Thursday, 31 May 2018

Kami Orang Miskin Mana Mampu Nak Beli Tiket Sebegini Mahal?



Tidak dinafikan bahawa, AirAsia merupakan salah sebuah syarikat tambang murah terkemuka di Asia mahupun di persada antarabangsa. Syarikat penerbangan ini adalah antara syarikat perintis kepada sistem penerbangan tambang murah yang begitu sesuai dengan taglinenya, "Semua orang boleh terbang".

Namun begitu, walaupun syarikat ini berlandaskan pada tambang murah, kadangkala, harga tiket yang ditawarkan ke sesuatu destinasi terutamanya domestik (dalam negara) jauh lebih mahal dariharga tiket penerbangan antarabangsa. Sudah tentu, jawapan yang akan diberi adalah, sila beli tiket anda lebih awal.

Apa yang pasti, bukan semua rancangan perjalanan kita dapat dirancang dari awal. Seperti sedia maklum, sesuai dengan taglinenya iaitu semua orang boleh terbang, sudah semestinya, golongan pelajar IPTA mahupun IPTS akan memilih syarikat penerbangan ini sebagai pilihan mereka. Namun, kadangkala, harga tiket yang melambung naik akan memberi masalah kepada mereka.

Baru-baru ini, seorang pelajar yang hanya dikenali sebagai Izzah Mardhiya Mohd Isa ada menulis surat terbuka kepada pemilik AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes bagi menyuarakan apa yang telah terbuku dihatinya.Berikut merupakan salinan asal surat berkenaan yang telah menjadi tular di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

"KEHADAPAN Tan Sri Tony Fernandes, founder penerbangan Air Asia. 

Harga tiket penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah, Malaysia pada 14 Jun 2018 ialah RM1,097. Penerbangan Kuala Lumpur ke Brunei pula RM182- RM250+. Malah, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Melbourne, Australia lebih murah berbandingan penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau yang harganya lebih mahal mencecah ribuan ringgit berbanding yang lain. 

Sedangkan penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau hanyalah penerbangan domestik, bukannya penerbangan antarabangsa. 

Kami adalah pelajar, kami tidak mampu membeli tiket penerbangan dengan harga yang agak luar biasa. Serius, sebahagian daripada kami hanyalah pemegang PTPTN, berlatarbelakangkan keluarga yang susah, tinggal di luar bandar dan pedalaman. 

Jika ada biasiswa pun, ia digunakan sepenuhnya untuk menampung kos sara hidup belajar di perantauan. Kenapa tidak beli tiket awal? Sebab sedang menunggu draf jadual peperiksaan untuk memastikan tarikh yang tepat untuk balik. 

Tambahan, sebagai pelajar saya berharap pihak Air Asia dapat meminimumkan harga tiket penerbangan kerana Air Asia adalah syarikat penerbangan tambang murah yang terbaik di dunia. 

Kami adalah pelanggan tetap Air Asia, namun melihat harga tiket RM1,097 untuk penerbangan sehala membuatkan kami berasa sedih. Beraya di perantauan tanpa keluarga hanya kerana tiket penerbangan yang mahal juga menyakiti kami dan keluarga juga. 

Terima kasih dan ikhlas, 

Pelanggan tetap Air Asia hampir 6 tahun.

Melihat kepada rayuan seperti ini, rasanya tidak salah buat AirAsia menyediakan satu ruang khas untuk golongan pelajar bagi membeli tiket penerbangan mereka untuk pulang ke kampung halaman. Rasanya tidak salah sekiranya wujud koata untuk pelajar kerana mereka bukanlah kelompok yang mempunyai pendapatan yang tetap.

Walau apa pun, terpulang kepada AirAsia sendiri untuk memutuskan apa yang terbaik untuk syarikat ini. Rasanya, surat berkenaan lebih kepada teguran dan pengharapan dari pelanggan setia mereka. Tidak salah sekiranya harapan ini diambil perhatian dan dikaji dengan mendalam kebekesanannya.

Apa Dosa JAKIM Selaku Penyelenggara Umat Islam Di Malaysia?



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), salah sebuah agensi yang ditubuhkan bagi menjaga hal ehwal umat Islam di negara ini. Setiap satu permasalahan yang timbul, pasti akan dirujuk kepada JAKIM untuk tindakan lanjut. Malah, agensi seperti Baitulmal juga diletakkan di bawah pengurusan JAKIM.

Selama berdekad lamanya, tidak ada seorang pun pemimpin kerajaan akan cuba mencampuri apa jua urusan JAKIM. JAKIM kekal bergerak bebas sebagai sebuah agensi yang bukan mengutamakan keuntungan. Sebaliknya JAKIM lebih kepada agensi yang melakukan pelbagai kerja kebajikan disamping melindungi umat Islam dari sebarang ancaman luar.

Tidak hairanlah, apabila wujud cubaan untuk mengganggu JAKIM, Duli-Duli Tuanku Sultan-Sultan Melayu akan bersuara terlebih dahulu. Secara amnya, kesemua Duli-Duli Tuanku Sultan-Sultan Melayu aadalah payung kepada agama Islam dan di dalamnya, terletaknya fungsi utama JAKIM.

Namun semalam, buat kali pertama dalam sejarah, kerajaan menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan, pihak kerajaan akan mengkaji semula peranan JAKIM. Memang amat menghairankan, selepas terdapat desakan untuk membuka pintu kepada semua kaum di UiTM dan Felda, JAKIM pula menjadi sasaran.

Bukankah sudah termaktub di dalam Perlembagaan Negara bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara? Sudah semestinyalah agensi seperti JAKIM ini amat diperlukan bagi mengurus tandbir hal ehwal umat Islam di Malaysia. Kenapa agensi berlatar belakangkan agama ini mahu dikaji sedangkan banyak lagi agensi lain yang wajar dikaji keberkesanannya?

Janganlah hanya disebabkan politik dan desakan mereka yang mahu menjadikan negara ini liberal atau mengikut jejak langkah negara Republik, agensi kebajikan seperti JAKIM ini mahu dikaji semula keberkesanan dan gerak kerjanya. JAKIM bukan satu badan yang boleh dipermainkan sesuka hati mengikut kemahuan sesetengah pihak. Ini mungkin bakal menimbulkan bahaya jika terus dipolitikkan.

Pastinya, ramai yang ingin bertanya, andai kerajaan mahu menkaji semula peranan JAKIM, kenapa tidak kerajaan mulakan kerja yang sama terhadap Magnum 4D, Sport Toto, Damachai dan lain-lain pusat perjudian yang lain? Kenapa kerajaan tidak pula langsung menyentuh tentang kilang arak yang telah wujud lebih 40 tahun yang lalu? Kenapa mesti JAKIM?

Adakah Kita Sedang Menuju Kearah Krisis 1997 Dan 1998?



Pastinya ramai yang masih mengingati peritiwa hitam dalam sejarah ekonomi negara apabila negara mengalami kejatuhan matawang Ringgit di pasaran antarabangsa. Kala itu, bukan ramai dikalangan rakyat yang kehilangan kerja, malah pelabur asing serta kilang-kilang milik mereka juga ditutup sehingga menyebabkan negara menghampiri era muflis pada ketika itu.

Bayangkan, saham-saham utama negara turut mengalai penyusutan mendadak sehinggakan Bursa Saham Kuala Lumpur pernah mencatat angka 700, terendah dalam sejarah. Pada ketika itu, ramai yang menjadi penganggur. Ada jua diantaranya membuka stall-stall burger bagi menyara kehidupan seharian.

Hari ini, sudah 20 tahun berlalu sejak kisah hitam dalam sejarah ekonomi negara ini berlaku, negara nampaknya sekali lagi seolah-olah sengaja menuju kezaman kegelapan ekonomi ini sekali lagi. Secara amnya, menurut pakar teori ekonomi dunia, sesebuah ekonomi di sesebuah negara akan mengalami kejatuhan ekonomi berselang setiap 10 tahun.

Namun, apa yang berlaku di Malaysia sejak 21 hari ini menampakkan, ekonomi Malaysia semakin menguncup dan ramai dikalangan pelabur sudah mula angkat kaki meninggalkan Malaysia. Kenapa perkara ini boleh berlaku sedangkan dalam banyak laporan antarabangsa, Malaysia adalah sebuah negara yang dianggap sebagai antara syurga pelaburan dunia?

Jawapannya mudah. Sejak 10 Mei yang lalu, sehari selepas kerajaan Barisan Nasional tumbang, keadaan semasa negara agak bercelaru. Pada kebiasaannya, setiap kali selepas Pilihan Raya Umum, sesebuah kerajaan hanya mengambil masa kurang 48 jam untuk memastikan semua bahagian penting kerajaan diisi oleh menteri yang berkaitan.

Namun apa yang berlaku, sepanjang seminggu selepas Pilihan Raya, negara ditadbir oleh seorang sahaja sebelum senario ini berubah pada hari kelapan. Tidan cukup dengan itu, dasar kerajaan yang mahu menghapuskan cukai GST serta dilihat kurang mesra pelabur juga menjadikan negara semakin hari semakin dipinggirkan.

Lebih memburukkan keadaan, Kementerian Kewangan yang sepatutnya menjaga kepentingan pelabur asing, lebih sibuk mencari salah 1MDB dan SRC International sehinggakan ramai dikalangan pelabur keliru tentang dasar negara di bawah kerajaan baru.

Akibatnya, Ringgit mula didagangkan dalam keadaan lemah yang mana hari ini, Ringgit diniagakan pada RM 3.9998 per USD 1. Ini bukan satu perkembangan yang sihat kerana kira-kira 3 minggu lalu, prestasi Ringgit mencatatkan peningkatan ketara apabila Ringgit diniagakan pada RM 3.8122 per USD 1.

Lebih teruk lagi, sejak Khamis lalu, indeks KLSI turut mencatatkan penurunan berterusan sehinggakan ianya disifatkan sebagai yang terburuk dalam tempoh 20 tahun. Ini semua adalah petunjuk utama keadaan ekonomi semasa negara dan jika trend seumpama ini berterusan, nampaknya kita semakin menghampiri era 1997 / 1998.

Andai ini berlaku, kita sekali lagi bakal terjebak kekancah kemelesetan yang maha dahsyat dan seluruh rakyat di negara ini bakal mnghadapi gelombang kemelesetan dan kegawatan ekonomi paling teruk dalam sejarah.

Kerajaan Payung Rakyat Atau Rakyat Payung Kerajaan?



Bagi setiap seorang manusia di muka bumi ini, antara perkara yang begitu diharapkan dari sesebuah kerajaan adalah menjaga kebajikan dan keperluan rakyatnya tanpa mengira apa jua fahaman politik. Tanyalah sesiapa sahaja, mereka pasti meletakkan harapan yang menggunung kepada kerajaan yang telah mereka pilih bagi memastikan segala keperluan rakyat dan negara, kekal terpelihara.

Hal yang sama turut berlaku di Malaysia cuma, Malaysia mempunyai keunikannya yang tersendiri. Seperti yang pernah diluahkan oleh kerajaan British semasa negara menuntut kemerdekaannya dahulu, mereka menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara bom jangka. Ini kerana, didalamnya terdapatpelbagai agama, kaum dan etnik yang membentuk sebuah negara bernama Malaysia.

Di sinilah peranan besar kerajaan dalam memastikan kesamarataan kaum serta memenuhi kepelbagaian keperluan demi meastikan negara kekal aman dan makmur. Namun begitu, sebaik sahaja Pakatan Harapan membentuk kerajaan setelah menaburkan begitu banyak janji, nampaknya, masih belum ada yang benar-benar telah dikotakan.

Lebih memburukkan keadaan, kerajaan sendiri mengumumkan bahawa negara mempunyai hutang yang cukup besar sehingga mencecah RM 1.2 trilion. Walhal, sebelum ini, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Lim Guan Eng sendiri selaku Menteri Kewangan mengumumkan bahawa kedudukan ekonomi negara serta hutang luar Malaysia berada pada tahap terbaik dan terkawal.

Namun, hal ini tidak dipersetujui oleh Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri. Disebalik pengumuman yang dibuat oleh Tan Sri Zeti dan Lim Guan Eng ini, beliau masih kekal berpendapat bahawa hutang negara cukup tinggi. Dari sinilah beliau membuat keputusan membatalkan projek HSR dan MRT 3 yang mengakibatkan negara terpaksa mengalami kerugian yang bukan alang kepalang tingginya.

Untuk rujukan, pembatalan pembinaan HSR ini telah menyebabkan Malaysia terpaksa membayar RM 500 juta kepada Singapura dan telah menyebabkan kira-kira lebih 40 ribu orang kehilangan kerja serta merta. Begitu juga dengan MRT3 yang kini giat dijalankan yang mana pihak pemaju mengalami kerugian ratusan juta Ringgit dengan kira-kira 20 ribu orang hilang sumber pendapatan.

Di sebalik semua ini, semalam, Tun Dr Mahathir mengumumkan penubuhan tabung khas untuk meminta rakyat menyalurkan sumbangan mereka kepada kerajaan bagi melangsaikan hutang negara. Memang cukup menghairankan, apa keperluan penubuhan tabung ini sedangkan Malaysia sendiri dilihat langsung tidak kisah membayar RM 500 juta kepada Singapura?

Lebih menghairankan, semasa pengumuman penubuhan tabung berkenaan, kerajaan jugamengambil keputusan untuk membawa siaran langsung perlawanan Piala Dunia yang akan dilangsungkan di Russia, bulan hadapan. Ianya juga melibatkan kos sebanyak RM 40 juta yang mana wang berkenaan di bayar kepada pihak Astro sebagai penyiar rasmi.

Bayangkan, disaat kerajaan mengumumkan kononnya jumlah hutang yang tinggi, kerajaan masih mampu membazirkan RM 540 juta hanya untuk dua situasi. Malah, dalam tempoh 21 hari ini juga, angka mereka yang kehilangan kerja juga semakin bertambah dari 17 ribu orang kepada 20 ribu orang dalam sekelip mata.

Apa rasionalnya penubuhan tabung ini? Jika kerajaan mendakwa kadar hutang negara cukup tinggi, ingin ditanyakan juga, pada 1986, kerajaan menanggung hutang sebanyak 103 peratus dari KDNK negara. Kenapa pada ketika itu, tidak ada usaha meminta derma dilakukan? Begitu juga semasa krisis matawang yang berlaku pada 1997 dan 1998. Kenapa tidak ada kutipan derma di kutip?

Jika kita soroti keseluruh dunia, negara-negara seperti Greece, Haiti, Venezuela, Uruguay, Iraq, Syria dan beberapa lagi negara di dunia, tidak pula meminta rakyat mereka menyumbangkan derma bagi membantu memulihkan ekonomi mereka yang terjejas seperti mana yang berlaku di Greece, sebuah negara yang secara sahnya diiktiraf sebagai negara yang muflis sepenuhnya.

Menghairankan, di Malaysia, kita tidak terkena apa-apa jua bencana alam. Malah kadar hutang negara kekal berada pada tahap terkawal seperti mana yang disebut di dalam laporan Bank Dunia, IMF dan juga Bloomberg Bussiness. Apa rasionalnya penubuhan tabung ini? Adakah cukup wang berkenaan digunakan untuk membayar kesemua hutang negara?

Hanya dalam tempoh 21 hari, harapan rakyat untukmelihat kerajaan baru ini memayungi mereka nampaknya semakin pudar. Bermula semalam, peranan kerajaan yang sepatutnya memayungi rakyat, telah diambil alih oleh rakyat yang hari ini bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barang, menanggung hutang persendirian, malah kini, hutang negara juga terpaksa digalas oleh rakyat.

Remaja Hamil Ditinggal Kekasih



MALANG bagi remaja perempuan berusia 14 tahun selepas ditinggalkan teman lelakinya sejurus mengetahui remaja itu hamil. Sumber berkata, berang dengan perbuatan lelaki berusia 20 tahun itu melarikan diri, keluarga remaja berkenaan bertindak membuat laporan polis bagi mengesan individu terbabit. 

Difahamkan, ibu bapa mangsa menganggap lelaki warga Indonesia itu sebagai ‘menantu’, namun tidak menyangka lelaki itu tergamak meninggalkan anak perempuan mereka.

“Berdasarkan laporan polis, lelaki berkenaan tinggal bersama keluarga itu sejak setahun lalu, malah sudah dianggap sebagai ‘menantu’ mereka. Namun, ibu bapa remaja itu tidak menyangka lelaki berkenaan melarikan diri dan enggan bertanggungjawab selepas mengetahui gadis itu hamil,” katanya.

Sumber itu berkata, ahli keluarga gadis terbabit turut berusaha mencari lelaki berkenaan, namun menemui jalan buntu. Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Kenapa Kurang Ajar Sangat?



WANITA warga emas patah empat gigi selain cedera pada seluruh badan selepas diserang jiran lelakinya dalam kejadian di rumahnya di Krokop, Miri, Sabtu lalu. 

Dalam kejadian 2 pagi itu, mangsa berusia 60 tahun didakwa ditumbuk dan disepak suspek yang menceroboh ke dalam rumah mangsa. Menurut sumber, suspek berusia lingkungan 30-an dipercayai menceroboh melalui bumbung rumah lalu memasuki bilik tidur mangsa.

"Suspek kemudiannya terus menumbuk dan menyepak mangsa berkali-kali sehingga mangsa terpaksa merayu dilepaskan. Kemudiannya, suspek mendakwa mengalami masalah keluarga dan kewangan dan meminta mangsa memberikan wang RM100," katanya.

Katanya, suspek kemudiannya meminta mangsa menghantar suspek ke restoran berhampiran menaiki kereta Perodua Kancil mangsa. "Ketika perjalanan, suspek tiba-tiba memberitahu mangsa agar tidak menceritakan hal itu pada abangnya yang menetap di sebelah rumah mangsa "Mangsa kemudiannya menyedari suspek adalah adik kepada jiran yang dikenalinya," katanya.

Katanya, selepas menghantar suspek, mangsa terus menghubungi anak lelakinya berusia 38 tahun sebelum mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri. Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Tikam 5 Jiran Tak Dengar Kata



Seorang lelaki bertindak di luar dugaan apabila menikam lima jirannya selepas kesemua mang­sa enggan mendengar nasihatnya supaya tidak membuat bising pada waktu malam dalam kejadian di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil di sini semalam. 

Kejadian pada pukul 2.30 pagi itu berlaku apabila suspek yang berusia dalam lingkungan 35 tahun gagal mengawal emosi selepas kata-katanya tidak diendahkan sekumpulan lelaki yang juga jirannya.

Difahamkan, suspek telah mengadu kepada isterinya me­ngenai jiran sebelah rumah mereka yang selalu membuat bising sejak lima tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, suspek merasa tercabar dengan kelakuan dan sikap jiran sebelah yang membuat bising dengan menghidupkan motosikal pada waktu malam.

Bunuh, Kerat Kekasih Kerana Tidak Perawan



Seorang peninju amatur bertindak membunuh teman wanitanya sebelum mengerat mayat mangsa kepada beberapa bahagian selepas wanita itu menipu dia masih perawan dan curang dengan lelaki lain. 

Satu rakaman kamera keselamatan yang tular menunjukkan detik-detik akhir mangsa, Yee-min Huang, 27, bersama suspek, Gary Chu, 28, menaiki tangga menuju ke apartmen lelaki itu yang terletak di daerah Banqiao.

Mangsa dipercayai dibunuh di kediaman itu sebelum mayatnya dipotong dan diletakkan di dalam tujuh beg sampah sebelum ditanam. Mayat wanita itu ditemui ditanam di bawah pokok bunga pada 27 Mei lalu selepas dilaporkan hilang oleh keluarganya.

Sehari selepas itu, polis menemui mayat Gary dalam keadaan tergantung di atas sebatang pokok tidak jauh dari rumahnya. Polis juga menemui satu nota bunuh diri pada mayat Gary yang bertulis, “Dia bersalah pada saya.”

Sebelum mayatnya ditemui, Gary sempat menulis di Facebook memberitahu dia kecewa dengan Yee-min selepas wanita itu menipu dia masih dara dan curang dengan lelaki lain.

“Kami bertemu di laman mencari jodoh, Tinder. Dia menipu dengan memberitahu dia masih dara. Saya rasa terpedaya dan dikhianati selepas mengetahui dia menipu serta curang dengan lelaki lain yang ditemuinya di Tinder,” katanya.

Tonton Piala Dunia Secara Percuma



BERITA gembira buat peminat bola sepak tempatan apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara percuma 41 perlawanan Piala Dunia 2018 di Rusia bermula 14 Jun ini hingga 15 Julai depan. 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo (gambar) berkata, sebanyak 27 daripada 41 perlawanan itu akan disiarkan secara langsung, manakala 14 aksi pula secara tertunda melibatkan peruntukan RM40 juta.

Bagaimanapun, katanya, butiran lengkap mengenai peruntukan berkenaan akan diumumkan semasa taklimat khas mengenai kewangan negara hari ini. “Secara keseluruhan, saya boleh katakan angka yang Kabinet bahas (setuju) sebelum ini ialah RM40 juta.

“Sudah tentu akan ada penaja serta sebagainya dan mereka akan menyerap sebahagian besar daripada jumlah tersebut,” katanya di Putrajaya semalam.

Han Solo Jelmaan Alden Ehrenreich



PEMINAT jenama francis filem terkenal dari Barat, Star Wars pasti cukup mengenali watak ikonik, Han Solo yang dimainkan oleh pelakon popular Harrison Ford sejak edisi pertamanya ditayangkan pada tahun 1977. 

Meskipun wataknya telah dimatikan dalam filem The Force Awakens (2015), namun itu tidak menghalang untuk ia kembali dihidupkan menerusi francais prekuel berjudul Solo: A Star Wars Story. Mula ditayangkan sejak 24 Mei lalu di pawagam tempatan, filem arahan Ron Howard tersebut bagaimanapun tidak dibintangi Ford, sebaliknya diisi oleh pesona muda bernama Alden Ehrenreich. 

Filem yang memulakan penggambaran pada 2016 tersebut mengisahkan perjalanan hidup Han ketika muda dan pertemuan pertamanya dengan Chewbacca. Dari situ, Han turut meneroka galaksi dan memburu impian bergelar juruterbang pesawat angkasa lepas.

“Penulis skrip, Larence Kasdan pernah memberitahu saya bahawa filem ini adalah tentang kisah cinta. Namun sebenarnya ia bukan seperti yang anda sangka.

“Bagi saya, ini adalah kisah kasih sayang antara Han dan Chewie. Hubungan mereka sangat baik dan apabila hanya Han yang memahami apa yang Chewie cakap, ia sebenarnya sangat lucu dan sesuai untuk naskhah komedi,” seloroh Ehrenreich tentang pandangannya tentang filem yang menelan belanja lebih AS$200 juta (RM800 juta) tersebut.

Menerusi satu temu bual, Ehrenreich yang popular menerusi filem komedi Hail, Caesar! (2016) teruja berbicara mengenai watak dan peranannya sebagai Han Solo dalam francais tersebut. Masakan tidak, jenama Star Wars begitu dekat dengan dirinya sejak kecil dan akuinya, dia banyak menyimpan koleksi semua karakter francais popular tersebut.

“Saya rasa perkara utama yang membezakan adalah Han yang dilihat dalam filem merupakan seorang yang lebih idealis. Dia mempunyai impian yang tetap dan kita dapat melihat bagaimana dia menjadikan setiap impian itu sebagai realiti walaupun ia sukar dan lebih mencabar daripada apa yang disangkakan,” katanya dalam satu temu bual bersama CheatSheet.

Sebelum berjaya menggalas watak tersebut, Ehrenreich bagaimanapun terpaksa bersaing dengan sejumlah besar calon lain iaitu seramai 3,000 individu yang turut tersenarai dalam sesi uji bakat. Ia termasuklah beberapa nama besar seperti pelakon Miles Teller, Ansel Elgort, Dave Franco, Jack Reynor, Scott Eastwood, Logan Lerman, Emory Cohen dan Blake Jenner.

“Hidup ini sangat menakjubkan. Naskhah ini mempunyai makna yang sangat dekat dengan saya sejak kecil. Jadi, apabila berjaya masuk ke dalam produksi ini sebagai salah seorang pelakon, ia sangat mengagumkan dan sukar untuk dipercayai.

“Saya masih ingat perasaan menonton filem Star Wars ketika kecil dan pedang cahaya atau lightsaber masih dalam simpanan saya. Ia umpama mimpi apabila sekarang saya benar-benar berada dalam dunia ini,” ujarnya yang mengakui Han dan Luke adalah watak kegemarannya.

Bagaimanapun, pengarah asal filem tersebut, Christopher Miller dan Phil Lord mempunyai pandangan tersendiri mengapa Ehrenreich menjadi pilihan pertama dalam senarai untuk membintangi watak utama itu.

Hal ini kerana, mereka melihat Ehrenreich mampu menjiwai karakter tersebut dengan cara tersendiri dan tidak dibayangi oleh pembawaan Ford dalam kesemua francais terdahulu. Pendek kata, jejaka yang lahir pada tanggal 22 November 1989 itu menonjol dengan kebolehan tersendiri.

“Sebagaimana kami melihat Chris Pine membawa watak James T. Kirk dengan jayanya, perasaan itu turut timbul apabila melihat Han Solo dalam diri Ehrenreich. Kami yakin dialah orang yang tepat,” kata Miller.

Di sebalik keterujaannya terlibat dalam produksi perdana sebegitu, ada perkara lain yang sebenarnya memberi cabaran kepada pemilik nama lengkap Alden Caleb Ehrenreich itu.

Kritikan

Katanya, ini merupakan kali pertama dia terpaksa menyembunyikan segala informasi tentang projek filemnya kerana terikat dengan syarat dan perjanjian yang telah dipersetujui bersama syarikat produksi.

“Perkara paling sukar untuk filem ini bukannya tentang penggambaran kerana saya seronok dan teruja sekali melakukannya. Ironi, kami barisan pelakon perlu menanti lama untuk menunggu ia masuk ke pawagam iaitu dua tahun sejak diumumkan pada 2016.

“Ia sangat mencabar untuk menyimpan segala rahsia ini termasuk kepada orang terdekat. Sekarang saya berasa sangat lega kerana akhirnya naskhah hebat ini keluar di pawagam,” katanya yang terpaksa menjalani enam ujian saringan awal sebelum benar-benar layak menggalas watak Han Solo.

Biarpun begitu, Ehrenreich tetap tidak dapat lari daripada kritikan negatif apabila timbul cakap-cakap yang mendakwa dirinya tidaklah begitu bagus dalam menterjemahkan Han Solo sama seperti yang dilakukan Ford selama berpuluh-puluh tahun.

Perkara berkenaan turut dipengaruhi dengan kepincangan yang berlaku dalam produksi apabila pengarah asalnya Miller dan Lord dipecat dan digantikan dengan Howard. “Cuba menjadi Harrison Ford adalah perkara sangat sukar untuk dilakukan. Ehrenreich tidaklah teruk tetapi cuma dia belum cukup bagus,” kata seorang sumber seperti dipetik portal Express.

Meskipun tidak dapat lari daripada kritikan negatif, kemunculan pertama Ehrenreich sebagai bayang-bayang Ford tetap mendapat pujian dan disifatkan telah mencuri hati peminat kerana berjaya membawa karakter tersebut dengan cara tersendiri.

Mesej

Filem Solo: A Star Wars Story bukanlah debut untuk Ehrenreich. Sebelum ini, selain Hail, Caesar! dia telah banyak membintangi naskhah lain seperti Greased, Ten Fingers, Stoker, Teenage, Blue Jasmine dan Running Wild.

Namun kemunculannya sebagai Han Solo bawah jenama besar Star Wars telah memperkenalkannya terhadap terma populariti luar jangkauan. Mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan sejak berusia 14 tahun, kali pertama dia muncul dengan naskhah layar lebar adalah menerusi filem Tetro pada tahun 2009 dengan memegang watak Bennie Tetrocini.

“Naluri dan minat saya ke arah dunia lakonan memang ada sejak kecil dan banyak terdorong terhadap genre filem klasik kerana ibu bapa kerap menayangkan filem lama ketika saya masih kecil,” ujarnya yang pernah muncul dalam siri televisyen CSI dan Supernatural.

Hakikatnya, perjalanan Ehrenreich dalam industri terbuka luas selepas bakatnya dihidu oleh pengarah terkemuka Steven Spielberg ketika berusia 14 tahun yang kemudian melamarnya menjadi pelakon bawah naungan syarikat Dreamworks.

Menjadi antara wajah harapan dalam industri perfileman Hollywood, jejaka kelahiran Los Angeles, California, Amerika Syarikat itu sentiasa berpegang prinsip, jangan pernah lelah untuk tetap belajar terutama daripada orang yang lebih berpengalaman.

“Dahulu saya pernah berkata, saya mahu setiap filem lakonan akan memberi kesan kepada masyarakat dunia. Tetapi sekarang, pandangan saya semakin meluas tentang dunia lakonan. 

“Sekarang saya mahu setiap naskhah memberi nilai kepada manusia dalam kehidupan sebenar mereka. Pendek kata, saya mahu semua naskhah berjaya menyentuh hati setiap penonton dengan jayanya, bukan sekadar tentang jalan cerita,” katanya yang gemar meminta nasihat dan kata-kata daripada mana-mana pengarah ketika terlibat dalam sebarang projek.

PNB Unjur Ketidaktentuan Pasaran Berterusan



Permodalan Nasional Bhd (PNB) sudah menjangkakan prestasi tidak menentu dalam pasaran saham bukan saja di negara ini, tetapi juga di pasaran serantau. Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, pada masa ini, prestasi saham dalam pasaran baru muncul menyaksikan jualan besar-besaran bagi dana serantau ke pasaran yang lebih maju seperti Amerika Syarikat, khususnya.

Katanya, sebagai pengurus dana, pihaknya menjangkakan ketidaktentuan pasaran itu akan berterusan. “Daripada perspektif PNB, kami cenderung untuk melaksanakan strategi pelaburan jangka panjang, jadi sebarang kejatuhan dalam pasaran akan memberikan peluang belian kepada kami sebagai pengurus dana.

“Seperti kebanyakan pengurus dana lain, kami mempunyai peruntukan aset strategik sendiri dan berharap dapat terus mencapai sasaran pulangan yang ditetapkan, bukan hanya pada tahun semasa, tetapi bagi tahun mendatang juga,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Hong Leong Islamic Bank (HLISB) dan Hong Leong Bank (HLB) sebagai ejen Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) di sini, semalam.

Hadir sama pada majlis itu ialah Presiden yang juga Ketua Eksekutif (CEO) PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad, Pengerusi HLISB, Datuk Dr Md Hamzah Md Kassim, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif HLB, Domenic Fuda serta CEO HLISB, Jasani Abdullah.

Berkuat kuasa 1 Jun ini, kedua-dua bank berkenaan mula menawarkan 12 dana ASNB merangkumi enam dana harga tetap dan enam dana harga berubah-ubah.

Mengulas mengenai kerjasama berkenaan, Abdul Wahid berkata, pihaknya mengalu-alukan pelantikan kedua-dua bank berkenaan sebagai agen bank sah berikutan ia boleh membantu meluaskan jangkauan pelanggan ASNB menerusi rangkaian perbankan itu.

Potensi Predator



ACER Inc (Acer) memberi tumpuan kepada segmen permainan video keluarannya, Predator yang dilihat mempunyai potensi besar menyumbang kepada pertumbuhan syarikat dengan ketara pada tahun ini, namun tidak mengetepikan segmen produk yang lain. 

Menerusi pengenalan lebih 17 barisan produk Acer yang bakal muncul sepanjang tahun ini, lebih lima produk dan aksesori membabitkan Predator yang dijangka mampu memacu pertumbuhan penguasaan pasarannya dalam segmen permainan video.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jason Chen berkata, antara produk dalam keluarga Predator yang bakal menemui pengguna tahun ini ialah laptop Helios 300 edisi khas yang didatangkan juga bersama aksesori lain serba putih berbanding warna hitam yang sinonim dengan jenama berkenaan.

Beliau berkata, pengenalan lebih banyak produk membabitkan Predator membantu Acer untuk mengukuhkan kedudukannya di pasaran antarabangsa termasuk Malaysia dalam industri permainan video yang semakin berkembang dalam kalangan pengguna akhir.

“Dalam tempoh 12 bulan lalu, Predator mencatatkan pertumbuhan 94 peratus dan ia adalah peningkatan sekitar dua kali ganda berbanding tempoh sama sebelumnya. Perkara ini menunjukkan produk Acer semakin mendapat permintaan dalam kalangan pengguna.

“Bagi Acer, pertumbuhan penguasaan pasaran bukan sasaran utama tetapi ingin menawarkan pengguna permainan video terbaik kerana ia lebih memberi kesan serentak yang pelbagai kepada syarika,” katanya.

Majlis pengenalan barisan produk Acer adalah acara utama diadakan oleh syarikat berpangkalan di Taiwan itu setiap tahun yang dikenali sebagai next@Acer. Majlis itu turut dihadiri pelbagai media antarabangsa yang menjadi tetamu utamanya.

Antara produk lain diperkenalkan Acer ialah komputer riba Swift 5 (15 inci), Desktop Acer Nitro 50 Siries, Monitor Nitro VG0 Series, Acer Chromebook Spin 15,komputer riba Predator Helios 500 dan Predator Mousepad. Acer turut memaklumkan, hampir semua produk yang diperkenalkan tahun ini akan menemui pengguna di Malaysia secara berperingkat seawal suku ketiga.

Wednesday, 30 May 2018

Bayar Negara Orang Lebih Utama Dari Bela Nasib 17 Ribu Orang



Ramai yang menganggap, tindakan kerajaan hari ini yang memutuskan untuk membatalkan terus pembinaan High Speed Rail (HSR) yang menghubungkan KL Sentral melalui Bandar Malaysia ke Singapura sebagai satu keputusan yang tidak tepat. Manakan tidak, hasil daripada keputusan ini, kerajaan terpaksa membayar penalti tebus kontrak sebanyak RM 500 juta.

Menariknya, RM 500 juta ini di bayar kepada Singapura secara one off dengan menggunakan wang negara. Memang, agak sukar untuk menafsirkan, kenapa projek berimpak tinggi ini dibatalkan begitu sahaja sedangkan menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan sebelum ini dan SPAD, projek berkenaan sudah mencapai angka 18 peratus siap.

Apa yang melucukan adalah, sepanjang beberapa minggu ini, kerajaan seringkali mendakwa, hutang negara kini sudah mencecah angka RM 1 trilion. Walhal, menurut kenyataan dari IMF, Bank Dunia dan Bloomberg, hutang negara adalah sekitar RM 686.8 bilion, iaitu kira-kira 55 peratus daripada pendapatan negara.

Jika melihat kepada angka hutang negara ini, apa perlunya kerajaan hari ini membayar pampasan sehingga RM 500 juta kepada negara luar sedangkan kira-kira lebih 17 ribu orang yang bekerja di sektor awam secara kontrak, ditamatkan perkhidmatan mereka serta merta. Bukankah RM 500 juta ini dilihat mampu untuk membayar sekurang-kurangnya 3 bulan penuh gaji mereka?

Hari ini, nasib mereka yang kehilangan kerja sebaik sahaja kerajaan baru dibentuk, kekal menimbulkan tandatanya. Secara amnya, majoriti daripada mereka adalah terdiri dari kaum Melayu dan beragama Islam yang sedang menjalani ibadat Puasa dan akan menyambut Hari Raya AIdilfitri dalam tempoh 15 hari sahaja lagi.

Pastinya, dikalangan mereka akan mula merenung masa depan dengan ketidak tentuan masa depan ini, mereka dikejutkan dengan keupayaan kerajaan membazirkan wang negara sebanyak RM 500 juta untuk dibayar kepada kerajaan negara lain. Apakah kerajaan negara lain itu jauh lebih utama berbanding layanan yang diterima oleh mereka yang menjadi rakyat Malaysia?

Memang cukup menyedihkan bilamengenang semula apa yang telah berlaku sepanjang tempoh 20 hari ini. Namun, apa lagi yang boleh dilakukan kerana ada diantara mereka yang kehilangan kerjaini sendiri yang memilih kerajaan yang ada pada hari ini. Nasi sudah menjadi bubur dan terimalah dengan tenang bahawa kerajaan asing jauh lebih utama dari nasib rakyatnya sendiri.

Bicara Politik DAP Lebih Lunak Dari Jaminan Masa Depan BN




Sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 bermula, DAP secara lantangnya mengumumkan bahawa mereka mahu menguburkan terus MCA dan Gerakan dari arena politik Malaysia. Malah, mereka turut menyasarkan kesemua barisan kepimpinan kedua-dua parti berasaskan kaum Cina di dalam BN berkenaan sebagai langkah paling baik bagi mencapai cita-cita politik mereka.

Justeru, bagi mencapai cita-cita ini, DAP telah meletakkan calon-calon "heavyweight" mereka bertanding bagi menumbangkan para pemimpin MCA dan Gerakan. Sebagai contoh, lihat sahaja bagaimana Nga Kor Ming bertukar tempat ke Parlimen Teluk Intan untuk menumbangkan Datuk Seri Mah Siew Keong, Presiden Parti Gerakan.

Nasib yang sama turut menimpa Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong yang menentang Pengerusi Perhubungan DAP Johor, Liew Chin Tong dan Datuk Seri Liow Tiong Lai selaku Presiden MCA yang tumbang ditangan Wong Tack, Pengerusi Pakatan Harapan Bentong dengan majoriti lebih 2,000 undi.

Nampaknya, rancangan DAP kali ini benar-benar berjaya.Manakan tidak, menurut perangkaan, hanya sekitar 2 hingga 3 peratus sahaja kaum Cina memberikan undi mereka kepada calon BN terutamanya deretan calon MCA dan Gerakan. Selebihnya, undi mereka diberikan kepada kesemua calon DAP dan PKR dengan kesemua pengundi muda mereka langsung tidak memberi undi kepada BN.

Mudah untuk difahami sebenarnya bahawa peranan politik kebencian yang diterapkan oleh DAP dan Pakatan Harapan, jauh lebih lunak dan menarik berbanding jaminan masa depan yang lebih cerah buat semua kaum di Malaysia. Mereka lebih menyukai pelbagai janji kosong yang sehingga kini masih belum dilaksanakan.

Hal ini sebenarnya sudah berlangsung sejak lebih 5 tahun yang lalu. Jika masih ingat PRU ke 13, senario yang hampir sama turut berlaku yang mana DAP pada ketika itu memainkan sentimen MCA dan Gerakan sebagai parti yang menjadikan kaum Cina sebagai kaum kelas kedua dan hamba kepada UMNO sehingga membangkitkan kemarahan kaum Cina.

Kali ini, helahnya mungkin berlainan namun tujuannya masih kekal sama.Justeru, tidak hairanlah apabila MCA hanya mampu memenangi 1 kerusi menerusi Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong manakala Gerakan pula tewas dikesemua kerusi yang mereka tandingi. 

Hari ini, kita hanya mampu memerhati dan berharap, janji yang DAP dan PKR tabur ketika tempoh berkempen dahulu, dipenuhi. Andai tidak, percayalah, rakyat telah mengalami kerugian selama 5 tahun dengan membiarkan agenda pembangunan dan masa depan lebih cerah ditenggelami dengan politik kebencian dan janji-janji palsu.

Adakah Ini Yang Dikatakan Sebagai Malaysia Baru?



Tidak dinafikan, ramai dikalangan para penyokong Pakatan Harapan yang memberi undi kepada pakatan ini begitu mengharapkan akan munculnya era Malaysia Baru yang kerap kali mereka laungkan sejak 4 tahun yang lalu. Pastinya, harapan sebergini bukan satu harapan yang boleh dipermainkan begitu sahaja.

Antara janji yang termetrai dalam istilah Malaysia Baru ini adalah,penghapusan sepenuhnya GST, memansuhkan hutang warga Felda, pemansuhan bayaran balik PTPTN, penurunan harga runcit petrol dan diesel, bayaran KWSP kepada suri rumah dan paling utama adalah menjaga kebajikan dan hak-hak Melayu dan Bumiputera yang selama ini kekal terpeliharan di bawah kerajaan BN.

Memasuki hari yang ke 20 sejak mereka berjaya membentuk kerajaan setelah memenangi PRU 14 yang lalu, boleh dikatakan, tidak ada apa yang mereka lakukan sepanjang tempoh berkenaan. Jika ada sekalipun hanyalah "tembakan" rambang terhadap isu 1MDB, derma RM 2.6 bilion dan deretan sidang media yang diadakan oleh kerajaan hari ini.

Isu membabitkan hak-hak Melayu dan Bumiputera, walaupun secara dasarnya, tidak ada yang berubah namun disebalik ketenangan berkenaan, agensi seperti JAKIM, UiTM, Felda dan beberapa entiti yang selama hari ini adalah hak milik Melayu dan Bumiputera sudah mula diancam bahaya.

Mungkin, atas istilah Malaysia Baru, bagi Pakatan Harapan, kesemuanya mesti baru. Ini termasuklah beberapa permintaan dari individu mahupun persatuan yang turut ingin memecah monopoli yang selama ini menjadi hak milik Melayu dan Bumiputera, turut ingin disertai oleh pihak-pihak yang selama ini mengintai peluang berkenaan sejak sekian lama.

Siti Kassim sebagai contoh memberi cadangan supaya institusi agama seperti JAKIM di mansuhkan kerana mewujudkan jurang yang ketara antara agama dan kaum. Pendapatnya ini turut di sokong oleh sebahagian besar penyokong Pakatan Harapan dari kaum Cinayang turut bersependapat dengan Siti Kassim.

Bagi kelompok LGBT pula, selain dari mempunyai pendapat yang sama dengan Siti Kassim, mereka juga menuntut kerajaan mengiktiraf pergerakan mereka tanpa ada sebarang halangan. Sekiranya, kerajaan memberi keizinan dan pengiktirafan berkenaan, bukan satu perkara yang mengejutkan jika kita boleh melihat lelaki sama lelaki dan perempuan sama perempuan berkucupan di khalayak ramai.

Terbaru, Hindraf dilaporkan oleh kebanyakan media semalam, menuntut Felda dan UiTM dibuka kepada semua kaum terutamanya kaum India. Tidak dapat dipastikan samada Hindraf sengaja menangguk di air yang keruh ataupun sebaliknya, namun adalah amat dipercayai bahawa Hindraf cukup sedar permintaan mereka itu adalah satu permintaan yang cukup sensitif buat kaum Melayu.

Secara amnya, UiTM ini hanya dibuka kepada kaum Melayu dan Bumiputera bagi melanjutkan pelajaran mereka keperingkat IPTA. Sejak ditubuhkan sehingga hari ini, tidak ada mana-mana pihak pun berani memberi cadangan sedemikian secara terbuka. Cuma sejak Pakatan Harapan membentuk kerajaan, sudah ada pihak yang sudah naik tocang menuntut hak milik kaum Melayu dan Bumiputera ini.

Bagi Felda pula, secara amnya, ianya merupakan tanah terokaan penempatan semula penduduk luar bandar yang kesemuanya adalah dari kaum Melayu dan Bumiputera. Ini adalah "anak emas" kerajaan BN yang mana kerajaan terdahulu begitu memberi perhatian terhadap keperluan setiap seorang warganya.

Malah, sudah terkandung di dalam perjanjian asal, seseorang peneroka itu dilarang sama sekali dari menjual tanah mereka kepada pihak luar. Jika ada peneroka yang mahu membuat pinjaman, tanah mereka menjadi cagaran buat pengurusan Felda untuk memberikan satu-satu pinjaman. Inilah yang banyak menyekat generasi kedua dan ketiga Felda dari menjual tanah mereka kepada pihak luar.

Namun, menerusi manifesto Pakatan Harapan yang mahu memansuhkan kesemua hutang warga Felda yang kesemuanya dibuat atas kerelaan sendiri, ianya dilihat seperti satu peluang buat orang luar terutamanya mereka yang bukan Melayu dan Bumiputera untuk merebut tanah-tanah ini yang akan menjadi milik mereka seandainya segala hutang-hutang ini dilunaskan oleh pihak luar.

Mungkin inilah yang menedorong Hindraf melakukan satu cubaan yang dianggap menimbulkan kemarahan ramai kaum Melayu. Melihat begitu banyak rentetan yang berlaku sepanjang 20 hari ini, timbul persoalan, adakah ini Malaysia Baru yang mereka canangkan sebagai yang terbaik bagi menggantikan BN?

Jika kita masih mempunyai akal yang waras, mari kita renungkan sejenak satu fakta ini. Seandainya UiTM, Felda, JAKIM dan pelbagai agensi berteraskan Melayu dan Bumiputera ini diambil alih atau setidak-tidaknya dibuka kepada semua kaum, apa lagi yang tinggal buat kaum Melayu dan Bumiputera? Adakah kita sedang membiarkan hak kita diambil sewenang-wenangnya tanpa melawan?

Itu baru sedikit dan mungkin akan ada perkara yang jauh lebih besar yang akan berlaku sekiranya kita masih terleka dan membiarkan penyatuan kaum Melayu dan Bumiputera ini kekal berpecah. Kini, sudah wujud cadangan untuk membenarkan warga asing menyewa di Rancangan Perumahan Rakyat. Andai ini berlaku, kemana arah kaumMelayu bandar yang kononnya sudah terlalu moden ini?

Andai inilah yang dinamakan sebagai Malaysia Baru, rasanya lebih ramai yang lebih rela tinggal diera Malaysia lama berbanding istilah baru yang diwar-warkan ini memakan kaum Melayu dan Bumiputera, sedikit demi sedikit.

OKU Lemas Dalam Loji



LELAKI Orang Kurang Upaya (OKU) dipercayai lemas di loji Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jalan Teluk Likas, Kota Kinabalu, semalam, ditemui awal pagi tadi, namun disahkan sudah meninggal dunia. 

Mayat Sharif Zul Basil Sharif Banin, 39, ditemui pada 7.36 pagi oleh pasukan bomba dan penyelamat yang melakukan operasi mencari mangsa di kawasan itu. Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa masuk hari kedua bermula 7 pagi tadi.

"Ketika operasi mencari dilakukan, komander operasi melaporkan ternampak satu objek seperti kepala mangsa di permukaan air sebelum disahkan ia adalah mayat mangsa yang lemas. Mayat ditemui kira-kira 10 meter daripada mangsa dipercayai hilang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Khatizah berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. "Operasi mencari dan menyelamat mangsa kemudian ditamatkan pada 7.53 pagi," katanya. Semalam, NSTP melaporkan mangsa dikhuatiri lemas selepas tergelincir dan terjatuh ke dalam tasik loji berkenaan ketika memukat bersama dua rakannya di loji terbabit. LELAKI Orang Kurang Upaya (OKU) dipercayai lemas di loji Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jalan Teluk Likas, Kota Kinabalu, semalam, ditemui awal pagi tadi, namun disahkan sudah meninggal dunia. Mayat Sharif Zul Basil Sharif Banin, 39, ditemui pada 7.36 pagi oleh pasukan bomba dan penyelamat yang melakukan operasi mencari mangsa di kawasan itu. Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa masuk hari kedua bermula 7 pagi tadi. "Ketika operasi mencari dilakukan, komander operasi melaporkan ternampak satu objek seperti kepala mangsa di permukaan air sebelum disahkan ia adalah mayat mangsa yang lemas. "Mayat ditemui kira-kira 10 meter daripada mangsa dipercayai hilang," katanya ketika dihubungi, hari ini. Khatizah berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. "Operasi mencari dan menyelamat mangsa kemudian ditamatkan pada 7.53 pagi," katanya. Semalam, NSTP melaporkan mangsa dikhuatiri lemas selepas tergelincir dan terjatuh ke dalam tasik loji berkenaan ketika memukat bersama dua rakannya di loji terbabit.

Tak Datang Kerja, Rupanya Mati...



KEGAGALAN wanita warga emas ke tempat kerja beberapa hari lalu terjawab selepas ditemui mati di rumahnya di Kampung Bintawa, Kuching, pagi semalam. Mayat Chai Mui Lian, 79, ditemui dalam keadaan mulai mereput kira-kira 10 pagi selepas pintu rumahnya dipecahkan anggota bomba yang dikejarkan ke rumah berkenaan sebaik menerima panggilan. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, seorang rakan sekerjanya pergi ke rumah berkenaan untuk bertemu wanita terbabit yang tidak hadir ke tempat kerja sejak beberapa hari lalu. Katanya, rakan wanita terbabit bagaimanapun curiga selepas terhidu bau busuk selain pintu rumah berkenaan gagal dibuka.

“Laporan polis kemudian dibuat sebelum anggota bomba dipanggil untuk membantu membuka pintu rumah berkenaan. Mayat wanita terbabit ditemui dalam bilik air dan ia disahkan rakannya. Kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, wanita terbabit dipercayai mati sejak beberapa hari lalu berdasarkan keadaan mayat yang hampir reput.

Katanya, siasatan lanjut di lokasi kejadian tidak menemui unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. “Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya ketika dihubungi.

Tabiat Pelik Curi Coli Wanita



Perangai pelik seorang pemuda yang ketagih mencuri pakaian dalam wanita terbantut apabila tindakan lelaki itu disedari orang ramai sebelum suspek dicekup dalam kejadian di Taman Sri Impian di sini semalam. 

Pemuda berusia 23 tahun itu ditangkap pada pukul 4.30 pagi oleh penduduk taman tersebut selepas lelaki berkenaan mencuri beberapa helai coli, seluar dalam dan seluar panjang.

Difahamkan, suspek berketurunan Cina yang tinggal di taman perumahan sama me­lakukan aktiviti tidak bermoral itu sejak beberapa bulan lalu de­ngan menyasarkan rumah-­rumah penduduk yang menyi­dai pakaian di kawasan kediaman mereka.

Aduh Sakitnya!



Seorang lelaki terpaksa menanggung kesakitan apabila pancuran mandi sepanjang 15 sentimeter (cm) tertusuk ke dalam duburnya selepas dikatakan terjatuh ketika mandi. Lelaki berusia 26 tahun dari India itu terpaksa mencabut sendiri sambungan paip ke pancuran berkenaan sebelum mendapatkan rawatan di hospital. 

Bagaimanapun, dia berjaya diselamatkan tanpa kecederaan serius selepas doktor mengeluarkan objek terbabit. Dia dimasukkan ke Hospital Ram Manohar Lohia dan Institut Pendidikan dan Penyelidikan Perubatan Pasca Siswazah di New Delhi, namun lelaki terbabit menafikan dia memasukkan kepala pancuran air itu sendiri ke dalam duburnya.

Berdasarkan laporan kes BMJ, keadaannya stabil dan tiada pendarahan dikesan berlaku di dalam rektumnya. Imbasan menunjukkan kepala pancuran itu berada di dalam saluran duburnya, namun ia tidak menyebabkan sebarang kecederaan dalaman sebelum dia dibenarkan keluar hospital 48 jam selepas itu.

Laporan itu turut menyebut saiz, bahan dan bilangan objek berkenaan perlu dikenal pasti sebelum rawatan dilakukan. Ia turut mencadangkan bahawa sesetengah pesakit memerlukan rundingan psikiatri.

“Sejarah pesakit dan pemeriksaan yang betul wajib dilakukan untuk mencari petanda dan simptom daripada tusukan itu selain jangkitan seperti demam, sakit perut dan pendarahan.

“Sejarah pesakit biasanya tidak lengkap disebabkan rasa malu. Sama juga seperti kes ini. Walaupun pesakit dikatakan secara tidak sengaja memasukkan pancuran air dan menafikan berbuat demikian, terdapat kemungkinan ia dimasukkan untuk tujuan seksual,” kata Dr Peeyush Kumar yang menulis laporan itu.

‘Tengku Amir Calon Terbaik’



PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal membayangkan beliau bersedia berundur daripada jawatannya dengan memberikan laluan kepada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah menerajui pucuk pimpinan tertinggi badan induk bola sepak negeri tersebut. 

Subahan berkata, cadangan melantik Tengku Amir sebagai Presiden FAS sebenarnya bukan perkara baharu dan beliau sendiri mengakui bersedia untuk melepaskan jawatan tersebut kepada baginda. 

Subahan yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) memberitahu, beliau mahu fokus kepada dua jawatan tersebut selain berpendapatan Tengku Amir sebagai calon terbaik menerajui pucuk pimpinan baharu FAS. 

“Sebenarnya cadangan me­lantik Tengku Amir sebagai Presiden FAS bukan suatu perkara baharu. Malah, saya sendiri bersedia untuk berikan kerjasama memastikan peralihan kuasa dalam FAS berjalan lancar.

“Namun, perkara ini sepatutnya akan dibincangkan pada Mesyuarat Exco FAS Khamis ini (esok) tetapi saya tidak tahu ia boleh timbul begitu cepat pula. Tidak mengapa, saya akan menjelaskan segala-galanya dan saya juga telah memanggil kesemua ahli Exco FAS untuk menghadiri mesyua­rat khas mengenai masa depan Selangor dalam bola sepak Malaysia.

“Untuk pengetahuan semua, saya telah dipilih oleh ahli-ahli gabungan FAS menjadi Pre­siden FAS pada 2017. Biarpun FAS tidak ada bantuan daripada kerajaan negeri, saya dengan bangga memberitahu bahawa Selangor masih boleh kekal dalam Liga Malaysia (Liga M) dengan hasil kerja keras daripada ahli-ahli Exco FAS.

“Saya tidak boleh bercakap panjang dan segala keputusan akan terjawab selepas Mesyuarat Exco FAS nanti. Apa yang pasti, tidak kira sama ada saya bersama atau tidak dalam FAS, saya tetap akan membantu bola sepak Selangor daripada belakang tabir kerana saya merupakan anak jati Selangor dan mahukan bola sepak negeri ini berkembang maju,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Subahan menepis kenyataan kononnya skuad Gergasi Merah menduduki tangga tercorot Liga Super dengan menegaskan Selangor masih berada pada landasan terbaik untuk menduduki kelompok enam teratas liga musim ini.

Sebagai rekod, Selangor menduduki tangga kesembilan dengan mengutip 11 mata dan dipisahkan tiga mata dengan Kelantan dan Negeri Sembilan yang masing-masing berkongsi lapan mata serta berada di zon penyingkiran liga.

“Mengenai kenyataan me­ngatakan prestasi Selangor berada di tangga tercorot, suka saya mengingatkan bahawa Selangor masih berada pada landasan yang positif. Musim ini, kami berani mengambil risiko dengan menurunkan pemain-pemain daripada skuad Piala Presiden.

"Ini antara salah satu cabaran apabila menurunkan pemain-pemain kurang berpengalaman tetapi saya percaya pendedahan ini akan memberikan manfaat kepada Selangor pada masa akan datang. Lagipun, Selangor layak ke aksi separuh akhir Piala FA dan masih memiliki peluang untuk layak ke final. Jadi, saya tidak nampak Selangor masih tercorot berbanding pasukan-pasukan lain,” katanya.

Penjelasan Muktamad Syafiq Kyle



“BETUL atau tidak orang dalam video yang tular itu adalah saya atau sebaliknya, saya tetap akan meneruskan kehidupan dan lupakan apa yang sudah berlaku. Saya juga serahkan kepada penilaian dan spekulasi netizen jika mereka menganggap jawapan yang diberikan ini tergantung atau sebaliknya,” kata pelakon Syafiq Kyle, 25. 

Pelakon yang kini popular menerusi watak Ustaz Adam dalam drama Nur di TV3 berkata demikian pada sidang media tertutup yang diatur pengurusannya dan berlangsung di hotel terkemuka di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, malam tadi.

Ia berhubung penularan panggilan video seks yang didakwa miripnya bersama ‘wanita’ dikenali sebagai Mira di laman Twitter sejak malam Ahad lalu. Video berdurasi tujuh minit 22 saat itu memaparkan Syafiq berbaring atas sofa dan berdiri dalam bilik air selepas diminta Mira berbuat demikian.

Menurut Syafiq, ia adalah penjelasannya yang muktamad dan terakhir kerana tidak mahu memanjangkan isu video tular itu sekali gus menghormati Ramadan. “Saya sudah dapat bayangan mengenai perkara ini dua tahun lalu tetapi tidak mengetahui kesahihannya.

“Untuk apa saya mengaku atau tidak dalam perkara ini kerana yang bertanggung-jawab memanjangkan atau menyelesaikan perkara ini adalah diri sendiri. Ramadan adalah bulan untuk kita menyucikan diri dari segala dosa yang kita lakukan.

“Sama ada dosa itu saya buat atau tidak, saya tetap bersyukur ujian ini datang pada bulan yang mulia ini,” katanya. Ditanya sama ada isu itu ada kaitan dengan pihak yang cuba menjatuhkan namanya yang kini di puncak, Syafiq tidak menyalahkan sesiapapun dalam perkara itu.

“Saya melihat apa yang berlaku sebagai dugaan yang paling besar sepanjang berkecimpung sebagai anak seni. Ia membabitkan nama dan maruah keluarga. Malah, emak saya menangis bila dapat tahu mengenai isu video tular terbabit. Dari segi tindakan pula, pihak pengurusan dalam proses menyusun satu demi satu untuk mencari penyelesaian terbaik isu terbabit.

“Pihak kami akan mendapatkan nasihat peguam terlebih dulu sebelum membuat laporan kepada pihak polis nanti,” katanya.

Hitung Semula IUntung Dan Rugi



Malaysia perlu meneliti semula pembatalan Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura, dengan terlebih dulu membuat perbandingan kos kelebihan. 

Penganalisis Ekonomi dan Pensyarah Kanan Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pelaksanaan projek itu mempunyai ‘pro dan kontra’ dan penelitian perlu dibuat merangkumi pelbagai aspek. “Kelebihan projek itu ialah membuka peluang perniagaan di sekitar stesen HSR dan menaikkan nilai tanah di sekitarnya.

“Kekurangannya ialah negara bakal mengalami brain drain atau kekurangan tenaga kerja berkemahiran tinggi apabila Singapura mampu menarik lebih ramai pekerja Malaysia yang berkemahiran tinggi untuk bekerja di negara itu walaupun mereka tinggal di Lembah Klang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Selain itu, katanya, pembatalan projek yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini juga berkaitan dengan penelitian semula bagi memastikan kemampuan negara dengan komitmen pembayaran hutang berjumlah RM100 bilion.

“Sememangnya ia perlu dilihat dari aspek keupayaan bayaran hutang berdasarkan jangkaan pendapatan yang boleh diperoleh daripada projek berkenaan.

“Ini penting untuk memastikan jangkaan pendapatan yang dibuat sebelum ini adalah realistik atau tidak. Jika tidak realistik, ada kos tambahan yang bakal ditanggung oleh kerajaan jika tidak mampu membayar komitmen hutang tahunan.

“Semua ini perlu diambil kira termasuk membuat perbincangan semula dengan Kerajaan Singapura. Jika projek ini tidak memberikan keuntungan, malah membuat kerajaan menanggung kos lebih tinggi daripada kos pembatalan, maka ia perlu dibatalkan,” katanya.

Profesor Ekonomi yang juga Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tan Sri Prof Dr Noor Azlan Ghazali berkata, penilaian semula itu memerlukan masa dan boleh dibandingkan dengan penilaian yang dibuat kerajaan terdahulu bagi menilai kesannya.

Sementara itu, penganalisis politik dan pakar ekonomi Prof Dr Hoo Ke Ping berkata, keputusan Dr Mahathir untuk membatalkan projek HSR dianggap satu keputusan bijak dan mengelak daripada negara menanggung beban hutang yang tinggi.

“Malaysia kini berdepan dengan pinjaman daripada bank dan hutang isi rumah yang tinggi. Berdasarkan prinsip ekonomi, jika hutang tinggi ia akan menyebabkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rendah.

“Jadi, ia memberikan kesan tidak baik terhadap perkembangan ekonomi negara. Justeru, langkah pembatalan HSR oleh kerajaan adalah satu keputusan untuk masa depan negara dan HSR juga tidak sepatutnya dilaksanakan,” katanya.

Bantuan Kuasa Media Sosial



Terharu melihat gelagat pemberi dan mereka yang menerima. Ada waktunya wanita ini jadi sebak dengan hanya melihat nota ringkas yang diselit penyumbang baju raya. Namun hatinya kadang luluh apabila baju raya terpakai disambut penerima dengan senyuman girang. 

Kata Pengarah Projek Baju Raya Project Musliyana Mansor, terlalu banyak memori indah terpahat dalam fikirannya sepanjang enam tahun aktif menjalankan kerja amal bersama sukarelawan dari seluruh negara. Dalam tidak sedar, cintanya kepada kerja kebajikan juga semakin utuh.

Berbanding rasa tanggungjawab, wanita ini sebenarnya berbakti untuk melihat senyuman orang di sekelilingnya. Tidak kira sama ada pemberi, sukarelawan dan penerima, senyuman yang menguntum di wajah mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam menyempurnakan Baju Raya Project cukup berharga untuk dirinya.

“Mungkin itulah yang orang sebut kepuasan. Selepas berhempas-pulas bergelut dengan masa, komitmen kerja dan keluarga, saya bersama sukarelawan akhirnya mampu menikmati lebaran dengan hati lapang,” katanya.

Bercerita mengenai permulaan awal Baju Raya Project, Musliyana berkata, dia bukanlah pengasas kerja amal terbabit sebaliknya hanya bermula sebagai sukarelawan biasa pada tahun pertama ia diwujudkan.

“Pengasas Baju Raya Project adalah seorang penulis blog iaitu Aida Suraya Daud. Projek ini adalah sebahagian daripada inisiatif kebajikan di bawah Pertubuhan Projek Kasih (PPK) yang dipengerusikan beliau sendiri. Saya hanyalah sukarelawan yang bermula pada 2013 sebelum diberi kepercayaan oleh Aida untuk meneraju projek terbabit sehingga ke hari ini.

“Seingat saya, pada 2013 kami bermula secara kecil-kecilan dengan pembabitan sekitar 50 sukarelawan. Kami mengumpul baju raya daripada orang awam yang mahu menyumbang dan turut mengambil di tempat tertentu, bergantung kepada lokasi pemberi. Operasi bagaimanapun banyak dilakukan di rumah.

“Alhamdulillah, kini Baju Raya Project semakin berkembang. Kalau dulu, kami menerima baju pun tidak banyak macam sekarang. Sukarelawan juga tidak ramai. Mungkin kerana kuasa media sosial, kepercayaan masyarakat dan sikap pemurah rakyat Malaysia, hari ini kami berjaya bergerak dalam skala lebih besar,” katanya.

Jelas Musliyana, sebagaimana tahun lalu, Baju Raya Project kali ini menerima sumbangan baju Melayu, baju kurung, kebaya, samping, jubah, abaya dan tudung baru atau masih elok untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan dan keluarga yang memerlukan.

“Memandangkan sumbangan baju raya kanak-kanak sukar memenuhi sasaran setiap kali, jadi tahun ini kami juga menerima baju kasual baru atau yang masih elok untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. Bagi yang mahu menderma kemeja dan kain pelikat, kami juga alu-alukan kerana adanya permintaan untuk pakaian lelaki selain baju Melayu.

“Selain pakaian, kami juga menerima sumbangan ‘5-2-2-1’ iaitu lima kilogram (kg) beras, 2kg tepung, 2kg gula dan satu tin susu pekat manis atau sepaket minyak masak. Bagi yang mahu menyumbang biskut raya, kami juga terima.

"Semua operasi berlangsung sehari saja. Itu pun dari jam 8.30 pagi sehingga 1 tengah hari. Bagaimanapun, hebahan dan promosi menerusi media sosial dan rakan sukarelawan sudah mula dilakukan kira-kira dua bulan sebelum Ramadan lagi,” katanya.

BUDI SUKARELAWAN 

Menurut Musliyana, dia tidak pernah berasakan kejayaan Baju Raya Project sehingga ke hari ini adalah hasil usaha dirinya sebaliknya berjalan lancar dengan semangat, pengorbanan dan sikap prihatin sukarelawan yang mendaftar setiap tahun.

“Saya seorang yang mementingkan kerjasama dalam pasukan. Oleh itu, sukarelawan projek inilah yang menggerakkan kerja amal kami sepanjang enam tahun ini. Tanpa mereka, perancangan kecil sekalipun mungkin sukar direalisasi. Merekalah penyumbang terbesar dalam memastikan kejayaan projek ini.

“Mereka yang sanggup meluangkan masa rehat bersama keluarga dan berbahagi fokus antara kerjaya dan kerja amal untuk menggembirakan hati golongan kurang bernasib baik. Malah, ada antara ahli jawatan kuasa dan sukarelawan kami yang begitu setia bersama Baju Raya Project, setiap tahun,” katanya.

Pada hari operasi, kata Musliyana, mereka akan tiba ke lokasi lebih awal dan memulakan kerja mengikut tugas masing-masing pada jam 8.30 pagi.

“Biasanya, orang ramai hanya singgah menurunkan sumbangan dan pulang. Kemudian pasukan yang bertanggungjawab menerima akan menyaring setiap pemberian. Kita akan kategorikan setiap pakaian mengikut jantina lelaki, perempuan dan kanak-kanak.

“Semua pakaian yang siap diasing diserah ke pasukan seterusnya untuk membuat anggaran saiz dan diasing sekali lagi sebelum dilipat. Akhir sekali barulah proses membungkus dan melabel plastik. 

“Sama seperti saya, sukarelawan juga gembira melihat orang yang dibantu tersenyum gembira. Kalau hendak diikutkan, sumbangan kami bukanlah sebesar mana. Hanya baju raya terpakai, namun ia tetap membawa erti besar buat penerima,” katanya.

Mengenai barang yang tidak jangka, Musliyana berkata, memang selalunya akan ada topi, songkok, telekung, kasut dan pelbagai jenis pakaian lain dalam bungkusan diterima. Bagaimanapun, semua barangan terbabit akan diasingkan ke tepi, dipilih dan ambil jika ada keperluan saja.

“Misalnya, kalau ada songkok yang masih elok, kami akan ambil untuk diberi kepada penerima yang meminta diberi songkok. Begitu juga dengan kasut atau beg. Baki sumbangan yang tidak berkaitan tidak dibuang, sebaliknya di hantar ke pusat pengumpulan pakaian lusuh,” katanya.

Tambah Musliyana, sepanjang menjalankan projek itu, dia dan sukarelawan tidak lari daripada perasaan kecewa atau kesal terutama apabila menerima bungkusan pakaian yang sudah lusuh, koyak, rosak dan berbau. “Kadang-kadang, ada juga baju yang berkulapuk sampaikan turut berlipas. Mereka ini cuma segelintir kecil dan mungkin sekadar hendak mengosongkan almari saja.

“Sewajarnya, bersedekahlah dengan cara munasabah. Kami yang menerima sumbangan hanya melakukan kerja pengasingan, label dan bungkus saja. Usai semua proses, baju ini akan terus dihantar kepada penerima. Jadi, kalau baju berkenaan bersih dan wangi, sudah tentu ia lebih menggembirakan penerima,” katanya.

SIMPAN MEMORI 

Musliyana berkata, dia cukup tersentuh apabila bertemu penerima yang berkali-kali mengucap terima kasih dengan pemberian baju terpakai. Malah, ada antara rumah kebajikan yang pernah menerima sumbangan sama tahun pada sebelumnya mengakui masih menanti jika ada pemberian baju raya terpakai untuk mereka.

“Bayangkan, betapa besarnya nikmat pemberian yang kecil ini buat mereka. Ada waktunya, saya terfikir, kalaulah dapat disediakan baju raya baru untuk mereka, bagaimana agaknya reaksi yang akan saya lihat?

“Sebab itu, kalau melihat sumbangan baju raya yang lusuh dan rosak, kami jadi sebak. Tapi apakan daya, itu saja yang kami mampu sediakan. Kalau ada pakaian baru sekalipun, ia bergantung kepada penyumbang.

“Mungkin kalau ada ramai usahawan, warga korporat dan persendirian yang mahu menyumbang lebih daripada baju terpakai, kami terima dengan penuh rasa syukur,” katanya.

Kata Musliyana, pernah suatu ketika, ada penerima mendapat baju raya terpakai sedondon. Wanita berkenaan dan anaknya menangis terharu kerana menyarung baju serupa buat pertama kali.

“Bagi kita yang memang mampu mengadakan tema sedondon setiap tahun, kisah ini mungkin tidak membawa makna. Tetapi bagi kami, ia membawa seribu rahmat dan rasa syukur kerana berupaya mengadakan sesuatu untuk mereka kenang sampai bila-bila,” katanya.

Monday, 28 May 2018

Hari Ini, Kita Tidak Perlu Menonton Televisyen Untuk Lihat Drama



Kebiasaannya, sekitar jam 2 petang, 6 petang dan 9 malam, kebanyakan masa rakyat Malaysia akan tertumpu dihadapan kaca televisyen untuk menonton drama-drama Melayu mahupun antarabangsa. Ada gelak, tawa dan sedih menghiasi setiap drama. Malah, tidak ketinggalan juga, layar perak juga turut memaparkan kisah-kisah yang sama untuk diikuti oleh para peminatnya.

Namun, tanpa kita sangka dan sedar, terdapat satu kelompok ahli politik yang hari ini telah berjaya mewujudkan sebuah kerajaan Pakatan Harapan, sudah mula menuruti jejak langkah setiap drama Melayu mahupun antarabangsa. Ada gelak ketawa, ada perasaan marah dan paling kerap kelihatan sejak akhir-akhir ini, drama air mata dan drama simpati.

Paling mencuri tumpuan adalah drama air mata yang hari ini, boleh dikatakan hampir setiap hari berlaku. Lihat sahaja Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull yang menumpahkan air mata lelakinya dihadapan wartawan semasa mengadakan sidang media ketika seluruh negara memberi perhatian terhadap keterangan yang diberikan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di bangunan SPRM, Putrajaya.

Begitu juga dengan reaksi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menumpahkan air matanya ketika membicarakan hala tuju negara. Mungkin juga, beliau merasai bebanan yang maha hebat untuk memimpin negara di alam dunia maya yang tidak bersempadana hari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng juga kelihatan agak sebak ketika memberitahu keadaan hutang negara hari ini menerusi beberapa kenyataan yang berbolak balik. Terkini, kebanyakan para penyokong Pakatan Harapan dilihat begitu sibuk menyebarkan beberapa status yang dimuat naik menerusi laman sosial milik mereka yang memaparkan banyak berita sedih kononnya berlaku di dalam kerajaan hari ini.

Paling mencuri tumpuan adalah bagaimana satu status yag dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang menggambarkan betapa getirnya kerajaan hari ini dalam menangani masalah negara. Kadang kala timbul persoalan, adakah terlalu getir dan gentingnya keadaan negara sehingga munculnya "drama" sebabak ini di media hari ini?

Malah, ramai juga yang mula bertanya, adakah "drama" sebabak ini adalah cubaan bagi kerajaan mengalihkan perhatian rakyat yang secara amnya menuntut kerajaan menunaikan 10 janji mereka dalam tempoh 100 hari seperti yang terkandung di dalam manifesto mereka?

Benar, bukan satu perkara yang ganjil apabila pemimpin mengeluarkan air mata apabila menyentuh tentang isu negara. Namun, jika terlalu kerap sangat menggunakan "drama" sebabak ini, apa yang dikhuatiri, satu hari nanti, rakyat akan berkata, kita memilih barisan pemimpin yang begitu lemah jiwanya sehingga cukup mudah menumpahkan air mata.

Jangan Terlalu Bermain Dengan Api



Sejak zaman berzaman, tanpa mengira apa jua waktu dan ketika, peranan Raja-Raja Melayu di Tanah melayu, Malaya dan hari ini Malaysia, tidak ada sesiapa pun yang mempertikaikannya. Malah peranan kesemua Paduka Tuanku ini mampu merungkaikan banyak permasalahan yang ada ketikanya menuntut kebijaksanaan Paduka Tuanku untuk menyelesaikannya.

Namun, sejak kebelakangan ini, seperti sudah wujud gerakan untuk mencabar kedudukan Paduka-Paduka Tuanku, Sultan-Sultan Melayu. Manakan tidak, sidah ada yang berani mencadangkan supaya Jabatan Kebajikan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dibubarkan, gerakan LGBT dihalalkan dan lebih teruk lagi, sudah ada yang begitu berani secara terbuka memperlekeh dan menghina kedaulatan Paduka Tuanku.

Perlu diingatkan bahawa, kesemua kesembilan Paduka-Paduka Tuanku ini adalah tunggak bagi agama Islam dan memayungi pentadbiran dan kerajaan sesebuah negeri. Malah, peranan Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong, jauh lebih penting apabila menjaga 4 buah wilayah yang ditadbir oleh Gabenor disamping menjaga hal ehwal Islam di seluruh negara.

Terbaru, Ketua Media dan Telekomunikasi Majlis Penasihat Kerajaan Pakatan Harapan, Datuk Kadir Jasin telah menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya kaum Melayu apabila sudah berani mempersoalkan kontrak sosial antara pihak Istana dengan rakyat. Malah,dia juga dilaporkan begitu berani melemparkan kenyataan berbaur hasutan yang antara lain menyebut, "Raja Tidak Kekal".

Apa yang cuba dilakukan oleh Kadir Jasin ini merusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Free Malaysia Today dan Sinar Harian ini? Adakah dia cuba untuk bermain dengan api yang selama ini tidak ada sesiapa pun bernai bermain permainan bahaya ini sesuka hatinya? Adakah dia cuba untuk melihat samada masih adakah kaum Melayu yang akan bangkit membela Rajanya sekiranya diancam?

Sepatutnya, sebagai salah seorang pegawai kerajaan hari ini, beliau sepatutnya lebih berhati-hati dalam berbicara. Dia perlu sedar, ada batas dan hadnya untuk orang-orang sepertinya berbicara kerana isu yang disentuhnya kali ini dianggap cukup sensitif. Jangan fikir, setelah Pakatan Harapan membentuk kerajaan, dia bebas untuk menyuarakan apa sahaja tanpa memperdulikan sensitiviti.

Seandainya dia cukup matang dalam berpolitik, dia boleh sahaja menerangkan dasar-dasar kerajaan yang ada pada hari ini. Dia juga sepatutnya menumpukan perhatian terhadap banyak pertikaian rakyat mengenai kegagalan kerajaan Pakatan Harapan dalam melaksanakan janjinya dalam tempoh 100 hari. Bukan dengan mengeluarkan kenyataan menempelak pihak Istana. Itu tidak matang namanya.

Tambahan pula, dia selaku Tokoh Kewartawanan Negara seharusnya bertindak lebih rasional dan profesional dalam melakukan kerjanya. Tindakan dia yang dilihat seperti memperlekehkan kewibawaan Istana dalam kancah politik kebencian yang dibawa oleh Pakatan Harapan hari ini dibimbangi, bakal mewujudkan ketegangan yang semua pihak mahu elakdari berlaku.

Jadilah seorang yang lebih bertanggungjawab dan tahu menjaga batas antara rakyat dan Istana wahai Datuk Kadir Jasin. Usah terlalu bermain dengan api dan politik sehingga pada akhirnya dibimbangi, bukan hanya Datuk sendiri yang merasa akibatnya, malah seluruh negara akan menanggung kesannya kelak.

Selepas Dimanjakan, Hari Ini Terpaksa Merayu



Rasanya, hari ini, pasti ramai yang mula menyedari bahawa selama ini, agensi mahupun beberapa GLC memang dimanjakanoleh kerajaan BN dan mendapat perhatian khusus oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Saban tahun, selama 9 tahun tanpa gagal, ada sahaja berita baik diumumkan oleh beliau samada menerusi belanjawan mahupun menerusi pengumuman secara langsung.

Ada sahaja pihak-pihak yang bekepentingan samada menerusi agensi mahupun GLC, menerima imbuhan atau bantuan terus daripada kerajaan BN. Paling kerap menerima bantuan terus daripada kerajaan adalah para peneroka kesemua 54 buah Felda di seluruh negara.

Saban tahun, sejak 9 tahun yang lalu, ada sahaja bonus hari raya diumumkan oleh Datuk Seri Mohd Najib. Tambahan pula, Felda begitu dekat dihati beliau kerana Felda ini adalah hasil daripada idea dan kerja keras Almarhum bapa beliau, Allahyarham Tun Abdul Razak. Justeru, pastinya perhatian beliau lebih terarah kepada Felda bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa terjaga.

Namun, siapa sangka, disebalik segala perhatian diberikan kepada Felda, keputusan Pilihan Raya Umum ke 14 menyaksikan, 53 daripada 54 buah Felda telah membuat keputusan untuk menolak beliau keluar dari tampuk pemerintahan. Mereka lebih senang mempercayai apa sahaja dakyah daripada Pakatan Harapan terutamanya sekali sebuah NGO berasaskan Felda, ANAK.

Memang diakui, wujud beberapa masalah dalaman di peringkat kepimpinan tertinggi Felda, namun perlu diingatkan, tidak ada seorang pun warga Felda langsung tidak mendapat imbuhan hasil daripada kerja mereka. Malah, segala kebajikan mereka masih kekal terpelihara meskipun wujud beberapa situasi yang agak kurang menyenangkan hasil daripada perniagaan yang dilakukan oleh Felda dan FGV.

Hari ini, situasinya berbeza. Kelompok yang selama ini begitu dijaga rapi oleh Datuk Seri Mohd Najib hari ini telah bertukar menjadi "pengemis" mengharapkan ihsan daripada kerajaan bagi pemberian bantuan khas Aidilfitri seperti mana yang mereka terima sebelum ini. Siapa sangka, dari anak emas, dimanja dan dibelai, hari ini terpaksa mengharap belas ihsan orang lain.

Memetik laporan Sinar Harian hari ini, wakil Aktivis Generasi Kedua Felda dilaporkan berharap, kerajaan tidak melupakan golongan warga Felda yang berhempas pulas mengeluarkan hasil pertanian untuk negara, Justeru katanya, beliau berharap, kerajaan dapat mempertimbangkan bonus hari raya untuk mereka.

Sedih bukan? Tetapi itulah hakikatnya yang berlaku. Paling mencuri tumpuan, CUEPECS juga terpaksa merayu kepada kerajaan untuk pihak kerajaan memberikan bonus atau saguhati kepada kakitangan awam untuk persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Apa lagi yang boleh dikatakan. Selama menjadi anak emas, langsung tidak dihargai. Kini, apabila sudah menjadi seperti anak tiri hanya kerana termakan hasutan dan fitnah, untuk merasai nikmat terdahulu, mereka terpaksa menjadi seperti "pengemis" mengharapkan belas ihsan.Bersabarlah. Bukan orang lain yang mewujudkan masalah ini.Tangan kita sendiri yang menunjukkan hala tuju kita untuk 5 tahun yang akan datang.