Wednesday, 28 February 2018

Jangan Rosakkan Nama BN Hanya Kerana Satu Kerusi




Rasanya, di kebanyakan kerusi Parlimen di seluruh Malaysia hari ini bakal menyaksikan persaingan antara mereka yang merasakan diri mereka layak diangkat sebagai calon bagi sesebuah Parlimen. Masing-masing sudah memulakan gerak kerja bagi memikat hati pengundi dan sekaligus mencerahkan peluang mereka untuk menjadi calon bagi Barisan Nasional.

Menariknya, keadaan ini menyaksikan wujud pergeseran yang samada sengaja atau tidak sengaja dicetuskan oleh para pesaing sehingga mengakibatkan nama baik Barisan Nasional menjadi sedikit buruk. Malah, dakwaan sesebuah kerusi itu adalah kerusi tradisi juga begitu kerap kedengaran terutamanya di Parlimen P078, Cameron Highlands.

Umum mengetahui, wujud persaingan antara MIC yang dikatakan mahu mengekalkan tradisi mereka bertanding di kerusi ini dengan Presiden MyPPP, tan Sri M Kayveas. Persaingan ini jika dilakukan dengan cara yang sihat, mungkin akan menampakkan kesungguhan parti-parti berkenaan untuk mewakili suara penduduk Parlimen Cameron Highlands di Parlimen kelak.

Namun, apa yang berlaku memang mengundang kerut di dahi sesiapa pun yang mengikuti rapat perkembangan politik di Cameron Highlands. Manakan tidak, persaingan memenangi hati pengundi Cameron Highlands ini disulami dengan beberapa insiden yang dicetuskan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Secara amnya, jika ditanya kepada penduduk Parlimen ini, siapakah yang mereka kenali dan mahukan, sudah tentu nama Tan Sri M Kayveas meniti di mulut mereka terutamanya sekali penduduk Orang Asal yang majoritinya tinggal di DUN Jelai selain daripada DUN Tanah Rata.

Manakan tidak, boleh dikatakan ramai pengundi di sini cukup kecewa dengan MIC yang menguasai Cameron Highlands sejak beberapa penggal yang lalu. Rata-rata mereka menyatakan, MIC gagal membawa suara dan menyelesaikan masalah mereka walaupun mereka datangnya dari komponen utama Barisan Nasional.

Berlainan pula dengan cara dan gerak kerja Tan Sri M Kayveas. Walaupun beliau bukanlah ADUN ataupun Ahli Parlimen bagi kerusi ini, namun beliau sentiasa mudah didekati dan akan bersedia pada bila-bila masa untuk mendengar dan berusaha untuk menyelesaikan masalah penduduk setempat.

Sehinggakan, ada yang keliru samada beliau ataupun orang lain yang menjadi Ahli Parlimen bagi kerusi ini. Menurut penduduk, mujurlah beliau sentiasa berkhidmat dan senang didekati oleh rakyat. Jika tidak, mungkin sudah ramai penduduk dan pengundi bagi kerusi ini menolak kehadiran Barisan Nasional kerana sudah serik dengan sikap sambil lewa wakil rakyat sebelum ini.

Kita sebenarnya tidak mahu kehilangan mana-mana kerusi Parlimen yang telah kita menangi sejak sekian lama. Namun, jika sikap suka merosakkan orang lain demi mahu mengangkat diri sendiri kekal sehingga mampu mengubah pandangan masyarakat terhadap kerajaan, ini di namakan usaha merosakkan imej Barisan Nasional dan merencatkan peluang kemenangan BN dan calonnya.

Tidak salah untuk berpolitik mahupun melobi. Namun gunakan peluang yang ada sebaiknya dengan melobi cara yang lebih berhemah dan bukannya merosakkan imej calon lain termasuk menyebarkan dakyah palsu. Musuh BN adalah DAP dan Pakatan Harapan, bukannya calon yang boleh membawa kemenangan kepada BN itu sendiri.

Peugeot, Citroen Pula Jajah Malaysia?



Kalau ada sahaja pelaburan luar yang masuk Malaysia, maka pembangkang akan kata Malaysia sudah kena jajah dan tergadi. Itulah logik mereka terhadap projek ECRL dan juga pembelian saham Geely terhadap Proton. Bermacam macam tuduhan dibuat oleh Mahathir dan pembangkang bila Geely membeli saham Proton. 

Namun pembelian itu tidak menjejaskan sedikit pun kedaulatan Malaysia ini. Hanya propaganda pembangkang semata mata. Baca pautan ini :  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1783124745041328&id=697192853634528.

Kali ini, Malaysia menjadi tumpuan lagi. Kali ini syarikat Naza Corporation Holdings (Naza Group) akan bekerjasama dengan Groupe PSA dari Perancis di kilang Naza Automative Manufacturing (NAM) di Gurun, Kedah. Perkongsian itu adalah bagi membantu membangunkan industri automotif yang dinamik di Malaysia.

Groupe PSA adalah syarikat pengeluar kereta Perancis yang terkenal dengan jenama Peugeot dan Citreon. Melalui pakatan strategik itu, ia akan menyaksikan pengenalan model baharu dengan vendor tempatan dapat meningkatkan kemahiran mereka yang akan membawa manfaat kepada industri tempatan serta masyarakat.

NAM menyasarkan pengeluaran sebanyak 18,000 unit kereta pada 2019 dan disusuli sejumlah 21,000 unit pada 2020 yang masing-masing menjana perolehan sebanyak RM724 juta dan RM967 juta. 

Sungguhpun ia merupakan satu berita yang menarik, apatah lagi dapat merangsang ekonomi negara kerana ia dijangka melahirkan 70 vendor tempatan tambahan dalam tempoh lima tahun akan datang dan mewujudkan tambahan 1,200 peluang pekerjaan di Kedah namun pastinya ia bukan berita gembira untuk pembangkang.

Ironinya, kilang NAM itu akan beroperasi di Gurun, iaitu tempat di mana Perwaja Steel pernah bertapak dulu semasa era pemerintahan Mahathir sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun dan apa yang berlaku kepada syarikat itu? Perwaja Steel dilaporkan mengalami kerugian hampir RM10 bilion.

Pada mulanya ia adalah syarikat usaha sama antara kerajaan dengan Nippon Steel Corporation Jepun namun selepas ia menghadapi masalah pengeluaran, Nippon akhirnya menarik diri. Malangnya Perwaja telah ditutup dan pekerja terpaksa dibuang.

Bukan sahaja Perwaja, malah Bank Negara Malaysia mengalami kerugian lebih RM30 bilion semasa tahun 90-an akibat urus niaga mata wang asing (Forex). Namun pembangkang seakan-akan terlupa akan semua itu selepas Mahathir menyertai mereka.

Apa yang pasti, pembangkang akan mereka cerita kononnya syarikat luar itu akan `menjajah' Malaysia, iaitu taktik sama yang digunakan ketika usahasama dijalankan antara firma China, Zhejiang Geely Group Holding Co dan Proton Holdings Bhd.

Walaupun ia bakal memberikan manfaat kepada negara namun pembangkang tidak melihat perkara itu sebaliknya mereka menjaja bahawa kerajaan mahu menjual negara kepada China. Realitinya, keputusan syarikat dari Perancis itu untuk memilih melabur di Malaysia menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Syarikat Peugeot dan Citreon tidak percaya dakyah Mahathir dan pembangkang bahawa Malaysia hendak bankrup. Mereka percaya dengan kekuatan ekonomi Malaysia. Sama seperti SK Group, syarikat multinasional kedua terbesar dari Korea Selatan yang menjadikan Malaysia sebagai hub di rantau ini.

Syarikat mulnasional dan pelabur luar yakin dengan kerajaan BN, maka rakyat Malaysia juga harus melabur sama memberikan mandat yang lebih besar pada kerajaan BN pada PRU14 nanti.

Beruang Biru
Selasa
27 Februari 2018

Penyamun Pulangkan Sim Kad



PENJENAYAH memulangkan semula sim kad selepas menyamun seorang lelaki dengan parang dalam kejadian di kawasan tapak pembinaan berhampiran pasar raya di Putatan, Penampang, kelmarin. 

Dalam kejadian 4.21 petang itu, mangsa dikatakan sedang mandi di kawasan tapak pembinaan terbabit bersama dua rakannya. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata, tidak lama selepas itu, mangsa dihampiri dua lelaki tidak dikenali lalu menghunus sebilah parang ke bahagian rusuk mangsa dan mengambil telefon bimbitnya.

"Tidak lama selepas itu, suspek memulangkan semula sim kad telefon bimbit kepada mangsa, lalu beredar. Sebaik suspek tiada di lokasi, mangsa bergegas membuat laporan polis berhubung kejadian itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, hasil risikan dan maklumat yang dikumpul, polis kemudian menahan tiga suspek yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan, semalam. "Pemeriksaan mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah mengikut seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

"Hasil saringan ujian air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah," katanya. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan menggunakan senjata.

Tolak Empat Permohonan Murtad


Mahkamah Persekutuan di sini semalam memutuskan terdapat peruntukan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah Sarawak untuk mengendalikan kes murtad.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin berkata, mahkamah sebulat suara mencapai keputusan untuk menolak rayuan empat penduduk Sarawak bagi mahkamah sivil mendengar kes murtad mereka dan memutuskan ia tiada merit terhadapnya.

Beliau berkata, mahkamah menolak rayuan itu tanpa kos dan memutuskan isu yang dibangkitkan telah diselesaikan dalam kes-kes mahkamah yang lain. Katanya, walaupun tiada peruntukan bagi murtad tetapi ada peruntukan atas perkara mengenai tindakan memeluk Islam yang bererti Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai bidang kuasa terhadap isu murtad.

Beliau berkata, terdapat Seksyen 68 dan 69 Ordinan Majlis Islam Sarawak yang boleh digunakan oleh Mahkamah Syariah Sarawak untuk mendengar perkara berhubung isu murtad dalam Islam.

Bos Kumpulan Samseng Didakwa



Ketua kongsi gelap Geng Jin Jee Tong yang disyaki mempunyai kaitan dengan pembunuhan secara terbuka ketua samseng Geng Hong Hong San di Taman Pelangi pada tahun lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang empat tahun lalu. 

Koh Suei Chuan, 50, didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Jin Jee Tong di Johor antara 1 Januari 2015 hingga 11 Februari tahun ini. Suei Chuan mengangguk faham atas pertuduhan namun tiada pe­ngakuan direkodkan ketika jurubahasa membacakan pendakwaan di hadapan Hakim Mohd. Fauzi Mohd. Nasir.

 Mengikut kertas pertuduhan, Suei Chuan didakwa melakukan ke­salahan itu mengikut Seksyen 130 V(1) Kanun Ke­seksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun jika sabit kesalahan.

Padah Kencing Di Dalam Lif




Seorang kanak-kanak lelaki yang membuang air kecil di dalam sebuah lif menerima padah apabila dia terperangkap selama beberapa jam akibat litar pintas. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik ke internet menunjukkan kanak-kanak yang tidak didedahkan identitinya itu memancutkan air kencing pada kesemua butang lif di sebuah bangunan apartmen di Chongqing pada Jumaat lalu.

Dia kemudian menutup zip seluarnya dan bersedia untuk keluar namun malangnya pintu lif itu tidak dapat dibuka gara-gara mengalami litar pintas disebabkan air kencingnya. Kanak-kanak itu kelihatan panik apabila keadaan di dalam lif menjadi gelap menyebabkan dia menekan butang lif berkenaan berkali-kali.

Media tempatan melaporkan kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah diselamatkan oleh kakitangan penyelenggaraan bangunan tersebut.

Lif berkenaan dikatakan masih dalam penyelenggaraan dan ibu bapa kanak-kanak itu dijangka perlu membayar ganti rugi disebabkan kerosakan yang dilakukan anak mereka.

Diaz Tinggalkan JDT Tengah Malam



SELEPAS ketua jurulatih, Ulisses Morais meninggalkan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahad lepas, peminat kelab mewah itu sekali lagi dikejutkan dengan berita penyerang prolifik mereka, Jorge Pereyra Diaz pula ‘angkat kaki’ semalam. 

Diaz, 27, dilaporkan me­ninggalkan pasukan juara empat kali Liga Super itu ketika berada di hotel penginapan pasukan pada pukul 12 tengah malam Ahad lalu. Pengarah Teknikal Kelab Bola Sepak JDT, Alistair Edwards berkata, Diaz meninggalkan kelab tersebut ketika pemain itu bersama pasukan sebelum berlepas ke Vietnam untuk perlawanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Ejen beliau (Diaz) telah menghubungi kami dan memberitahu tentang niat pemain tersebut yang ingin meninggalkan kelab. Kelab telah membuat keputusan untuk menghormati keputusan tersebut dan membiarkan beliau pergi,” katanya di laman Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers semalam.

Menurut Edward, kelab tersebut akan mencari pengganti pemain luar negara yang baharu untuk ditandatangani apabila jendela perpindahan dibuka pada Jun nanti. Dalam pada itu, ketua jurulatih sementara JDT yang baru dilantik, Raul Longhi mengingatkan semua pemainnya dan barisan staff supaya menghormati polisi kelab.

“Tiada sesiapa yang lebih besar daripada kelab (JDT), itu adalah keutamaan saya,” katanya. Menurut Longhi, beliau mengambil tanggungjawab terbaharu itu dengan positif walaupun sedih apabila Ulis­ses Morais tiada bersama.

“Bagaimanapun, agenda dan polisi kelab harus dite­ruskan. Bukan sahaja untuk menjaga falsafah dan agenda kelab bola sepak JDT tetapi yang paling mustahak adalah polisi kelab JDT,” katanya.

Media kelmarin melaporkan, Morais mengumumkan peletakan jawatan daripada mengendalikan kelab itu selepas sembilan bulan berkhid­mat atas alasan masalah kesihatan keluarga. Terbaharu, penyerang prolifik dari Argentina, Diaz yang kembali semula menyarung jersi JDT pada musim ini turut meninggalkan kelab tersebut semalam.

Diaz sebelum ini pernah menjulang beberapa piala bersama JDT pada musim 2014 hingga 2016. Hari ini, JDT akan menentang kelab Song Lam Nghe An FC pada aksi Piala AFC di Stadium Vinh Vinh, Vietnam pada pukul 3.30 petang waktu tempatan.

Sufian Tidak Kenal Lelaki Dikaitkan Dengan Elfira



Penyanyi Sufian Suhaimi mengaku tidak tahu menahu dan mengenali usahawan muda bernama Asyraff Mazlan yang kini dikaitkan ada hubungan dengan bekas tunangnya, Elfira Loy. Sufian, 26, turut menafikan kewujudan orang ketiga dalam hubungannya dengan Elfira sepanjang tempoh pertunangan mereka. 

“Saya tidak tahu menahu tentang cerita terbaharu ini. Saya tahu lelaki itu salah seorang kenalan Elfira, tetapi tidak mengenalinya secara peribadi dan tidak tahu sejauh mana hubungan mereka. Sepanjang tempoh pertunangan tidak pernah timbul isu ini,” kata Sufian ketika ditemui selepas muncul dalam program Jangan Ingat Kami Tidak Kisah semalam.

Penyanyi lagu Terakhir itu turut menegaskan dia tidak terkesan langsung andai Elfira bertemu dengan lelaki lain kerana ikatan pertunangan antara mereka telah pun berakhir secara baik. “Saya memang tidak terkesan kerana kami sudah tiada hubungan. Walaupun begitu, Elfira tetap rakan baik saya. Apapun yang dilakukan, saya sentiasa doakan yang terbaik buat dirinya,” ujar Sufian.

Meskipun ikatan pertunangan antara Sufian dan Elfira telah terputus secara rasmi pada 18 Februari lalu, namun kisah mereka masih menjadi perbualan hangat apabila terdapat dakwaan bahawa pelakon itu sudah menemui pengganti.

Semuanya gara-gara foto yang dimuat naik oleh Asyraff di Instagram. Menerusi foto tersebut kelihatan Elfira, kakaknya iaitu Azlisa bersama Asyraff. Ia dirakamkan semasa mereka meraikan ulang tahun kelahiran Asyraff di sebuah restoran baru-baru ini.

MAB Belum Ada Kata Putus



Malaysia Airlines Bhd (MAB) akan membuat keputusan mengenai rancangan menyenaraikan semula syarikat penerbangan nasional itu di pasaran saham selepas suku kedua tahun ini. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya Izham Ismail berkata, pihaknya akan melihat kembali sama ada MAB boleh bersedia untuk disenaraikan semula atau tidak selepas ia dikeluarkan daripada syarikat senaraian awam sebelum ini.

“Kami tidak mahu melakukan tawaran awam permulaan (IPO) sekiranya syarikat tidak bersedia sepenuhnya. Banyak perkara perlu dilakukan, namun ia bukan penyelesaian yang mudah, perlu ada ketelitian dalam perkara ini.

“Suku kedua tahun ini adalah petanda potensi sebenar MAB,” katanya selepas majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia Aviation Group (MAG) dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, Pengerusi MAG Tan Sri Md Nor Md Yusof dan Ketua Pengarah AADK Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin. Sementara itu, MAB akan menyusun semula struktur organisasinya dalam tempoh terdekat ini bagi memantapkan operasi sebagai sebahagian usaha untuk kembali mencatatkan keuntungan.

Beliau berkata, rancangan itu adalah antara matlamat program pemulihan di bawah rangka Pelan Pemulihan MAB (MRP) untuk tempoh lima tahun mengikut jadual ditetapkan. Izham berkata, penyusunan semula itu kini sedang diteliti dan masih banyak lagi perkara yang perlu diperhalusi. 

Mengulas lanjut, Izham berkata, MAB juga akan melancarkan penjenamaan semula yang secara dasarnya masih mengekalkan jenama dan logo sedia ada, namun berbeza dari segi penyampaian produk.

“Kami tahu untuk menjadi relevan di dalam pasaran adalah bagaimana harga produk ditetapkan. Adalah jelas di sini, kami bukannya (syarikat penerbangan) tambang murah, bukan juga mewah, namun masih dalam kategori premium,” katanya.

MateBook X Pro Nak Lawan MacBook Pro



HUAWEI melancarkan laptop yang dikatakan pesaing terdekat MacBook Pro menerusi model MateBook X Pro di Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) di Barcelona, Sepanyol, hari ini. 

Huawei MateBook X Pro bersaiz skrin 14 inci pada badan 12 inci dengan format 3K LTPS yang juga notebook pertama dengan FullView.

Laptop ini datang dengan pemprosesan Intel Quad Core i7 gen-8 dan RAM hingga 16GB manakala grafik Nvidia MX150 memori 2GB. Huawei MateBook X Pro mempunyai sambungan Thunderbolt 3, dua USB-C, satu USB-A dan soket fon kepala. Butang papan kekuncinya kalau percikan air dan mampu memainkan video selama 12 jam.

Tuesday, 27 February 2018

Jangan Terlalu Utamakan Kepentingan Politik Wahai Kerajaan Selangor



Sekitar November 2016, kerajaan Malaysia menerusi Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah berjaya membawa satu lagi projek mega dengan kerjasama kerajaan China bagi membina East Cost Railway Link yang akan menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor sehingga Tumpat di Kelantan yang dianggarkan bernilai RM 144 bilion.

Pengumuman pembinaan ini nyata cukup melegakan warga pantai Timur kerana selain daripada pembinaan Lebuhraya Pantai Timur, projek ECRL ini akan memangkinkan pertumbuhan ekonomi di sepanjang laluannya. Malah, ianya sekaligus mempercepatkan perjalanan dari Kelantan ke ibu kota berbanding menggunakan keretapi mel biasa.

Namun di saat ramai pihak menyambut baik usaha yang digerakkan kerajaan ini, siapa sangka pembinaan ECRL ini mungkin akan terjejas disebabkan keegoan kerajaan Selangor yang masih belum memberi kelulusan terhadap pembinaan projek berkenaan di Selangor.

Memetik laporan dari Utusan Malaysia hari ini, Ketua Pembinaan Infrastruktur Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Noor Azlan Salleh berkata, sehingga kini kerajaan negeri itu masih belum meluluskan permohonan tanah yang telah dipohon oleh pihaknya.

Keadaan ini menyaksikan pihaknya hanya memberi tumpuan terhadap pembinaan di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang mana pembinaan bagi sektor di negeri Selangor akan tertangguh selagi mana kerajaan negeri masih enggan memberikan kelulusan untuk melaksanakan pembinaan di sepanjang laluan di negeri Selangor.

Apa yang disesalkan adalah, projek ini adalah projek kepada rakyat daripada kerajaan pusat dan ianya kelihatan seperti kerajaan Selangor sengaja melenggah-lenggahkan keputusan kelulusan berkenaan. Adakah ianya melibatkan pergeseran politik sehingga memaksa sektor di negeri Selangor tertangguh pembinaannya?

Apa yang diharapkan adalah, segala polemik penangguhan disebabkan kegagalan pihak kerajaan negeri memberi kelulusan pembinaan ini dapat dihentikan segera. Usah disebabkan kedegilan sebuah kerajaan negeri, segala usaha yang diamanahkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) dari kerajaan pusat, tertangguh dan sekaligus menyusahkan rakyat.

Kami Cuba Untuk Rampas Pulau Pinang Dari Tangan DAP



Tahun ini menyaksikan DAP sudah menguasai Pulau Pinang selama dua penggal dengan Lim Guan Eng kekal menjadi Ketua Menteri sejak 2008. Tidak ada sesiapa dapat menyangkal bahawa sejak DAP menguasai Pulau Pinang, mereka telah melakukan begitu banyak kerosakan alam sekitar yang menyaksikan begitu banyak kes tanah runtuh mahupun banjir di negeri berkenaan.

Tidak kurang juga, kerajaan DAP hari ini telah melakukan begitu banyak penyelewengan dan yang terbaru, penyelewengan wang kerajaan negeri terhadap pembinaan terowong dasar laut yang sehingga kini tidak nampak bayangnya. Lebih teruk lagi, hampir kesemua tanah milik kerajaan telah dijual kepada pihak luar termasuklah kepada rakyat Singapura atas alasan pembangunan.

Hal ini menjadikan negeri Pulau Pinang seperti tidak keruan dan lebih memburukkan keadaan, rakyat Pulau Pinang juga seolah-olah sudah hilang hak untuk bersuara bagi membantah apa yang dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Melihat akan keadaan yang semakin parah ini, MCA menerusi Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai meletakkan sasaran untuk memenangi kesemua kerusi yang mereka bakal tandingi bagi membolehkan Barisan Nasional merampas semula Pulau Pinang.

Usaha ini tidak dilakukan secara bersendirian oleh MCA. Sebaliknya, usaha akan digembeling bersama-sama UMNO dan Gerakan bagi membolehkan kerajaan DAP Pulau Pinang ditumbangkan dan mengembalikan semula hak rakyat yang dirampas secara kejam oleh kerajaan DAP yang diketuai Lim Guan Eng.

Untuk ini, MCA bakal meletakkan calon muda dan berkebolehan di semua kerusi yang bakal mereka tandingi. Calon-calon ini terdiri dari pelbagai latar belakang akedemik yang diyakini mampu untuk menjadi wakil dan suara rakyat samada di Sidang DUN mahupun di Sidang Parlimen kelak.

Paling utama, MCA sendiri telah menerapkan kepada kesemua bakal-bakal calon mereka untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira apa jua latar belakang agama, kaum dan idealogi politik. Asas yang paling dititik beratkan adalah kemampuan seseorang calon itu berkhidmat kepada rakyat dan bukannya memenuhkan kantung sendiri seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan DAP hari ini.

Oleh yang demikian, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkeyakinan bahawa MCA dengan kerjasama rakan-rakan parti komponen yang lain seperti UMNO dan Gerakan, merealisasikan harapan untuk merampas semula Pulau Pinang dari tangan DAP.

Balut Tengkuk : Drama Pembangkang Untuk Raih Simpati Dan Tipu Rakyat



Bulan Julai 2011, ketika himpunan Bersih 2 diadakan di Kuala Lumpur, N. Surendran, peguam Anwar Ibrahim mengadu pada Malaysiakini bahawa Anwar berdarah di kepala dan cedera di lutut. Kononnya dikasari semasa berada di KL Central. 

Selepas itu, bila masuk wad, Anwar Ibrahim ambil gambar kononnya teruk sangat cederanya. Balut tengkuk sambil pakai baju Bersih atas katil hospital. Kata berdarah di kepala dan lutut, kenapa tengkuk yang kena balut? Ini bukti jelas, Anwar Ibrahim hanya berbohong semata mata pada waktu itu.

Drama sakit tengkuk yang sama ketika dipapah oleh Azmin Ali pada tahun 1998 dulu. Hingga satu video mengkantoikan bahawa Anwar tidak sakit dan sempat lagi menari nari dalam video tersebut. 

Kini, lakonan balut tengkuk diguna balik oleh Azmin. Drama yang sama mahu diulang oleh Azmin untuk raih simpati rakyat di Selangor. Isu tanah Ijok bernilai RM1.18 juta masih belum dijawab, datang pula cerita Azmin sakit pinggang.

Pada 25 Februari 2018, Teng Chang Kim, Exco DAP Kerajaan Negeri Selangor ketika majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina peringkat Selangor di Petaling Jaya berkata Azmin Ali tidak dapat hadir program tersebut kerana menghadapi masalah 'annular disc tear'.

"Atas nasihat tegas doktor, beliau dikehendaki menjalani rawatan di hospital termasuk prosedur fisioterapi intensif untuk satu tempoh yang secukupnya," kata Teng.

Menurut Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor Yin Shao Loong, Azmin cedera ketika sedang membersihkan rumah dan menyusun semula perabot di rumahnya. Pelik sangat cara kecederaan itu berlaku. Masa sedang buat "projek aiskrim" selama 45 minit dalam tandas boleh pula tidak sakit.

Kata seminggu sakit dan kena jalani rawatan fisioterapi, tiba tiba hari ini Azmin muncul dengan gambar memakai "neck collar". Kata sakit pinggang, kenapa tengkuk yang kena balut? Ini lawak. Balut tengkuk dan sakit pinggang ini adalah skrip drama pemimpin pembangkang yang diulang ulang untuk raih simpati rakyat sahaja.

Mat Sabu pernah tiru drama ini, balut tengkuk dan duduk sekejap atas kerusi roda selepas Bersih 2. Bagi budak budak berhingus macam Syed Saddiq dan geng geng Armada PPBM mereka mudah terpesona dengan lakonan hebat ini. Mudah hendak kena tipu. Rakyat Selangor kena tolak lakonan Azmin yang menjijikkan ini.

Ketika pakatan pembangkang di Selangor dalam krisis dan bergaduh kerana berebut kerusi. Ketika banyak isu dan skandal dalam kerajaan Selangor dibongkar. Ketika itulah datang semula lakonan balut tengkuk meminta simpati dari Azmin Ali. Jangan jangan selepas ini, Azmin juga mahu terbang ke Jerman untuk buat rawatan sakit pinggang. Ini semua wayang sahaja.

Sandiwara dan drama pemimpin pembangkang. Jawab dulu skandal tanah Ijok, berhentilah berlakon balut tengkuk.

Beruang Biru
Isnin
26 Februari 2018

Maut Terkena Renjatan Elektrik



PEKERJA kimpalan maut selepas terkena renjatan elektrik ketika memasang atap aluminium di restoran di Jalan Dato Mohd Musa, Kota Samarahan, semalam. 

Kejadian 4.45 petang itu menyebabkan Zaini Achang, 55, meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Samarahan Deputi Superintendan Lee Chong Chern berkata, mangsa dikatakan memanjat tangga untuk mengimpal atap aluminium yang dipasang di luar premis.

Menurutnya, ketika kerja mengimpal dilakukan, mangsa tiba-tiba rebah sebelum tersangkut pada tiang sambungan atap berkenaan selepas terkena renjatan elektrik. "Orang awam yang menyaksikan kejadian kemudian segera memaklumkan kepada pemilik kedai untuk mematikan aliran elektrik. 

"Mangsa kemudiannya diturunkan dan sepasukan pegawai perubatan dipanggil ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayat dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching untuk bedah siasat. Katanya, bedah siasat yang selesai dijalankan malam tadi mengesahkan mangsa maut akibat renjatan elektrik dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Bapa Syaitan Mohon Ringan Hukuman



RAYUAN seorang ejen unit hartanah yang dihukum penjara 48 tahun dan 24 sebatan selepas mengaku bersalah atas 623 kesalahan jenayah seksual terhadap anak perempuannya akan didengar pada 23 April ini di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur. 

Tarikh itu ditetapkan Penolong Kanan Pendaftar Nur Ain Mustapa selepas pengurusan kes itu dibuat di hadapannya dengan dihadiri lelaki berusia 37 itu selaku perayu dan Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin sebagai pihak responden.

Ketika ditemui media di luar mahkamah, Aimi memaklumkan lelaki itu memfailkan rayuan untuk mengurangkan hukuman pada Oktober tahun lalu. Aimi berkata, mahkamah juga mengarahkan perayu melantik peguam selain berhubung dengan pihak penjara untuk mendapatkan khidmat daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Pada 8 September tahun lalu, Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Putrajaya menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap lelaki itu selepas dia mengaku bersalah merogol, meliwat dan penganiayaan seksual terhadap anak perempuannya yang berusia 15 tahun.

Hakim Yong Zarida Sazali memerintahkan dia menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 26 Julai 2017. Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan, menjalani kaunseling pemulihan selama 10 tahun dan mengikuti pengawasan polis selama tiga tahun selepas keluar dari penjara.

Kes ini mendapat perhatian awam apabila lelaki itu didakwa atas 623 kesalahan termasuk satu kes rogol, 591 kesalahan liwat dan 30 tuduhan melakukan seksual fizikal terhadap anak perempuannya dan satu kes penganiayaan seksual. Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di bilik tidur rumahnya, di Petaling Jaya sejak Januari tahun lalu hingga Julai tahun lalu.

Macam Dalam Filem



SEORANG penjenayah ditahan orang ramai ketika cuba melarikan beg tangan seorang wanita di belakang kawasan parkir bangunan City Mall, Kota Kinabalu, malam tadi. Ketika kejadian 8.15 malam itu, mangsa berusia 37 tahun mahu masuk ke dalam Toyota Alphard sebelum didatangi suspek berumur 28 tahun. 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan mendapati suspek kemudian masuk ke dalam kenderaan mangsa melalui pintu penumpang hadapan, iaitu tempat wanita itu meletakkan beg tangan sebelum cuba melarikan diri.

"Wanita terbabit kemudian menjerit meminta tolong dan suspek melarikan diri masuk ke dalam kereta miliknya yang diletakkan bersebelahan kenderaan mangsa. Di dalam beg tangan itu mengandungi iPhone 7 Plus dan dompet," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Chandra berkata, ketika suspek ingin keluar dari kawasan parkir, keretanya terlanggar Toyota Rush dan turut melanggar seorang lelaki berusia 32 tahun yang datang membantu mangsa tanpa disedari suspek.

"Selepas itu, orang ramai datang membantu dan menangkap suspek sebelum diserahkan kepada polis.  Pemeriksaan dalam kereta suspek turut menemui sebilah parang dan baju chef," katanya. 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan/Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. "Kes turut disiasat oleh polis trafik kerana berlaku kemalangan di tempat kejadian mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu dengan tidak cermat sehingga menyebabkan orang lain cedera," katanya.

Difahamkan, mangsa yang dilanggar suspek mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Queen Elizabeth II di sini.

Pembunuh Pun Boleh Bagi Alasan Tidak Ingat!



PEMBUNUH memohon dikecualikan daripada hukuman mati kerana tidak mampu ingat kesalahan dilakukannya akibat angin ahmar yang menghapuskan semua memori. 

Vernon Madison, 67, dari Alabama sepatutnya dilaksanakan hukuman mati bulan lalu, kerana menembak mati anggota polis pada 1985 sebelum ditangguhkan untuk membolehkan permohonan ini difailkan.

Susulan itu, Mahkamah Agung bersetuju mendengar permohonannya untuk dikecualikan daripada hukuman mati. Madison mengalami beberapa strok yang mengakibatkan demensia serta hilang ingatan.

Dia juga kini kurang upaya penglihatan, tidak dapat berjalan tanpa sokongan dan mengalami kesukaran bercakap. Alabama memfailkan rayuan kepada Mahkamah Agung supaya Madison tidak dikenakan hukuman mati kerana hilang ingatan sehingga tidak dapat mengaitkan perbuatannya dengan hukuman yang bakal dikenakan.

November lalu, mahkamah memutuskan hukuman boleh dilaksanakan kerana tiada kes dulu yang menunjukkan banduan tidak patut dihukum mati atas alasan itu, sebelum mengarahkan pelaksanaannya ditangguhkan untuk sekali lagi meneliti kes berkenaan.

Duo Badminton Berdepan 6 Pertuduhan



DUA pemain badminton profesional negara yang didakwa terlibat dalam skandal mengatur perlawanan mula menghadiri sesi pendengaran kes tersebut di Singapura bermula semalam dan dijangka berakhir hari ini. 

Bekas juara remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkiffli dan bekas pemain skuad Piala Thomas 2010, Tan Chun Seang hadir bersama peguam masing-masing pada sesi pendengaran yang diadakan di Hotel Jen, Tanglin.

Pemerhati yang mewakili Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Jada­dish Chandra enggan mengulas lanjut sama ada dua pemain itu terlibat atau tidak dengan kegiatan tersebut biarpun berdepan enam pertuduhan berhubung mengatur perlawanan.

“Hari ini (semalam), empat saksi dari tiga buah negara termasuk seorang pemain yang membuat laporan dipanggil BWF (Persekutuan Badminton Dunia) bagi memberi keterangan.

“Dua pemain terbabit berdepan enam pertuduhan melibatkan aktiviti mengatur perlawanan yang berlaku antara 2013 hingga 2016, termasuk Grand Prix (GP) Terbuka Korea. Mereka diwakili peguam masing-masing dan memberi kerjasama yang cukup baik,” kata Jadadish.

Beliau yang juga Ahli Majlis BAM berkata, sesi pendengaran itu dikendalikan tiga ahli panel bebas yang dilantik BWF selain menegaskan skandal tersebut langsung tidak menjejaskan kredibiliti BAM. 

“Pendakwaan ini dilakukan secara adil menerusi tiga ahli panel bebas yang dilantik BWF. Perkara ini juga tidak menjejaskan imej BAM kerana ia melibatkan individu itu sendiri selain tidak berada di bawah naungan BAM.

“Sesi pendengaran akan berakhir esok (hari ini) dengan dua lagi saksi akan dipanggil. Dua pemain itu juga akan memberi keterangan bagi membela diri,” tambah beliau.

Pada masa sama, Jadadish menyatakan, keputusan perbicaraan mungkin akan diumumkan dalam tempoh tiga minggu lagi menerusi surat bertulis yang disertakan alasan kukuh daripada panel bebas berkenaan.

“Saya tidak fikir keputusan akan diberikan esok (hari ini). Keputusan mungkin dibuat secara bertulis berserta alasan kukuh daripada panel bebas yang dilantik dan bakal diserahkan kepada pemain dalam tempoh tiga minggu lagi,” ujarnya.

Dua pemain terlibat turut mengelak bertemu media tempatan dan antarabangsa yang mengikuti perkembangan kes berkenaan apabila meninggalkan lokasi perbicaraan melalui pintu dapur hotel tersebut.

Menurut sumber, pemain yang terlibat dengan skandal tersebut berdepan hukuman gantung seumur hidup oleh BWF sekiranya mereka didapati bersalah atas dakwaan berkenaan.

Punca Sebenar Salman Khan Masih Bujang



Salman Khan mendedahkan punca utama dia masih belum berkahwin sehingga ke hari ini ialah kerana kos untuk mengadakan majlis perkahwinan terlalu mahal sekarang dan dia tidak mampu menampung perbelanjaan itu. 

Pelakon berusia 52 tahun itu berkata, majlis perkahwinan sudah menjadi satu perkara yang besar sehingga ramai yang sanggup menghabiskan banyak wang untuk berkahwin. “Saya tidak mampu. Sebab itulah saya masih bujang,” katanya.

Terdahulu, Salman dikatakan pernah menganjurkan majlis perkahwinan untuk kakaknya Arpita pada 2014 di Istana Falaknuma, Hyderabad apabila kos jamuannya antara yang termahal di India. Selain itu, Salman juga disenaraikan oleh majalah Forbes pada 2017 sebagai antara tiga pelakon Bollywood yang menerima bayaran termahal iaitu AS$37 juta (RM145,021,583) setahun.

Pada 2016, dia pernah membuat pengakuan punca utama dia tidak berkahwin adalah kerana berasakan dia tidak mampu menjadi seorang suami yang baik.

Barangkali, atas alasan itu juga pelakon yang terkenal menerusi filem Kick itu belum menoktahkan zaman bujangnya. Bagaimanapun, peminat seluruh dunia sentiasa mendoakan supaya Salman mendirikan rumah tangga secepat mungkin.

Samsung Lancar Galaxy S9, Galaxy S9+



Samsung bakal memasarkan Galaxy S9 dan S9+ bermula 16 Mac ini pada harga bermula RM3,299. Presiden Samsung Malaysia Electronics (Samsung) Yoonsoo Kim berkata, Malaysia antara negara terawal menerima dua telefon pintar yang menjadi sebutan pengguna. 

“Kami mahu Malaysia kekal sebagai negara yang peka gajet dan Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ menjadi produk paling sesuai,” katanya. 

Tiga warna ditawarkan iaitu hitam, biru dan ungu. Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ dijual pada harga antara RM3,299 dan RM4,399. Storan ditawarkan bermula 64GB hingga 256GB. Pratempahan bermula 1 Mac ini.

Kali ini, Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ datang dengan emoji AR yang lebih realistik malah pengguna boleh mencipta emoji dengan wajah sendiri. Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ datang dengan sistem audio hasil kerjasama dengan AKG dan Dolby Atmos yang membawa audio lebih kuat tanpa pembesar suara tambahan.

Galaxy S9 mempunyai skrin 5.8 inci QuadHD+ curved super AMOLED 18.5:9 manakala, Galaxy S9+ pula 6.2 inci dengan format sama.

Kedua-dua model terbabit juga dilengkapi kamera dengan sistem yang membezakan terang atau gelap serta merubah apertur f2.4 kepada f1.5 pada keadaan gelap. Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ turut datang dengan Super Slo Mo 960fps.

Prihatin Keperluan Orang Kerdil



Mahu merealisasikan impian golongan kurang berkemampuan menjejak kaki ke Tanah Suci Makkah menggerakkan Kengkawan Project melancarkan kempen #BantulahAku. Menerusi kempen berkenaan komuniti badan sukarelawan itu menyasarkan sekurang-kurangnya 10 jemaah terdiri daripada orang kerdil berpeluang menjalani ibadat umrah pada Oktober nanti. 

Menurut wakil Kengkawan Project Jojie Hussein, pada mulanya kempen itu bermula dengan program kesedaran mengenai keperluan serta kemudahan bagi orang kerdil di masjid menerusi lagu kempen Bantulah Aku hasil gubahan Erwan Muhibbin yang juga sukarelawan Kengkawan Project.

“Ketika itu rakan daripada Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia (PKOM) tampil sebagai pelakon dalam klip video Bantulah Aku gubahan rakan kami untuk kempen mengenai kemudahan buat golongan berkenaan di masjid dan sebagainya.

“Sebenarnya masyarakat umum sering lupa keperluan golongan ini termasuk kemudahan seperti tempat wuduk dan tangga yang ada kalanya tidak sepadan untuk mereka. Jadi di sini kami mahu kongsi mengenai realiti dihadapi orang kerdil.

“Dari situlah timbulnya idea mengembangkan kempen untuk membawa sebahagian ahli komuniti ini merasai peluang melakukan ibadat umrah pula. Kami menyasarkan membawa 10 jemaah dan kosnya sekitar RM50,000. Jadi kami melakukan pelbagai program bagi tujuan pengumpulan dana termasuk jualan amal, menyertai bazar dan perlawanan futsal.

“Ketika ini jumlah terkumpul ialah RM25,000 dan kami masih di pertengahan perjalanan. Kami sentiasa beristiqamah dan positif jumlah itu dapat dikumpulkan sebelum tempoh berangkat,” katanya.
Sementara itu Pengasas Kengkawan Project Faizal Mahmood berkata, dia dan isteri, Norhana Osman Haron menubuhkan komuniti itu sebagai platform untuk dia serta kawannya meluangkan masa bersama menerusi kerja amal. “Kami bermula empat tahun apabila saya dan rakan mengambil inisiatif menyumbang makanan kepada pekerja Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ketika umrah. 

“Selepas itu kerja kebajikan tidak dihentikan apabila memutuskan untuk membantu orang
memerlukan meskipun sudah pulang ke tanah air. Selain itu kami juga bekerjasama dengan Islamic Relief Malaysia bagi kempen mengumpul dana bagi merawati katarak dan pemulihan mata untuk rakyat Bangladesh.

“Setiap tahun kami menyasarkan sekurang-kurangnya tiga atau empat projek setahun supaya kami terus dapat membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Antara projek pernah dijalankan Kengkawan Project termasuk Misi Bantuan Banjir kepada mangsa banjir di pantaitTimur, Cuci Surau, Free Breakfast, Hadith Open Mic dan banyak lagi dalam tempoh empat tahun komuniti itu ditubuhkan. Bagi mereka berminat menyokong kerja jariah dilakukan komuniti ini boleh melayari Facebook dan Instagram KengkawanProject.

Monday, 26 February 2018

Perlu Ada Kesedaran Antara Koc Biasa Dan Wanita



Beberapa tahun sebelum ini, terdapat usaha yang digerakkan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTMB) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) untuk mengasingkan penumpang mengikut jantina. Maka terhasillah dua ke tiga gerabak khas untuk kaum wanita bagi perkhidmatan Komuter di sekitar Lembah Klang.

Usaha ini memang mendapat sambutan menggalakkan kerana di koc ini, memang dikhaskan untuk kaum wanita dengan kaum lelaki pula perlu berada di luar koc wanita. Ini secara tidak langsung dapa tmengelakkan dari sebarang gangguan seksual ataupun keadaan yang kurang menyenangkan bagi pengguna perkhidmatan sistem komuter ini.

Namun begitu, lama-kelamaan, usaha ini nampaknya kian di lupakan dengan kaum lelai juga kini dilihat membanjiri koc yang disediakan khas untuk kaum wanita. Keadaan ini bertambah parah apabila tiba waktu puncak yang mana penumpang berpusu-pusu menaiki tren ini tanpa mempedulikan samada koc khas untuk wanita mahupun koc biasa.

Lebih memburukkan keadaan, bukan setakat kaum lelaki sahaja yang membanjir koc wanita malah, kaum wanita sendiri juga sudah seperti tidak mengendahkan koc yang dikhaskan untuk mereka. Justeru, keadaan ini menyaksikan apa yang sebelum ini cuba di asingkan oleh KTMB dan SPAD, nampaknya seperti menemui kegagalan.

Menyedari akan hakikat ini, KTMB dan SPAD kini dalam perangcangan untuk menghidupkan semula pengasingan mengikut jantina ini kepada orang ramai. Paling utama, kedua-dua agensi ini cuba untuk meningkatkan kesedaran orang ramai untuk patuh dan akur kepada pengasingan koc ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh KTM, usaha menangani isu pencerobohan koc wanita melalui usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai etika penggunaan koc berkenaan dimulakan sejak Khamis lalu melibatkan polis bantuan KTMB dengan SPAD.

Apa yang diharapkan, menerusi usaha dan penguatkuasaan yang digerakkan ini dapat mendidik orang ramai untuk patuh dan akur kepada penyediaan koc berkenaan.

Inilah Hasil Belaan Mahathir Selama 22 Tahun



Samada suka ataupun tidak, samada Mahathir mahu menafikan atau mengiyakan, selama 22 tahun Mahathir berkuasa di negara ini, dia telah "membela" begitu ramai kroni-kroninya yang boleh dikatakan menyapu bersih segala projek dari kerajaan. Hasil daripada inilah, mereka membina kekayaan dan hari ini, mereka tergolong dalam kelompok bilionair.

Selama beberapa dekad, seandainya kita menalaah sebentar Majalah Forbes, kita akan dapati, tidak banyak perubahan berlaku di dalam senarai orang terkaya di Malaysia. Kelompok "istimewa belaan Mahathr ini masih di kuasai oleh Tan Sri Robert Kuok yang sebelum ini dikenali sebagai Raja Gula Malaysia.

Namun begitu, sejak Mahathir memilih untuk kembali kekancah politik dengan menyertai Pakatan Harapan, para kroninya ini dikhabarkan membantu Mahathir dalam menggerakkan cara politiknya. Lihat sahaja salah seorang kroni rapatnya, Tan Sri Vincent Tan yang dilihat tidak lokek untuk memberi kebenaran untuk Mahathir menggunakan pesawat peribadinya untuk kemana sahaja yang Mahathir mahu.

Terbaru, orang terkaya di Malaysia, Tan Sri Robert Kuok dilaporkan berhasrrat untuk melihat Malaysia ini ditadbir oleh kaum lain terutamanya kaum Cina. Katanya, untuk membolehkan keadaan itu berlaku, rakyat wajar memberi peluang kepada DAP untuk mentadbir selepas Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan datang.

Agak menarik untuk diperkatakan kerana selama ini, beliau langsung tidak pernah mencampuri urusan poltik tanahair. Beliau yang lebih banyak menghabiskan usianya tinggal di Hong Kong lebih senang menyendiri tanpa pernah walau sekalipun cuba mencampuri urusan negara samada di pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Namun disaat negara sedang bersiap sedia bagi menghadapi bapa segala Pilihan Raya yang dijangka bakal berlangsung kurang dari 100 hari sahaja lagi, dengan hubungan rapat Mahathir dan DAP berada pada tahap terbaik, beliau secara tiba-tiba muncul dengan mengeluarkan kenyataan demikian yang cukup mengejutkan ramai pihak.

Sekilas pandang, apa yang dilakukan oleh Robert ini menampakkan, Mahathir sudah mula menggerakkan pelan yang seterusnya dalam usaha menumbangkan kerajaan. Mungkin, pada ketika inilah, Mahathir amat memerlukan sokongan dari para kroninya yang telah menjadi bilionair untuk membantunya merampas Putrajaya dari tangan Barisan Nasional.

Pastinya, Mahathir amat memerlukan orang-orangnya kembali berada disisinya pada ketika semua pihak sedang berhadapan dengan detik getir tidak lama lagi. Mungkin inilah yang cuba dilakukan Mahathir sehinggakan dia terpaksa mengheret Tan Sri Robert Kuok kedalam kancah politik tanahair.

* Artikel ini diterbitkan pada 26 Februari 2018

BN Terus Tunai Janji, BR1M Masuk Lagi Hari Ini



Bermula hari ini, janji Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) terus dipenuhi. Sejak tahun 2012 lagi, BR1M yang dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional terus masuk lagi dan lagi. Sejumlah kira-kira RM6.8 bilion peruntukan BR1M diagihkan kepada kira-kira tujuh juta penerima di seluruh negara hari ini. 

Bayaran pertama BR1M mula dilaksanakan hari ini, manakala fasa ke-2 dan ke-3 bakal dibuat pada Jun dan Ogos nanti. BR1M mula diperkenalkan pada 2012 dengan bayaran ketika itu sebanyak RM500 kepada kira 4.1 juta penerima.

Bagaimanapun, jumlah penerima berkenaan telah meningkat kepada 7 juta orang. Tidak terhenti setakat itu malah setiap tahun BR1M yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah ditambah baik dari masa ke semasa.

Apa yang pasti, pemberian BR1M ini menunjukkan bahawa manifesto Barisan Nasional (BN) telah ditunaikan dan ia merupakan sebahagian daripaa 97.6 % janji manifesto yang dilaksanakan oleh kerajaan. BR1M menjadi "keyword" no. 1 di carian Google sejak tiga tahun lepas. Semua rakyat Malaysia hendak tahu maklumat terkini mengenai BR1M.

Bukan itu sahaja, BR1M juga menjadi antara pertanyaan popular pengguna media sosial kepada Perdana Menteri setiap kali beliau memuatnaik status di Facebook atau Twitternya. Malah ketika Perdana Menteri meminta cadangan daripada rakyat sebelum membentangkan Bajet 2018, BR1M menjadi fokus utama dengan rakyat rata-rata meminta supaya bantuan itu diteruskan.

Sebenarnya BR1M dilaksanakan atas nasihat daripada Bank Negara Malaysia, bukannya untuk menarik undi rakyat, seperti yang ditohmah oleh pembangkang. Malangnya ketika pemimpin Pakatan Harapan (PH) sibuk mengecam kerajaan disebabkan pemberian BR1M ini, penyokongnya pula banyak yang menjadi penerima BR1M.

Malah negeri yang ditadbir oleh PH iaitu Selangor merupakan negeri yang paling tinggi merekodkan penerima BR1M. Sebab itulah Pengerusi PH, Mahathir yang sebelum ini melabelkan BR1M sebagai `rasuah' dan dedak, akhirnya menukar pendirian dan kini membayangkan akan meneruskan bantuan itu jika PH berkuasa.

Apabila Mahathir yang sebelum ini begitu lantang mengecam BR1M, menukar fikiran dan menerima bantuan itu, ia menunjukkan bahawa BR1M diperakukan sebagai kaedah untuk merangsang ekonomi negara dan pada masa yang sama mengiktiraf bahawa kerajaan BN adalah kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan rakyat.

Sebenarnya Najib tidak memerlukan pun Mahathir dan pembangkang memperakukan keberkesanan BR1M kerana 35 pakar ekonomi di United Kindom (UK) telah terlebih dahulu mengakui bahawa bantuan wang berkenaan merupakan satu langkah untuk meransang pertumbuhan ekonomi negara. 

Jika BR1M hanyalah untuk pancing undi dan dedak, maka tidak mungkin Arab Saudi dan Thailand turut melaksanakan bantuan kewangan ala BR1M di negara mereka. Sebab itulah Perdana Menteri, baru-baru ini mencabar pembangkang, jika mereka tidak suka kepada BR1M, tolong beri cadangan yang lebih baik untuk menolong golongan penerima bantuan berkenaan.

Jika tidak mampu memberikan cadangan yang bagus, elok diam sahaja dan berhenti mengkritik benda baik yang dilakukan kerajaan BN. Seperti biasa, pembangkang hanya diam kerana mereka sendiri tiada idea untuk memberikan cadangan bagi menggantikan BR1M.

Kalau ada nescaya mereka sudah laksanakan di Selangor dan Pulau Pinang. Mahathir sudah akui minggu lepas bahawa pembangkang tidak mampu untuk tunai janji. Logo pembangkang sendiri pun tidak siap. Rakyat perlu realistik dalam membuat pilihan.

Mengundi pembangkang yang belum diuji bakal membawa Malaysia ke arah bencana. Perlu kekal memilih Barisan Nasional yang komited bekerja dan menunaikan janji ke rakyat pada PRU14 nanti. 

Beruang Biru
Isnin
26 Februari 2018

Janda Diserang Ibu Saudara Cemburu



Kawasan perumahan pekerja Ladang Pertasa, Peringkat 1, Jeroco di sini kelmarin kecoh gara-gara seorang wanita naik berang lalu menyerang anak saudara sendiri yang dicurigai menjalin hubungan intim dengan suaminya.

Kejadian pada pukul 7. 57 pagi berlaku apabila suspek yang berusia 33 tahun itu pergi ke rumah anak saudaranya dengan membawa pisau. Selepas memaki-hamun anak saudaranya yang berusia 26 tahun dan merupakan seorang janda, suspek terus menyerang mangsa dengan pisau dibawanya.

Tindakan itu menyebabkan mangsa mengalami luka-luka di kepala, betis, lutut dan jari tengah sebelah kiri.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A. Sahak Rahman berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai cemburu dan berang selepas mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit dengan anak saudaranya.

Polis Sarawak Terus Gempur Pusat Judi Haram



Polis Sarawak berjaya menahan 100 kaki judi menerusi 75 serbuan berasingan yang dilakukan di seluruh negeri ini sepanjang minggu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, kesemua individu termasuk empat warga asing yang ditahan itu berusia antara 17 hingga 72 tahun.

Menurut beliau, serbuan bagi membanteras jenayah judi haram di negeri ini dilakukan mulai 19 hingga 25 Februari lalu. "Serbuan berasingan melibatkan 16 daerah itu dilakukan di premis-premis menjual loteri haram, pusat judi dalam talian, tempat awam dan gelanggang judi ayam.

"Hasil serbuan, polis telah merampas pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian haram itu termasuk wang tunai berjumlah RM14,566," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Dev memberitahu, semua serbuan itu telah dijalankan oleh pasukan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan daerah di Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Padawan, Kapit, Marudi, Betong, Bau, Simunjan, Sarikei, Kota Samarahan, Serian, Dalat, Saratok dan Sri Aman.

Katanya, daripada 75 serbuan itu, 58 serbuan telah dilakukan di premis loteri haram, judi siber (13) dan masing-masing dua serbuan di tempat awam dan gelanggang sabung ayam. "Kesemua suspek yang terdiri daripada 64 lelaki dan 36 wanita itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

"Kes tersebut disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan 1952," ujarnya lagi.

Sesi Pendengaran Zulfadli, Chun Seang Bermula Hari Ini



Sesi pendengaran berhubung kes mengatur perlawanan membabitkan dua pemain badminton Malaysia bermula hari ini di Singapura. 

Menurut pemerhati bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Jadadish Chandra, kedua-dua pemain itu, Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun Seang, telah pun berada di sini. Chandra, yang ditemui Bernama di hotel tempat berlangsungnya sesi pendengaran itu, berkata sesi berkenaan akan bermula pada 10 pagi dan dijangka berlangsung sepanjang hari.

Selain menjadi anggota majlis BAM, Chandra juga merupakan anggota utama bagi jawatankuasa peraturan, disiplin dan integriti badan induk itu. Chandra berkata Singapura dipilih sebagai lokasi sesi pendengaran itu semata-mata kerana ia merupakan venue neutral dan tiada aktiviti mengatur perlawanan membabitkan kedua-dua pemain badminton itu berlaku di republik ini.

Bilik Kebal Hari Kiamat Akan Dinaiktaraf



Norway me­rancang membelanjakan AS$13 juta (RM50.9 juta) untuk menaik taraf bank biji benih ‘hari kiamat’ yang dibina 10 tahun lalu di sebuah pulau di Lautan Artik bagi melindungi bekalan makanan sedunia, kata kerajaan baru-baru ini. 

Bilik Kebal Biji Benih Global Svalbard itu menjadi tempat simpanan beku semula jadi bagi menyokong 1,750 bank serupa di seluruh dunia sekiranya malapetaka besar seperti perang nuklear berlaku.

Rancangan naik taraf itu meliputi pembinaan sebuah terowong konkrit baharu di samping sebuah bangunan perkhidmatan untuk menempatkan janakuasa kecemasan, beberapa unit peti sejuk beku dan peralatan pemanasan lain, kata Kementerian Pertanian Norway dalam satu kenyataan.

Pada tahun 2015, pasukan penyelidik melakukan pengambilan keluar pertama dari bilik kebal Svalbard. Ia berikutan perang saudara di Syria mengakibatkan sebuah bank biji benih dekat bandar Aleppo me­ngalami kerosakan. Semua biji benih itu ditanam semula dan didepositkan ke dalam bilik kebal Svalbard pada tahun lalu.

Chelsea Tersungkur Di Kaki Lukaku



Romelu Lukaku menutup mulut pengkritik yang meragui kemampuannya berdepan lawan hebat dengan menjaringkan gol dan membantu gol kemenangan Jesse Lingard ketika Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Chelsea 2-1 semalam. 

Lukaku tidak menjaringkan sebarang gol dalam enam perlawanan terdahulu berdepan enam pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris bersama United mencetuskan andaian bahawa dia hanya mampu membuli pasukan lemah.

Bagaimanapun Lukaku kini menjaringan 22 gol dalam semua kejohanan sejak berpindah dari Everton Julai lalu dengan bayaran £75 juta (RM410.2 juta). “Ia tidak teruk tetapi anda sentiasa boleh perbaiki,” kata Lukaku mengenai jaringannya setakat ini.

“Saya ingin melakukan yang terbaik untuk pasukan. Pada akhirnya, saya berada di Manchester United dan mahu memenangi trofi. Itu yang penting.”

Pengurus United Jose Mourinho begitu berlebih-lebihan dalam memuji Lukaku apabila prestasi peribadinya membayangkan aksi tuan rumah selepas ketinggalan kepada Chelsea.

Pasukan pelawat mendahului menerusi jaringan Willian sebelum setengah jam perlawanan ketika United sekali lagi gagal mendapatkan aksi terbaik daripada Alexis Sanchez dan Paul Pogba dalam formasi baru di bahagian tengah.

Namun Lukaku meledak gol enam minit sebelum separuh masa apabila berjaya menyempurnakan hantaran Anthony Martial. Dia hampir menjaringkan gol kedua apabila sepakan guntingnya berjaya diselamatkan Thibaut Courtois pada separuh masa kedua.

Namun Courtois gagal melakukan sesuatu apabila Lukaku mempamerkan kemampuannya di luar kawasan penalti untuk melakukan hantaran yang berjaya disempurnakan Lingard.

Hilangnya Rupawan Sridevi


TANPA sebarang pesan atau tanda, aktres veteran Bollywood, Sridevi meninggal dunia pada usia 54 tahun secara mengejut akibat serangan jantung pada pukul 11 malam, Sabtu lalu di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu. 

Seluruh keluarganya termasuk suami, Boney Kapoor dan anak keduanya, Khushi berada di Dubai kerana menghadiri majlis perkahwinan anak saudara yang juga aktor, Mohit Marwah.

Anak sulungnya, Janhvi tidak mengikuti keluarga ke Dubai kerana terikat dengan komitmen penggambaran. Tidak disangka, senyuman dan kegembiraan beliau ketika berada pada majlis perkahwinan tersebut merupakan perkara terakhir yang dirakam dan dimuat naik di akaun Instagramnya.

“Ya, memang benar Sridevi telah meninggal dunia. Saya baru mendarat di India. Sebelum ini saya di Dubai dan kini akan terbang ke sana semula,” kata adik iparnya yang juga pelakon, Sanjay Kapoor yang mengesahkan berita kematiannya kepada Indiaexpress.com.

Berita kematiannya telah mengejutkan Bollywood dan peminatnya di serata dunia. Difahamkan Sridevi atau nama sebenarnya, Shree Amma Yanger Ayyapan sebelum kematiannya sedang bersiap sedia untuk memasuki ke set penggambaran filem terbaharu yang dijangka akan ditayangkan pada awal tahun depan.

Biarpun begitu, peminat masih dapat melepaskan rindu untuk menyaksikan lakonan terakhirnya di layar perak menerusi filem Zero gandingannya bersama Shah Rukh Khan. Filem Zero bakal ditayangkan di pawagam pada 21 Disember tahun ini.

Mengimbas tentang perjalanan seninya, Sridevi telah membintangi hampir 300 buah filem. Beliau memulakan kariernya sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia empat tahun. Meskipun kini dia terkenal sebagai aktres Bollywood, namun Sridevi sebenarnya bermula sebagai pelakon filem Tamil berjudul Thunaivan.

300 Buah Filem

Beliau memasuki dunia seni Bollywood pada usia 16 tahun menerusi filem Solva Sawan pada 1979. Namun, namanya hanya terkenal empat tahun selepas itu menerusi filem Himmatwala (1983).

Bagaimanapun filem yang benar-benar melonjakkan namanya dan watak yang diingati sehingga hari ini adalah menerusi filem Nagina (1986) yang mengisahkan tentang fantasi ular menjelma sebagai wanita. Menurut media di India, filem Nagina merupakan karya terbaik lakonannya daripada puluhan filem fantasi ular yang diterbitkan di Bollywood.

Siapa yang akan lupa wajah Sridevi dengan mata bulatnya memegang watak Rajni dan tarian ularnya dalam filem tersebut di samping aktor Rishi Kapoor.

Sewaktu berada di puncak populariti, Sridevi mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia glamor untuk membesarkan dua anak perempuannya selepas berkahwin dengan penerbit, Boney Kapoor yang juga abang kepada pelakon Anil Kapoor pada tahun1996. Beliau hanya kembali ke layar perak pada 1997 menerusi filem Judaai dan English Vinglish (2012).

Pemergiannya memberi kesan yang cukup besar kerana rata-rata selebriti Bollywood meluahkan rasa terkejut mereka dengan pemergiannya. “Saya bangun tidur dan dikejutkan dengan berita pemergian Sridevi. Dunia telah kehilangan seorang yang sangat berbakat dan meninggalkan legasi yang besar dalam dunia perfileman,” tulis aktres Madhuri Dixit di Twitter.

Sementara itu Kajol juga meluahkan rasa terkejut dan sedih dengan berita berkenaan. Katanya, dia masih sukar untuk mempercayai Sridevi sudah tiada. “Saya terkejut dan tidak percaya. Walhal baru sahaja melihat dia ketawa dan bercakap. Pelakon yang berada di tahapnya sendiri. Saya banyak belajar daripadanya. Satu kehilangan yang besar,” tulis Kajol di Twitter.

Aktor terkenal Rajinikanth juga merasai perkara yang sama dan masih terganggu dengan berita mengejutkan itu. Menurut Rajinikanth, beliau kehilangan seorang rakan sementara industri filem kehilangan seorang legenda.  "Saya merasai kesedihan dan kamu akan dirindui,” kata Rajinikanth. 

Antara selebriti lain yang turut meluahkan kesedihan mereka ialah Preity Zinta, Ranveer Singh, Kamal Haasan, Juhi Chawla, Akshay Kumar, Aamir Khan, Alia Bhat dan Shilpa Shetty. Berita itu juga turut mendapat perhatian Presiden India, Ram Nath Kovind.

“Terkejut mendengar berita kematian bintang filem Sridevi. Beliau telah meninggalkan jutaan peminatnya dalam kesedihan. Lakonannya dalam filem seperti Moondram Pirai, Lamhe dan English Vinglish akan kekal menjadi inspirasi kepada pelakon lain. Salam takziah buat keluarganya,” tulis Ram Nath Kovind di Twitter.

Dalam perkembangan terbaharu, mayat Sridevi dibawa pulang dari Dubai ke Mumbai, India menggunakan pesawat peribadi dan tiba sekitar pukul 2 petang semalam.

FGV Cadang Beli 20,000 Hektar Lagi



Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) bercadang menambah keluasan ladangnya pada tahun ini dengan meninjau potensi membeli ladang atau tanah baru di Malaysia, Indonesia dan Afrika. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad berkata, pengeluar minyak sawit (MSM) terbesar dunia itu bercadang untuk menambah keluasan ladangnya sebanyak 20,000 hektar lagi.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya sedang berunding dengan beberapa pihak mengenai pembelian kawasan ladang baru itu. “Kami meninjau tanah atau ladang yang menepati kriteria Persidangan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO),” katanya pada sidang media selepas menyampaikan taklimat prestasi kewangan FGV bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

Zakaria berkata, FGV juga bercadang untuk menjual dua hingga tiga aset bukan terasnya pada tahun ini sejajar dengan strategi syarikat peneraju perniagaan agro itu untuk menumpukan dalam perniagaan perladangan.

Zakaria berkata, FGV juga akan memberi tumpuan meningkatkan jumlah pemborong utama bagi minyak masak sebanyak 25 peratus di seluruh negara daripada 200 pemborong utama ketika ini. Beliau berkata, pengeluar MSM itu juga akan terus membangunkan hasil tanaman yang lebih tinggi dan benih kelapa sawit berkualiti menerusi penyelidikan genetik molekul.