My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 4 March 2017

    Banjir Di Sibu Semakin Buruk

     Jemaah selesai menunaikan solat Jumaat menyinsing seluar ke paras betis apabila pekarangan Masjid An-Nur dinaiki air.

    Paras air semakin meningkat menyebabkan penduduk beberapa kawasan perkampungan di sini mula memindah harta benda ke tempat lebih tinggi. Tinjauan media semalam mendapati air Sungai Rajang dan Batang Igan di tengah bandar juga melimpahi tebing dan banjir melanda beberapa kawasan rendah dan kampung berdekatan. 

    Antara kampung terjejas ialah Kampung Baharu, Kampung Hilir, Kampung Datu, Kampung Nangka, Kampung Bandong dan beberapa kawasan perumahan di Jalan Delta di sini. Seorang penduduk, Iskandar Abu Bakar, 42, yang tinggal di Kampung Datu di sini berkata, air mula melimpah masuk ke dalam rumah pada jam 11 pagi, memaksanya memindahkan harta benda ke tempat lebih tinggi. 

    “Keadaan hari ini (semalam) lebih buruk kalau dibandingkan dengan semalam (2 Mac), kerana paras air lebih tinggi dan air mula melimpah masuk ke dalam rumah. “Saya harap, keadaan akan menjadi lebih baik pada sebelah petang,” katanya sambil menambah kali terakhir rumahnya dilanda banjir besar ialah pada 2008.

    Menurut Iskandar, setiap kali banjir, beliau terpaksa menanggung kerugian kerana peralatan elektrik dan perabot mengalami kerosakan. Salah seorang penduduk di Kampung Hilir di sini juga turut terkesan apabila lantai rumahnya digenangi air hingga paras buku lali.

    Menurut Bella, 45, keadaan itu menyebabkan beliau terpaksa bekerja keras untuk membersihkan lantai rumah yang kotor akibat dimasuki air berserta lumpur. “Melihat air mula memasuki rumah, saya cepat-cepat meminta pertolongan anak-anak untuk mengangkat barang seperti perabot dan sebagainya ke tempat lebih tinggi.

    “Jika tidak, lebih banyak kerugian yang terpaksa saya tanggung,” katanya. Sementara itu, umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di Masjid An-Nur di sini terpaksa meredah air banjir selepas air naik hingga paras buku lali di luar pekarangan masjid berkenaan.

    Antara kawasan lain yang turut terjejas ialah Jalan Lanang, Jalan Awang Ramli Amit, Perkuburan Islam Al-Qadim dan Jalan Khoo Peng Long.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Banjir Di Sibu Semakin Buruk Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top