Friday, 30 March 2018

Tidak Apa Yang Perlu Dibimbangkan



Mungkin ramai yang masih terkejut dengan pengambil alihan Syarikat Grab terhadap Syarikat Uber di Asia Tenggara baru-baru ini. Paling memberi kesan adalah para pemandu Uber yang bimbang, pengambil alihan ini akan menyekat dan menutup periuk nasi mereka.

Dalam hal ini, sebenarnya tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Pengambil alihan ini sebenarnya adalah salah satu bentuk perniagaan strategik kedua-dua syarikat ini memandangkan sistem dan pengurusan syarikat adalah hampir sama. Justeru, bagi memantapkan lagi perjalanan kedua-dua syarikat ini, pengambil alihan ini dilihat satu langkah paling tepat.

Tambahan pula, sistem operasi kedua-dua syarikat ini masih berjalan seperti biasa. Cuma, para pemandu Uber perlu menyesuaikan diri dengan sistem Grab yang dianggap hampir sama sahaja.

Dalam hal ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) memberitahu, pihaknya akan terus memantau dan menyelia sektor e-hailing berdasarkan rangka perundangan dan polisi yang sedia ada agar industri ini mampu berkembang sejajar dengan medan persaingan yang sihat, tahap keselamatan operasi yang baik, serta memastikan kebajikan penumpang dan pemandu sentiasa terpelihara.

Bagi memastikan hak pengguna terjamin di bawah gabungan Grab-Uber, pihak SPAD akan bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan seperti Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Malaysia Competition Commission) dan badan bukan kerajaan (NGO) yang relevan agar pengguna dilindungi daripada amalan yang tidak adil.

Pada masa yang sama, SPAD akan memastikan bahawa industri teksi dan e-hailing akan beroperasi dan bersaing secara adil di bawah inisiatif Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang bertujuan meningkatkan tahap profesionalisme dan daya saing teksi konvensional.

Melihat dari kenyataan ini serta tujuan utama pengambil alihan ini, ingin ditanyakan, apa lagi yang perlu dibimbangi? Sehingga hari ini, SPAD dan kerajaan tidak pernah mengabaikan mana-mana pihak yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran yang adakalanya boleh mengancam kewujudan syarikat itu sendiri.

Lim Guan Eng Tidak Mahu Bawa Peta Laut Pulau Pinang Ke Parlimen?




Isu terowong dasar laut yang hangat di perkatakan hari ini, memang belum bernokhtah sehingga kini. Manakan tidak, Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang masih kekal berdolak dalik serta memutar belitkan keadaan demi mahu menyelamatkan dirinya. 

Menariknya, semasa sesi perbahasan di Parlimen hari ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali tampil dengan sehelai peta bagi membela dirinya daripada isu tanah di Ijok yang memaksa dirinya menjawab begitu banyak persoalan yang timbul. Menerusi peta berkenaan, Azmin mendakwa tidak ada apa-apa yang berlaku di Ijok seperti yang didakwa oleh penyokong kerajaan.

Andai difikirkan secara logik, apa perlunya Azmin membawa peta berkenaan ke sidang Parlimen kerana isu sebenarnya adalah, pembelian tanah dari para peneroka serta bayaran pampasan adalah tidak setimpal. Rakyat tidak mahu tengok keadaan semasa di Ijok sehingga memaksa Azmin membawa peta Ijok ke sidang Parlimen.

Melihat akan cara Azmin menjawab skandal tanah Ijok ini, timbul juga persoalan, adakah Lim Guan Eng akan menggunakan helah yang sama dengan membawa peta laut di Pulau Pinang bagi mendakwa projek terowong dasar laut berkenaan berjalan dengan lancar?

Ini kerana, dalam beberapa tindakan, dia ada juga meniru cara Azmin dalam menyelesaikan masalah. Mungkin, Lim Guan Eng merasakan cara Azmin menjawab begitu banyak persoalan di Ijok ini sebagai modal untuknya menjawab skandal pembinaan terowong dasar laut yang kini telah menimbulkan kontroversi.

Andai ini dilakukan Guan Eng, nampaknya Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan jelas tidak tahu lagi apa yang dilakukannya. Orang mahu melihat, pengiraan dan pembayaran yang betul terhadap projek berkenaan dan bukannya peta laut di Pulau Pinang dijadikan bahan bukti olehnya demi mahu menyelamatkan dirinya dari terus diserang.

Nurul Izzah Undang Campur Tangan Asing Lagi Dalam Pilihan Raya



Menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) macam-macam tuduhan dilemparkan oleh pembangkang dengan tuduhan paling epik dalam sejarah negara ialah `pilihan raya paling kotor'. Boleh dikatakan semua pilihan raya di negara ini tidak pernah bersih bagi pembangkang walaupun mereka menguasai Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. 

Pembangkang sebenarnya yang main kotor. Ajak orang asing untuk campur tangan di negara ini. 20 Mac 2018 di parlimen, Mahathir sudah akui menggunakan media asing untuk campuri urusan di negara ini. Baca pautan ini :  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1810195629000906&id=697192853634528

Tuduhan pilihan raya paling kotor itu bukan baru, malah sudah berzaman dikemukakan oleh pembangkang. Atas sebab itu mereka mengemukakan macam-macam permintaan kononnya dengan mengikut kehendak mereka, pilihan raya itu akan jadi bersih.

Masalahnya, walaupun Suruhanjaya Pilihan Raa (SPR) mengikut cadangan yang dikemukakan pembangkang, tapi apabila mereka kalah, keadaan sama juga tetap juga kata PRU kotor.

Dulu pembangkang main isu 40,000 Bangla dibawa masuk sebagai pengundi hantu, kemudian isu elektrik terputus pula dimainkan, kini mereka meminta supaya pemerhati asing dibawa masuk untuk memantau perjalanan pilihan raya negara ini.

Jika campur tangan asing itu dibenarkan, di manakah kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat sampai terpaksa meminta pihak asing memantaunya. Tapi itu yang diminta oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah ketika berbahas di Parlimen semalam.

Sebenarnya dari tahun lepas lagi, Nurul Izzah memainkan isu kononnya PRU14 ini adalah yang paling kotor dalam sejarah Malaysia. Sedangkan dalam PRU sebelum inipun, memang SPR telah mengundang pemerhati asing. Pada PRU13 lalu, seramai 18 pemerhati antarabangsa masuk untuk menyaksikan proses pilihan raya umum itu berjalan.

Mereka ini terdiri daripada masing-masing enam wakil dari Indonesia dan Thailand, masing-masing dua dari Myanmar dan Kemboja serta dua wakil Sekretariat Asean yang juga merupakan petugas SPR di negara mereka.

Bukan itu sahaja, 1,200 pemerhati tempatan terdiri daripada 17 Pertubuhan Bukan Kerajaan telah dijemput untuk memastikan proses perjalanan pilihan raya di negara ini berintegriti, pada PRU13 lalu, tapi hasilnya, pembangkang dan BERSIH masih menganggap pilihan raya di Malaysia yang paling kotor.

Nurul Izzah agaknya terlupa di mana beliau terpaksa meminta maaf kepada Raja Nong Chik selepas mengeluarkan kenyataan fitnah dan palsu berhubung pembelian tanah dalam sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr. Ismail, iaitu sehari sebelum PRU-13.

``Saya kesal dengan kenyataan itu dan berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan tersebut atau apa-apa kenyataan berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya itu," kata Nurul Izzah ketika membacakan kenyataan maaf itu.

Permohonan maaf itu terpaksa dibuat selepas Raja Nong Chik, pada Julai 2013 telah memfailkan saman terhadap Nurul Izzah serta dua lagi kerana mengeluarkan kenyataan fitnah dan palsu itu. Jadi dalam hal pemerhati asing ini, SPR tiada masalah untuk menjemput mereka namun bolehkah pembangkang menerima keputusan PRU14 nanti?

Kalau dilayan permintaan pembangkang ini, memang pening SPR kerana apa jua yang dilakukan mereka tidak akan puas hati, jadi lebih elok diabaikan cadangan-cadangan mereka ini. Dulu pembangkang minta SPR celup jari dengan dakwat kekal kerana kononnya ada pengundi hantu.

Bila dah celup jari pun mereka masih tidak puas hati lagi. Lepas ini, eloklah celup terus kepala geng geng pembangkang ini terus dalam dakwat kekal. Mungkin itulah sahaja cara untuk membuatkan mereka puas hati.

Beruang Biru
Khamis
29 Mac 2018

Projek LRT Sarawak Siap 2024



Kos projek sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang menghubungkan tiga laluan dari Serian-Kota Samarahan-Kuching dijangka mencecah RM11 bilion. 

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Jo­hari Tun Abang Openg berkata, projek pembinaan tiga laluan utama sepanjang 154.2 kilometer itu akan bermula tahun depan dan di­jangka siap sepenuhnya menjelang 2024.

Menurut beliau, terdapat tiga laluan utama LRT itu iaitu dari Kota Samarahan ke Damai, Serian ke Senari dan sekitar pusat bandar raya Kuching. “Buat masa ini, kita memberi tumpuan terhadap tiga laluan utama tersebut sekali gus menambah baik kecekapan sistem pengangkutan awam sedia ada.

Jambatan Labuan-Menumbok Dijangka Siap Pada 2023



Jambatan Labuan-Menumbok yang menghubungkan pulau bebas cukai ini dengan tanah besar Sabah dijadualkan siap pada 2023, kata Anggota Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli. Beliau berkata, projek itu akan dilaksanakan sebaik sahaja kajian tekno-ekonomi kebolehlaksanaan untuk projek jambatan itu selesai pada Disember tahun ini. 

"Semasa persidangan Parlimen Rabu lepas, saya telah mengemukakan soalan berhubung perkembangan projek ini. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Loga Bala Mohan menjawab bahawa kementerian menerusi Perbadanan Labuan telah mengambil tindakan segera untuk melaksanakan kajian pelaksanaan cadangan jambatan itu," katanya kepada Bernama.

Mengulas lanjut, perubahan pada tujuan dan skop kajian kebolehlaksanaan itu menggambarkan komitmen dan kesungguhan kerajaan untuk membina jambatan Labuan-Menumbok yang pastinya memberi manfaat ekonomi dan meningkatkan hubungan antara kedua-dua kawasan iaitu Labuan dan tanah besar Sabah.

Rozman yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan berkata, isu pembinaan jambatan yang sekian lama akhirnya terjawab apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Labuan 2030 serta menyerahkan surat lantikan perunding bagi kajian kebolehlaksanaan pembinaan jambatan itu pada 18 Januari lepas.

Padah Intai Anak Dara Mandi



Polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) menahan seorang lelaki warga Myanmar selepas dipercayai mengintai seorang wanita yang sedang mandi di belakang bilik air rumah mangsa di Kuala Muda, Penaga di sini kira-kira pukul 9.15 malam tadi. 

Tangkapan ke atas lelaki berusia 30 tahun itu dilakukan selepas polis menerima maklumat mengenai penyebaran video kejadian suspek dipukul oleh penduduk kampung yang tular di laman sosial Facebook petang semalam.

Ketua Polis daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek sebelum itu ditahan abang wanita terbabit dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.

"Siasatan mendapati, kejadian disedari mangsa yang juga seorang penolong akauntan berusia 28 tahun semasa sedang mandi kira-kira pukul 6.30 pagi semalam dan dia telah memaklumkan perkara itu kepada abangnya.

"Ekoran kejadian itu, abang mangsa yang mengecam saspek telah menangkap lelaki itu sebelum dipukul oleh orang kampung sehingga video kejadian tersebut menjadi tular dalam media sosial petang semalam," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Dua Perogol Diarak Berbogel Ke Balai Polis



Dua daripada empat perogol remaja 17 tahun diarak dalam keadaan telanjang bulat ke balai polis melalui jalan raya di tengah bandar Yingkiong, Arunachal Pradesh, India, kelmarin. 

Ia kejadian terbaru di India dengan perogol diarak di jalan raya ke balai polis. Awal minggu ini, empat lelaki yang merogol pelajar kolej 20 tahun, diarak sepanjang jalan di Bhopal, Madhya Pradesh.

Menurut laporan media India, dalam kejadian di Arunachal Pradesh itu, dua lelaki terbabit yang berusia 20-an, diikat tangan dan diheret dalam keadaan bogel sepanjang jalan ke balai polis di daerah Upper Siang.

Hindustan Times melaporkan, Timbalan Ketua Polis (Wilayah Tengah), John Neihlaia, berkata: “Orang ramai bertindak sendiri sebelum menyerahkan dua lelaki itu kepada polis.” Menurutnya, mangsa berkenalan dengan seorang lelaki melalui telefon dan berjumpa dengannya Ahad lalu, sebelum dia dirogol lelaki terbabit dan tiga rakan lelaki itu.

“Mereka menghantarnya pulang pada jam 2 pagi (Isnin) sebelum ibu bapanya membuat laporan polis.  Saudara-mara dan jiran keluarga mangsa berjaya menangkap dua daripada empat lelaki terbabit,” katanya. Daily Mail yang memetik laporan media India menyatakan, Neihlaia berkata, polis memburu dua lagi lelaki.

Pobga Buka Mata Mourinho



Hubungan dingin Jose Mourinho dengan pemain termahal Manchester United, Paul Pogba sekali lagi menjadi tumpuan apabila aksi Liga Perdana Inggeris kembali bersambung selepas tamat perlawanan antarabangsa. 

Skuad Mourinho yang tidak beraksi dua minggu sejak menang perlawanan suku akhir Piala FA menentang Brighton akan menentang pasukan bawahan, Swansea esok dan pengurus United itu belum pasti menurunkan Pogba dalam kesebelasan utama.

Pogba tersisih dalam tiga perlawanan sebelum ini termasuk aksi suku akhir Piala FA, menentang Sevilla dalam Liga Juara-Juara dan aksi liga menentang musuh tradisi, Liverpool. Prestasi pemain berusia 25 tahun itu tidak konsisten selepas sukar menyesuaikan diri dengan sistem yang diterapkan pengurus dari Portugal itu.

Bagaimanapun, prestasi cemerlang Pogba ketika Perancis menang ke atas Russia 3-1 dalam aksi pemanas badan Piala Dunia boleh membuka mata Mourinho untuk menyenaraikannya semula dalam kesebelasan menentang Swansea.

Apatah lagi selepas pemain muda Scotland, Scott McTominay yang mengambil alih posisi pemain itu dalam tiga perlawanan sebelum ini mengalami kecederaan betis selepas tamat tugasan antarabangsa. 

Kemenangan di Russia dibantu salah satunya sepakan percuma menarik Pogba, jaringan pertama pemain itu sejak kali terakhir melakukannya ketika United menewaskan Newcaste dalam aksi liga pada pertengahan November lalu.

'Terpulang Nak Buat Laporan Polis': Fazlina



PELAKON Fazlina Ahmad Daud, menegaskan apa dilakukan terhadap Aiman Tino di set penggambaran musim terbaru drama bersiri Mak Cun bertujuan memastikan penyanyi itu nampak bagus apabila karya arahan dan terbitan Erma Fatima itu ditayangkan nanti.

Semalam sebahagian besar peminat Aiman berang dan marah apabila ada media menyiarkan berita penyanyi yang popular dengan lagu Ku Rela Di Benci itu ditampar Fazlina di lokasi Mak Cun musim keempat.

Ini kali pertama Aiman membabitkan diri sebagai pelakon dan khabarnya pihak pengurusan penyanyi itu meluahkan rasa tidak puas hati dan mahu mengambil tindakan.

Fazlina dihubungi hari ini, menjelaskan, sekiranya pihak pengurusan Aiman tidak berpuas hati dan mahu buat laporan polis membabitkan isu ‘lempang’ di lokasi terbabit dia menyerahkan sepenuhnya kepada mereka. Cuma dia kecewa apabila ramai pihak mengecam tanpa mengetahui situasi sebenar sehingga memberi kesan emosi kepada keluarganya terutama anak-anak.

“Saya bukan lempang Aiman sewaktu ambil ‘mood’ dan saya tidak ajar dia berlakon. Sebaliknya apa berlaku adalah dalam rakaman babak. Itupun saya buat guna teknik memandangkan dia sudah tidak punya ‘tenaga’ untuk mengeluarkan perasaan sepatutnya,” katanya.

Fazlina, adik kepada seniwati Fauziah Ahmad Daud (Ogy), berkata, babak hanya boleh dilakukan sekali kerana ‘prop’ gitar mahu dipecahkan hanya ada satu.

“Situasinya? Berjaya atau gagal. Dua kamera digunakan pakai tangan dan bukan tripod. Bayangkan betapa susahnya babak dilaksanakan dan saya harus memastikan ia berjaya. Saya harus jaga dialog saya dan Aiman, begitu juga perasaan yang harus dizahirkan.

“Sebagai orang baru saya tidak boleh bergantung kepada Aiman untuk jaga ‘blocking’. Saya harus berfikir pantas. Saya guna teknik sentuh pipi dan tolak muka untuk babak lempang itu. Bunyi datang dari paha yang saya tepuk memang buat dia terkejut,” katanya.

Melihat Aiman berada dalam situasi betul, Fazlina akui dia lakukan provokasi dan memegang mukanya agar kamera dapat mengambil gambar dekat ketika air matanya bergenang ketika itu. “Selepas babak selesai saya bantu dia supaya faham dan memohon maaf. Aiman berterima kasih kerana tidak sangka ia membuatnya menangis.

“Saya puji dia orang baru berbakat. Saya jelaskan apabila babak itu disiarkan nanti orang akan suka dan sayang dia dan akan membenci saya. Tapi belum pun drama itu disiarkan orang sudah benci,” katanya.

Kata Fazlina lagi, segalanya baik malah termasuk hari ini apabila dia ada beberapa babak bersama Aiman lagi. Begitu juga hubungannya dengan keluarga Aiman.

“Kedua ibu bapanya sendiri sangat baik dan berterima kasih kepada saya kerana membantu Aiman. Saya sendiri secara peribadi menghormati semua pihak. Namun apabila ada yang tidak faham dan menjadikan isu terutama membabitkan perasaan anak-anak saya berasakan ia perkembangan tidak sihat,” katanya.

Sedia 5,000 Peluang Kerja



Lebih 5,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan selepas Pusat Beli-Belah Toppen yang menempatkan gedung IKEA terbesar di Asia Tenggara di Tebrau dengan nilai pembangunan kasar RM900 juta siap pada suku ketiga 2019. 

Pengarah Urusannya Christian Rojkjaer berkata, pusat seluas 1.1 juta kaki persegi itu adalah ketiga milik kumpulan di Malaysia dan dijangka memuatkan 300 peruncit yang menawarkan produk dan perkhidmatan yang melengkapi IKEA Store Tebrau sebagai gedung penyewa utama.

Gaya Urban Futuristik




Sebagai kenderaan segmen A popular jenama Korea, Kia Picanto bukan sahaja tampil radikal, malah memecah dominasi penguasaan kereta jenama tempatan dalam kategori kompak di negara ini. Generasi ketiga serba baru dilancarkan Januari lalu menyerlahkan gaya dan rekaan futuristik dengan pelbagai ciri diperkemas, sesuai untuk mereka yang mahukan ciri kenderaan harian berbeza. 

Bagi membuktikan pengalaman istimewa memandu model terbaru Kia Picanto, pengedar utama jenama Kia tempatan, Naza Kia Malaysia Sdn Bhd (Naza Kia) baru-baru ini memberikan peluang kepada media memandu ujinya dari Petaling Jaya, Selangor ke Bandaraya Melaka.

Sebanyak 13 unit tersedia untuk dibawa melalui jalan kampung dan lebuh raya sepanjang sesi itu, membabitkan jarak perjalanan melebihi 200 kilometer (km). Keterujaan terus memuncak dan kupayaan jentera lantas diuji sebaik konvoi dilepaskan apabila terpaksa mengharungi kesesakan jalan raya untuk keluar dari ibu kota.

Ternyata enjin 1.2L MPI DOHC beroperasi dengan baik ketika jalan sesak selain kuasa yang mencukupi untuk memecut atau memintas kenderaan lain. Padanan kotak gear transmisi automatik empat kelajuan membantu penggunaan bahan api efisien, sesuai dengan saiznya yang kompak dengan menyalurkan pecutan responsif.

Dibekalkan dengan kuasa 81PS manakala tork maksimum 122Nm, pecutan di lebuh raya tidak mengecewakan apabila jentera penulis mampu memecut hingga mencapai kelajuan 160 kilometer sejam (km/j) manakala pengendalian tetap stabil walaupun ketika selekoh.

Rekaan luar model ini mendapat nafas baru apabila didatangkan bersama lampu hadapan projektor dan lampu nyalaan siang (DRL) manakala lampu isyarat LED serta rim 14 inci melengkapkan bentuknya. Jarak roda 2,400 milimeter (mm), lebih 15mm berbanding model sebelumnya menjadikannya kelihatan tegap dan sporty.

Bahagian bampar juga diperkemaskan dengan rekaan jeriji moden yang menyerlahkan gaya terbaru Picanto selain lampu belakang elegan dan jelas.

Menyentuh mengenai ruang dalaman, jelas ia menyerlah dengan ciri terkini seperti stereng pelbagai fungsi, paparan meter analog dan butang penghidup enjin pula adalah unsur premium standard ditawarkan varian baru ini.

Sistem multimedia dengan skrin sentuh LCD tujuh inci ‘terapung’ dengan kamera undur dan fungsi sedia ada untuk Apple CarPlay dan Android Auto membolehkan pemandu menghubungkan telefon bimbit mereka dengan kenderaan untuk tujuan komunikasi lebih selamat.

Rekaan kontur kerusi selesa dengan bahagian penumpang boleh direbahkan sehingga mampu mencipta ruang seluas 1,010 liter untuk kargo. Ketinggian kerusi dikurangkan 10mm dan ini memberi ruang kelegaan kepala 3mm lebih luas termasuk bahagian kaki dipanjangkan sebanyak 15mm untuk keselesaan.

Untuk perlindungan, kerangka dibina dengan ciri keselamatan tertinggi melalui Advanced High Strength Steel (AHSS) yang kukuh berbanding sebelumnya selain berat keseluruhan dikurangkan sebanyak 23 kilogram (kg).

Ketika meluncur di laluan berbukit dan berselekoh di sekitar Lenggeng, penulis tidak merasa olengan ketara, hasil sistem gantungan daripada MacPherson dan gandar Coupled Torsion Beam Axle (CTBA) pada roda belakang.

Selain keselesaan pemanduan, aspek keselamatan tetap diutamakan apabila Picanto serba baru ini dilengkapi enam beg udara, tali pinggang keledar untuk semua penumpang, sistem pengesan parkir belakang, ISOFIX, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan Kawalan Cengkaman (TRC).

Secara keseluruhannya, penulis mengakui jentera kompak Kia ini seronok untuk dipandu selain ciri terkini dan rekaan futuristik serta berbeza berbanding pesaing segmen sama. Kelebihan dalam elemen keselamatan adalah terbaik dalam kelasnya manakala kos alat ganti berpatutan menjadi daya penarik untuk pembeli.

Bagi pasaran tempatan, lima warna ditawarkan iaitu Pop Orange, Lime Light, Honey Bee, Clear White dan Titanium Silver. Kia Picanto serba baru ini berharga RM49,888 (tanpa insurans) dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan. ENJIN 1.2L menawarkan penggunaan bahan api efisien.

KIA PICANTO 

• ENJIN: 1.2L MPI DOHC
• KUASA MAKSIMUM: 81 PS @ 6,000 rpm
• TORK MAKSIMUM: 122 Nm @ 4,000 rpm
• TRANSMISI: Automatik empat kelajuan
• KAPASITI BAHAN API: 35 liter
• CIRI KESELAMATAN: ABS, BA ESC, TRC, ISOFIX dan kerangka AHSS
• HARGA: RM49,888 (tanpa insurans)

Thursday, 29 March 2018

Demo Jalanan Bersih Di Parlimen Gagal



Perhimpunan pembangkang melalui gerakan BERSIH kali ke-6 atau Bersih 6 di hadapan Parlimen hari ini gagal lagi. Hari ini, tidak sampai 200 orang berhimpun di kawasan Tugu Negara dan di laluan masuk Parlimen ingin membantah pembentangan Laporan Kajian Semula Persempadanan kawasan pilihan raya yang dibentang jam 11.30 semalam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Sejak pukul 8 pagi waktu mereka mula berkumpul, hanya kira-kira 150 orang ada berkumpul di depan Tugu Negara sebelum mereka berarak ke bangunan Parlimen. Sejak Bersih 1 dulu, mereka selalu kata mereka buat perhimpunan aman dan sering memuji anggota Polis yang mengawal keadaan persekitaran lokasi mereka berhimpun.

Bagaimanapun, kali ini mereka menjerit menyuarakan rasa tidak puas hati apabila Polis tidak membenarkan mereka berarak ke Parlimen kononnya untuk menyerahkan memorandum kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya beliau tidak membenarkan pembentangan laporan berkenaan.

Pada perhimpunan yang gagal itu, yang hadir ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir hadir dan berceramah. Dalam ceramahnya, mereka buat tuduhan bahawa Barisan Nasional (BN) dan Najib adalah pencuri, penyangak dan juga perompak serta menuduh BN cuba manipulasi sistem pilihan raya.

Orang menuduh itu sebenarnya adalah penyangak dan pencuri paling besar. Entah berapa jumlah wang yang disorok di resort di Argentina oleh kroninya. Wang Bank Negara berjumlah RM31.5 billion hilang entah ke mana.

Pembangkang sekadar buat tuduhan pillihan raya kononnya tidak adil. Kalau tidak adil kenapa Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dapat kepada pembangkang juga? Malah dulu ada yang berdemo guna tiket NGO, kini sudah mahu tanding dalam PRU14. Bekas Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah dan S Ambiga sudah letak jawatan dalam Bersih dan mahu jadi ahli politik.

Sudah pasti mereka yakin sistem pilihan raya adalah adil baru mereka hendak bertanding. Kemunculan Muhyiddin dan Mahathir serta Kit Siang tidak membawa apa-apa makna kepada perhimpunan berkenaan. Malah menyebabkan salah seorang peserta demonstrasi kena sawan ketika Mahathir tengah ceramah.

Lihat video ini :  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1715285795233036&id=1122306847864270

Semakin hari semakin sedikit orang yang menerima pendekatan gerakan Bersih ini kerana rakyat semakin bijak dalam menilai penipuan blok pembangkang melalui PH. Jika diteliti proses persempadanan semula ini sepatutnya diluluskan sejak dua tahun lalu namun tertangguh kerana ia dibawa ke mahkamah oleh pembangkang menyebabkan ia tidak dapat dilaksanakan.

Pembangkang begitu takut jika persempadanan semula dilaksanakan kerana mereka takut kalah selepas tidak buat kerja di kawasan yang diwakilinya. Himpunan Bersih sudah tidak ada apa-apa makna, Maria Chin dan Ambiga pun sudah tidak percaya pada Bersih tapi percaya pada sistem pilihan raya negara ini.

Bersih hanya gerakan yang kini syok sendiri yang buat tuduhan macam-macam ke atas kerajaan tapi tidak ada bukti sehingga ke hari ini. Ada yang jadi ahli parlimen seperti Muhyiddin, Wan Azizah dan Kit Siang tetapi ponteng dewan rakyat dan hadir ke demonstrasi jalanan Bersih. Baik jangan undi langsung puak pembangkang ini sebagai ahli parlimen.

Mereka tidak minat jadi ahli parlimen. Masuk parlimen pun asyik gaduh dan tidak ikut peraturan hingga digantung oleh Speaker Dewan. Rugi rakyat yang mengundi mereka kerana mereka ini lebih percaya platform demo jalanan daripada platform dewan rakyat untuk membawakan sesuatu isu. 

Beruang Biru
Rabu
28 Mac 2018

'Tetamu' Singgah Waktu Makan



Sebuah keluarga yang sedang menikmati makan tengah hari terkejut apabila mendapati seekor ular kapak ‘berkeliaran’ di bahagian dapur rumah mereka di Country Villa, Tanjung Batu di sini, kelmarin. 

Dalam kejadian jam 1.20 petang itu, kehadiran ular berbisa berkenaan disedari oleh seorang penghuni apabila dilihat bersembunyi di bawah dapur. Bimbang dengan keselamatan ahli keluarganya, penghuni terbabit menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) bagi mendapatkan bantuan. 

Ketua Skuad APM Bintulu, Korporal Dayang Suliana Awang Salleh berkata, dia bersama tiga rakan setugas bergegas ke lokasi kejadian bagi menangkap reptilia berkenaan. “Anggota APM mengambil masa 30 minit untuk menangkap haiwan berbisa itu menggunakan alat penyepit khas sebelum memasukkannya ke dalam guni,” katanya.

Menurutnya, selepas berjaya ditangkap, haiwan itu dibawa ke kawasan belukar berhampiran untuk dilepaskan semula ke habitat asal. “Ular kapak atau nama saintifiknya, Trimeresurus sp adalah spesies berbahaya dan boleh mengancam keselamatan manusia.

“Ia biasanya akan keluar mencari kawasan bersesuaian akibat cuaca panas, kehilangan habitat atau gangguan manusia dan mencari sumber makanan,” katanya.

Penjara 10 Tahun



Mahkamah Tinggi di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun, masing-masing terhadap dua individu warga Indonesia dan seorang warga tempatan kerana cuba menyertai kumpulan pengganas di Bandar Marawi, Filipina, tahun lalu. 

Hakim Ravinthran N Paramaguru membacakan hukuman itu selepas tertuduh, Nor Azmi Zahyi, 49, dari Selangor; Ali Misron, 36, dari Aceh, Indonesia dan Faisal, 24, dari Jawa Tengah mengaku salah terhadap pertuduhan dibacakan kepada mereka.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130JA Kanun Keseksaan kerana dengan niat untuk ke luar negara bagi tujuan membuat persiapan melakukan keganasan di sebuah negara.

Ravinthran turut memerintahkan Ali Misron menjalani hukuman penjara selama dua tahun lagi kerana memiliki barangan yang ada kaitan dengan kumpulan pengganas Daesh selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan. 

Bagaimanapun, Ali Misron diperintah menjalani hukuman itu secara serentak bermula pada tarikh ditangkap. Hakim turut memerintahkan Faisal menjalani hukuman 10 tahun serentak dengan satu lagi hukuman penjara lima tahun yang sedang dijalaninya di Penjara Pusat Kota Kinabalu.

Penjara lima tahun bermula dari tarikh ditangkap itu dijalani Faisal selepas mengaku salah memiliki tiga bilah pisau ketika ditangkap apabila pertuduhan kes itu dibacakan di Mahkamah Majistret, di sini, pada 21 Mac lalu.

Faisal dan Ali Misron diwakili peguam Farazwin Haxdy yang dilantik oleh pihak Konsulat Indonesia di Kota Kinabalu, manakala Nor Azmi tidak diwakili peguam. Pada 15 Julai 2017, Nor Azmi dan Faisal ditahan unit anti pengganas Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di hadapan kedai Jashidah Butik Collection, di Jalan 3, Sandakan, jam 12.20 tengah hari.

Ali Misron ditangkap di Lapangan Terbang Sandakan pada jam 6.15 petang pada hari sama. Tertuduh ketika itu memiliki 14 gambar dan empat video dalam telefon bimbitnya yang berkaitan dengan daesh.

Ketika prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam, meminta mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya dengan mengambil kira tindakan keganasan bukan perkara baharu memandangkan mereka berniat untuk menyertai pertempuran menentang kerajaan Filipina ketika darurat di Marawi.

“Siasatan mendedahkan ketiga-tiga mereka ada berkomunikasi melalui Facebook Messenger menggunakan Tornado30 (kumpulan bicara) sejak 29 Mei 2017 sehingga mereka ditangkap.

“Dalam kumpulan bicara itu, mereka menggunakan nama akaun seperti ‘Puting Beliung Tornado’ dan ‘Panglima Hitam’ (kedua-dua untuk Nor Azmi), ‘Taher Faisal Faisal’ (Faisal) dan ‘John Raven’ (Ali Misron).

“Mereka merancang untuk ke Pulau Tawi-Tawi melalui jalan laut. Perjalanan adalah dirancang bagi membolehkan mereka [berjihad’ di Marawi dan menyertai operasi kumpulan daesh di selatan Filipina. Pada hari ditangkap, mereka merancang untuk berjumpa di Masjid Jamek Bandar Sandakan,” katanya.

'Datin' Kejam Dipenjara 8 Tahun



Padah menimpa seorang suri rumah apabila dijatuhi hukuman penjara lapan tahun bermula hari ini di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah kepada pembantu rumahnya, dua tahun lalu. 

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Seri Tun Abd. Majid Tun Hamzah memerintahkan hukuman tersebut selepas membenarkan permohonan semakan terhadap hukuman yang difailkan oleh pihak pendakwaan.

Perintah hukuman terhadap Datin Rozita Mohamad Ali, 44, itu seterusnya mengetepikan hukuman ditetapkan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar iaitu bon berkelakuan baik selama lima tahun dan membayar jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah selepas Rozita menukar pengakuan bersalah terhadap pertuduhan pilihan di Mahkamah Sesyen Petaling Petaling Jaya, 15 Mac lalu. Permohonan stay of execution ditolak.

Mengikut pertuduhan pilihan, Rozita didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, dengan menggunakan sebilah pisau berhulu biru, sebatang pengelap lantai, sekaki payung, sebatang rod besi berwarna biru, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju berwarna putih yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara dekat sini antara pukul 7 pagi dan 12 tengah hari, 21 Jun 2016. Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pertuduhan asal bagi kes ini adalah cubaan membunuh Suyanti yang boleh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dengan memperuntukkan hukuman penjara maksimum selama 20 tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad dalam prosiding itu berhujah, kes tersebut melibatkan kepentingan awam selain melibatkan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia.

"Indonesia negara sumber membekalkan tenaga asing (pembantu rumah) dengan kejadian malang ini sering berlaku. "Banyak media Indonesia melaporkan dan ini boleh merenggangkan hubungan dua hala antara dua negara," jelasnya.

Pada prosiding berlangsung hampir 2 jam bermula pukul 9.05 pagi, Rozita diwakili Mohamad Hanif Khatri Abdulla, Datuk Rosal Azimin, Yazer Azad dan Luqman Mazlan.

Aksi Maut Pemandu Lori Tangki Di Tepi Gaung Jadi Viral



eorang pemandu lori tangki mencuri tumpuan internet apabila melakukan pusingan U berbahaya di atas sebatang jalan yang sempit di tepi gaung di sebuah kawasan di China baru-baru ini. 

Insiden itu menunjukkan seorang individu berbaju hitam tampil membantu dengan menjadi juruarah kepada pemandu lori itu dalam melaksanakan pusingan berbahaya itu.

Pemandu lori itu mengemudi kenderaan ke hadapan dan belakang beberapa kali sehingga tayar belakang jentera berat tersebut menyentuh bahagian hujung tebing jalan sebelum tergantung di udara.
Klip berdurasi kira-kira satu minit 44 saat itu sudah dikongsi lebih dua juta kali sejak ia dimuat naik ke Facebook pada Jumaat lalu. Rata-rata pengguna media sosial memuji keberanian dan kehebatan skil pemanduan pemandu lori itu.


Marcote Pergi, Nidzam Kembali




SUSULAN spekulasi berhubung status Ramon Marcote selepas prestasi skuad Lang Merah yang terumbang-ambing, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memutuskan untuk mengembalikan jawatan itu kepada Nidzam Adzha Yusoff. 

KFA dalam kenyataannya hari ini mengesahkan Marcote diberi peranan baru sebagai ketua jurulatih pembangunan. Ketua Pegawai Eksekutif KFA, Yusdi Madeonus Mohamad Yunus berkata, jawatan pengendali utama skuad Kedah itu dikembalikan semula kepada Nidzam yang menggalas tugas sebagai penolong jurulatih sejak awal musim ini.

Menurut Yusdi, KFA memutuskan Marcote diberi peranan menangani hal ehwal pembangunan dan merangka persediaan bola sepak negeri itu untuk jangka masa panjang. “Selepas melalui beberapa rundingan, pengurusan tertinggi membuat keputusan dengan melakukan beberapa perubahan dalam sistem kejurulatihan skuad Hijau Kuning.

“Keputusan ini bersesuaian dengan maklum balas teknikal dari semua pihak mengenai pengalaman dan kelulusan yang dimiliki Marcote dalam bidang sains sukan dan kejurulatihan bola sepak yang boleh dimanfaatkan semua pemain dan jurulatih di negeri ini.

“Satu perbincangan diadakan antara Marcote dengan pengurusan dan peranan ini dilihat sebagai langkah terbaik bagi kedua-dua pihak untuk kemajuan bola sepak di negeri ini dan KFA mengucapkan selamat maju jaya buat Ramon Marcote dengan tugasan barunya.

“Antara sasaran jangka pendek buat Marcote adalah untuk melihat kembali struktur kejurulatihan semua pasukan di bawah kendalian KFA,” ujarnya dalam kenyataan itu.

Yusdi berkata, Marcote akan terbabit secara langsung dalam merangka program latihan jurulatih bola sepak di negeri itu. “Selain itu, tugas baharu ini juga berkaitan memantau perkembangan pemain bagi mencapai sasaran jangka panjang iaitu menyediakan pasukan pada musim depan.”

'Gosip Tular' Mengalahkan Doktor!



PENYANYI Linda Eva, 41, menafikan gosip tular mendakwa anaknya Haziq, 18, yang juga vokalis Putera Band sudah tidak boleh menyanyi akibat kemalangan. Linda atau nama sebenarnya Norhaslinda Ishak berkata dia kesal dengan gosip tidak berasas itu kerana cuba menjatuhkan reputasi anaknya. 

Haziq didakwa sudah tidak boleh menyanyi kerana kecederaan serius di jantung akibat kemalangan jalan raya dialami pada 28 Februari lalu. Kemalangan itu berpunca dari motosikal ditunggang Haziq atau Muhammad Haziq Hasbullah merempuh sebuah lori yang dipakir di bahu jalan.

Linda dihubungi hari ini berkata anaknya kini semakin sembuh dan sudah pun menyertai dua persembahan nyanyian bersama Putera Band.

"Siapa kata Haziq alami kecederaan serius hingga jantungnya bermasalah dan dia sudah tidak boleh menyanyi. Saya tahu mengenai gosip tular ini kerana pihak syarikat rakaman FMC pun ada menghubungi bertanyakan situasi sebenar.

"Anak saya Haziq disahkan oleh doktor alami kecederaan di paru-paru, retak tulang tengkuk dan patah tulang rusuk akibat kemalangan itu. Tidak pula doktor yang merawat Haziq memberitahu saya ada kecederaan di jantungnya. Apa yang dimaklumkan kecederaan Haziq tidak begitu serius," katanya.

Mengakui dia sangat terkejut dengan gosip tular itu, Linda berkata dia sudah cukup faham permainan dalam industri seni. "Gosip ini tular mungkin disebabkan kewujudan persaingan. Apatah lagi, Putera Band akan muncul dengan single ketiga tidak lama lagi.

"Malah, tidak dinafikan juga Putera Band kini semakin mengumpul peminat yang dilihat sangat meminati single Rebahku Tanpamu dan Tersiksa," katanya.

Linda yang kagum dengan sifat cekal anaknya memberitahu keadaan kesihatan Haziq semakin pulih meskipun perlu dipantau Selain Haziq, Putera Band dianggotai Mohamad Alift Abu Hasan Asa'Ari (Alepp, 19, dram), Muhammad Aidid Farhan Suhami (Aidid, 14, bass) dan Mohammad Fitri Abu Hasan Asa'Ari (Baby, 16, gitar utama).

BNM Cadang Tiga Kadar Gaji



Bank Negara Malaysia (BNM) mencadangkan tiga kadar gaji kehidupan wajar yang sepatutnya dibayar oleh majikan kepada individu yang tinggal dan bekerja di sekitar Kuala Lumpur. Pembayaran tersebut ialah sebanyak RM2,700 untuk dewasa bujang, RM4,500 untuk pasangan tanpa anak dan RM6,500 bagi pasangan dengan dua orang anak. 

Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, penetapan kadar seumpama itu adalah penting bagi memastikan tahap pendapatan individu dan isi rumah bersesuaian dengan taraf kehidupan di bandar raya besar.

“Kadar ini boleh digunakan sebagai garis panduan para majikan untuk memastikan gaji yang dibayar adalah setimpal dengan kos sara hidup di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

“Bagaimanapun, jika individu itu bekerja di kawasan luar bandar seperti Muar; Johor dan Kubang Kerian; Kelantan, kadar tersebut dianggap amat selesa kerana kos sara hidup yang lebih rendah berbanding di bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena pembentangan Laporan Tahunan BNM 2017 dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran di sini semalam. Sementara itu, Muhammad menjelaskan, pada tahun 2016, sebanyak 27 peratus isi rumah di Kuala Lumpur berpendapatan di bawah kadar gaji wajar.

“Mereka ini kebanyakannya terdiri daripada individu lulusan sekolah menengah dengan pekerjaan berkemahiran rendah dan sederhana. Mereka yang berpendapatan di atas gaji kehidupan wajar kebanyakannya graduan pengajian tinggi dengan pekerjaan berkemahiran tinggi,” ujarnya.

PUBG Mobile Kegilaan Ramai



Kalau dulu orang muda gilakan Clash of Clans, lain pula kini apabila permainan tembak-menembak paling popular di PC, PlayerUnknown’s Battlegrounds akhirnya dilancarkan secara rasmi di peranti pintar. 

Dibangunkan oleh pembangun dari China, Tencent, ‘game’ bernama PUBG Mobile itu bukan saja lancar tapi juga menggunakan elemen yang sama di PC. Ia berjaya memasukkan semua ciri di PC dalam skrin sentuh.

Konsep permainan

100 pemain dari platform Android dan iOS diterbangkan ke pulau terbiar. Anda kemudian terjun bersama 99 pemain lain dari kapal terbang dan mendarat di kawasan berbeza untuk mengumpul kelengkapan baru dan mencari senjata api bagi mempertahankan diri.

Ada juga ciri yang dibawa masuk seperti menaiki kenderaan dan membaling bom ke arah musuh. Pengalaman pertama kali mendarat di Pulau Erangel ternyata seronok kerana di telefon pintar, visualnya boleh dipuji.

Walaupun di telefon pintar terdapat satu peta saja, prestasinya hampir sama di PC kerana butirannya dihasilkan dengan teliti dan ‘framerate’ lebih stabil.  Walaupun ia mungkin tak mempunyai sokongan bermain merentasi platform (crossplay), ia bermaksud tiada bahaya dan kelebihan berdepan pemain yang memiliki kawalan lebih baik.

Bagaimanapun, PUBG Mobile masih berada dalam genre ‘mobile shooter’ jadi sokongan fungsi sentuhan di skrin bukanlah yang terbaik sekarang. Di Malaysia, belum ada aksesori yang menyokong sesi permainan penembakan tunggal di telefon pintar. Kalau ada pun, ia mungkin tak dijual melalui pengedar rasmi.

Butang kawalan yang mudah 

Dari segi kawalannya, anda bergerak menggunakan butang kawalan dan boleh menukar sudut kamera dengan menghalakan jari hingga ke hujung skrin. Lebih mesra pengguna, terdapat butang di skrin untuk membuka beg sandang, membongkok dan juga melompat.

Tembakan juga mudah dilakukan tapi jika ada musuh tiba-tiba muncul dari belakang, mungkin agak sukar untuk mengalih sudut kamera dan membidik menerusi skop dalam masa dua saat sebelum anda ditembak. Agak mengecewakan juga apabila butang tembakan sangat dekat dengan kawasan jari anda bergerak.

Sebagai contoh, anda mungkin melepaskan tembakan tanpa sengaja dan ia membuatkan musuh mengenal pasti lokasi sebenar. Ia juga sukar jika anda ingin mengambil barangan lain seperti ‘item’ penyembuhan.

Perbezaan di PC dan peranti pintar

Pengalaman bermain PUBG Mobile sangat berbeza berbanding di PC dan konsol. Anda perlu meluangkan masa menyorok di belakang pokok, berlari ke dalam rumah tanpa dijejaki. Tapi di peranti pintar, anda mungkin akan jadi lebih berani kerana rata-rata pemain mempunyai kesukaran untuk membidik dengan tepat.

Masih belum pasti jika ini disebabkan pemain berlawan dengan ‘bot’ ataupun kerana terdapat pemain yang tidak biasa dengan genre ini sekali gus menyenangkan anda menjuarai setiap perlawanan. Tencent juga memberi kemudahan kepada pemain.

Apabila anda bergerak ke arah senapang, ia akan dilengkapkan secara automatik dan juga beberapa barangan lain yang belum lagi dilengkapi seperti baju dan peluru. Memandangkan ia permainan di telefon pintar, pastinya anda menyangkakan anda elemen ‘bayar untuk menang’.

Tapi setakat ini tiada barangan yang memberikan kelebihan kepada pemain dalam perlawanan. Iklan juga jarang dimainkan dalam permainan.

Kesimpulan

Anda boleh sambungkan akaun ke Facebook untuk mencari lebih ramai rakan dengan cepat. Selain itu terdapat ganjaran harian apabila anda log masuk ke dalam permainan. Walaupun tidak boleh menandingi versi di PC yang lebih lengkap, PUBG Mobile memberi akses kepada sesiapa saja yang tidak mampu membeli PC di rumah untuk bermain di mana saja tanpa mengira waktu dan tempat.

Wednesday, 28 March 2018

Mudahnya Menabur Janji, Tetapi...



Di dalam politik hari ini, antara elemen yang seringkali akan kita dengar terutamanya sebelum sesuatu pilihan raya berlangsung adalah perkataan janji. Kebanyakan janji ini ditabur oleh mereka yang begitu terdesak untuk menjadi calon ataupun cuba melobi diri mereka untuk diangkat menjadi calon.

Apa yang berlaku selepas sesuatu pilihan raya adalah, akan kedengaran rungutan daripada rakyat yang merasakan diri mereka seolah-olah tertipu dengan deretan janji yang secara selorohnya dianggap menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat.

Inilah yang berlaku di Parlimen Cameron Highlands hari ini. Benar, antara elemen yang mampu mempopularkan seseorang yang menganggap dirinya sebagai calon adalah kepelbagaian janji. Persoalannya, mampukah deretan janji peruntukan, pembangunan infrastruktur dan sebagainya dilaksanakan selepas berjaya mejadi Wakil Rakyat?

Mengimbau semula sewaktu tempoh berkempen Datuk Seri G Palanivel di kerusi ini yang menjanjikan begitu banyak perkara sehingga membolehkan beliau berjaya menjadi Ahli Parlimen bagi kerusi ini. Namun, sebaik timbul masalah dalaman MIC yang menyaksikan beliau disingkirkan, segala janjinya terbantut begitu sahaja.

Lebih memburukkan keadaan, sejak 2015 sehingga kini, beliau gagal melaksanakan apa yang telah beliau janjikan kepada lebih 31 ribu pengundi di kerusi ini. Sehinggalah beberapa bulan kebelakangan ini, MIC muncul semula dengan membawa janji-janji baru seandainya mereka dipilih untuk mempertahankan kerusi ini.

Persoalannya, mampukah kesemua janji ini ditepati selepas mereka memperoleh kuasa kelak? Mungkinkah, para pengundi dan rakyat di Cameron Highlands akan terpedaya dengan janji-janji manis ini buat kesekian kalinya?

Mari kita buka skopyang lebih luas kepada seorang lagi calon yang hangat dikaitkan dengan kerusi panas ini. Beliau yang dimaksudkan adalah Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas, seorang anak jati kelahiran Cameron Highlands itu sendiri.

Sebaik sahaja Datuk Seri G Palanivel disingkirkan dari MIC, beliau hadir tepat pada masanya untuk meneruskan segala janji yang pernah ditabur oleh Datuk Seri G Palanivel sebelum ini. Sejak 2015, beliau hanya menumpukan pembangunan dan program yang boleh mendekatkan rakyat dengan Barisan Nasional.

Malah, sepanjang lebih 600 program yang dianjurkan olehnya dan MyPPP itu sendiri, beliau lebih senang untuk terus melaksakan semua projek yang boleh memberi manfaat kepada rakyat. Beliau tidak menabur sebarang janji tetapi beliau lebih senang untuk terus melaksanakannya tanpa perlu menjual janji.

Lihat sahaja bagaimana majoriti program yang beliau hadiri, beliau terus menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Paling diingati adalah bagaimana beliau memastikan pembinaan jalan yang menghubungkan penduduk di Perkampungan Orang Asal Kampung Lemoi dilaksanakan dalam tempoh lebih setahuntanpa perlu menjanjikan bulan dan bintang buat warga perkampungan berkenaan.

Bagi beliau, janji adalah sesuatu yang perlu ditepati dan paling utama, melaksanakan sesuatu yang memberi faedah kepada rakyat tanpa perlu menjual janji adalah satu perkara yang lebih baik. Justeru, timbul persoalan, perlukah menjual janji kepada rakyat sedangkan mereka sendiri tidak pasti mampu untuk ditunaikan?

Benar, tidak kira MyPPP mahupun MIC, kedua-dua parti ini adalah parti komponen utama Barisan Nasional. Namun perlu diingat, sebarang janji yang dimungkiri dibimbangi akan merosakkan nama Barisan Nasional itu sendiri dan akan menjadi sesuatu yang amat sukar untuk mana-mana pihak meraih semula kepercayaan dari rakyat.

Usah terikut-ikut dengan rentak pembangkang terutamanya DAP yang hanya tahu menabur janji tetapi sukar untuk dipenuhi. Lebih baik memberi kepercayaan kepada MyPPP yang lebih mengutamakan kerja daripada sibuk menjaja janji yang mereka sendiri sedar, akan menjerat mereka satu hari nanti.

Dari Negarawan Kepada Perosak Negara



Nama Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah satu nama yang asing dalam dunia politik negara. Dia pernah menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia paling lama dalam sejarah dan hakikat ini tidak ada sesiapa pun boleh menafikannya. 

Malah sepanjang dia menjadi pemimpin utama negara, dia telah berjaya membawa perubahan terhadap ekonomi negara. Dari kebergantungan terhadap hasil tani kepada sebuah negara berasaskan industri dan jentera, tidak ada seorangpun rakyat di negara ini mampu menafikannya.

Namun begitu, ianya bukan satu tiket untuknya melakukan apa sahaja mengikut kemahuan hatinya. Jika dahulu, semasa dia menjadi Perdana Menteri, dia mempunyai kuasa penuh untuk menentukan apa yang dia suka dan mahukan. Hari ini, ceritanya sudah berlainan sama sekali.

Dahulu, kita mengangkat Mahathir sebagai seorang negarawan ulung namun hari ini, dia tidak lebih dari sekadar seorang pengkhianat kepada bangsa dan juga negara. Ini bukan satu tuduhan liar semata-mata kerana sejak 2014, sewaktu diawal kembalinya dia kedalam kancah politik, dia lebih senang menyebarkan fitnah dari menentang fitnah itu sendiri.

Siapa sangka, seorang yang pernah mengungkapkan rasa cintanya terhadap Bangsa Melayu dan negara, hari ini lebih senang untuk melihat Bangsa Melayu berpecah belah. Malah, dia tidak teragak-agak menjaja imej buruk negara menerusi siri fitnah yang dibawanya ke serata tempat yang dia kunjungi.

Ini bukan satu cerita retorik mahupun bersandarkan kepada politik semata-mata. Seandainya Mahathir memilih untuk menjadi Tun Abdullah Ahmad Badawi yang beliau singkirkan satu ketika dahulu, mungkin dia akan tetap dijulang dan dikenang sebagai Bapa Permodenan Malaysia.

Mungkin, harta dan kuasa mampu merubah seseorang dan inilah yang berlaku terhadap Mahathir. Dia sehingga kini gagal untuk menafikan sebarang pertuduhan penyelewengan besar-besaran yang telah dilakukannya terhadap Perwaja Steel, MAS, BMF, Forex, Proton dan banyak lagi entiti milik kerajaan.

Malah, dia sendiri enggan mengulas kekayaan yang dimiliki oleh diri dan kesemua anak dan cucunya. Apa yang beliau suka adalah menyerang dan menyebarkan fitnah terhadap kerajaan dan Datuk Seri Mohd Najib yang pernah menjadi anak didiknya, hanya semata-mata mahu memuaskan nafsu politik dan kebendaan.

Dahulu, dia mungkin dianggap dan disanjung sebagai Negarawan Ulung. Hari ini, dia tidak lebih dari sekadar seorang tua yang terlalu mengejar kedudukan, kuasa dan harta sehingga sudah tidak mempedulikan nasib bangsa dan negara yang pernah dia perintah selama 22 tahun.

DAP Pulau Pinang Tidak Pernah Mahu Akui Kesalahan Mereka




Sejak berjaya membentuk kerajaan pada tahun 2008, satu persatu kerosakan dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng. Sebut sahaja dari segi apa, samada struktur pentadbiran, ekonomi sehinggalah masalah bencana alam, semua ini tidak dapat dipisahkan dari kegagalan sebuah kerajaan yang kononnya mengamalkan pentadbiran yang baik dan sempurna.

Sejak dari awal lagi, hampir keseluruhan tanah milik kerajaan negeri telah berjaya dijual oleh Lim Guan Eng dengan restu DAP Pulau Pinang. Bermula dari situlah, sayap Guan Eng dan DAP Pulau Pinang semakin mengepak dan akhirnya, Lim Guan Eng sendiri kini berhadapan dengan pertuduhan penyalah gunaan kuasa terhadap pemilikan lot banglo dan manipulasi hartanah di Taman Manggis.

Kini, isu terowong dasar laut pula yang hangat diperkatakan dan salah seorang daripada kepimpinan Barisan Nasional yang cukup kosisten membuka pekung dan aib Guan Eng dan DAP Pulau Pinang adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong.

Bukan sedikit pembongkaran yang telah dilakukan oleh Timbalan Presiden MCA ini. Satu persatu termasuklah hal ehwal perjanjian yang boleh dianggap sebagai paling bermurah hati di dunia, telah beliau bongkarkan. Malah, dalam banyak sudut, Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang gagal untuk menjawab dengan tepat segala persoalan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong.

Menariknya, Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang lebih senang untuk tidak mengakui salah mereka dan cuba menyembunyikan pelbagai fakta yang mendapati mereka tidak jujur dalam pembinaan terowong dasar laut ini. Guan Eng dan kepimpinan DAP negeri lebih senang memanipulasikan segala data hanya untuk menampakkan mereka langsung tidak bersalah.

Lebih melucukan, Lim Guan Eng mahupun DAP Pulau Pinang lebih senang meletakkan segala kesalahan berhubung pembinaan terowong dasar laut ini kepada kerajaan. Kononnya kerajaan lambat memberi kelulusan terhadap pembinaan ini. Persoalannya, bagaimana mahu memberi kelulusan sedangkan segala kertas kerja gagal diserahkan oleh Guan Eng mahupun DAP negeri?

Itu baru kisah terowong. Sebenarnya banyak lagi keculasan dan ketidak jujuran kerajaan DAP dan Lim Guan Eng lakukan di Pulau Pinang. Lihat sahaja deretan kes tanah runtuh akibat pencerobohan hutan yang tidak terkawal, banjir kilat yang sudah 124 kali melanda Pulau Pinang dan banyak lagi. Kesemuanya gagal dijawab oleh Guan Eng dan DAP negeri melainkan meletakkan kesalahan di bahu kerajaan pusat.

Apa Guna Ahli Parlimen Jika Guna Demo Jalanan



Hari ini, Bersih mengajak orang ramai ke Parlimen untuk menyuarakan bantahan terhadap cadangan persempadanan semula pilihan raya yang dijadual dibentangkan pada Rabu. Kumpulan pendesak itu mahu menyerahkan memorandum bantahan kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. 

Dengan mengadakan demo jalanan ini, apa gunanya Ahli Parlimen pembangkang yang ada di Dewan Rakyat? Sepatutnya biarkan mereka bersidang dan sudah pasti mereka akan membantah, jadi kenapa perlu Bersih masuk campur dan menyuarakan suara sumbang mereka?

Tindakan Bersih ini yang mengajak rakyat turun ke Parlimen esok merupakan satu tindakan provokasi sedangkan Parlimen adalah lambang demokrasi sesebuah negara. Dengan mengadakan demo jalanan ini, ia juga merupakan sesuatu yang amat malang kerana mereka tidak menghormati Parlimen.

Sepatutnya Bersih kini sudah pun dibubarkan sebaik sahaja bekas pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengumumkan mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini. Malah dengan menggunakan logo PKR, ia membuktikan betapa Bersih tidak telus dan berat sebelah serta cenderung kepada pembangkang.

Bersih yang tidak bersih. Apabila Maria mahu bertanding PRU maka ia menunjukkan beliau mengakui sistem pilihan raya di negara ini sudah bersih, jadi apa guna lagi perjuangan Bersih selepas ini? Entah kenapa Bersih bimbang dengan isu persempadanan semula ini? Adakah tangan-tangan ghaib yang mengatur bantahan ini sedangkan persempadanan semula bukan perkara baru.

Ketika Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, perkara sama juga telah dilakukan iaitu pada 1984, 1994 dan 2003. Banyak sebab kenapa persempadanan semula terpaksa diadakan memandangkan demografi penduduk kini sudah berubah, malah infrastruktur juga semakin berubah dan semua faktor ini memberi kesan kepada perjalanan pilihan raya.

Ketika PRU, pengundi yang akan menjadi penentu bukannya persempadanan semula. Pengundi mempunyai kuasa mutlak untuk menentu siapa yang akan mereka pilih sebagai pengundi dan mereka yang akan menilai tahap prestasi parti yang bertanding, jadi kenapa pembangkang dan Bersih takut sangat dengan persempadanan semula.

Takut sangat Nurul Izzah sampai lari dari Lembah Pantai ke Pandan. Begitu juga dengan wakil rakyat DAP yang lain yang mahu lompat kawasan. Bukan salah persempadanan semula, tetapi mereka lari kerana tidak buat kerja di kawasan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah pernah menyatakan bahawa persempadanan semula hanya bertujuan menentukan kawasan pentadbiran pilihan raya dan memastikan kemudahan kepada pengundi serta wakil rakyat bukannya untuk memastikan kemenangan atau kekalahan mana-mana pihak parti politik.

Jika dakwaan kononnya SPR menyebelahi parti BN dan boleh menentukan kemenangan parti itu sudah pasti keputusan sebagaimana PRU-12 dan PRU-13 tidak berlaku di mana Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah tidak jatuh ke tangan pihak parti lain.

Hakikatnya, hanya pihak yang berkepentingan tertentu sahaja akan membantah, mungkin bimbang kononnya ia akan menjejaskan kepentingan pengundi. Mereka ini sebenarnya bimbang kepentingan politik masing-masing, bukannya pengundi pun. Cukup-cukuplah Bersih. Perjuangan anda sudah tidak laku.

Rakyat tahu Bersih lebih cenderung dan berpaksi kepada pembangkang. Rakyat tidak boleh untuk melihat bagaimana persempadanan semula ini dimanupulasikan dan dipolitikkan.

Buang masa sahaja undi wakil rakyat pembangkang masuk parlimen, akhirnya mereka guna pendemo jalanan juga untuk bawa sesuatu isu. Jadi baik jadi pendemo jalanan sahaja daripada jadi ahli parlimen. Undi beri pada BN.

Beruang Biru
Selasa
27 Mac 2018

Cubaan Seludup Barang Kawalan Gagal



AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan remaja lelaki kerana disyaki cuba menyeludup keluar barang kawalan di perairan Titingan, Tawau, semalam. 

Remaja warga tempatan berusia 16 tahun itu ditahan pada 10 pagi oleh sepasukan anggota Maritim Malaysia yang menjalankan rondaan selepas mendapati bot jongkong dikendalikannya dalam keadaan mencurigakan. Pengarah Maritim Daerah Kepten Maritim Romli Mustafa berkata, bot berkenaan dipercayai menuju ke Sungai Melayu, Pulau Sebatik dari jeti Kampung Titingan, Tawau. 

“Pemeriksaan awal mendapati remaja terbabit membawa tiga tong gas memasak (LPG), 51 kilogram (kg) minyak masak paket 1 kg dan 72 kg gula pasir kasar dianggar bernilai RM909.90. Jumlah keseluruhan rampasan barang kawalan termasuk bot jongkong dan enjin sangkut 15 kuasa kuda dianggarkan bernilai RM15,909.90,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, remaja itu bersama barang kawalan termasuk bot jongkong dibawa ke jeti Maritim Malaysia sebelum diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, pihaknya akan terus meningkatkan rondaan dan penguat kuasaan bagi memastikan pelanggaran undang-undang dapat dibanteras di perairan negeri ini, khususnya di Tawau.

Warga Emas UK Jatuh Gunung Mulu



Ekspedisi secara solo seorang pendaki warga United Kingdom (UK) berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas tergelincir ke denai yang curam sehingga kepalanya cedera parah kerana terhentak pada batu di puncak Gunung Mulu di sini kelmarin. 

Semasa kejadian pada pukul 10.30 pagi, Nigel Devan, 71, dalam perjalanan menuruni puncak Gunung Mulu bersama sekumpulan pendaki lain. Bagaimanapun, selepas bergerak kira-kira 300 meter dari puncak gunung itu, Nigel terjatuh ke denai yang berke­tinggian tiga meter.

Penolong Penguasa Bomba Miri, Law Poh Kiong berkata, pasukan bomba hanya menerima maklumat mengenai kemala­ngan melibatkan Nigel pada pukul 7 malam pada hari kejadian sebelum pasukan penyelamat tiba ke lokasi pada pukul 8.30 malam. Kelewatan maklumat itu dikatakan berpunca daripada tiada isyarat liputan telekomunikasi di gunung tersebut.

Polis Rakam Keterangan Pengadu



Polis Nege­ri Sembilan selesai mera­kamkan percakapan seorang pengadu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang penceramah bebas po­pular di negeri itu yang dikatakan mempunyai skandal dan mengganggu isteri orang. 

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya kini dalam proses mendapatkan keterangan daripada semua pihak lain yang terlibat dan ia dijangka diperoleh dalam tempoh terdekat. “Kita telah mengambil ketera­ngan seorang pengadu lelaki. Kita juga akan mendapatkan ke­terangan daripada semua pihak untuk melengkapkan siasatan.

“Selain itu, kita juga mengumpulkan semua bukti dan dokumen berkaitan untuk kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana memikat isteri orang,” katanya pada sidang akhbar selepas menerima lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini semalam.

Akhbar semalam melaporkan, penceramah bebas, Syamsul Debat atau nama sebenarnya Syam­sul Amri Ismail, 41, menafikan beliau pernah mengganggu isteri orang seperti yang didakwa seorang pengadu dalam satu laporan polis baru-baru ini.

Akhbar ini kelmarin turut melaporkan polis Negeri Sembilan mengesahkan penceramah bebas itu disiasat atas dakwaan mempunyai skandal dan mengganggu isteri orang.

Sementara itu, di Kuala Nerus, Terengganu kelmarin, Syamsul Debat kelihatan tenang ketika menjayakan Program Ne­geriku Berselawat dan Doa Kami Untuk Palestin anjuran Kerajaan Negeri Terengganu walaupun sedang dilanda kontroversi.

Beliau juga dilihat tetap fokus ketika menyampaikan ceramah kepada kira-kira 2,000 hadirin termasuk Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman.

Dibunuh Rakan Kerana Bunyi Cawan



Seorang tukang cuci warga emas dipenjara empat tahun kerana menyebabkan kematian rakan serumahnya dengan mengelar leher mangsa susulan pertengkaran ketika mencuci cawan bertukar ganas, lapor media tempatan. 

Tan Kim Hock, 72, mengaku menyerang jurukimpal, Fan Fook Heng, 62, menggunakan pisau di rumah pangsa mereka pada satu malam pada Jun 2016 menyebabkan mangsa maut ketika mendapat rawatan, beberapa hari kemudian.

Straits Times memetik Hakim Mahkamah Tinggi Chan Seng Onn berkata, dia mendapati wujud provokasi dalam kes itu apabila dua rakan serumah yang berkongsi kediaman sejak empat tahun lalu hilang sabar sesama mereka.

Menurut laporan, Kim Hock penghuni tunggal rumah itu selepas kematian ibunya pada 1991 tetapi mengambil Fook Heng sebagai rakan serumah kerana diwajibkan mengikut peraturan Lembaga Perumahan. Pada mulanya hubungan mereka baik tetapi semakin hambar disebabkan tabiat Kim Hock merokok dalam rumah itu sehingga mereka kerap bertumbuk.

The New Paper melaporkan, pada malam kejadian, Fook Heng berang dengan cara bising Kim Hock mencuci cawan lalu menyerangnya menyebabkan pertengkaran tercetus termasuk mengancam membelasah Kim Hock. Kim Hock hilang sabar mencapai pisau dan mengelar Fook Heng menyebabkan mangsa tersungkur. Dia kemudian menghubungi polis.

Amukan Sepanyol



Pasukan gergasi Eropah, Sepanyol berada dalam kelas tersendiri apabila menewaskan juara dunia dua kali, Argentina 6-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa semalam. 

Pada perlawanan tersebut, pemain sensasi Real Madrid, Isco telah meledak hatrik manakala Diego Costa, Iago Aspas dan Thiago Alcantara turut menyumbangkan gol buat pasukan tuan rumah. Sementara itu, Nicolas Otamendi menjaringkan gol sagu hati buat Argentina.

Dalam dua lagi aksi antarabangsa yang mencuri tumpuan, Brazil turut mencipta kemenangan moral selepas menundukkan juara Piala Dunia edisi lepas, Jerman 1-0 di Berlin hasil jaringan tunggal Gabriel Jesus.

England pula sekadar terikat seri 1-1 dengan Itali dalam aksi yang berlangsung di Stadium Wembley.

Ada Rezeki Stacy Buat



PENYANYI, Stacy Anam, 28, meluahkan hasratnya mengadakan konsert bersempena 10 tahun kehadirannya di dalam industri muzik tanah air. “Saya sudah berada di dalam industri muzik tanah air sejak Akademi Fantasia musim keenam (AF6) dan tahun ini, genap 10 tahun saya bekerja dalam muzik muzik. 

 “Jadi, rasanya sudah tiba masanya saya mengadakan satu konsert atau showcase khas untuk peminat-peminat saya,” katanya. Menurutnya, walaupun selepas bergelar isteri dan ibu, dia masih menerima tawaran untuk membuat persembahan di acara-acara besar. “Antaranya, Anugerah Juara Lagu 32 baru-baru ini. Tapi, kalau boleh, saya nak adakan satu konsert tunggal yang istimewa,” katanya.

Menurut Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, dia mahu konsert itu menjadi platform untuknya mendekati peminat. “Kalau mengikut perancangan saya, saya mahukan konsert yang boleh mendekatkan saya dengan peminat kerana merekalah yang menyokong saya dan kerjaya seni saya sejak sedekad lalu.

“Bagaimanapun, itu adalah perancangan. Namun, semuanya bergantung kepada masa sekiranya ada waktu yang sesuai untuk saya realisasikan impian itu. Kalau tidak ada rezeki untuk adakan konsert pada tahun ini, tahun depan juga tak mengapa,” katanya.

Stacy kini bernaung di bawah pengurusan miliknya bersama suami, Rhythm & Rhyme Entertainment.

Bank Rakyat Umum Dividen 16 Peratus Bagi 2017



Bank Rakyat hari ini mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 16 peratus berjumlah RM480 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 berbanding 15 peratus pada 2016. Pengerusinya, Tan Sri Shukry Mohd Salleh berkata bank itu mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.05 bilion iaitu peningkatan 17.8 peratus berbanding RM1.74 bilion pada 2016. 

"Prestasi cemerlang ini adalah hasil daripada pendapatan utama sebanyak RM6.34 bilion yang meningkat 5.7 peratus berbanding RM6.00 bilion sebelum ini, didorong oleh sumbangan lebih tinggi daripada aktiviti pembiayaan serta pelaburan selain kos operasi dan peruntukan pembiayaan yang terkawal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pengumuman dividen oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin di sini, hari ini.

Mengulas selanjutnya, Shukry berkata Bank Rakyat mencatat peningkatan keuntungan bersih sebanyak 17.2 peratus kepada RM1.36 bilion berbanding RM1.16 bilion pada 2016.

Katanya, jumlah pendapatan termasuk pendapatan operasi lain meningkat 5.4 peratus kepada RM7.02 bilion berbanding RM6.66 bilion pada 2016 yang mana pendapatan pembiayaan sebanyak RM5.11 bilion dan kekal sebagai penyumbang utama.

"Pendapatan pembiayaan meningkat 4.3 peratus kepada RM5.11 bilion daripada RM4.90 bilion pada 2016, disokong oleh pertumbuhan kukuh dalam pembiayaan perumahan dan peribadi," katanya. 

Beliau berkata, pendapatan pelaburan meningkat sebanyak 14.7 peratus kepada RM1.25 bilion berikutan pengurusan aset kewangan yang berhemat dengan tumpuan terhadap risiko rendah namun hasil pendapatannya stabil. "Di samping itu, Bank Rakyat juga mendapat manfaat tambahan keuntungan dari penilaian semula pelaburan hartanah sebanyak RM128.61 juta," tambahnya.

Shukry berkata baki pembiayaan kasar Bank Rakyat turut meningkat sebanyak 2.1 peratus atau RM1.45 bilion kepada RM70.63 bilion berikutan pertumbuhan segmen perbankan runcit dan korporat. Jumlah deposit pula bertambah 6.9 peratus atau RM5.34 bilion kepada RM83.24 bilion pada 2017 berbanding RM77.90 bilion pada 2016.

Dari segi aset, jumlahnya menokok 6.3 peratus atau RM6.23 bilion kepada RM105.45 bilion berbanding RM99.22 bilion pada 2016. "Ia didorong oleh pertumbuhan kukuh aset perbendaharaan sebanyak 16.3 peratus atau RM4.30 bilion serta pertumbuhan aktiviti pembiayaan sebanyak 2.1 peratus atau RM1.45 bilion," katanya.

Sementara itu Hamzah berkata Bank Rakyat menyumbang sebanyak 2.0 peratus atau RM39.97 juta daripada keuntungan sebelum cukai dan zakat kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi manakala 1.0 peratus atau RM19.98 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi. "Jumlah keseluruhan sumbangan bagi tahun 2017 adalah sebanyak RM59.95 juta," katanya.