mengarahkan serangan siber itu yang mensasarkan Parti Demokrat.

“Tindakan ini menyusul selepas AS berulang kali mengeluarkan amaran terbuka dan secara sulit kepada kerajaan Rusia. “Sekatan ini perlu dan wajar terhadap usaha untuk menjejaskan kepentingan AS,” kata Obama dalam satu kenyataan dari Hawaii.

Obama mengenakan sekatan terhadap dua agensi perisikan Rusia iaitu GRU dan FSB. empat pegawai GRU dan tiga syarikat menyediakan sokongan material kepada operasi siber GRU. Menurut Obama, Jabatan Negara mengusir 35 diplomat Rusia dan menutup dua fasiliti Rusia di New York dan Maryland yang didakwa digunakan kakitangan Rusia untuk tujuan perisikan.

Dalam perkembangan berkaitan, masih tidak jelas sama ada Trump yang berulang kali memuji Putin dan dilihat lebih mesra dengan Moscow akan membatalkan sekatan itu apabila beliau mengambil alih pentadbiran negara pada 20 Januari depan. Trump sebelum ini menolak dakwaan Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan agensi perisikan lain bahawa Rusia ialah dalang di sebalik serangan siber itu.

“Ini adalah masa untuk negara kita beralih kepada perkara yang lebih besar dan baik,” kata Trump dalam satu kenyataan.

Azmin Lepas Jawatan Presiden FAS




PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) bergelora. Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Besar Selangor membuat keputusan meletakkan jawatan selepas dua tahun memegang jawatan tersebut berkuat kuasa serta-merta. 

Turut mengambil pendirian yang sama untuk meletakkan jawatan ialah Amirudin Shari yang memegang jawatan sebagai Pengurus Pasukan Selangor. Azmin dalam satu kenyataan memberitahu, tindakan tersebut diambil kerana kecewa dengan barisan Exco FAS yang tidak bersedia membawa perubahan terhadap pembangunan sukan itu di negeri Selangor.

Menurutnya, barisan Exco FAS juga telah gagal mengemukakan pelan strategik dalam pengurusan bola sepak negeri Selangor termasuk melaksanakan pentadbiran yang profesional sebagaimana yang disaran oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelang tahun 2018.

Malah, beliau turut mengkritik kepimpinan persatuan itu yang masih dengan sikap dan budaya lama serta mengamalkan politik yang melampau, kolot serta masih bergantung kepada mentaliti subsidi. “Exco FAS terus bergelumang dengan budaya politik yang tidak bertanggungjawab serta mengecewakan penyokong dan rakyat negeri Selangor.

 “Sehubungan itu, saya (Azmin Ali) dan Amirudin Shari mengambil keputusan untuk tidak lagi memimpin sebuah organisasi dan pengurusan yang tidak berwibawa serta tidak komited dengan agenda perubahan demi menjamin kegemilangan bola sepak negeri Selangor,” kata Azmin.

Pada Disember 2014, Jawatankuasa Eksekutif FAS melalui Kongres Luar Biasa telah bersetuju dan meluluskan sebulat suara memilih Azmin sebagai Presiden FAS yang baharu. Azmin memberitahu, kerajaan negeri akan memberikan sokongan dan dukungan terhadap kemajuan sukan bola sepak di negeri Selangor melalui kaedah baharu yang akan diputuskan kelak.

Katanya, sukan bola sepak merupakan sukan rakyat yang dapat memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian rakyat negeri Selangor. “Kami memberi jaminan kepada para penyokong bola sepak Selangor bahawa kegemilangan sukan ini akan dijulang melalui pengurusan yang bersih dan berintegriti,” ujarnya lagi.

Kemelut kepimpinan yang melanda FAS sebelum ini mendapat perhatian daripada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah apabila baginda pada 23 Disember lalu menyarankan rombakan drastik perlu dilakukan oleh FAS berikutan perkembangan terkini yang dilihatnya sebagai sangat membimbangkan.

Titah baginda, rombakan tersebut melibatkan keseluruhan struktur organisasi FAS, termasuk mengemaskinikan perlembagaan supaya lebih relevan dan sesuai dengan masa sekarang.

Susulan daripada saranan Raja Muda Selangor itu, pelbagai pihak termasuk pengikut Twitter Mohamed Azmin pada 24 Disember lalu mendesak Menteri Besar itu supaya memulakan rombakan FAS dengan memulakan peletakan jawatannya selaku presiden FAS.

Sepuluh Kontroversi Terhangat Hiburan Sepanjang 2016



KONTROVERSI bukan satu frasa yang digemari sesiapa pun, termasuk selebriti. Biar cuba mengelak atau menepis, kontroversi kadangkala tidak dapat dihindar. Sama ada ia terjadi kerana kerelaan sendiri atau tanpa sengaja, kontroversi seolah-olah bom jangka yang tiba-tiba meledak pada masa tepat atau saat ia dihidu masyarakat melalui dunia tanpa sempadan hari ini. 

Berikut merupakan 10 kontroversi terhangat hiburan sepanjang 2016.

1. Awie
Isu : Nikah kali ketiga di Thailand
Fakta : Walaupun kes perceraian dan kekasaran dengan isteri, Rozana Misbun masih berjalan, namun itu tidak menghalang vokalis kumpulan Wings bernikah buat kali ketiga dengan pasangannya, Sharifah Ladyana Syed Shamsudin. Perkahwinan mereka berlangsung secara rahsia pada 7 Oktober lalu di Songkhla, Thailand.

Awie, 48 dan Ladyana, 29, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada pukul 12.10 tengah hari waktu Thailand. Mereka dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Sultan Sulaiman, Songkhla, Imam Chawalid. Awie turut menimbulkan kontroversi apabila mendakwa dia berketurunan Raja Siam, Raja Sulaiman dan itu menjadi sebab pemilihan Songkhla sebagai lokasi pernikahannya.

2. Fara Fauzana
Isu : Batal majlis kahwin
Fakta : Seminggu sebelum majlis pernikahannya, pengacara dan pelakon Fara Fauzana mengejutkan peminatnya apabila membatalkan perkahwinan tersebut atas alasan yang enggan dikongsi. Sepatutnya, Fara, 36, melangsungkan perkahwinan dengan seorang ahli perniagaan, Mohamed Hafiz Badiuzzaman, 30, pada 17 September lalu.

Tanpa mendedahkan punca yang sahih, bekas penyampai radio itu bagaimanapun mengakui tindakan dibuat adalah keputusan sukar tetapi harus dimuktamadkan selepas persetujuan keluarga.

3. Adi Putra
Isu : Kahwin kali kedua secara rahsia
Fakta : Selepas seminggu berita perkahwinan keduanya bersama seorang wanita tersebar di internet, akhirnya pada 25 Julai lalu Adi Putra merungkai segala spekulasi mengenai status hubungannya bersama wanita tersebut.

Pelakon filem KL Gangster itu mengaku telah mendirikan rumah tangga dengan seorang janda beranak satu yang dikenali sebagai Nor Shahida Zolkifly pada 20 Jun iaitu Ramadan lalu di kediaman keluarga wanita itu secara rahsia. Adi juga mengakui pernikahan kedua itu telah mendapat restu daripada isteri pertamanya, Aida Yusof tetapi menafikan perkahwinan tersebut dilakukan atas alasan zuriat ataupun perniagaan.

4. Uqasha Senrose
Isu : Buka hijab selepas tiga tahun
Fakta : Selepas beberapa kali dilanda kontroversi yang dikaitkan dengan isu membuka tudung, pelakon Uqasha Senrose membuat pengakuan sudah tidak lagi mengenakan hijab pada Ogos lalu. Dia yang sebelum ini tampil dengan imej bertudung selama tiga tahun memberitahu alasannya berbuat demikian kerana tidak lagi mahu hipokrit dengan diri sendiri.

Selepas beberapa bulan membuka tudung, pelakon drama Tundukkan Playboy itu membuat kemunculan pertama pada Anugerah Skrin 2016 (ASK2016), November lalu.

5. Neelofa, Fattah Amin
Isu : Drama asmara Neelofa, Fattah Amin
Fakta : Drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot yang ditayangkan pada awal November lalu memberikan impak kuat apabila lakonan hero dan heroinnya Fattah dan Neelofa diterima baik peminat. Keserasian mereka yang memegang watak Warda dan Ejaz menimbulkan ‘bibit cinta’, sekali gus menimbulkan harapan peminat yang mengharapkan mereka melangkah ke fasa yang serius dalam alam realiti.

Hal itu dikuatkan lagi dengan beberapa insiden tertangkapnya kemesraan pasangan itu ketika berada di luar antaranya aksi mesra Neelofa menemani Fattah bermain futsal dan berpegangan tangan di lapangan terbang di Brunei, selain kekerapan menghadiri majlis anugerah.

Namun, impian peminat untuk melihat pasangan yang menerima jolokan #Lofattah itu tidak kesampaian apabila Neelofa bertindak mematikan episod fantasi hubungan ‘teman tapi mesra’ nya dengan sebuah pengakhiran tanpa jawapan pasti.

Belum reda isu tersebut, timbul dakwaan kehadiran orang ketiga iaitu pelakon Tania Hudson sebagai kehancuran hubungan mereka. Baik Tania atau Fattah, kedua-duanya mengambil pendekatan mengunci mulut agar isu berkenaan tidak berpanjangan.

6. Remy Ishak
Isu : Rumah diserbu polis
Fakta : Pada 16 September lalu, rumah pelakon Remy Ishak yang terletak di Seri Kembangan, Selangor diserbu sepasukan polis selepas dipercayai terlibat dengan kes dadah. Dalam kejadian tersebut, pelakon berusia 34 tahun itu mendakwa rumahnya diserbu semasa ketiadaan dan berada di luar kawasan.

Bagaimanapun, pelakon filem Anak Halal itu mendakwa dianiaya individu sama yang melakukan ugutan kepadanya sebelum itu. Awal September lalu, dia menerima ugutan daripada seorang wanita kenamaan berasal dari Pantai Timur itu ekoran kegagalan urusan pelaburan dan perniagaan.

7. Zila Seeron, Along Cham
Isu : Dicerai kerana tidak mahu masak
Fakta : Kronologi kisah perceraian pelakon dan pelawak Along Cham bersama bekas isterinya, penyanyi Zila Seeron disifatkan tragis. Bermula dengan dakwaan Zila yang membuka mulut kepada pihak media tentang bekas suaminya itu menghalang dia bertemu anak mereka sehingga dihalau keluar dari rumah benar-benar mendapat simpati daripada masyarakat.

Biarpun dihentam dengan gelaran suami dayus, Along hanya mengambil pendekatan berdiam diri. Sedang isu itu diperkatakan orang, jerat yang dipasang Zila seakan-akan memakan dirinya sendiri apabila ditangkap berkhalwat dengan suami orang dalam sebuah operasi serbuan di Bukit Jalil.

Sejak itu, satu persatu aib Zila terbuka apabila beberapa keping gambar seorang wanita didakwa Zila bersama seorang lelaki dalam keadaan separuh bogel tersebar dalam aplikasi nyanyi Smule. Sehinggalah pada 29 Ogos lalu, pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Sejurus prosiding perceraian itu selesai, Along dirakam jurugambar cuba mengelak daripada menyambut huluran salam daripada Zila di luar perkarangan mahkamah.

8. Datuk Red, Ruhainies berpegangan 
Isu : Datuk Red, Ruhainies didakwa keluar berdua-duaan
Fakta : Pada Julai lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan penyebaran video Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali Datuk Red keluar berdua-duaan dengan pelakon muda, Ruhainies di sebuah pusat beli-belah terkemuka ibu negara.

Menerusi video tersebut, Datuk Red yang juga suami kepada penyanyi Adira dilihat sedang memeluk pinggang Ruhainies ketika mereka sedang menaiki eskalator. Bagaimanapun, Ruhainies menegaskan, dia telah menjadi mangsa perangkap lelaki itu yang pada asalnya mengadakan perjumpaan bagi membincangkan hal kerja.

Dia juga sama sekali tidak mempunyai hati terhadap lelaki yang sudah mempunyai dua isteri itu. Dalam satu kenyataan kepada media, Datuk Red pula secara terang-terangan mengaku menyukai Ruhainies dan jika ada jodoh tidak menolak untuk mengambilnya sebagai isteri ketiga. Namun, kontroversi berkenaan ditamatkan dengan berita Adira berbadan dua.

9. Elly Mazlein
Isu : Perceraian dan drama Gegar Vaganza 3
Fakta : Drama hidup penyanyi Elly Mazlein bermula selepas dia mengumumkan sudah bercerai dengan bekas suaminya yang juga pengarah drama, Azmi Hatta pada 15 Oktober tahun lalu. Selang beberapa bulan kemudian, isu perceraiannya kembali kecoh selepas pelakon Faye Kusairi didakwa sebagai orang ketiga yang meruntuhkan perkahwinan pasangan itu.

Saling berbalas sindiran di Instagram, baik Elly mahu Faye, kedua-duanya seperti tidak mahu beralah. Faye mendakwa perkara itu hanyalah fitnah semata-mata. Tidak lama kemudian, Faye mendedahkan kepada sebuah portal hiburan bahawa Azmi adalah kekasihnya tetapi hubungan mereka bermula selepas dua bulan lelaki itu bercerai dengan Elly.

Kemelut perceraian Elly belum bernoktah di situ.Setelah berjaya menempatkan diri selaku peserta Gegar Vaganza musim ketiga (GV3), dia seperti ‘menjual’ kisah peribadi kepada umum dan kerap berdrama di atas pentas. Tindakannya itu turut memberi impak kepada Datuk Ramli MS dan juri jemputan Fauziah Ahmad Daud.

Akibat teguran yang mereka lemparkan kepada Elly akan dikecam oleh peminat sehinggakan juri bertaraf ikon seni itu disifatkan jahil dan tidak sensitif terhadap nasib ibu tunggal seperti Elly.

10. Aidil Aziz
Isu : Ditangkap kerana edar ganja
Fakta : Awal Oktober lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pelakon Aidil Aziz bersama dua rakannya ditangkap kerana didakwa mengedar dadah jenis ganja. Mengikut pertuduhan, pelakon Lara Terindah itu didakwa mengedar ganja seberat 465.61 gram di alamat No.1, Jalan Ampang Hulu, Ampang, Kuala Lumpur pada pukul 12.40 tengah hari, 24 September lalu.

Selepas hampir dua bulan ditahan, pelakon berusia 28 tahun itu bernasib baik selepas dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM4,000 pada 7 Disember lalu. Aidil kini berada bawah pengawasan polis selama dua tahun.

Elegan Dengan Sentuhan Peribadi


Bijak menyusun atur dan memanfaatkan ruang terhad mampu mewujudkan suasana selesa dan elegan pada ruang kediaman. Sibuk bekerja dan masih bujang, bukan alasan buat Zafirah Zakaria, 27, mengabaikan tata rias rumah miliknya itu. 

Menjejakkan kaki ke kondominiumnya di Ampang, Selangor membuatkan penulis teruja melihat keindahan segenap ruang rumah yang indah. Menurut Zafirah, dia sering dibantu ibu dan kakak terutama dalam pemilihan perabot dan seni susun letak rumah tanpa melantik pereka dalaman. 

Meninjau keseluruhan ruang, kondominium seluas sekitar 1,300 kaki persegi itu dihiasi teliti pada setiap ruang. Dekorasi setiap ruang bukan saja kelihatan kemas dan elegan malah turut mendapat sentuhan peribadi pemilik kediaman ini sendiri. Menekankan dekorasi moden Eropah, setiap ruang menampilkan cita rasa pemilihan perabot berlainan bagi mewujudkan suasana dan ‘mood’ berbeza. 

Antara dekorasi yang mencuri perhatian penulis adalah ruang bacaan yang terletak antara ruang tamu dan balkoni. Berbeza dengan keseluruhan tema warna bumi diketengahkan di semua ruang lain, ruang bacaan itu menyelitkan warna merah yang membuatkan ia nampak menyerlah.

Ruang yang dilengkapi langsir putih yang nipis dan jarang dengan corak bunga pada bahagian tingkap serta pintu membangkitkan suasana moden Eropah di situ. Titik tumpu terletak pula pada dua kerusi lengan dengan fabrik baldu berwarna merah.

Menurut Zafirah, ruang bacaan begitu istimewa kerana mendapat sentuhan peribadi ibunya yang menggemari hiasan dalaman dan perabot diinspirasi dari Eropah. “Secara keseluruhan susun atur dan pemilihan perabot dalam ruangan bacaan ini adalah idea ibu malah, kerusi ini juga koleksi peribadi beliau.

“Kerusi lengan kayu ini barangan antik kerana ia dihasilkan di Itali dan ibu mendapatkannya di Singapura lebih 20 tahun lalu,” katanya.

Turut tersemat indah di ruang itu adalah lampu candelier bersaiz kecil yang bukan saja berpadanan dengan keseluruhan hiasan malah menambahkan lagi seri suasana. Ruang tamu turut diberi perhatian yang teliti dan setiap inci dan sudut serta ruang itu diatur dengan baik menjadikan suasana bukan hanya sedap mata memandang tapi lebih praktikal.

Menariknya di ruang itu, satu sudut dinding dipenuhi cermin menggantikan kertas dinding yang turut digunakan dalam ruang sama. “Saya suka ruang yang nampak lapang dan tidak sesak jadi tujuan meletakkan cermin adalah untuk mencipta ruang yang kelihatan lebih luas,” kata Zafirah.

Pada sudut dinding cermin itu pemilik menyusun letak perabot gaya moden Amerika dengan menampilkan kerusi dari bingkai besi dan fabrik biru. Sudut tengah pula menjadi tumpuan kerana diletakkan sofa tiga tempat duduk bersama ottomen menjadi ruang untuk menonton televisyen.

Di hujung ruang tamu pula pemilik meletakkan kerusi lengan bersama almari hiasan dan dilengkap dengan bunga orkid bagi menambah kesegaran pada sudut berkenaan. Sebuah kamar tidur yang ditukar menjadi bilik pakaian juga mencuri tumpuan kerana dipenuhi dengan binaan almari mencecah paras siling di hampir keseluruhan dinding memberi ruang penyimpanan maksimum bagi pemilik. 

Lebih menarik, kamar tidur kedua diubah suai dengan binaan katil dua tingkat bagi menyediakan dua tempat tidur dalam ruang kecil. Ruang dapur yang diubah suai mengikut keselesaan juga bersambung dengan ruang makan dan turut menjadi tempat untuk mencuci pakaian.

Bijak membahagi dan menyusun atur, ruang dapur turut bersambung dengan ruang makan serta pemilik menggunakan pulau meja makan bagi memanfaatkan ruang dengan sebaik mungkin. Kediaman dengan tiga bilik itu menggunakan warna putih sebagai warna utama di kamar tidur utama, bilik pakaian, kamar tidur kedua dan dapur.

Pemilihan warna putih dan pastel tidak hanya tertumpu pada dinding malah kebanyakan warna itu dilihat pada perabot serta kelengkapan rumah. “Saya ingin ruang tampak lapang dan luas jadi saya banyak gunakan warna terang dan pastel tapi paling utama saya pilih putih.

“Warna putih juga warna kegemaran ibu saya jadi saya banyak selitkan warna itu dalam menata rias ruang dalam rumah ini,” kata eksekutif swasta itu.

Friday, 30 December 2016

Kenapa Rafizi Sibuk Pertikai Projek MRT TapI Bisu Tentang Projek Terowong?



Serangan berterusan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli terhadap projek pembinaan MRT yang didakwanya melebihi dari angka sebenar seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, terus dibidas oleh banyak pihak. Terbaru, MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd tampil menjelaskan jumlah sebenar yang diterima oleh mereka.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi portal Free Malaysia Today (FMT, pihak MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd menjelaskan, jumlah sebenar yuran sebagai rakan kongsi penyampaian projek (PDP) bagi Mass Rapid Transit 1 (MRT 1) yang diterima mereka adalah RM 750 juta dan bukan RM 7 bilion seperti yang didakwa oleh Rafizi dalam kenyataannya, baru-baru ini.

Ini sekaligus membuktikan, dakwaan Rafizi itu sebenarnya adalah karut serta bersandarkan pada bukti yang tidak sahih. Ujar sumber dalaman MMC Gamuda, mereka yang menjalankan projek berkenaan dan segala urusan mengenai kewangan ada pada mereka. Adalah mustahil untuk memutar belitkan cerita kerana semua urusan syarikat akan sentiasa diaudit.

Justeru, mereka mempersoalkan, kenapa Rafizi hebat menghentam projek mega hak rakyat berkenaan kerana beliau sendiri langsung tiada bukti untuk diketengahkan. Semuanya hanya bergantung kepada sumber yang tidak sahih dan langsung tidak merujuk kepada mereka.

Memang benar, agak menghairankan, kenapa Rafizi jauh berminat membicarakan tentang projek MRT sedangkan beliau secara tiba-tiba menjadi pekak, buta dan bisu apabila kerajaan negeri Pulau Pinang secara sewenang-wenangnya membatalkan kontrak mereka bersama Beijing Urban Constructions Group (BUCG) dalam pembinaan terowong dasar lautnya?

Bayangkan, sejumlah RM 305 juta telah dilaburkan hanya untuk projek penilaian sedangkan projek asasnya pun langsung tidak pernah dilaksana. Apakah wang yang dilaburkan oleh kerajaan Pulau Pinang ini datangnya dari wang yang dijumpai di tepi jalan sehingga sewenang-wenangnya dibelanjakan tanpa sebarang projek dimajukan?

Adakah ini halal pada pendirian Rafizi sehingga beliau langsung tidak pernah menyebut tentang pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang? Salahkah projek MRT yang bernilai RM 21 bilion ini dibina oleh kerajaan untuk melicinkan pengankutan awam di jajaran Sungai Buloh hingga Semantan yang memberi manfaat lebih 1 juta orang pengguna?

Dengan RM 305 juta dilaburkan oleh kerajaan Pulau Pinang kepada BUCG, Mana hasil yang boleh dilihat dan dibanggakan? Kenapa ini langsung tidak disentuh Rafizi? Ini juga duit rakyat negeri Pulau Pinang dan bukan duit yang datang dari poket Lim Guan Eng sendiri. Adakah rakyat Pulau Pinang bukan rakyat Malaysia pada mata Rafizi?

Budak Ditinggal Sendirian Di Pusat Beli-Belah Ditemukan Semula Dengan Keluarga



Seakan filem pecah panggung ‘Home Alone’ pada 1990, apabila seorang budak lelaki ditinggalkan sendirian di rumah secara tidak sengaja semasa cuti Krismas, sebuah keluarga dari Brunei juga mengalami nasib serupa, selepas tertinggal anak lelaki mereka di sebuah pusat beli-belah di sini kelmarin. 

Orang ramai menemui kanak-kanak lelaki itu merayau bersendirian di kompleks berkenaan kira-kira 6 petang dan memaklumkan kepada polis yang kemudian membawa kanak-kanak itu ke Balai Polis Pusat Miri. Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata keluarganya tidak menyedari anak mereka hilang dan terus menaiki kenderaan bersama-sama empat lagi anak mereka.

“Bapa berusia 46 tahun itu, yang juga seorang penjawat awam di Brunei, hanya menyedari anak lelakinya tiada di dalam kereta selepas 10 minit beredar dari pusat beli-belah itu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya lelaki itu kembali semula untuk mencari anaknya dan dimaklumkan oleh pengawal keselamatan anaknya telah dibawa ke balai polis. Khoo berkata lelaki itu mengambil anaknya di balai polis pada jam 7.30 malam selepas mengemukakan pasport anak lelakinya.

Kejadian itu yang berakhir dengan kegembiraan, walaupun kanak-kanak berkenaan tidak berdepan dengan penjahat seperti aksi yang dilakonkan oleh Macaulay Culkin, terima kasih kepada orang awam yang prihatin dan anggota polis Miri.

Gambar kanak-kanak itu viral di media sosial malam tadi selepas berita mengenai kehilangan kanak-kanak warga Brunei itu disebarkan secara meluas. Akhir Disember adalah tempoh paling sibuk di Miri kerana ramai kakitangan kerajaan dari Brunei datang membeli-belah dan menghabiskan cuti mereka di sini.

Dituduh Seleweng RM61.48 Juta




Seorang bekas Pengarah Jabatan Air Sabah (JAS), isterinya serta Penasihat Teknikal dan Kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap 37 tuduhan menyeleweng dana infrastruktur melibatkan wang tunai RM61.48 juta serta simpanan bank selain memiliki secara salah barangan mewah. 

Bekas pengarah itu, Awang Mohd. Tahir Mohd. Talib, 54, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 12 kesalahan melakukan pe­ngubahan wang haram berjumlah RM56.9 juta dan memiliki pelbagai jam tangan serta ken­deraan mewah yang menyalahi undang-undang.

Dia juga me­ngaku tidak bersalah bersama-sama isterinya, Fauziah Piut, 51, terhadap dua tuduhan memiliki secara salah barang kemas. Fauziah turut dikenakan 19 tuduhan memiliki secara salah barang kemas dan beg mewah serta wang sebanyak RM2.2 juta dalam pelbagai akaun bank.

Seorang lagi tertuduh, Penasihat Teknikal dan Kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah, Lim Lam Beng, 62, yang digantung tugasnya menghadapi satu tuduhan memiliki secara salah sebuah kenderaan dan tiga tuduhan memiliki secara salah wang tunai berjumlah RM2.38 juta.

Pakej Umrah Kelentong



Jumlah keseluruhan pakej umrah ditawarkan bernilai RM6,990 seorang, tetapi bagi menarik perhatian setiap pesertanya hanya perlu membayar RM3,000 manakala selebihnya dibiayai penaja. Begitulah tawaran pakej umrah Yayasan Bakti Negeri Terengganu (YBNT) dan dipercayai memperdayakan 4,800 mangsa dengan jumlah kerugian RM14.2 juta. 

Difahamkan, yayasan berkenaan dipercayai turut memperdayakan Jabatan Pendidikan Negeri untuk membolehkan mereka masuk ke sekolah dan mengadakan aktiviti sebelum mendekati guru bagi menawarkan pakej terbabit sejak Jun lalu.

Lebih malang apabila siasatan polis terhadap akaun bank digunakan yayasan berkenaan mendapati wang dipercayai dibayar peserta terbabit tidak digunakan untuk tempahan pakej umrah sebaliknya digunakan bagi tujuan pelaburan lain.

Kegiatan itu terbongkar selepas polis menahan dua individu iaitu pengarah eksekutif dan akauntan yayasan berkenaan masing-masing berusia 28 tahun di Jertih, Isnin lalu. Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata, kedua-dua lelaki berkenaan ditahan selepas polis menerima laporan daripada agensi pelancongan dilantik bagi menguruskan penerbangan peserta terbabit.

Menurutnya, hasil laporan itu pihaknya melakukan serbuan ke premis pejabat yayasan itu di Besut dan merampas 18 pasport milik mangsa, komputer riba, dua unit telefon bimbit dan beberapa dokumen bagi membantu siasatan.

“Pemeriksaan terhadap satu daripada tiga akaun anak syarikat yayasan terbabit mendapati ada transaksi wang masuk keseluruhannya RM14.2 juta dipercayai dibayar mangsa,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Menurutnya, semakan mendapati wang berkenaan dikeluarkan menerusi beberapa cek dan secara tunai. Katanya, pihaknya mengesan tujuan wang berkenaan dikeluarkan dari akaun, tetapi siasatan mendapati ia untuk pelaburan.

“Setakat ini kami menerima 48 laporan polis daripada 47 individu dan sebuah agensi pelancongan yang mendakwa menjadi mangsa penipuan yayasan berkenaan. Yayasan berkenaan bijak menggunakan saluran bagi mencari peserta apabila melakukan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri bagi menawarkan pakej berkenaan.

“Modus operandi yayasan terbabit dengan menghantar surat tawaran dan maklumat berkaitan pakej y kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk menarik penyertaan guru,” katanya.

Berikutan itu, katanya, pihaknya memanggil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri untuk membantu siasatan. Menurutnya, pihaknya juga mendapatkan maklumat daripada pengarah terbabit mengenai aktiviti yayasan berkenaan. Rosli berkata, hasil pemeriksaan mendapati yayasan itu tidak didaftarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

John Kerry Terus Bidas Israel




Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry kelmarin memberi amaran kepada Israel bahawa tindakan meneruskan pembinaan penempatan haram di atas tanah Pa­lestin mengugat amalan demokrasi. 

Dalam tempoh kurang sebulan sebelum Presiden AS Barack Obama me­ninggalkan pejabat, Kerry menuduh kerajaan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu membenarkan Israel meneruskan tindakan yang disifatkan sebagai ‘pendudukan secara tetap’.

Bakal Presiden AS, Do­nald Trump yang memasuki pejabat pada 20 Januari ini pula menasihatkan Israel supaya ‘bertahan’ biarpun menerima kecaman antarabangsa. Israel bimbang pentabiran AS akan cuba mengkanunkan perkara tersebut dalam resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sekali gus memboleh­kan rejim Zionis didakwa melakukan kesalahan antarabangsa.

Netanyahu dalam tindak balas segeranya menyangkal kata-kata Kerry dengan mendakwa Washington lebih cenderung kepada perjuangan rakyat Palestin dan keganasan. “Lebih sejam Kerry memperkatakan mengenai penempatan haram dan tidak menyentuh mengenai punca sebenar konflik iaitu Palestin membantah kepada penubuhan negara Yahudi di mana-mana sempadan,” dakwanya. 

Ucapan Kerry tidak menyimpang daripada dasar AS yang didokong sejak beberapa tahun lalu. Bagaimanapun pengkritik dan pemerhati bersetuju menyatakan beliau memperincikan permasalahan itu mengikut pandangannya.

“Hari ini, terdapat jumlah hampir sama rakyat Yahudi dan Palestin menetap di antara Sungai Jordan dan Laut Mediterranean. Mereka ada pilihan. Mereka boleh pilih untuk tinggal bersama di sebuah negara atau berpisah menjadi dua negara.

“Namun, ini realitinya, jika pilihan ialah satu negara, Israel boleh jadi Yahudi atau demokratik, ia tidak boleh jadi kedua-dua dan tidak akan menjadi aman,” kata Kerry.

Kerry berucap di hadapan sekumpulan diplomat selepas berlakunya ketegangan diplomatik pada minggu lalu. Diplomat Amerika Syarikat, dengan arahan Obama, telah memilih untuk tidak menolak keputusan resolusi Majlis Keselamatan PBB yang mengutuk Israel.

Resolusi tersebut, yang disokong sebulat suara oleh 15 kuasa lain dalam majlis itu, mengisytiharkan penempatan Israel di kawasan timur Baitulmuqaddis dan Tebing Barat sebagai haram.

KAFA Belum Berputus Asa



NASIB Kelantan yang dikatakan tidak mempunyai dana mencukupi untuk kekal bersaing pada kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan ha­nya akan ditentukan pada 6 Januari depan. 

Namun sebelum tarikh tersebut, barisan exco Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dilaporkan akan mengadakan perjumpaan dengan kerajaan negeri pada 1 Januari depan bagi memaklumkan masalah yang sedang membelenggu persatuan tersebut ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood (gambar) sebelum ini telah menegaskan bahawa KAFA perlu memaklumkan krisis yang mereka alami bagi mencari jalan penyelesaian.

Begitupun, menurut Abdul Fattah, kerajaan negeri dijangka mengumumkan langkah yang bakal diambil bagi membantu pasukan Kelantan meneruskan saingan dalam Liga M musim depan selepas pihaknya bertemu barisan kepimpinan KAFA pada 1 Januari depan.

Secara amnya katanya, kerajaan negeri tidak akan mengabaikan pembangunan bola sepak Kelantan dan tidak mahu sukan utama rakyat itu menemui noktah hanya kerana KAFA dibelenggu krisis kewangan.

“Kita akan tunggu KAFA buat pembentangan kepada kerajaan negeri pada 1 Ja­nuari depan. Diharap pertemuan kedua-dua belah pihak nanti akan membuahkan hasil yang baik. Kita hanya akan buat keputusan dan keluarkan kenyataan selepas pertemuan itu. Tunggu kejutan,” kata Abdul Fattah ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Kongres Rakyat Kelantan 2016 di Kota Bharu semalam.

Pada Kongres Luar Biasa KAFA semalam, persatuan tersebut memutuskan Kelantan akan tetap menarik diri daripada saingan Liga M musim depan kerana tidak mempunyai dana mencukupi untuk membiayai pasukan itu.

Walau bagaimanapun, ahli gabungannya memberi peluang kepada KAFA sehingga 6 Januari depan untuk mengumpul dana sekurang-kurangnya RM3 juta bagi memastikan skuad The Red Warriors dapat beraksi. KAFA memerlukan dana sebanyak RM15 juta pada musim depan untuk kekal bersaing dalam Liga M.

Abdul Fattah dalam pada itu berkata, pembangunan bola sepak negeri tidak wajar diletakkan di bahu KAFA semata-mata, sebaliknya perlu menjadi tanggungjawab semua pihak untuk membantu meringankan beban persatuan itu.

“Misalnya, inisiatif Badan Bertindak Bola Sepak Kelantan (BBSK) melancarkan kutipan derma merupakan usaha yang wajar dipuji. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob sendiri menyokong usaha mereka.

“Ini satu petanda baik iaitu kita dapat menggabungkan semua pihak, merangkumi rakyat dan kerajaan untuk bersama-sama memastikan bola sepak Kelantan terus cemerlang,” jelasnya.

Gugurnya Legenda Seni Bangsa

 


KISAH seorang pejuang berakhir di medan peperangan, namun penamat dendangan seorang Biduan Negara bernama Tan Sri SM Salim yang menutup hubungan dengan dunia tepat pukul 5.45 petang semalam juga sebuah perjuangan paling dahsyat, biarpun menghembus nafas tenang di sisi isteri dan anak-anak. 

Setelah 18 tahun melawan penyakit saraf yang dideritai, lima tahun bintang legenda itu mengisi sisa-sisa hari tuanya bertemankan kerusi roda sehinggalah semalam. Pentas yang selama ini menjadi saksi nadi perjuangannya bertukar menjadi perbaringan.

Di situlah Allahyarham menghitung hari, siang berganti malam, minggu berakhir bulan, sehinggalah bertahun-tahun sepi daripada keriuhan dunia yang mengangkat namanya sebagai ikon seni dan budaya bangsa selama ini.

Bersenjatakan rentak Melayu dan lirik kata pedoman pelita zaman, beliau mengajar betapa indahnya menjadi bangsa Melayu menerusi lagu-lagu dendangannya seperti Pasir Roboh, Seri Siantan, Bunga Tanjung, Joget Kasih Bermula, Mohon Kasih, Selamat Tinggal Bungaku. Lagu Pandang-Pandang Jeling-Jeling, Satu, Apa Dah Jadi, Pantun Budi, Cinta Dulu Cinta Sekarang dan Dulu Lain Sekarang Lain pula tidak ubah seperti nasihat daripada seorang bapa kepada anak-anak bangsa.

Pedoman

Biar seribu tahun waktu beredar, lagu-lagu beliau kekal menjadi khazanah bangsa, semerbak wangi di setiap penjuru jiwa selama-lamanya. “Kita telah kehilangan seorang legenda. Artis muda harus menghargai orang seperti beliau. Arwah seorang yang suka berjenaka dan paling tidak boleh dilupakan sampai hari ini ialah kata-kata nasihatnya.

“Beliau menyatakan, setinggi mana kita pergi, akhirnya akan jatuh ke tanah jua. Oleh itu, sentiasalah merendah diri. Saya akan pegang nasihatnya sampai mati.

“Selepas berduet lagu Satu dan Putih Tetap Putih, kami selalu bertemu dan sama-sama menjayakan persembahan. Beliau seorang yang amat profesional. Ketika datang latihan, beliau sudah tahu tentang lagunya. Orangnya memang sangat berdisiplin tinggi, sangat baik dan sering melakar senyuman. Kalau artis lain lambat, beliau tidak pernah tarik muka,” beritahu Zainal hiba.

Bagi Zainal, kehilangan SM Salim tidak ubah seperti kehilangan seorang ayah. “Saya masih terkejut kerana saya baru melawatnya pada waktu Asar (semalam). Tidak sampai dua jam pulang ke rumah, saya dihubungi media tentang pemergian beliau,” tambah Zainal lagi.

Sepanjang hayatnya, sejak 1979, SM Salim pernah menzahirkan 14 buah album termasuk empat buah album kompilasi antaranya Bunga Ros, Apa Dah Jadi, 1, Nanti Dulu, Jeling Menjeling, Perjalanan Seni dan Sekarang Dah Jadi.

Menjadikan beliau seorang penghibur yang kekal relevan di hati khalayak, tidak sahaja lagu solo, duetnya bersama beberapa bintang terkenal seperti Datuk M. Nasir menerusi lagu Seloka Cak Kun Cak, Datuk Zainal Abidin (Satu dan Putih Tetap Putih), Datuk Sheila Majid (Entah Jadi Entahkan Tidak) dan Datuk Ramli Sarip (Selapis Kasih, Sedulang Rindu) telah mengangkat lagi pengaruh beliau sebagai ikon seni serta budaya bangsa.

Bagi Siti Nurhaliza, pemergian SM Salim merupakan kehilangan tokoh seni serba boleh buat industri muzik Malaysia. Beliau dianggap seperti bapa yang banyak memberi nasihat dan contoh yang baik. Ilmu beliau boleh dimanfaatkan artis generasi kini.

“Pengalaman berduet bersama beliau menerusi lagu Pandang-Pandang Jeling-Jeling serta Bergending Dong Gong merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Beliau seorang yang banyak memberi nasihat walaupun gemar menyelitkan lawak jenaka dalam persembahan mahupun di luar pentas. Beliau seorang yang sangat rajin memberi didikan yang baik untuk dicontohi.

“Saya sangat bersedih atas pemergian beliau dan mendoakan agar rohnya diangkat bersama golongan hamba yang beriman. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga beliau. Saya mohon maaf kerana tidak dapat menziarah kerana ketika ini saya berada di Jakarta, Indonesia,” luah Siti ketika dihubungi.

Jasa

Kisah SM Salim sebagai anak seni sejati bukan hanya diketahui oleh peminat dunia hiburan. Sewaktu muda beliau terpilih menjadi antara artis yang diundang untuk menghiburkan tentera dari pelbagai negara ketika tentera Malaysia berada di Congo bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1960.

Selepas kembali dari Congo bersama-sama dengan penggesek biola, Allahyarham Hamzah Dolmat dan pelawak, Ismail Bontak, beliau menerima pingat pertama Ahli Mangku Negara (AMN) daripada kerajaan. Bersatu hati dengan penggiat seni lain untuk sama-sama memartabatkan industri muzik, beliau juga aktif dalam berpersatuan.

“Saya mengenali beliau sejak 1985. Waktu itu saya mengambil alih jawatan sebagai Presiden Persatuan Penyanyi-Penyanyi Tanah Air (Papita) dan beliau pula menyandang jawatan Timbalan Presiden. Jadi, hubungan kami agak rapat sebab saling bekerjasama.

“Kalau bercerita tentang karakter, beliau seorang periang, suka bercerita dan berjenaka. Beliau cukup dekat di hati saya sebab kami berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu pada 30 Julai, cuma tahun sahaja berbeza. Beliau tua 18 tahun daripada saya. Saya doakan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” cerita A. Rahman tersayap pilu.

Menurut A. Rahman, sesuatu yang sangat istimewa tentang SM Salim, walaupun memperjuangkan lagu irama Malaysia, nyanyiannya unik berbanding penyanyi lain. Beliau boleh menyanyi seperti bercakap, contohnya menerusi lagu Cinta Dulu Cinta Sekarang dan Apa Dah Jadi.

“Beliau menyanyi tidak ikut tempo, boleh jadi lebih cepat atau lambat daripada muzik dan ada stail ghazal. Nyanyian beliau bagaimanapun tidak sumbang. Beliau menyanyi ikut rasa hati dan tidak semua orang boleh buat. Sukar untuk mencari ganti orang hebat sepertinya,” tambah penyanyi irama pop yeh yeh itu.

Pengiktirafan

Pengaruh dan kejituan karya serta keperibadian SM Salim menjadikan beliau bukan sembarangan penghibur. Pencapaian tertinggi dalam hidupnya ialah dianugerahkan pingat Darjah Setia Mahkota oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 2 Jun 2001 yang membawa gelaran Tan Sri.

Beliau menjadi seniman kedua selepas Allahyarham P. Ramlee. Karier seni pemilik nama penuh Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al-Mahros yang dilahirkan pada 30 Julai 1928 itu bermula apabila beliau bekerja sebagai juruhebah Radio Malaya (sekarang RTM) secara sambilan semenjak 1957. 

Ketika itu beliau dikenali dengan lagu-lagu Melayu klasik. Lewat 1950-an, beliau menganggotai kumpulan Irama Melayu sebelum menyertai Orkestra Puspati. Ketika itu, P. Ramlee sendiri turut menjadi insan yang banyak mempengaruhi kerjaya seninya. Radio jugalah yang memperkenalkan siapa Allahyarham kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah.

“Sejak berusia 10 tahun lagi, saya sudah kagum dengan kepetahan penyampaiannya yang ketika itu bertugas sebagai juruhebah radio. Dahulu tiada televisyen, jadi orang cuma dengar radio untuk hiburan. Beliau bukan setakat boleh menyanyi, tetapi melawak dan berpantun dengan baik.

“Saya juga berpeluang merakamkan lagu berjudul Lagu Zaman bersama arwah dan Usop Kopratasa. Dahulu, kami sering bertemu kerana berada bawah label sama iaitu Warner Music. Sewaktu rakaman kami tidak pernah ada masalah, memudahkan kerja semua orang, suka mengusik dan senang didekati. Gurauan beliau agak pedih tetapi mesra,” cerita Jamal.

Semalam, rembang petang Khamis telah menjadi langit mendung buat seluruh warga daerah seni tanah air. Seluruh peminat tidak kira tua atau muda amat tahu, bahawa SM Salim merupakan seniman patah hati selama hayat seninya.

Bahkan ketika terlantar di rumah beberapa tahun lalu, beliau masih meluahkan kerinduan untuk menyanyi di atas pentas setiap kali diwawancara wartawan. Semalam juga, hanya ungkapan terima kasih atas segala curahan ‘peringatan’ indah selama ini, yang mampu dibisikkan kepada arwah. 

Kesempatan menziarahi beberapa jam sebelum Allahyarham berangkat ke negeri abadi pasti akan dikenang sepanjang hayat selama bergelar wartawan hiburan. Al-Fatihah.

Prasarana Suntik RM577.5 juta



Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) terus menyuntik pelaburan sebanyak RM577.5 juta untuk menambah 14 unit tren tambahan Kuala Lumpur (KLAV) bagi laluan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya yang memulakan operasi sulungnya, semalam. 

Kos yang dilaburkan itu bagi membeli tren generasi baru model Bombadier Innovia Metro 300 yang memiliki reka bentuk baru serta struktur sisi melengkung dan bercirikan estitek moden manakala reka bentuk dalaman setiap unit tren empat gerabak itu diperbaharui dengan suasana lebih menarik dan moden.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Datuk Zohari Sulaiman berkata, sistem menaik taraf bilangan tren itu dilakukan secara berperingkat dengan permulaan dua unit pada bulan ini dan dijangka dapat dimuktamadkan sepenuhnya menjelang pertengahan 2017, sekali gus mampu meningkatkan kapasiti penumpang LRT laluan berkenaan.

Beliau berkata, ketika ini, kadar peratusan muatan penumpang yang menggunakan LRT di Laluan Kelana Jaya melebihi 150 peratus dan dengan adanya penambahan 14 unit itu membantu mengurangkan kadar berkenaan kepada tidak lebih 100 peratus.

“Penambahan unit tren baru dijangka turut menambah bilangan penumpang kepada lebih 300,000 penumpang sehari pada tahun depan berbanding 260,000 penumpang setakat ini. Dari segi waktu kekerapan perjalanan juga akan dipendekkan dari 3.5 minit ketika ini kepada tiga minit tahun depan. 

“Selain itu, tren baru ini memudahkan Prasarana melaksanakan kerja menyelenggara sekiranya ada masalah teknikal pada satu tren dan tidak mengganggu tren lain yang sedang beroperasi,” katanya selepas menyertai sesi operasi hari pertama tren generasi baru RapidKL Laluan Kelana Jaya, di sini, semalam.

Pada masa ini, LRT laluan Kelana Jaya beroperasi dengan kombinasi empat gerabak dan dua gerabak dengan purata 48 unit tren setiap hari pada waktu kemuncak manakala tren baru empat gerabak itu akan menggantikan dua gerabak sedia ada yang mana kapasiti tren dua gerabak hanya boleh membawa 472 penumpang.

Penerokaan Menakjubkan


Melihat gambarnya saja sudah cukup mengagumkan, inikan pula berada di lokasi sebenarnya. Teruja! Ya, itulah pengalaman ‘mahal’ dirasai penulis dan rakan tatkala berpeluang mengunjungi salah satu lokasi pelancongan di Singapura yang semakin menjadi tumpuan bukan saja pelancong asing malah pelancong tempatan. Gardens by the Bay. 

Itulah nama yang diberikan kepada taman di tengah bandar raya yang menjanjikan seribu satu pengalaman mengujakan buat pengunjungnya. Terletak di sebelah Marina Barrage Gardens by the Bay mengetengahkan hortikultur terbaik dengan reka bentuk seni bina me­ngujakan dan penuh dengan keajaiban dari setiap benua kecuali Antartika.

Memenangi pelbagai anugerah antarabangsa termasuklah Kubah Kaca Terbesar (Largest Glass Dome), taman yang merangkumi 101 hektar tanaman reklamasi ini membawa pengunjung menerokai tumbuh-tumbuhan pelbagai spesies dari seluruh dunia.

Memulakan penerokaan di taman yang benar-benar menakjubkan ini, terasa berada di dalam filem Avatar yang cukup popular satu ketika dulu.

Mana tidaknya, kewujudan Supertree atau lebih dikenali dengan gelaran ‘pokok Avatar’ dalam kalangan pelancong asing dan tempatan dengan struktur binaannya unik serta berlampu di ketika malam saling tak tumpah bagaikan pokok ajaib yang diketengahkan di dalam filem itu.

Supertree ini sangat besar. Kebun raya vertikal berbentuk pokok ini tingginya lebih kurang sembilan hingga 16 tingkat. Berjalan di jambatan gantung yang melengkung antara dua Supertree untuk menyajikan pemandangan penuh pesona. Ketika malam juga, pokok ini bertukar menjadi wajah dengan pertunjukan koreografi cahaya dan muzik menarik di Garden Rhapsody antara Supertree. 

Usai melihat Supertree yang mengagumkan ini, kunjungan ke Cloud Forest pula bagaikan membawa pengunjung ke lokasi pergunungan setinggi 35 meter diselaputi kabus dan pelbagai tanaman subur di sini. Memasuki Cloud Forest yang juga rumah hijau beriklim sejuk ini, air terjun buatan tertinggi di dunia yang cukup memukau tanda simbolik mengalu-alukan kedatangan pengunjung.

Bergambar berlatar belakangkan air terjun yang sejuk itu dengan ketinggian 35 meter adalah perkara wajib yang dilakukan sebelum meneruskan penerokaan di sini. Di sini juga, pengunjung pasti menemui pelbagai tanaman dari dataran tinggi tropika 2,000 meter di atas paras laut.

Bermula dari ketinggian 35 meter, pelantar yang disediakan membawa pengunjung berjalan turun ke bawah dengan reka bentuk menarik. Di dalam Cloud Forest ini juga menampilkan tujuh zon yang pasti membuatkan anda teruja antaranya Lost World, Cloud Walk, Treetop Walk, Crystal Mountain, Earth Check, +5 Degrees, The Cavern, Waterfall View dan Secret Garden.

Selesai melihat pelbagai tanaman dengan suasana yang dingin persis di kawasan pergunungan, kunjungan ke Flower Dome pula nyata sesuatu yang luar biasa. Nyata ia meriah dengan dekorasi sambutan Hari Natal. Pelbagai tanaman dan bunga-bungaan yang di tanam bertemakan sambutan hari berkenaan.

Dekorasi juga mampu menggamit setiap pengunjung yang datang tidak kita kanak-kanak mahu pun dewasa. Flower Dome pula meniru iklim Mediteranian yang sejuk dan kering dilengkapi dengan sembilan taman dari enam benua.

Ia termasuklah The Baobabs, Succulent Garden, Taman Australia, Taman Afrika Selatan, Taman Amerika Selatan, Taman California, Taman Mediterranean, Olive Grove dan Pertukaran Bunga yang diperagakan. Di Zon pertukaran Bunga yang dip ini, tumbuhan dan bunga yang ditanam adalah mengikut tema yang ditetapkan.

Pastinya apa yang dipertontonkan di sini sangat mengujakan. Sejujurnya, banyak pokok dan bunga-bungaan yang ditanam di sini tidak pernah di lihat di negara kita. Dilengkapi lebih daripada 500,000 tanaman yang terdiri dari 2,200 spesies, pengunjung bebas meneroka di setiap sudut taman indah ini secara percuma.

Taman-taman lain seperti Heritage Gardens, Chinese garden, Indian Gardens, Malay garden, Colonial Garden, Secret Life of Trees termasuk Far East Organization Children's Garden, taman kanak-kanak yang menawarkan pelbagai aktiviti kepada anak-anak juga percuma.

Bagaimanapun, untuk memasuki dua taman atau rumah hijau unik iaitu Flower Dome dan Cloud Forest, pengunjung dikenakan bayaran. Berlatarkan kehijauan dan pemandangan yang menakjubkan di Gardens by the Bay ini, kunjungan ke sini nyata tidak sia-sia. Bunga dan pokok yang tumbuh menghijau mewarnai taman ini nyata sesuatu panorama yang luar biasa.

Aktiviti sampingan dan taman lainnya juga memainkan peranan dalam menjadikan Gardens by the Bay ini antara destinasi percutian yang harus dikunjungi saat berada di Kota Singa ini.