Perasaan benci warga emas terhadap menantu perempuannya sejak berbelas tahun lalu mencapai kemuncaknya Jumaat lalu apabila lelaki berkenaan melanggar wanita itu dalam kejadian di hadapan Klinik Kesihatan Miri di sini.
Satu sumber memberitahu, kejadian pada kira-kira pukul 4 petang itu berlaku ketika mangsa meminta bantuan bapa mertuanya yang berusia 72 tahun menghantar adik perempuannya yang berusia 10 tahun ke klinik menaiki kereta Proton Saga.
Budak itu mengalami sakit perut. Mangsa yang berusia 42 tahun dan seorang anak lelakinya yang berusia 16 tahun turut mengiringi warga emas itu ke klinik.
0 comments:
Post a Comment