Friday, 30 June 2017

Lebih 4,000 Kenderaan Diperiksa Sepanjang Ops Serkap




Setiap kali tiba musim perayaan, antara agensi yang begitu sibuk memantau sebarang urusan membabitkan kenderaan awam adalah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD). Melalui kerjasama dengan pelbagai agensi lain seperti PDRM dan JPJ, satu operasi yang dinamakan Ops Serkap telah dijalankan bagi memeriksa tahap pematuhan penyedia perkhidmatan awam di Malaysia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SPAD, pihak SPAD telah memeriksa sebanyak 4,861 kenderaan dalam Operasi Bersepadu Serkap (Ops Serkap) sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri di seluruh negara sejak 12 Jun lalu.

Mengulas akan hal ini, Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 3,445 pemeriksaan melibatkan kenderaan bas,teksi dan lori. 

Daripada jumlah itu sebanyak 154 bas, 37 teksi dan 102 lori telah melakukan pelbagai kesalahan antaranya mengenakan tambang berlebihan kepada pengguna, tidak mempunyai dokumen pemandu serta menurunkan penumpang di kawasan yang tidak dibenarkan.

Kesalahan lain adalah tidak menggunakan meter ketika mengambil penumpang, membawa muatan berlebihan serta gagal mengemukakan permit.

Ini adalah komitmen berterusan pihak SPAD bersama-sama pelbagai agensi yang lain bagi memastikan tahap keselamatan pengguna pengangkutan awam di negara ini berada pada tahap terbaik. Sememangnya, pihak SPAD enggan lagi melihat pelbagai kejadian yang tidak diingini terutamanya rungutan pengguna kenderaan awam tersu kedengaran pada setiap kali tiba musim perayaan.

DoJ Dijadikan Kambing Hitam Untuk Selamatkan Mahathir





Untuk kali kedua dalam tempoh setahun, pembangkang sekali lagi mengheret Jabatan Keadilan Amerika Syariket untuk mencampuri urusan pentadbiran negara. Sebelum ini, Jabatan Keadilan Amerika dilihat cuba mengaitkan isu membabitkan 1MDB dengan pentadbiran negara kononnya terdapat penyelewengan berlaku di dalam urusan 1MDB di Amerika Syarikat.

Apa yang melucukan adalah, menerusi beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB,, Arul Kanda Kandasamy, beliau mengesahkan, 1MDB langsung tidak mempunyai sebarang aset mahupun urusniaga di Amerika Syarikat. Apa yang ada adalah, harta persendirian mereka yang pernah berkhidmat di dalam 1MDB yang langsung tidak ada kena mengena dengan 1MDB.

Terbaru, Jabatan Keadilan Amerika sekali lagi cuba mengaitkan 1MDB dengan penyelewengan yang didakwa berlaku di Amerika Syarikat. Maka riuh rendah kem pembangkang yang dilihat cuba mengaitkan kes ini dengan kepimpinan negara. Walhal, sehingga hari ini, Jabatan Keadilan Amerika langsung tidak membuat sebarang pendakwaan ataupun memfailkan kes ini ke mahkamah.

Cuma, apa yang ada hanyalah siri kenyataan media yang langsung tidak menyebut bila mereka akan mengheret kes ini ke mahkamah. Menariknya, pada masa yang sama, kerajaan memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat kerugian forex yang dialami oleh Bank Negara yang dikatakan antara terbesar di dunia.

Mengulas akan hal ini, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa memberitahu, beliau melihat usaha yang dilakukan pembangkang yang mengheret Jabatan Keadilan Amerika yang kononnya menyiasat kes 1MDB sebenarnya hanyalah helah untuk mengalihkan tumpuan rakyat terhadap sebarang siasatan terhadap Tun Dr Mahathir dalam isu forex dan skandal kewangan BMF.

Beliau berkata, semua pihak sedia maklum mengenai dalang yang bertanggungjawab terhadap kerugian besar ini dan pembangkang berada dalam keadaan huru-hara kerana tidak mahu kehilangan Mahathir dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Mereka sedar jika kebenaran ini diketahui umum, pembangkang dan kepimpinannya akan ditelanjangkan di khalayak ramai dan ini boleh membawa padah besar dalam Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.

Mudah di simpulkan bahawa, pembangkang tidak mempunyai pilihan lain selain mengitar semula laporan Jabatan Keadilan Amerika yang bermotifkan politik untuk membangkitkan isu 1MDB yang telah selesai. Ini hanyalah taktik lencongan dan juga taktik murahan.

Jika dinilai dari apa yang berlaku hari ini, pembangkang dilihat cuba memanipulasi laporan Jabatan Keadilan Amerika untuk mengalih tumpuan daripada isu RCI forex dan juga krisis dalaman yang berkaitan dengan keyakinan terhadap Mahathir. Malah sehingga hari ini, Jabatan Keadilan Amerika masih gagal mengemukakan kertas pertuduhan kepada mana-mana mahkamah di Amerika.

Inilah yang dikatakan taktik politik murahan pembangkang. Jika mereka berada di pihak benar, kenapa Jabatan keadilan Amerika tidak memfailkan kes ini ke mahkamah? Kenapa mereka hanya berani mengadakan sidang media sedangkan ianya jelas boleh mengganggu siasatan? Paling utama, kenapa mereka tidak meminta kerjasama dari Peguam Negara bagi melicinkan siasatan mereka?

Inilah penipuan paling nyata yang sememangnya dirangka oleh pembangkang untuk memporak perandakan negara.

Tercucuk Serampang Ikan



Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dikejarkan ke Hospital Serian di sini selepas kaki kirinya tercucuk serampang ikan semalam. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa berasal dari Kampung Koran Empaneg di sini tiba di hospital tersebut sekitar jam 4.41 petang dan pihak hospital terus menghubungi bomba untuk bantuan.

“Bomba menerima panggilan daripada Hospital Serian memaklumkan ada seorang mangsa cedera akibat tercucuk serampang ikan di bahagian kaki kiri.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian kemudian terus ke hospital dan melakukan pemotongan serampang ikan tersebut menggunakan ‘bolt cutter’,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. Mangsa kemudian menerima rawatan lanjut di hospital berkenaan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Rumah Semut Ikon Baharu Sabah



Kerajaan negeri terus memperkasakan industri pelancongan apabila mewujudkan Borneo Ant House (BAH) yang memberi peluang kepada pengunjung untuk meneroka galeri bawah tanah koloni serangga itu. 

Galeri tarikan pelancong selepas Rumah Terbalik Borneo itu akan dibuka secara rasmi esok. Ia terletak kira-kira 38 kilometer dari bandar raya Kota Kinabalu dan mempamerkan habitat 700 spesies semut yang ada di sekitar Sabah dan Sarawak.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, terdapat juga pameran pakaian dan senjata tradisional masyarakat Bajau, Dusun Lotud, Iban dan Bidayuh di premis itu.

Katanya, pengunjung juga boleh menikmati taman tema mini yang terdiri daripada rumah pokok, jambatan gantung dan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. “Kerajaan yakin BAH akan membantu menyumbang pada pertumbuhan ekonomi melalui sektor pelancongan. Kita memperoleh pendapatan sebanyak RM7.5 bilion melalui 3.2 juta pelancong yang datang ke Sabah pada tahun lalu.

“Kita yakin BAH akan menjadi tarikan baharu kepada pelancong khususnya warga China sekali gus meningkatkan pendapatan penduduk,” katanya selepas melancarkan BAH di Kampung Kindu dekat sini semalam.

Misteri Alat Radar ‘Lesap’ Di PTP



Misteri kehilangan peralatan radar ketenteraan bernilai jutaan ringgit di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah di Johor baru-baru ini menimbulkan tanda tanya selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mendakwa barangan tersebut telah sampai ke Belanda. 

Ketua Pengarah Kastam, Datuk T. Subromaniam berkata, kontena tersebut tidak hilang sebaliknya telah tiba ke destinasi yang dituju iaitu Pelabuhan Rotterdam, Belanda.

Katanya, bagaimanapun pihak JKDM sedang menjalankan siasatan mengenai pematuhan prosedur operasi stan­dard (SOP) yang dilakukan oleh pihak berkaitan ketika melepaskan dagangan tersebut yang tidak mempunyai permit untuk disimpan di negara ini.

“Siasatan sedang dijalankan oleh JKDM sebenarnya lebih menjurus kepada pematuhan SOP dalaman ketika melepaskan dagangan yang memerlukan permit di bawah Akta Per­dagangan Strategik (STA) 2010,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Kesemua Kedai 7 Eleven Ditutup Bermula Hari Ini



Indonesia tidak lagi mempunyai kedai runcit 24 jam, 7-Eleven apabila kesemua kedai serbaneka itu ditutup mulai hari ini. Penutupan 141 buah kedai itu diumumkan oleh syarikat pemilik rangkaian 7-Eleven Indonesia, PT Modern Internasional dalam satu kenyataannya baru-baru ini. 

Media tempatan memetik Pengarah PT Modern Internasional, Chandra Wijaya sebagai berkata, pemberhentian operasi kesemua kedai 7-Eleven itu disebabkan masalah kekangan sumber dan urusan jual-beli saham perniagaan.

PT Modern Internasional sebelum ini dilaporkan bersetuju menjual perniagaan rangkaian 7-Eleven Indonesia kepada firma PT Charoen Pokphand Restu Indonesia. Namun, penjualan saham dan aset itu dibatalkan baru-baru ini setelah kedua-dua syarikat gagal mencapai kata sepakat.

Sehingga September 2016, terdapat 175 kedai 7-Eleven di Indonesia yang hanya beroperasi di Jakarta dan pada akhir tahun lepas, lebih 20 kedai itu ditutup secara berperingkat atas alasan tidak menguntungkan.

Tinjauan agensi berita Bernama mendapati kebanyakan kedai 7-Eleven di Jakarta telah pun menutup operasi mereka sejak minggu lepas lagi dengan meletakkan notis pemberhentian operasi.

Francais rangkaian 7-Eleven mula memasuki Indonesia pada tahun 2008 dan diuruskan oleh PT ModernSevel Indonesia, anak syarikat PT Modern Internasional. Menurut laporan kewangan suku pertama 2017, PT Modern Internasional, hasil penjualan daripada 7-Eleven mengalami penurunan sebanyak 37.17 peratus daripada Rp220,66 juta (RM71.3 juta) kepada Rp138,62 juta (RM44.7 juta). 

Sementara itu, Menteri Perdagangan Indonesia, Enggartiasto Lukita menyangkal dakwaan bahawa penutupan rangkaian kedai 7-Eleven itu menunjukkan kelembapan sektor peruncitan di Indonesia kerana masih banyak kedai runcit 24 jam tempatan beroperasi seperti biasa. Katanya penutupan itu adalah disebabkan masalah dalaman dan kerugian syarikat tersebut.

Malaysia Salah Guna Kuasa



SETIAUSAHA Agung Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Datuk Seri Azzuddin Ahmad (gambar) mengesahkan, Vietnam dan Laos telah mengemukakan bantahan rasmi terhadap Malaysia yang didakwa mahu menggunakan ‘kuasa’ sebagai pasukan tuan rumah Sukan SEA 2017 untuk memilih kumpulan mana yang mereka mahu bagi acara bola sepak. 

Jelas Azzuddin, bantahan daripada kedua-dua negara gabungan ASEAN tersebut ada asasnya ke­rana peraturan yang diguna pakai sebelum ini adalah pasukan tuan rumah bersama juara edisi terbaharu masing-masing diletakkan dalam kumpulan berasingan sebelum undian dijalankan.

Begitupun katanya, Malaysia dilihat tidak mahu menggunakan pendekatan tersebut dan mahu juara terdahulu, Thailand dan finalis, Myanmar mengambil alih kedudukan Malaysia selaku tuan rumah. 

Vietnam dan Laos mendakwa bahawa Malaysia mahu menggunakan ‘kuasa’ selaku tuan rumah Sukan SEA untuk memilih kumpulan mana yang mereka mahu sebaik undian pe­ringkat kumpulan diadakan pada 8 Julai depan.

Mengulas lanjut, Azzuddin mengakui agak terkejut dengan permintaan ‘luar biasa’ pasukan tuan rumah itu dan mendedahkan pihaknya telah memaklumkan perkara tersebut kepada Majlis Olimpik Malaysia (OCM) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Kelebihan untuk pasukan tuan rumah adalah untuk memilih kumpulan sahaja sama ada Kumpulan A atau Kumpulan B dan satu lagi pasukan adalah juara Sukan SEA terdahulu, Thailand.

“Jadi, itu hanyalah keistimewaan. Kalau ikut peraturan yang dikeluarkan OCM atau komuniti Sukan SEA, Malaysia diberi pilihan untuk memilih mana-mana kumpulan yang mereka mahu. Juara dan tuan rumah perlu diasingkan sebelum undian dijalankan, dan bukannya finalis edisi terdahulu yang diasingkan. Itu yang menyebabkan Vietnam dan Laos mengemukakan bantahan secara rasmi.

“Saya ingat ada perhubungan antara mereka (Vietnam dan Laos) kerana isi kandungan surat itu hampir sama. Mereka mempertikaikan kaedah yang diguna sekarang tetapi saya difahamkan oleh (Setiausaha Agung FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin bahawa perkara ini akan dikaji semula sebelum majlis undian pada 8 Julai nanti.

“Jadi, asas mereka membuat bantahan itu memang ada kerana perkara seperti ini tidak pernah berlaku yang mana pa­sukan tuan rumah Sukan SEA boleh memilih mana-mana kumpulan yang mereka mahu,” kata Azzuddin kepada pemberita di Shah Alam, semalam.

Dalam perkembangan sama, Azzuddin meramalkan bahawa beberapa negara lain akan mengikuti jejak langkah Vietnam dan Laos tetapi pada masa yang sama, beliau percaya FAM akan mengkaji semula perkara tersebut.

“Yang pertama sekali, Vietnam telah menghantar surat bantahan rasmi empat hari yang lalu berhubung kaedah yang diguna pakai oleh Malaysia untuk undian acara bola sepak pada Sukan SEA 2017 nanti.

“Jadi apa yang mereka pertikaikan adalah peraturan yang dikeluarkan oleh OCM atau yang disediakan oleh FAM itu tidak mengikut amalan biasa yang digunakan sejak beberapa tahun lalu. Selain itu, (kedudukan pasukan) mengikut ranking juga diambil kira,” kata­nya lagi.

Raya Elly, Syura Tetap Meriah



Bergelar ibu tunggal tidak membuatkan sambutan Aidilfitri dua selebriti ini muram sebaliknya disambut meriah bersama zuriat tersayang. Malah, akui Elly Mazlein dan Syura, kemeriahan lebaran kali ini sama seperti tahun terdahulu. 

Elly Mazlein 

Elly yang mesra membahasakan diri Kak Lina berkata dengan adanya buah hatinya, Putri Sara Sefhia, Aidilfitri jadi cukup bermakna. “Aidilfitri tidak pernah sunyi dengan adanya ramai insan tersayang di sekeliling saya terutama abah dan Sefhi.

“Saya sangat bahagia dan tenang kerana diri ini diterima dan disayangi. Paling menarik, saya rasa Tuhan menggantikan arwah mama dengan kehadiran Sefhia,” katanya.

Kata Elly, tahun ini juga, Sefhia nampaknya sudah mula faham keseronokan beraya apabila mula memberi maklum balas kepada anggota keluarga yang bermanja dengannya. “Sefhia seronok melihat orang ramai bermain bunga api dan memberikan reaksi kalau ada saudara-mara bergurau dengannya. 

“Saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghadiahkan baju raya kepada Sefhia,” katanya. Tahun ini juga, Sefhia turut menerima duit raya mencecah RM3,000 daripada kenalan. “Saya sendiri terkejut apabila ada rakan beri duit raya sebanyak itu kepada Sefhia. Rezeki dia dan saya bersyukur kerana ramai menyayanginya,” kata Elly.

Menjadi rutin Elly, setiap kali tiba Aidilfitri dia dan keluarga akan pulang ke Tanjung Malim, Perak. Selepas seminggu bercuti di kampung, dia akan kembali ke ibu kota untuk menyambung penggambaran. Mengulas perihal kerjaya, Elly berkata sempena musim perayaan ini dia terbabit dalam 10 program TV.

“Antaranya, beberapa telefilem termasuk Diva Raya untuk tayangan Astro, Asam Pedas Phewit (TV3), Baju Melayu Tak Berwarna (RTM), Ketupat Buat Nenek (TV9) dan banyak lagi. Program lain adalah Gegar Vaganza Raya, Meletop Raya dan Gitu Gitu Raya yang disiarkan di Astro,” katanya. 

Syura Badron 

Ibu kepada Nurul Dania Irdani, 10, Nurul Qaisara Sofea, 8 dan Muhammad Irfan Aryan, 6, ini pula lain ceritanya. Selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal, Syura masih merasai nikmat menyambut Aidilfitri bersama keluarga bekas mentua.

“Seperti tahun sebelum, saya beraya di rumah bekas mentua kerana ia sudah jadi rutin sejak zaman bujang. Bekas suami pun memahami, anak disiapkan oleh saya pada pagi Aidilfitri. Seronok dapat berkumpul beramai-ramai,” katanya.

Syura turut berkongsi pengalaman lucu sepanjang berada di rumah keluarga bekas suaminya itu. “Saya dan bekas suami akan menjadi perhatian kerana ahli keluarga lain akan melihat reaksi kami. Lucu juga pada awalnya tetapi kalau saya berada di tempat mereka pun, saya nak tengok reaksi bekas suami isteri menyambut Aidilfitri bersama,” katanya.

Seperti kebanyakan wanita lain, Juara Masterchef Celebrity Malaysia musim kedua ini menyediakan beberapa juadah istimewa pada 1 Syawal lalu untuk dihidangkan kepada keluarga dan tetamu. “Dulu, saya memang tidak masuk dapur, tetapi selepas menyertai Masterchef baru sedar sebenarnya boleh memasak.

“Apabila sudah bergelar ibu tunggal, saya bertanggungjawab memasak untuk keluarga. Pada sebelah siang, adik-beradik saya akan menyiapkan bahan untuk memasak. Pada malam Aidilfitri, saya akan masak menggunakan bahan yang sudah disediakan itu,” katanya.

Prestasi Positif



Permodalan Nasional Berhad (PNB) terus mencatat prestasi pertumbuhan yang mampan dengan Aset di Bawah Pengurusannya (AUM) dan Pendapatan Bersih pro forma yang disatukan meningkat, masing-masing pada kadar tahunan 4.1 dan 18.2 peratus kepada RM265.6 bilion dan RM6.7 bilion. 

Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Abdul Wahid berkata, pencapaian positif PNB setakat ini mencerminkan prestasi pasaran ekonomi dan kewangan global dan negara yang bertambah baik pada tahun ini.

Beliau berkata, dengan keadaan ekonomi Malaysia yang dijangka terus mencatatkan pertumbuhan, disokong pula oleh eksport yang semakin mengukuh dan nilai mata wang lebih teguh, pihaknya berharap dapat mengekalkan pertumbuhan prestasi yang kukuh untuk tempoh selebihnya tahun ini. 

“Sebelum ini, kerajaan melaporkan bahawa ekonomi domestik berkembang dengan kukuh pada kadar tahunan 5.6 peratus bagi suku pertama 2017 yang membawa jangkaan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar keseluruhan yang lebih kukuh untuk 2017.

“Sehingga 21 Jun, FBM KLCI meningkat kepada 1,776 mata, peningkatan 8.2 peratus daripada penghujung tahun 2016 manakala ringgit juga meningkat 4.9 peratus kepada AS$4.29 menjadikan Bursa Malaysia dan ringgit masing-masing pasaran dan mata wang paling kukuh di rantau ini,” katanya kepada taklimat media PNB, di sini.

Menurutnya, permodalan pasaran syarikat pelaburan strategik PNB meningkat RM31 bilion setakat ini dengan permodalan pasaran Maybank kini melebihi RM100 bilion. Anak syarikat milik penuh PNB, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) kini mempunyai lebih 13 juta akaun dengan unit dalam edaran (UIC) mencecah hampir 217 bilion unit.

Abdul Wahid berkata, tempoh itu juga menyaksikan perkembangan ketara Pelan Strategik STRIVE-15 2017- 2022 PNB dengan tunggak utama pelan berkenaan berkaitan dengan inisiatif memberikan pulangan yang lebih baik secara mampan.

Perkembangan paling memberangsangkan dalam tempoh itu ialah peningkatan nilai pasaran agregat syarikat strategik PNB kepada RM31 bilion, pertumbuhan 18.1 peratus, lebih dua kali ganda pertumbuhan KLCI.

Isuzu Mu-X : Gaya Lebih Sporty


Kenderaan sukan utiliti (SUV) ini bukan sahaja sesuai untuk laluan lasak malah ia pilihan yang ideal untuk mereka yang berkeluarga dan gemarkan aktiviti luar. Sama ada untuk kegunaan harian ke tempat kerja atau pulang ke kampung halaman yang mana anda perlu menempuh pelbagai laluan selekoh, off-road atau tanah tinggi, ini antara kenderaan yang disarankan. 

Isuzu Mu-X yang mula diperkenalkan di pasaran negara ini pada 2015 menawarkan sebuah kenderaan dengan muatan tujuh tempat duduk dijana enjin 2.5 Liter VGS Turbo diesel. Bagi menambah varian pada barisan sedia ada Isuzu Malaysia Sdn Bhd (IMSB) memperkenalkan model yang dipertingkatkan iaitu Mu-X Type S 4x4 dilancarkan di negara ini tahun lalu.

Lebih sporty dan ranggi, ia juga kelihatan bergaya untuk dipandu dalam bandar dengan bahagian dalaman tampil lebih eksklusif serta selesa dengan ciri terkini. Penulis baru-baru ini berkesempatan memandu uji model baru ini termasuk menempuh laluan lasak ketika berada dalam Mu-X Monster edisi Borneo Safari 2016 dengan keupayaan jentera ini meredah laluan hutan tidak perlu dipertikai. 

Untuk bahagian luaran Mu-X terkini ini diberi sentuhan baru pada rekaan bampar dengan elemen krom pada bahagian hadapan dan belakang serta rim bersaiz 17 inci sesuai dipadankan dengan kerangka yang besar itu.

Ciri-ciri premium yang diberi kepada model ini termasuk Sistem Kemasukan Pasif dan Mula (PESS) dengan butang mula dan henti enjin serta sebaik menjengah ke bahagian dalaman ia menyerlah dengan kerusi balutan kulit baru Ivory bagi memberi gaya sebuah SUV mewah.

Sebagai jentera yang sesuai membawa penumpang, ia dilengkapi pendingin hawa dua zon dengan panel meter e-Lumax serta sistem multimedia dengan pemain dan skrin DVD disertakan dalam Type S ini. Alatan ini menjelaskan lagi akan hala tuju model itu untuk menawarkan pemanduan yang menggembirakan terutama buat kanak-kanak kerana boleh menonton filem pilihan mereka.

Sistem audio dengan bunyi berkualiti tinggi sesuai untuk hiburan sepanjang perjalanan dengan skrin sesentuh lapan inci untuk fungsi radio, cakera padat dan ketersambungan USB, HDMI, Ipod dan Bluetooth.

Selain sesuai untuk tujuh penumpang tempat duduk yang fleksibel membolehkan anda membawa lebih muatan dengan menjatuhkan baris kedua untuk ruang 60:40 dan 50:50 untuk baris ketiga antara kelebihan Mu-X.

Bagi pemanduan enjin diesel ia nyata menjimatkan dengan satu isian penuh 65 liter mampu menjangkau perjalanan sehingga 700 kilometer dan paling menarik ialah jika di dalam bandar atau lebuh raya anda boleh melihat keadaan jalan di hadapan dengan lebih jelas kerana posisi kedudukannya yang tinggi.

Meskipun asasnya platform sebuah trak suspensi 5 link yang dilaras baik menjadikan ia kurang olengan ketika di atas lebuh raya dan berfungsi mengikut keadaan permukaan jalan. Ditambah dengan butang 2H, 4H dan 4L memberikan pengendalian terbaik ketika menempuh laluan lasak menjadikan ia sebuah model dengan pelbagai keupayaan bagi tujuan gaya hidup anda.

Bagi perjalanan biasa enjinnya cukup bertenaga untuk memintas kenderaan atau ketika pendakian di mana tenaga dijana dengan baik pada keupayaan tork rendah atau tinggi.

Ciri keselamatan kenderaan juga dilengkapi dengan Beg Udara SRS, Brek Anti-Kunci (ABS) termasuk 4-saluran dan 4-sensor, Agihan Kuasa Brek Elektronik (ABD), Bantu Brek (BA), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Bantu Mula Mendaki Bukit (HAS) dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).

Pada pandangan penulis Mu-X melengkapi ciri-ciri yang diperlukan untuk mereka yang inginkan kenderaan yang boleh dibawa ke dalam hutan melalui laluan lasak atau kelihatan bergaya di bandar. Radius putaran 5.8 meter juga membolehkan Mu-X bergerak dengan mudah terutama untuk parkir dan melepasi kesesakan lalu lintas termasuk untuk menukar lorong.

Ruang dalaman sesuai untuk membawa penumpang serta fleksibel untuk jenis muatan yang bersesuaian menjadikan ia pilihan buat yang sudah berkeluarga atau bagi tujuan komersial.

Empat warna ditawarkan iaitu Hitam Cosmic, Putih Splash, Coklat Ultra dan Perak Titanium. Ia dijual pada harga RM181,840 atas jalan termasuk insurans dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan.

SPESIFIKASI: 

Isuzu Mu-X Type S 2.5L 4X4 AT
Enjin: 2,499cc empat silinder selari VGS Turbo Intercooler DOHC 16V
Kuasa maksimum: 136PS pada 3,400rpm.
Tork maksimum: 320Nm pada 1,800 hingga 2,800rpm.
Transmisi: Lima kelajuan automatik dengan Sequential Shift
Ciri keselamatan: Beg udara SRS, Brek Anti-Kunci (ABS) termasuk 4-Channel dan 4-sensor,
Agihan Kuasa Brek Elektronik (ABD), Bantu Brek (BA)
Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) Bantu Mula Bukit (HAS) dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).
Harga: RM181,840 (atas jalan dengan insurans)

Thursday, 29 June 2017

Tiga Minggu Yang Penuh Mendebarkan



Kata orang, menunggu sesuatu cukup mengujakan. Namun begitu, kadang kala penantian bakal menimbulkan rasa debar yang tidak terhingga. Mungkin itulah yang dirasakan oleh Kumpulan Prasarana Malaysia yang dijangka akan melancarkan projek Transit Aliran Massa (MRT) Fasa 2 yang kini sudah menjangkau 99 peratus siap.

Sebelum ini, pihak Prasarana dan SPAD menjangkakan projek ini akan di lancarkan sepenuhnya pada 18 Julai depan yang akan memberi manfaat kepada kira-kira lebih 400 ribu warga kota dan sekaligus mengurangkan kesesakan lalulintas di sepanjang laluan MRT fasa kedua berkenaan.

Untuk rekod, projek MRT fasa dua ini mula dibina sejak Julai 2011 yang mengandungi 31 buah stesyen meliputi jarak perjalanan sejauh 31 kilometer dan menelan belanja sebanyak RM 22 bilion. Ianya menjadi pelengkap kepada projek MRT fasa 1 bagi laluan Sungai Buloh - Semantan yang meliputi jarak sejauh 20 kilometer yang telah dilancarkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

MRT laluan Semantan ke Bangi hari ini dalam proses pelbagai ujian bagi memastikan pergerakan tren tidak mengalami kecacatan selepas perkhidmatan ini dilancarkan kelak.

Apa yang menariknya, projek MRT fasa 2 ini mempunyai 7 stesen bawah tanah dan 12 stesen bertingkat. Tujuh stesen bawah tanah berkenaan adalah Pasar Seni, Muzium Negara, Bukit Bintang, Cochrane, Merdeka, Tun Razak Exchange dan Maluri. Dijangkakan, masa menunggu untuk setiap tren adalah selama 3.5 minit bagi setiap tren.

Bagi kadar tambang pula, Prasarana mencadangkan kadar tambang dari Semantan ke Muzium Negara yang merupakan stesen kedua bagi laluan MRT fasa kedua bermula pada kadar RM 1.70 manakala bagi laluan Kajang ke Semantan pada kadar RM 3.60.


Usah Mudah Tertipu Dengan Berita Fitnah Barat




Sejak akhir-akhir ini, begitu banyak berita berunsur fitnah diterbitkan oleh agensi berita asing terutamanya akhbar seperti The Wall Street Journal dan portal Sarawak Report. Penglibatan mereka dalam arus politik negara ini memang agak sukar difahami cuma ianya di bayangkan dengan penglibatan rakyat Malaysia yang memang berhajat mahu menjahanamkan kerajaan yang ada hari ini.

Penyebaran berita palsu dan songsang ini tidak terhad kepada dua agensi berita berkenaan, malah penglibatan agensi berita dari Australia, Australia Broadcasting Corp yang kerap kali cuba menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan juga memang cukup dikenali.

Malangnya, ada pihak dalam negara yang begitu mudah ditipu dengan laporan-laporan palsu yang sengaja dicetuskan untuk menghuru harakan keadaan negara. Malah, laporan-laporan jahat ini juga turut digunakan secara meluas oleh pembangkang bagi tujuan meraih keuntungan politik semata-mata.

Laporan-laporan sebegini disifatkan cukup jahat dan menjadi suara buat pembangkang yang diketahui memang mahu merosakkan imej dan kedudukan kerajaan yang ada pada hari ini. Mengulas akan hal ini, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak mudah terpengaruh dengan laporan-laporan palsu dari barat.

Beliau berkata, sudah banyak bukti yang ditunjukkan hasil daripada penglibatan jahat media-media asing yang sememangnya mempunyai agenda tertentu untuk menjatuhkan sesebuah negara. Ujar beliau lagi, hari ini, kebanyakan akhbar-akhbar beridealogikan Zionis ini sudah bertapak di Malaysia dan hari ini, mereka menjadi antara penyampai berita fitnah yang di cipta di luar negara untuk menghuru harakan negara.

Sambil memberi contoh portal seperti Malaysiakini, Malaysian Insider dan The Edge antara rangkaian media bersifat Yahudi yang mendapat sokongan daripada The Wall Street Journal, AFP, CNN dan BCC yang kesemuanya dikuasai oleh Rupert Murddoch dan George Soros.

Oleh yang demikian, adalah perlu diingatkan kepada semua warga Malaysia supaya tidak begitu mudah terpengaruh dengan laporan-laporan berunsur jahat yang sengaja dicipta untuk merosakkan negara. Bayangkan, laporan-laporan jahat ini merebak dengan pantas dan lebih memburukkan keadaan, ada diantara rakyat Malaysia yang mempercayainya, apa yang akan berlaku terhadap Malaysia?

Usah memperjudikan masa depan negara dengan mempercayai bulat-bulat laporan-laporan jahat seumpama ini. Hari ini, kemudahan teknologi maklumat berada dihujung jari di mana begitu banyak laporan yang mendedahkan hal sebenarnya boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Terpulanglah kepada diri sendiri samada mahu mempercayai berita karut dari luar atau mencari sendiri kebenaran disebalik laporan-laporan jahat ini.

Tahniah Atas Kecekapan Anda


Ketika umat Islam di negara ini sedang menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri 25 Jun lalu, sebuah pesawat AirAsiaX yang dalam perjalanan dari Perth menuju ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik apabila keadaan pesawat yang bergegar dan tidak mengizinkan perjalanan diteruskan.

Pilot pesawat berkenaan telah membuat keputusan untuk berpatah balik dan meminta bahawa semua penumpang Airbus A330 seramai 359 orang bertenang. Pesawat yang mengalami masalah teknikal itu berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Perth jam 10 pagi 25 Jun lalu.

Tindakan cekap dan professional juruterbang dalam mengendalikan situasi dan membuat keputusan dalam kritikal ini telah mendapat pujian banyak pihak terutama dari Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan baru-baru ini, Datuk Seri Liow memuji sikap profesionalisme yang tinggi semua krew dalam mengendalikan penumpang dan memastikan keselamatan dan kesejahteraan penumpang..

Beliau menzahirkan keyakinan bahawa warga Air Asia akan terus meletakkan keselamatan penumpang dan anak kapal mereka ditahap tertinggi memandangkan syarikat itu mempunyai rekod keselamatan yang baik sebelum ini. Beliau juga yakin faktor keselamatan akan menjadikan kekuatan untuk kemajuan syarikat berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dan pihak berkuasa berkaitan untuk menjalankan siasatan terhadap punca insiden teknikal tersebut. Ini penting supaya kejadian yang sama tidak lagi berulang pada masa hadapan dan pada masa yang sama, kepercayaan penumpang terhadap industri penerbangan negara tidak terhakis.


Bapa Hampir Bunuh Dua Anak



Dua kanak-kanak perempuan hampir dibunuh bapanya yang mengalami kemurungan di sebuah rumah di Kampung Suang Prai, Manggatal dekat sini kelmarin. 

Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, dua beradik berusia empat dan lima tahun itu berdepan detik cemas apabila suspek berusia 30 tahun mengurung mereka di dalam sebuah bilik di tingkat atas kediaman terbabit.

Suspek juga dikatakan cuba membunuh anak-anaknya de­ngan mengacukan sebilah pe­dang samurai pada leher mangsa tanpa menghiraukan pujukan seorang sepupu lelakinya. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, bimbang dengan nasib kanak-kanak perempuan terbabit, sepupu suspek segera menghubungi pihak polis bagi mendapatkan bantuan.

“Situasi bertambah rumit apabila sepupunya ternampak suspek sedang membakar sesuatu sehingga bau asap keluar dari bilik berkenaan.

“Selepas menerima laporan mengenai insiden itu sepasukan anggota polis tiba di kediaman terbabit dan segera memujuk suspek supaya menyerah diri dan tidak mencederakan anak-anaknya,” katanya di sini semalam.

Buaya Jantan Hangus Dibakar



Dendam masyarakat Iban di sini terhadap sekor buaya jantan yang membaham seorang gadis sunti terbalas selepas sang bedal itu ditangkap di Sungai Tapang Peking Baram sebelum dibunuh dan dibakar semalam. 

Reptilia sepanjang lima meter itu berjaya ditangkap selepas termakan umpan da­ging ayam yang dipasang pada mata kail di sekitar su­ngai berkenaan pada pukul 9 pagi. Ketua masyarakat Iban di Peking, Jampang Kantan berkata, sang bedal seberat 450 kilogram itu ditangkap oleh seorang pawang buaya yang dibawa khas ke rumah panjang untuk memburunya.

Menurutnya, pawang ter­babit yakin sang bedal itu me­rupakan buaya tembaga yang menyerang dan membaham Agnes Luang (gambar kecil), 18, kira-kira empat bulan lalu. “Pawang sama turut berjaya menangkap beberapa ekor buaya di sekitar sungai berkenaan sebelum ini, namun ia bukan reptilia ganas yang diburu mereka.

“Sebelum berjaya menjinakkan Bujang Peking itu, pawang buaya dengan bantuan penghuni rumah panjang terpaksa beradu kekuatan dengan sang bedal tersebut selama kira-kira sejam,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dua Suspek Mayat Kerat 6 Sembunyi



Polis percaya dua lelaki Bangladesh yang diburu susulan penemuan mayat rakan senegara mereka yang dibunuh kejam dengan tubuhnya dikerat enam bahagian di Kampung Pengkalan Lebai Man, Sungai Petani, awal bulan ini, dipercayai masih bersembunyi di dalam negara ini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan lanjut kes berkenaan masih dijalankan dan pihaknya mengesan kedua-dua lelaki terbabit.

Katanya, berikutan itu polis mengalu-alukan jika orang ramai dapat menyalurkan maklumat mengenai dua rakan mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makanan sejuk beku bernama Md Julfikar, 37, pasport BA0101505 dan Nur, 50, pasport 05776663 bagi siasatan lanjut.

Korban Cuti Raya



Seorang pakar bius di sebuah hospital di sini meninggal dunia selepas bertugas selama empat hari tanpa henti kerana menggantikan rakannya yang bercuti menyambut Aidilfitri. Dr Stefanus Taofik dilaporkan meninggal dunia ketika sedang berehat di sebuah bilik di hospital Bintaro Jaya pada malam semalam. 

Media Indonesia melaporkan, Stefanus yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun meninggal dunia selepas bertugas selama empat hari tanpa henti. Stefanus turut terpaksa bertugas di dua lagi hospital berhampiran kerana semua pakar bius di hospital berkenaan bercuti.

Kematian Stefanus diumumkan dalam akaun Twitter perubatan Indonesia, @blogdokter yang turut memuat naik gambar doktor muda berkenaan. “Seorang lagi doktor meninggal dunia saat menjalankan tugas, Dr Stefanus Taofik.

“Seorang pakar bius harus berada di setiap pembedahan di dewan bedah dan kadangkala bertugas sampai pagi,” katanya.

Kematian Stefanus itu turut diratapi dunia perubatan Indonesia serta pengguna media sosial di negara berkenaan. Stefanus dipercayai mengalami serangan jantung kerana terlalu penat bekerja dan terpaksa bertugas di tiga buah hospital pada masa yang sama.

“Kekurangan rehat dan makan serta minum yang tidak teratur kerana berjuang menyelamatkan nyawa pesakit akhirnya menyebabkan jantungnya sendiri terhenti,” kata seorang pengguna media sosial. Ramai pengguna media sosial turut mendesak supaya kerajaan menetapkan peraturan jam bekerja untuk doktor bagi mengelak kejadian serupa berulang.

Malaysian Tigress Buat Negara Bangga



HAJAT skuad hoki wanita negara untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 mungkin tertangguh tetapi kejayaan mereka layak ke kempen Separuh Akhir Liga Hoki Wanita Dunia (WWHL) 2017 dianggap suatu kejayaan yang sangat membanggakan. 

Tiada siapa menjangka skuad kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu mampu melangkah ke peringkat tersebut jika mengambil kira reputasi mereka pada peringkat Asia.

Namun, skuad yang terkenal dengan jolokan Malaysian Tigress itu membuktikan bahawa reputasi mereka yang suatu ketika dahulu sebagai pasukan kerdil di pentas Asia kini sudah boleh berdiri sama tinggi dengan pasukan gergasi dunia. Mereka kini sudah mampu bersaing pada peringkat dunia dan ia merupakan suatu kebanggaan buat hoki wanita negara.

Pada kempen Separuh Akhir WWHL 2017 di bumi Belgium, skuad negara yang menghuni ranking ke-22 dunia gagal merakam sebarang kemenangan tetapi apa yang mereka pamerkan pada kejohanan terunggul di dunia itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa Malaysia Tigress sudah tidak boleh dilabel sebagai pasukan belasahan.

Mereka juga mampu memberi cabaran kepada pasukan yang menghuni kelompok 15 teratas dunia termasuk pasukan gergasi seperti Australia (No. 4) serta New Zealand (No. 5). Antara pemain yang memiliki kualiti kelas dunia termasuk penjaga gol Farah Ayuni Yahya, Fazilla Sylvester Silin (penyerang), Hanis Nadiah Onn (penyerang) serta Siti Noor Amarina Ruhani (pertahanan)

“Para pemain negara telah membuktikan peningkatan yang amat ketara dan mereka kini sudah memiliki keyakinan yang tinggi untuk bersaing pada kejohanan berprestij. Peningkatan ini membuktikan bahawa Malaysia memiliki barisan pemain yang boleh mengukir nama di pentas antarabangsa suatu hari nanti.

“Kejayaan melangkah ke pusingan Separuh Akhir WWHL 2017 ini sudah dianggap suatu kejayaan yang sangat cemerlang jika berdasarkan ranking kita pada peringkat dunia,” jelas Dhaarma. Menurutnya, apa yang mereka buktikan pada WWHL 2017 telah membuka mata banyak pasukan bahawa skuad wanita negara sudah tidak boleh dipandang mudah berbanding beberapa tahun lalu.

'Satu Perjalanan Sangat Indah'



HASRAT model Malaysia Shikin Gomez, 25, membawa kemenangan kedua untuk negara dalam program Asia's Next Top Model tidak kesampaian selepas wakil Filipina, Maureen Wroblewitz dinobatkan juara musim kelima (AsNTM5). 

Dia bagaimanapun berpuas-hati melangkah ke peringkat akhir dan menyifatkan Maureen sangat layak bergelar juara. "Saya sangat gembira untuk Maureen. Dia menunjukkan peningkatan yang sangat bagus sepanjang pertandingan selayaknya menang.

"Pengalaman itu sememangnya satu perjalanan yang sangat indah dan berharap banyak peluang akan datang buat saya dalam kerjaya peragaan," katanya.

Bagaimanapun, pencapaian model kacukan Melayu-India itu tetap membanggakan negara selepas dilantik duta jenama automobil Subaru untuk rantau Asia dan Face of Zalora. Pada peringkat Grand Finale itu, Shikin dan Maureen turut disaingi wakil Vietnam iaitu Minh Tu Nguyen selepas menyingkirkan 11 peserta lain.

Seorang lagi wakil Malaysia iaitu Alicia Amin bagaimanapun akur apabila tersingkir di episod kelima meninggalkan Shikin satu-satunya peserta negara masih bertanding. Sebelum ini, model tempatan Sheena Liam mencipta sejarah apabila menjadi peserta Malaysia pertama dinobatkan juara AsNTM musim 2 pada 2013.

Syarikat Teknologi Atasi Bank Tradisional



Pakar industri perbankan meramalkan syarikat teknologi akan mengatasi bank tradisional untuk menjadi institusi kewangan terbesar dunia menjelang 2025. 

Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif Moven, Brett King berkata, menjelang 2025, bank terbesar di dunia bukanlah mana-mana bank yang ada pada hari ini, tetapi syarikat teknologi yang menyediakan perkhidmatan kewangan bersepadu dalam kehidupan rakyat.

Menurutnya, pada tahun lalu, gerbang pembayaran elektronik China, Alipay memproses pembayaran sebanyak AS$17 bilion melalui telefon bimbit dalam sehari ketika Single’s Day pada 11 November yang diadakan setiap tahun.

“Kira-kira 96,000 urus niaga dikendalikan sesaat pada hari itu, lebih daripada dua kali ganda gabungan urus niaga yang dibuat MasterCard dan UnionPay. Apa yang menarik ialah, Alipay adalah platform pembayaran dalam talian dan bukan bank tradisional,” katanya.

King berkata, ramai menjangkakan jumlah dagangan urus niaga mudah alih China mencecah AS$3.5 trilion pada 2017 daripada AS$2.9 trilion yang dicatatkan pada 2016 berikutan peningkatan pengguna telefon bimbit.

Oleh itu, syarikat teknologi akan menjadi pesaing masa depan bagi bank tradisional kerana perubahan pesat tingkah laku pelanggan. Sementara itu, di Malaysia pula, beliau menjangkakan saiz setiap cawangan berkurangan sebanyak tiga hingga lima peratus setiap tahun pada masa akan datang.

“Ini tidak bermakna bank akan menutup perniagaan mereka, kita hanya tidak memerlukan lagi cawangan untuk perkhidmatan perbankan,” katanya.

'Lineage 2: Revolution Bbest' Gila!'


Netmarble, sebuah nama yang tidak asing lagi di dalam dunia permainan kasual di telefon pintar, mereka banyak memperkenalkan judul permainan yang sangat menarik untuk diteroka remaja yang gemar di dalam genre Role Playing Game (RPG). 

Terkini, mereka mengeluarkan satu lagi judul baru yang dinantikan sekian lama oleh peminat setia mereka. Bertajuk LINEAGE 2: REVOLUTION, ia diadaptasi daripada permainan komputer yang terkenal iaitu siri Lineage yang mempopularkan genre Massive Multiplayer Online Role Playing Game (MMORPG).

Permainan ini membawakan corak permainan MMORPG yang kini boleh dimainkan dengan hanya memerlukan telefon pintar anda! Sangat menarik bukan? Ia terdapat banyak ciri MMORPG seperti berikut. Netmarble memberikan empat pilihan kelas yang menarik untuk dimainkan.

Human: 

Dengan berbekalkan baju kebal berperisai yang kuat, HUMAN lebih sesuai dimainkan sebagai Tanker kerana nilai nyawa mereka yang tinggi untuk memerangi musuh. Mereka akan selalu berada di barisan hadapan lawan untuk menyedut semua ‘damage’ yang dikenakan.

Elf: 

Watak yang mempunyai telinga yang panjang ini sering mendapat perhatian ramai kerana karisma yang menarik, Elf lebih sesuai dimainkan sebagai pemanah yang menyerang daripada jarak jauh menggunakan sebuah busur dan anak panah untuk memastikan musuh tidak dapat mendekati mereka.
Dark Elf:

Mempunyai latar belakang yang ‘dark’ dan misteri, mereka menghancurkan musuh mereka menggunakan ilmu hitam yang diwarisi oleh nenek moyang mereka.

Karakter ini sesuai dimainkan sebagai ‘damage dealer’ yang menggunakan pedang berkembar sebagai senjata mereka untuk memerangi musuh. Dark Elf juga dikatakan mempunyai serangan yang paling tinggi antara semua kelas ini.

Dwarf:

Si kecil ini kedengaran seperti sebuah karakter yang lemah berdasarkan perwatakan mereka. Jangan tertipu kerana senjata kapak yang dibawa mereka mampu menghancurkan lawan mereka dalam sekelip mata sahaja.

Dwarf juga dilihat mampu menjadi Tanker kerana nilai nyawa mereka yang tinggi seperti Human. Netmarble juga memperkenalkan sistem tugasan yang tidak asing lagi dalam dunia MMORPG. 

Tugasan harian 

‘Quest’ ini memerlukan pemain menyelesaikan tugas yang diberikan untuk mendapat ganjaran menarik. Sistem ini juga akan ‘reset’ setiap hari jadi tugasan baru dan pemain perlu menyelesaikan semua tugasan itu pada hari itu untuk memungut semua ganjaran yang diberikan. 

Tugasan mingguan

Seperti tugasan harian, pemain perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan setiap minggu dengan ganjaran yang lebih menarik ditawarkan kepada pemain.

Tugasan utama 

Ia lebih ditekankan dengan tugasan yang diberikan mengikuti jalan cerita ‘game’ itu. Pemain akan mara ke hadapan menerusi tugasan ini bermula dari awal sehingga ke penghujung permainan. Ia memaparkan jalan cerita menarik untuk diikuti oleh pemain.

Netmarble juga menyediakan banyak fungsi yang dinikmati oleh pemain di versi komputer kepada pemain di versi telefon pintar. Antaranya seperti berikut.

Pencapaian 

Seiring dengan versi Lineage di platform komputer, pemain akan mendapat ganjaran sekiranya berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan seperti membunuh 5,000 makhluk, menggunakan posyen nyawa sebanyak 100 kali dan sebagainya.

Arena

Terdapat juga pemain lawan pemain (PVP) yang diperkenalkan di dalam permainan ini yang mana mereka harus berlawan dengan pemain lain untuk menaikkan ranking sekali gus menempa nama di arena tertinggi. Hadiah yang lumayan juga diberikan kepada mereka yang layak.

Guild 

Ciri ini tidak asing lagi bagi mereka yang bermain genre MMORPG di mana pemain perlu menubuhkan sebuah kumpulan yang mempunyai ramai anggota untuk bersama-sama membina sebuah pasukan yang kuat.

Mereka juga perlu bersaing bersama dengan puak lawan yang lain bagi mempertahankan nama mereka di ranking puak terhebat. Ia melahirkan persaingan yang sihat di antara pemain untuk membina satu pasukan yang kuat!

Wednesday, 21 June 2017

Inilah Cara Politik Paling Keji Yang Diamalkan DAP - Bahagian 2



Sebaik sahaja Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan dan digantikan pula dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, antara langkah pertama yang dilakukan oleh pembangkang khususnya DAP adalah mendesak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan. Mereka juga mendesak hak kebebasan bersuara dilaksanakan di Malaysia.

Melihat kepada desakan ini, setelah mengambil kira pelbagai aspek, kerajaan akhirnya bersetuju untuk memansuhkan ISA, membenarkan perhimpunan aman dengan permit dan hak kebebasan bersuara di laksanakan. Namun, kebaikan kerajaan ini dibayar dengan harga yang cukup mahal.

Semasa Pilihan Raya Umum ke 13, DAP meneruskan agenda menghasut ketidak percayaan antara kaum di negara ini. Dalam hal ini, Datuk Seri Anwar di berikan tugas khas untuk menyalakan impian DAP untuk melaksanakan Malaysia Malaysian. Malah, DAP juga semakin kuat menghasut kaum Cina untuk menolak siapa sahaja calon yang dikemukakan oleh MCA mahupun Gerakan.

Antara hasutan yang cukup popular sehingga hari ini adalah tuduhan MCA gagal membela nasib kaum Cina di negara ini. Malah DAP juga mendakwa, MCA akan terus meletakkan kaum Cina sebagai bangsa nombor dua dibelakang kaum Melayu. Terpengaruh dengan hasutan ini, berlakulah apa yang dipanggil sebagai "tsunami Cina" pada 2013.

Menyedari kemampuan mereka untuk menyemai rasa benci diantara kaum di negara ini disamping kejayaan mereka hampir melumpuhkan penguasaan MCA selaku parti komponen utama Barisan Nasional, DAP memulakan satu lagi langkah yang tiada siapa pun berani untuk sentuh sejak merdeka lagi.

Kali ini, DAP mula berani mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu dan sudah mula berani mencampuri urusan umat Islam. Manakan tidak, majoriti kerusi yang berjaya mereka menangi adalah di kawasan bandar yang mana di kawasan inilah menjadi lubuk ekonomi sesebuah tempat.

Lihat sahaja bagaimana BERSIH menggerakkan tenaga kerjanya. Sejak dari dahulu, antara warna rasmi DiRaja adalah warna kuning yang tidak pernah di pakai oleh mana-mana NGO sejak merdeka. Namun, BERSIH memecahkan tradisi ini di mana kesemua pemimpin yang ada di belakang BERSIH terdiri daripada pemimpin tertinggi DAP.

Lebih hebat lagi, mereka juga sudah berani menghalang laungan azan dikumandangkan hanya dengan alasan, mengganggu tidur mereka. Bagi kaum Cina pula, mereka sudah mula menghasut kononnya, Malaysia adalah milik mereka kerana kuasa ekonomi sememangnya dipegang oleh kaum Cina.

Dakyah terbaru pula menyatakan, andai Malaysia berjaya ditawan DAP, Malaysia akan bergabung dengan Singapura dengan janji bahawa ekonomi kaum Cina akan diperkukuhkan. Pada masa yang sama, mereka terus menekan MCA dengan pelbagai fitnah antaranya dakwaan bahawa MCA adalah sebuah parti Cina yang akan pro DAP sekiranya berlaku Pilihan Raya Umum.

Amat malang sekali apabila dakyah DAP ini telah berjaya mempengaruhi pengundi kaum Melayu. Kepercayaan bahawa MCA adalah ejen DAP di dalam Barisan Nasional sudah mula berkembang biak sehingga ada yang akan menolak sesiapa sahaja calon MCA pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Bersambung...

Penyelia Dibelasah Gara-Gara Tegur Pekerja Masuk Lambat



Berang ditegur kerana lewat datang ke tempat kerja menyebabkan seorang lelaki bertindak membelasah penyelianya dalam satu insiden di sebuah syarikat kurier di Jalan Setia Raja di sini, semalam. 

Menurut sumber, lelaki berusia 20 tahun itu semasa kejadian dikatakan baharu tiba di tempat kerjanya dan terus meluru ke arah penyelianya yang ketika itu sedang bertugas sekitar jam 8 pagi. Suspek kemudian dikatakan bertindak menumbuk penyelianya selain turut memukulnya menggunakan topi keledar dan kayu sebelum dia dihalang oleh beberapa orang pekerja lain.

“Penyelianya semasa kejadian sedang bertugas apabila suspek yang dalam keadaan marah meluru ke arahnya lalu memukulnya. Perkara tersebut dikatakan berpunca dari ketidakpuasan hati suspek kerana mangsa menegurnya datang lewat bekerja pada Isnin lepas,” kata sumber.

Kempen ‘Bawa Beg Bah’ Mulai 1 Ogos



Kempen 3B atau ‘Bawa Beg Bah’ akan dilaksanakan mulai 1 Ogos ini bertujuan menggalakkan orang ramai membawa beg atau bakul sendiri apabila membeli-belah, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun. 

Beliau berkata kempen 3B merupakan inisiatif Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk menjenamakan semula kempen pengurangan penggunaan beg plastik yang dilancarkan pada 7 Jun 2010, dan kempen itu akan dilaksanakan pada Sabtu, Ahad dan Isnin.

“Saya difahamkan terdapat 384 premis perniagaan yang pernah menyertai kempen sebelum ini dan saya berharap mereka akan sekali lagi menyokong dan menyertai kempen ini bagi meningkatkan kesedaran pengguna untuk mengurangkan penggunaan beg plastik konvensional serta menggalakkan amalan hijau melalui konsep 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle (Kurangkan, Guna Semula dan Kitar Semula).

“Pada hari kempen ini dijalankan, pengguna akan dicaj 20 sen bagi pembelian setiap beg plastik. Caj ini bukan bertujuan mengambil keuntungan daripada beg plastik tetapi bagi memberikan nilai kepada beg plastik itu sendiri agar ia diguna semula dan tidak buang sesuka hati.

“Caj itu akan dikutip oleh Jawatankuasa Tindakan Alam Sekitar Kota Kinabalu yang diuruskan DBKK dan hasil kutipan akan digunakan untuk membiayai projek-projek alam sekitar,” katanya pada pelancaran Kempen Bawa Beg Bah dan ‘Bandaraya Bersih, Komuniti Sihat’ anjuran Hospital Gleneagles Kota Kinabalu dengan kerjasama DBKK bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Kamarlin Ombi. Turut hadir Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai dan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Gleneagles Kota Kinabalu Jean-Francois Naa.

Masidi mengajak orang ramai menyokong kempen itu bagi membantu menjimatkan penggunaan sumber alam dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Pada majlis itu, Kamarlin turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi program Bandaraya Bersih, Komuniti Sihat antara Hospital Gleneagles Kota Kinabalu dan DBKK, iaitu program angkat membersihkan perparitan dan kawasan sekitar hospital supaya bebas sampah sarap.

Program pembersihan itu akan dilaksanakan setiap tiga bulan iaitu pada Sabtu minggu kedua. Dalam pada itu, DBKK turut mempelawa pihak berminat untuk bekerjasama dengan mereka dalam aspek penjagaan kebersihan sebagai usaha meningkatkan imej dan identiti bandaraya Kota Kinabalu sebagai bandaraya yang bersih, hijau dan selesa untuk didiami. — Bernama

Lelaki Kemaruk Seks Lari Berbogel



Seorang tahanan lelaki Indonesia yang kemaruk seks tanpa mengira mangsa dan keadaan melarikan diri dari lokap polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Utara selepas berpura-pura mahu membuang air kecil. 

Suspek yang merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) dikenali sebagai Rahim, 27, me­larikan diri dari tandas IPD Klang Utara selepas menggunakan seluarnya yang disangkut pada tingkap tandas sebelum dia memanjat dan keluar dari tingkap tersebut.

Selepas berjaya keluar dari tandas pada pukul 3 petang kelmarin, suspek berketurunan Madura yang hanya memakai baju dengan kedua-dua belah tangan bergari berlari ke belakang IPD tersebut.

Masjid ‘Liberal’ Dibuka Di Jerman





Sebuah masjid yang menyebarkan fahaman Islam liberal membenarkan lelaki dan wanita menunaikan solat bersama-sama, dibuka di ibu kota Jerman, Berlin, lengkap dengan beberapa imam wanita. 

Suara azan bergema di Masjid Ibn-Rushd-Goethe itu ketika warga Amerika Syarikat kelahiran Malaysia, Ani Zonneveld atau Zuraini Tan Sri Abdul Khalid mengimamkan solat Jumaat pada minggu lalu. Dia merupakan salah seorang daripada beberapa imam wanita di dunia.

Pengasas masjid itu yang juga seorang peguam dan aktivis hak asasi wanita, Seyran Ates merasmikan masjid itu dengan ucapan selamat datang kepada sejumlah besar petugas media dan tetamu beragama Kristian serta Yahudi.

“Kami mahu menghantar mesej untuk memera­ngi keganasan Islam selain pe­nyalahgunaan agama kami.  Kami mahu mengamalkan agama kami bersama-sama,” kata Ates yang berumur 54 tahun. 

Masjid baharu dan yang ke-88 di Berlin itu terletak di tingkat tiga bangunan gereja St.John. Sementara itu, tujuh pengasasnya berkata, masjid itu dibuka kepada semua golongan termasuk gay dan lesbian. “Masjid ini membenarkan orang Islam mencari identiti mereka dengan cara terbaharu,” kata pe­ngasas bersama dan ulama Jerman, Abdel-Hakim Ourghi.

Malaysian Tigers Kembali ‘Bernyawa’



PELUANG skuad hoki lelaki negara melangkah ke peringkat suku akhir kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (WHL) yang sedang berlangsung di London, England kembali terbuka. 

Kejayaan itu hadir selepas Malaysian Tigers berjaya merakam kemenangan pertama kejohanan dengan menewaskan seteru Asia, Korea Selatan 1-0 pada aksi ketiga Kumpulan A di Stadium Lee Valley awal pagi semalam.

Ia sekali gus meletakkan skuad negara melonjak ke tangga ketiga Kumpulan A dan berpeluang ce­rah mara ke suku akhir dengan aksi peringkat kumpulan berbaki satu perlawanan menentang China. 

Ketua jurulatih Malaysian Tigers, Stephen van Huizen ternyata gembira dengan kejayaan anak-anak buahnya selepas terdahulu tewas dua perlawanan berturut-turut, 2-5 kepada Argentina dan dikalahkan pasukan tuan rumah, England 7-3.

“Semua pemain sedar perlawanan ini amat pen­ting untuk menentukan hala tuju kami. Kami akan tersingkir daripada suku akhir kalau kalah, sekali gus tidak layak ke Piala Dunia 2018. Saya memuji kesungguhan dipamerkan barisan pemain. Mereka menunjukkan semangat juang dan keinginan yang tinggi untuk memenangi perlawanan ini,” katanya.

Pakar flick, Muhammad Razie Abd. Rahim muncul wira Malaysian Tigers apabila percubaannya menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-35 merupakan gol tunggal perlawanan. Jika mara ke suku akhir, skuad negara dilihat berpeluang cerah untuk meraih slot ke pentas Piala Dunia 2018 yang akan diadakan di Bhubaneswar, India penghujung tahun depan.

Ini kerana kempen Separuh Akhir WHL di London itu merupakan pusingan kelayakan ke pentas berprestij dunia tersebut.

Air Mata Tumpah Dek Kasihnya Ibu


Ada titisan air mata yang mengalir tatkala Awie menyampaikan lagu Kasihnya Ibu. Biarpun pernah dilabelkan dengan pelbagai gelaran negatif dan dikatakan berjiwa kental, naluri Awie tetap tersentuh apabila menyanyikan lagu yang amat menyentuh perasaan ini. 

Selesai persembahan, dia mengambil masa seketika menyapu air mata sambil mententeramkan emosi sebelum menyampaikan lagu seterusnya. Persembahan eksklusif ini dapat disaksikan pada majlis Raikan Ramadhan Al Mubarak Bersama Wings & Superfriends yang berlangsung di Hotel Premiera, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Program anjuran Awie Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Hotel Premiera ini mencipta sejarah tersendiri kerana belum pernah ada kumpulan rock diberi peluang bekerjasama dengan mana-mana hotel ketika Ramadan.

Sebelum persembahan dimulakan, Wings turut memberikan sumbangan duit raya kepada anak yatim sebagai tanda prihatin mereka terhadap golongan ini. Mengambil kira semangat Ramadan, Wings & Superfriends memilih mendendangkan lagu berunsur kemanusiaan dan bercorak melankolik daripada album Wings serta lagu artis lain.

Superfriends menampilkan persembahan Kudeen 3 Juara, Liza Hanim, kumpulan Acapella dan penampilan pemuzik Lola XPDC, Kudin Headwind, Rody Kristal dan Eddie XPDC. Kumpulan Acapella menyanyikan lagu Taman Rashidah Utama, Kembara Di Tanah Gersang, Rapuh, Joget Siapa Dia dan Acapella Raya.

Kudeen pula menyampaikan lagu Salam Aidilfitri, Pada Syurga Di Wajah Mu dan Semalam Yang Hangat. Sementara itu, Liza Hanim mendendangkan lagu Jeritan Batinku, Suasana Hari Raya, Gelisah Mimpi dan Halaman Asmara (duet bersama Kudeen). Kemuncak program menyaksikan Wings bersama Edrie Hashim dan Sham beraksi secara akustik selama sejam.

Awie, Black dan Eddie memilih menyampaikan lagu Dari Tuhan, Lena Diulit Intan, Sayap Illusi, Sejati, Sembunyi, Alam Barzakh, Asmaul Husna, Ingatkan Dia, Kasihnya Ibu, Musafir Di Aidilfitri dan Raya Yang Sempurna.

Buka Minda 

Ditemui selepas itu, Awie bersyukur kerana persembahan berjalan lancar seperti dirancang. “Program sebegini perlukan ketenangan. Berhibur sambil memahami. Matlamat kami adalah menyampaikan dakwah cara sebegini.

“Selama ini orang dengar nama Wings pasti ingat kami terikat dengan rock ‘solid’. Sebenarnya kalau diperhatikan lagu Wings kebanyakannya mempunyai lirik yang mendalam. Segelintir peminat gagal memahami maksud yang terkandung,” katanya.

Menurutnya, ini hanya permulaan dan Wings mengalu-alukan sekiranya ada pihak berminat memanggil mereka untuk persembahan sebegini.

“Selepas 32 tahun inilah persembahan pertama kami dalam konsep ini. Sebelum ini memang tidak pernah ada tawaran begini dibuat. “Awal-awal sebelum persembahan lagi, saya minta peminat yang hadir agar buka minda menghayati lagu yang kami sampaikan. Mereka perlu mengkaji lirik,” katanya.

Mengulas perasaannya ketika menyanyikan lagu Kasihnya Ibu, Awie mengakui pasti akan ‘rabak’ apabila menyampaikannya. “Benda ini saya sudah cakap pada anggota lain ketika sesi latihan lagi. Sentuh pasal ibu dan ayah, adalah perkara sensitif bagi saya kerana ibu dan ayah saya sudah tiada. 

“Ayah sudah enam tahun meninggal dunia, manakala ibu pula dah nak masuk tiga tahun. Saya tak boleh nak simpan dan ia terus terkeluar ketika di pentas,” katanya. Menurut Awie, dia pernah bercadang menghasilkan album kerohanian dan sepatutnya sudah mengeluarkan album ini pada Ramadan.

“Disebabkan kesibukan dan pelbagai aktiviti lain, ia tertangguh buat sementara waktu. Saya juga mungkin bekerja dengan sebuah badan dakwah untuk projek ini. “Sekiranya Wings boleh dibawa bersama, saya akan tampilkan mereka dan sekiranya tidak, saya akan buat album solo,” katanya.

Dalam pada itu, sebahagian daripada kutipan program ini akan disalurkan kepada rumah anak yatim dan pusat tahfiz yang sesuai. “Kami akan cari tempat yang betul-betul daif dan memerlukan. Kami tak suka terikat dengan hanya satu tempat sahaja,” katanya.