Sunday, 12 August 2018

Selepas BN Di Jatuhkan, Sasaran Seterusnya Adalah GPS



Bukan satu rahsia lagi, antara hasrat besar Pakatan Harapan yang diketuai DAP adalah untuk menumbangkan Barisan Nasional dan seterusnya mahu menghapuskan terus Barisan Nasional dari peta politik Malaysia. Hasrat mereka akhirnya berjaya direalisasikan setelah menjadikan Tun Dr Mahathir sebagai kuda tunggangan mereka untuk menghuru harakan perpaduan kaum Melayu.

Melihat akan hasrat mereka yang akhirnya berjaya direalisasikan setelah lebih 50 tahun mencuba, kali ini, sasaran seterusnya adalah untuk menumbangkan satu-satunya gabungan parti anak-anak kelahiran Sarawak, Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dianggotai oleh PBB, PRS, PDP dan SUPP dikuburkan di Sarawak.

Langkah pertama mereka adalah dengan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sarawak yang mana dikatakan diilhamkan dari penubuhan PPBM di Semenanjung Malaysia. Dengan kewujudan PPBM ini, maka lengkaplah kesemua parti Pakatan Harapan iaitu DAP, PKR, PAN dan PPBM berada di bumi Sarawak.

Apa yang menghairankan sebelum ini adalah, majoriti rakyat Sarawak menentang keras sebarang campur tangan luar terutamanya dari Semenanjung dalam urus tadbir negeri Sarawak. Merekalebih mengutamakan parti pribumi Sarawak sehingga menyaksikan UMNO di larang keras bertapak di Sarawak.

Kali ini, nampaknya, pendirian berkenaan sudah mula berubah. Ini dibuktikan dengan penerimaan segelintir rakyat Sarawak terhadap kemasukan PPBM ke Sarawak. Malah, penubuhan DAP, PKR dan PAN juga nampaknya telah meruntuhkan tembok pemisah berkenaan sehingga hari ini, ada anak Sarawak sendiri sudah menanam hasrat menumbangkan kerajaan anak jati Sarawak sendiri dan menggantikannya dengan parti-parti "lepeh".

Melihat akan keadaan ini, nampaknya, hasrat DAP dan Pakatan Harapan untuk menguburkan terus parti anak jati Sarawak yang hari ini membentuk GPS, bakal menjadi lebih mudah. Apa yang perlumereka lakukan adalah terus menabur fitnah bagi meyakinkan rakyat Sarawak untuk menolak GPS yang didakwa mereka tidak memperjuangkan nasib rakyat Sarawak.

Walhal, jika diteliti dari manifesto Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu, antara janji yang akan mereka tabur adalah mengembalikan hak Sarawak dan Sabah seperti yang termaktub di dalam Malaysia Agreement 1963. Hari ini, usahkan untuk mengembalikan hak Sabah dan Sarawak, hasil bumi kedua-dua buah negeri ini juga mahu dibolot secara sendirian oleh kerajaan pusat.

Sejak dari dahulu lagi semasa Barisan Nasional Sarawak masih wujud, PBB, PRS, SUPP dan PDP cukup kosisten memperjuangkan hak nasib Sarawak di peringkat pusat. Tidak pernah walau sekalipun hak ini mahu dikompromi terutama semasa pentadbiran Allahyarham Pehin Haji Adenan Satem sebelum ini.

Mudah untuk disimpulkan bahawa, kejatuhan GPS di Sarawak pada Pilihan Raya Negeri kelak adalah sesuatu yang cukup diidamkan oleh DAP dan Pakatan Harapan. Sebaik sahaja GPS diitumbangkan, maka akan terwujudlah satu lagi kerajaan Pakatan Harapan dan percayalah pada ketika itu, tidak ada lagi hak rakyat Sarawak akan diperjuangkan oleh parti-parti "lepeh" ini.

Pada ketika itu, parti-parti "lepeh" ini akan berleluasa menikmati hasil bumi Sarawak termasuk mula menindas rakyat Sarawak sendiri supaya selari dengan kerajaan pusat hari ini. Juga bukan satu perkara yang mustahil sekiranya segala hasil bumi Sarawak akan dijarah sesuka hati mereka dan tinggallah Sarawak dengan impiannya untuk menjadi negeri maju menjelang tahun 2030.

Apa Nasib Rakyat Yang Tidak Berkemampuan?



Pelbagai langkah baru cuba dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk menunjukkan mereka jauh lebih baik dari kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Antara langkah terbaru yang diperkenalkan adalah melaksanakan Skim Insuran Kesihatan yang akan di mulakan dengan pemotongan sebanyak 5 peratus dari gaji kakitangan awam.

Langkah ini di percayai untuk mencontohi negara-negara maju yang lain yang mana rakyatnya perlu mempunyai kad skim insuran sendiri sebelum layak menerima rawatan di hospital milik kerajaan mahupun swasta. Namun, apa yang menjadi persoalannya, sudah bersediakah rakyat untuk mengharungi satu lagi detik yang bakal membebankan rakyat ini?

Sebelum ini, rakyat Malaysia tanpa mengira apa jua kaum, agama mahupun fahaman politik, menerima rawatan yang boleh dikatakan hampir percuma. Manakan tidak, untuk rawatan biasa pesakit luar, seseorang pesakit hanya perlu membayar RM 1 manakala bagi mereka yang memerlukan rawatan pakar,seseorang pesakit hanya perlu membayar RM 5 sahaja.

Hari ini, kerajaan mahu memperkenalkan sistem skim insuran yang mana pembayaran insuran ini akan dilakukan menerusi potongan gaji. Persoalannya, jika seseorang itu bekerja sendiri ataupun warga emas di luar bandar yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap, adakah mereka tidak layak menerima rawatan dari mana-mana hospital mahupun klinik swasta?

Jika layak sekalipun, bukan satu perkara yang mengejutkan sekiranya mereka terpaksa membayar kos penuh hanya untuk menerima rawatan pesakit luar. Mari kita lihat satu contoh mudah. Hari ini, untuk mendapat rawatan sakit demam, batuk dan selsema, jika kita ke klinik mahupun ke hospital kerajaan, kita hanya perlu membayar RM 1.

Jika kita mahu mendapat rawatan segera, klinik swasta akan mengenakan bayaran antara RM 30 hingga RM 70 untuk mendapatkan ubat dari klinik swasta. Bayangkan, sekiranya kad kesihatan ini kekal di laksanakan, sudah semestinya warga emas dan mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap akan teruk terjejas.

Benar, kerajaan BN sebelum ini percah cuba melaksanakan 1Care 1Malaysia namun, skim ini akhirnya di batalkan kerana kerajaan BN mendapati, ianya tidak adil buat warga luar bandar, warga emas dan mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menerima rawatan terbaik.

Mungkin bagi Kementerian Kesihatan dan kerajaan Pakatan Harapan hari ini menganggap sudah tiba masanya Malaysia perlu mengikut jejak langkah negara Barat yang sudah lama mengecapi kemajuan. Mungkin mereka menganggap rakyat Malaysia sudah kaya raya dan bayaran RM 1 ini sudah tidak relevan lagi kerana selama ini, kerajaan menanggung subsidi kesihatan sehingga 99 peratus.

Namun, percayalah, sebaik sahaja skim ini dilaksanakan, rakyat Malaysia akan kehilangan satu lagi fasiliti kesihatan yang diiktiraf antara yang terbaik di dunia. Mungkin bagi penjawat awam ataupun pekerja yang mempunyai pendapatan tetap, skim ini tidak membebankan mereka.

Tetapi, mereka perlu ingat, yang akan menerima impak besar dan paling terjejas adalah ibu, bapa, abang ataupun kakak mahupun saudara marra kita di luar bandar yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Mereka akan terkial-kial mengumpul wang untuk keklinik terdekat hanya untuk mengambil ubat demam, selsema mahupun batuk yang harganya boleh membeli beras dua kampit siap dengan lauk pauk untuk seminggu!

Jangan Cuba Mahu Menyucikan Apa Yang Di Haramkan Allah Dan Islam


Kebelakangan ini, suara golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) semakin kuat kedengaran. Sebelum ini, semasa kerajaan Barisan Nasional berkuasa, kelompok terlaknat ini lebih senang bergerak secara sembunyi dan tidak menyerlahkan kecenderungan seksual mereka. Hari ini, sebaik Pakatan Harapan berkuasa, mereka sudah mula berani menuntut hak mereka,

Perlu di tegaskan di sini bahawa di dalam Islam, kelompok ini amat di murkai oleh Allah S.W.T dan di haramkan sama sekali. Malah, terdapat beberapa potong ayat suci Al Quran yang menegaskan, sebarang perubahan bentuk ciptaan Allah keatas diri serta memakai atau sengaja meniru cara pemakaian dan penampilan berlainan jantina, adalah amat dikutuk oleh Allah.

Justeru, apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang secara terbuka meminta rakyat Malaysia menerima dengan hati terbuka kehadiran kelompok songsang ini dan memberikan hak-hak mereka di dalam masyarakat, ianya adalah tindakan yang amat pelik dan dianggap sengaja mencabar kekuasaan dan ketetapan Allah dan Islam itu sendiri.

Siapa Mujahid untuk menghalalkan apa yang sudah tertulis secara terang bahawa kelompok LGBT ini adalah kelompok yang diharamkan oleh Allah mencium bau syurga ini? Adakah Mujahid lebih berkuasa dari Allah, Rasulnya, Kitabnya serta deretan mufti yang ada di seluruh dunia yang telah sebulat suara mengeluarkan fatwa bahawa kelompok LGBT ini adalah haram?

Mari kita imbas sejenak dua tragedi besar dalam sejarah ketamadunan manusia yang berlaku di negeri Sodom dan Pompeii yang mana kedua-dua negeri ini dihancurkan oleh Allah S.W.T akibat perlakuan songsang penduduknya yang mengamalkanLGBT secara terbuka.

Sodom adalah salah satu bukti jelas bahawa Allah amat memurkai golongan ini sehinggakan bumi Sodom di terbalikkan Allah akibat kemurkaanNya. Pompeii pula dijahanamkan oleh Allah menerusi letusan gunung berapi dan gempa bumi yang kuat sehingga mengorbankan semua penduduk di dalamnya kecuali para penduduk yang masih berpegang teguh pada agama.

Adakah dengan cubaan menghalalkan kehadiran golongan bapok, mak nyah, penkid, lesbian dan gay ini dikatakan pembaharuan di dalam agama? Adakah Mujahid sendiri sedar bahawa tindakannya ini mengundang kemurkaan Allah terhadap negara ini? Apa dosa rakyat Malaysia yang masih kukuh berpegang pada ajaran Islam seandainya kemurkaan Allah ini diterjemahkan dengan kejadian bencana alam yang kita sendiri tidak mahu ianya terjadi?

Sedikit rekod, amalan LGBT ini sememangnya dicipta oleh kelompok Freemason dan Illuminati barat yang mahu menyaksikanketidak stabilan sosio budaya serta pegangan agama. Ianya bukansatu perkara pelik di Barat terutamanya di Amerika Syarikat sendiri apabila beberapa buah negeri di negara Uncle Sam berkenaan telah meluluskan perkahwinan sejenis.

Adakah kita rakyat Malaysia mahu melihat, satu hari nanti, kita menghadiri perkahwinan antara lelaki dan lelaki serta wanita dengan wanita? Adakah ini yang dinamakan kebebasan yang sebenar? Adakah Mujahid sedar bahawa kelompok LGBT ini menurut beberapa riwayat, bumi sendiri pun tidak menerima jasad mereka seandainya mereka meninggal dunia?

Sepatutnya, sebagai menteri yang diamanahkan untuk menjaga kebajikan agama Islam menerusi JAKIM ini, beliau patutnya memberi kesedaran kepada kelompok sesat ini supaya kembali ke pangkal jalan. Ini tidak. Dia menggunakan kapasitinya sebagai menteri untuk menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan Rasulnya. Hebat Mujahid. Kuasanya lebih besar dari Allah dan Rasulnya sendiri.


94 Hari Penuh Cerita 1MDB


Rata-rata rakyat Malaysia hari ini sedang menunggu dengan penuh minat, adakah 10 janji dalam tempoh 100 hari yang terkandung di dalam Manifesto Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu, mampu ditunaikan ataupun tidak. Jika dihitung sejak 9 Mei yang lalu, hanya tinggal 6 hari sahaja lagi untuk kerajaan Pakatan Harapan menunaikan semua 10 janji yang mereka buat.

Namun, dari apa yang diperhatikan sejak 9 Mei yang lalu, boleh dikatakan, semua janji yang mereka tabur untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu, tidak mungkin akan mereka laksanakan.

Manakan tidak, sepanjang 94 hari setelah berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 dan membentuk kerajaan, hanya dua sahaja janji yang mereka laksanakan iaitu menyiasat skandal besar dan dalam konteks ini sudah semestinya semua kes melibatkan 1MDB dan SRC International dan mengkaji semula perlaksanaan projek-projek mega yang di lakukan oleh kerajaan BN sebelum ini.

Janji untuk memansuhkan terus hutang pemiutang PTPTN, menghapuskan hutang para peneroka Felda, meringankan kos sara hidup dan macam-macam lagi seolah-olah langsung tidak dipedulikan. Langsung tidak ada usaha atau perhatian khusus dari kerajaan Pakatan Harapan untuk memenuhi segala janji yang mereka taburkan sebelum ini.

Apa yang kita saksikan sepanjang 94 hari ini adalah, betapa sibuknya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan majoriti menteri yang menganggotai kabinet kerajaan hari ini memperkatakan tentang kes 1MDB. Sehinggakan perdebatan di dalam Dewan Rakyat juga tidak lari dari memperkatakan tentang 1MDB.

Apa yang melucukan adalah,kerajaan hari ini sedaya upaya mahu mengaitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan kes 1MDB dan SRC International. Mereka bertindak seolah-olah beliau telah terbukti bersalah mahkamah sedangkan tidak ada satu pun mahkamah di Malaysia mahupun di seluruh dunia ini telah menjatuhkan hukuman salah terhadap beliau.

Malah, nama LowTiek Jho atau lebih kita kenali sebagai Jho Low juga kerap disebut oleh kerajaan kononnya Jho Low telah menyalah gunakan dana 1MDB. Menariknya, sehingga hari ini, hanya tuduhan sahaja yang berani mereka lemparkan. Tidak ada walau sehelai kertas bukti dan pertuduhan mampu di kemukakan oleh kerajaan Pakatan Harapan bagi mengesahkan Jho Low sememangnya telah menggelapkan wang 1MDB untuk kepentingan peribadinya.

Sehinggakan, kapal layar mewah Equanimity yang dikatakan milik Jho Low juga mahu dijual sedangkan kes melibatkan Datuk Seri Mohd Najib dan 1MDB serta SRC International, masih belum lagi bermula. Malah, pemilikan kapal berkenaan juga masih menimbulkan tandatanya.

Ini berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan yang memerlukanmasa antara  6 hingga 9 bulan untuk mencari siapa pemilik sebenar kapal berkenaan. Persoalannya, jika pemilik sebenar kapal layar berkenaan pun belum di ketahui, apa hak kerajaan untuk menjual kapal berkenaan melainkan, kapal layar mewah berkenaan di miliki oleh mana-mana pemimpin Pakatan Harapan sendiri.

Inilah yang berlaku sepanjang 94 hari membentuk kerajaan. Semuanya berkisar tentang 1MDB, SRC International dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Langsung tiada sebarang usaha atau kecenderungan kerajaan untuk menangani masalah rakyat, tekanan hidup dengan kenaikan harga barang yang semakin tidak terkawal dan keadaan semasa rakyat yang benar-benar tertindas.

Paling teruk, langsung tiada usaha kerajaan Pakatan Harapan mahu memenuhi 10 janji dalam tempoh 100 hari yang mereka kerap laungkan sebelum ini. Mereka kekal berminat menabur deretan fitnah dan mencipta pelbagai spekulasi dari memikirkan hal rakyat. Sehinggakan nasib golongan LGBT yang dilaknat Allah diberi keutamaan dari masalah kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.

Hari ini, dengan berbaki kira-kira 6 hari sahaja lagi sebelumtempoh 100 hari pertama pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan ini berakhir, bolehlah dikatakan bahawa kerajaan ini berdiri berpaksikan deretan kes 1MDB dan SRC International yang dicipta oleh mereka, bukannya mandat rakyat yang mahu melihat perubahan. Ini fakta yang mereka sendiri gagal untuk tepis.

Suspek Kes Tembak Jalani Latihan Polis



Seorang suspek kes tembak di Kelantan pada Mac lalu hampir menjadi anggota polis selepas dia diterima masuk menjalani latihan konstabel di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuching di Puncak Borneo di sini.

Bagaimanapun, cubaan licik lelaki berkenaan me­nyertai pasukan polis dipercayai bagi mengaburi kegiatan jenayahnya terbongkar apabila dia ditangkap di pusat latihan itu semalam.

Suspek yang berusia 20-an ditahan pukul 2.30 petang sebelum dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ku­ching (LTAK) untuk menaiki pesawat komersial ke Kota Bharu, Kelantan bagi siasatan lanjut pihak polis.

Menurut sumber, suspek sedang menjalani latihan konstabel di sini sejak enam minggu lalu.

Tiga Rentung Selepas Kereta Dinaiki Kemalangan



Tiga individu termasuk dua wanita maut selepas kenderaan jenis Proton Saga yang dinaiki dipercayai terbakar dalam nahas jalan raya di Kampung Hobut di sini malam tadi. 

Difahamkan, Proton Saga terbabit telah bertembung dengan sebuah treler yang membawa muatan kelapa sawit sebelum ia terbakar kira-kira pukul 8.15 malam. Bagaimanapun, identiti ketiga-tiga mangsa masih belum dikenal pasti.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah berkata, seramai 10 anggota dan sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.26 malam.

"Sebaik tiba di tempat kejadian yang terletak sejauh 42 kilometer dari BBP Kudat, anggota bomba bertugas segera menjalankan operasi memadam kebakaran dan mengeluarkan kesemua mangsa di dalam kereta Proton Saga berkenaan.

"Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, dimaklumkan pemandu treler hanya mengalami kecederaan ringan selepas berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba. Operasi yang turut melibatkan pasukan bomba sukarela daripada Pinawantai dan Kampung Air itu tamat pada pukul 10.46 malam.

'Dah Kenapa Kau Berbogel?'



AKIBAT berbogel menerusi panggilan video, kakitangan bank diugut wanita asing yang mahu menyebarkan rakaman lucah itu, jika dia gagal menyerahkan wang diminta. Difahamkan, lelaki berusia 20-an itu menerima panggilan video melalui Facebook (FB) miliknya ketika berada di rumahnya di Taman Sri Andalas di Klang, jam 1 tengah hari, semalam. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati wanita Filipina yang menggunakan nama samaran itu menggoda dengan mengatakan mahu melihat mangsa berbogel.

“Mangsa kemudian terpedaya dengan permintaan suspek yang dipercayai dikenalinya di FB sehari sebelumnya (Jumaat lalu). Tindakan mangsa bagaimanapun mengundang padah apabila suspek mengugut supaya menyerahkan wang USD1,000 (RM4,084).

“Jika gagal berbuat demikian, rakaman video mangsa akan disebarkan suspek ke dalam YouTube,” katanya ketika dihubungi NSTP hari ini.

Mangsa tampil membuat laporan di balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut. Shamsul Amar berkata, mangsa setakat ini belum membuat sebarang pemindahan wang.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kita percaya ia taktik penjenayah antarabangsa bagi mendapatkan wang,” katanya. Beliau berkata, pihaknya sebelum ini turut menerima dua laporan polis berhubung modus operandi sama namun membabitkan mangsa berbeza.

Tak Tahan Sikap Isteri, Pura-Pura Mati



TIDAK tahan dengan sikap isteri yang selalu meminta wang menyebabkan lelaki Honduras sanggup berpura-pura mati akibat kanser dengan menghantar gambar ‘mayatnya’ seolah-olah disiapkan untuk pengebumian. 

Danny Gonzalez, 27, yang bekerja di Amerika Syarikat (AS) menghantar gambar menunjukkannya dalam keadaan hidung disumbat kapas sambil berbaring di atas kain putih seolah-olah berada di rumah mayat.

Gambar itu dihantar kepada isterinya yang tinggal di Saba, selatan Honduras bersama gambar keranda dilitupi bunga serta mesej memaklumkan lelaki itu meninggal dunia akibat penyakit kanser. 

Bagaimanapun, penipuannya itu tidak menjadi selepas kematiannya heboh di media tempatan yang mengejutkan rakan serta ibu bapanya. Daily Mail melaporkan, penipuannya terbongkar apabila saudaranya yang melihat gambar itu menyedari Gonzalez kelihatan tersenyum.

Katanya kepada saluran TV Sur : “Isteri menghubungi saya setiap minggu meminta wang. Setiap Sabtu dia memberitahu memerlukan lebih wang. Sepanjang minggu, dia tidak langsung peduli untuk menghantar mesej atau menghantar gambar selain meminta wang,” katanya.

Aksi Bertenaga Pogba Bantu United



Pe­ngendali Manchester United, Jose Mourinho melabelkan kapten pasukannya, Paul Pogba sebagai ‘raksasa’ selepas berjaya mendominasi bahagian tengah pasukan itu ketika mencatat kemenangan 2-1 menewaskan Leicester awal pagi semalam.

Pogba memainkan peranan utama ketika Perancis menjulang Piala Dunia 2018 di Rusia baru-baru ini dan terlepas sebahagian besar aksi pramusim bersama United selepas diberikan cuti rehat.

Dia yang kembali menjalani latihan bersama United Isnin lalu tidak berdepan masalah mempamerkan kualiti apabila diturunkan dalam perlawanan menentang Leicester apabila turut menyumbang gol pembukaan menerusi sepakan penalti pada minit ketiga.

“Sudah tentu pemain yang terlibat dalam aksi pramusim berada dalam keadaan baik ketika diturunkan. Luke Shaw, Andreas Pareira, Eric Bailly dan Matteo Darmian sangat selesa beraksi untuk tempoh 90 minit perlawanan itu.

“Marcus Rashford dilihat agak berhempas pulas tetapi Pogba sangat menakjubkan. Saya jangka dia hanya mampu beraksi untuk tempoh 60 minit sahaja tetapi berjaya bermain dengan baik sepanjang 80 minit,” katanya.

Walaupun ramai yang terkejut apabila Pogba disenaraikan di dalam kesebelasan utama selepas melalui tempoh cuti yang agak lama, Mourinho mengakui bahawa tidak sukar membuat keputusan tersebut kerana bintang Perancis itu memberitahu bahawa dia bersedia untuk diturun­kan.

“Ia bukan perkara sukar. Saya serahkan kepada­nya untuk membuat keputusan kerana dua pemain lain, Andrea Pereira dan Fred berada dalam senarai untuk saya turunkan.

“Saya hanya mempunyai dua pilihan sama ada Scott McTominay ataupun Paul. Jika saya menurunkan Scott bermakna kami menggunakan dua pemain muda dan seorang pemain baharu. Jadi, saya bertanya kepada Paul dan dia mengakui bersedia untuk beraksi menentang Leicester,” jelasnya.

Hantu Kak Limah Lesu



NASKHAH terbaru Mamat Khalid selepas Zombi Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Husin Jin Mon Pakai Toncit (2013) kurang menyengat kali ini. Entah mengapa, rendisi kali ini terlalu banyak ruang ‘sepi’ yang membuatkan naratif ‘lopong’ sekali gus mengundang pelbagai persoalan. 

Tidak dinafikan jenama Hantu Kak Limah sangat kuat dalam rendisi lalu, terutama elemen kritikan sosial yang sangat dekat di hati masyarakat. Jujurnya, Hantu Kak Limah seakan-akan hilang seri biarpun disuntik elemen komedi pada babak tertentu. Selebihnya, banyak menceduk elemen daripada filem lain seperti Nang Nak dan Pendekar Bujang Lapok.

Contohnya babak set rumah Khuda yang terletak di tepi sungai dan babak hantu Jepun bangkit dari kubur. Ada kala Mamat cuba membangkitkan nostalgia dengan mengembalikan beberapa babak yang pernah disuntik dulu seperti shot watak berlari menyelamatkan diri daripada dikejar hantu.

Apa boleh dikatakan, komedi kali ini hanya diserikan watak-watak tertentu seperti Nayan lakonan Ropie, penampilan khas Datuk Seri Vida sebagai jelmaan ayam hutan dan Encik Solihin lakonan Zul Ariffin.

Rasanya, tanpa karakter mereka, penonton hanya disajikan perkara biasa yang sudah lama dihidangkan Mamat suatu ketika dulu. Maaf, watak Hussin (Awie), Yeh Sekupang (Rab), Wani (Sharwani) dan Kak Limah (Delimawati) sekadar melengkapkan jalan cerita dan jenama itu saja. 

Watak Khuda (TJ Isa) yang dungu pula biasa-biasa saja sehinggakan penonton boleh mempersoalkan apakah tujuan diwujudkan watak berkenaan jika sekadar itu saja yang dapat dipersembahkan? Mungkin ada yang persoalkan situasi ini berlaku kerana tiada lagi watak-watak terdahulu untuk menceriakan jalan cerita, namun itu bukan isunya.

Isunya adalah Hantu Kak Limah seperti ketandusan idea dan hanya mengguna pakai formula dulu tanpa menyelitkan krikan sosial yang jelas. Biarpun ada elemen kejutan berserta plot ‘twist’ yang tersendiri, Hantu Kak Limah tetap boleh dilayan sebagai karya menghiburkan.

Ukiran Ombak



BERADA di sebuah tanjung kecil berkeluasan 1.7 kilometer panjang dan 300 meter lebar di tapak warisan geologi ini, hakikatnya menyingkap seribu satu keunikan sukar diungkapkan dengan kata-kata. Terbayang daripada namanya, Yehliu Geopark, Taiwan antara tarikan utama pencinta alam semula jadi yang sangat sinonim dengan landskap hakisan lautnya. 

Yehliu Geopark dikendalikan pentadbiran North Coast and Guanyinshan National Scenic Area. Tidak hanya pemandangannya indah, pantai berbatu ini menjanjikan lebih daripada itu yakni geologinya yang diakui antara paling unik di dunia.

Ia dikatakan terhasil daripada hakisan gelombang ombak laut, lekukan batu-batuan dan pergerakan bumi hingga menyumbang kepada pembentukan landskap geologi yang jarang sekali ditemui di tempat lain. Saujana mata memandang, sejumlah formasi batu diberi nama imaginatifnya berdasarkan bentuk terhasil.

Tarikannya juga terletak pada batuan yang terbentuk seperti kepala ratu atau dinamakan Queen’s Head. Elemen itu juga bagaikan mercu tanda atau identiti Yehliu Geopark. Ini kerana sesiapa saja yang berkunjung ke situ, pasti tidak melepaskan peluang merakam gambar berlatarkan Queen’s Head berkenaan.

Seolah-olah jika ada gambar di sisi Queen’s Head bermakna ia bukti anda sudah sampai atau pernah menjejakkan kaki ke Yehliu Geopark. Namun, anda perlu mengikuti beberapa peraturan yang ditetapkan termasuk beratur jika ingin merakam gambar bersama Queen’s Head. Ia bagi menjamin keselamatan anda sebagai pengunjung memandangkan bentuk muka bumi sedikit mencabar.

Pada masa sama, ia juga membawa perlambangan tidak rasmi bandar Wanli. Pembentukan lain termasuk dinamakan Fairy Shoe, Beehive, The Ginger Rocks dan Sea Candles. Yehliu Geopark, New Taipei City ini juga dibahagikan kepada tiga kawasan. Kawasan pertama mengandungi batu berbentuk cendawan dan halia.

Kawasan kedua pun tidak jauh beza di mana batu cendawan dan halia menjadi tumpuan utama, namun sedikit bilangannya. Di sinilah anda dapat lihat keunikan batuan Queen’s Head dan Fairy Shoes. Malah, anda berpeluang melihat beberapa lapisan batuan yang terbentuk akibat terkena air laut.

Kawasan ketiga pula dilihat sebagai platform gelombang yang terletak di seberang Yehliu. Kawasan ini lebih sempit berbanding kawasan kedua iaitu satu sisi platform bersebelahan dengan tebing yang curam. Beberapa bentuk dan saiz batuan yang mengagumkan dapat anda saksikan akibat hakisan laut di kawasan itu.

Antara batuan yang dapat ditemui di situ termasuk dinamakan Rock Bird Marine. Uniknya, kawasan ketiga itu termasuk rizab ekologi utama Yehliu Geopark. Semua rahsia alam semula jadi yang unik dan terbentang di depan mata itu menjadikan pengalaman yang sukar penulis lupakan ketika mengikuti China Airlines Muslim Travel Agent and Media Fam Trip ke Taiwan, baru-baru ini. 

Tangan pula tidak lekang merakam keindahannya. Nyata pemandangan ini sukar ditemui di tempat lain! Sebelum ke situ, anda perlu bersedia dengan pemakaian baju sesuai iaitu tidak terlalu nipis kerana tiupan anginnya membuatkan anda tidak tahan sejuk.

Sesekali, tiupan anginnya juga cukup kuat menerbangkan topi atau payung yang anda bawa. Begitu juga dengan gaya kasut anda, pastikan ia sesuai kerana keseluruhan kawasan di Yehliu Geopark licin dan berbatu.

Anda dinasihatkan untuk mematuhi peraturan pemandu pelancong sekiranya terdapat kemungkinan bahaya atau menyebabkan kerosakan kepada sumber semula jadinya. Dapatkan pelbagai cenderahati Yehliu Geopark di laluan keluar sebagai buah tangan dan kenang-kenangan buat insan tersayang di Malaysia.

Yehliu Geopark ini dibuka setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang sepanjang tahun. Kunjungan sebelah pagi atau petang nyata menjanjikan pengalaman senario keindahan berbeza.

Bersedia dengan telefon bimbit atau kamera sebaik menuju ke Yehliu Geopark kerana sepanjang perjalanan anda disajikan dengan pemandangan semula jadi yang menakjubkan terutama selepas hujan atau awal pagi. Jadi, pastikan anda sentiasa bersedia merakamkan keindahan yang jarang ditemui ini!